Anda di halaman 1dari 13

FISIOLOGI PEREDARAN DARAH

Tekanan darah
Tekanan merupakan daya yang mengedarkan darah dalam sistem peredaran. Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan rendah. Contohnya, apabila ventrikel menguncup, ia menghasilkan tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan di aorta. Darah dari ventrikel kiri ditolak keluar ke aorta dan lain-lain saluran darah sistemik dan ke bahagian kanan jantung.

Tekanan darah manusia boleh diukur dengan menggunakan sfigmomanometer. Tekanan darah berbeza menurut jantina, umur, gerak kerja dan lain-lain. Atrium-atrium menguncup serentak pada jantung yang normal. Apabila atrium mengendur, ventrikel-ventrikel pula menguncup.

Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut Contoh : 120 /80 mmHg. - Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. - Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Kaedah mengukur tekanan darah: a) Balut lengan atas dengan menggunakan kuf tekanan darah. b) Balut beg getah/kuf pada arteri brakial. c) Stetoskop diletak bawah kuf di atas arteri.Udara dipam ke dalam kuf sehingga tekanan di dalam kuf melebihi tekanan dalam arteri (lebih kurang 200mm Hg). d) Tekanan ini menyebabkan sekatan pada pengaliran darah dan denyutan nadi tidak dapat dikesan.

Dengan membuka injap pada pam secara perlahan-lahan, tekanan dalam kuf menurun secara beransur-ansur sehingga tekanan maksimum dalam arteri melebihi sedikit tekanan dalam kuf. Sebahagian darah mulai terpancut dalam arteri. f) Denyutan perlahan (bunyi karafkoff) kedengaran melalui stetoskop. Bacaan paras merkuri dalam sfigmomanometer adalah tinggi. Bacaan ini adalah tekanan darah sistolik (misalnya 120mm Hg).
e)

g) Tekanan dalam kuf diturunkan lagi sehingga kurang daripada tekanan terendah dalam arteri pada akhir diastol. Darah mengalir tanpa gangguan semasa sistol dan diastol. Bunyi denyutan akan berkurangan sehingga sampai ke tahap kesenyapan. Kesenyapan ini adalah tekanan darah diastolik. Paras merkuri dalam sfigmomanometer menurun pada paras lebih rendah. Ini adalah bacaan tekanan darah diastolik (misalnya 80mm Hg). Dengan itu bacaan tekanan darah ialah 120/80 mm Hg.

rintangan
Rintangan peredaran darah adalah disebabkan oleh sumbatan plak yang terlekat pada dinding arteri jantung. Ini menyebabkan ruang arteri semakin sempit dan peredaran semakin susah dan perlahan serta boleh mengakibatkan tersumbat. Jika implikasi berlaku pada arteri kepada otak boleh mengakibatkan strok.

Tekanan peredaran
Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.

Jika tekanan darah kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti: - Serangan jantung - Angin ahmar - Kegagalan jantung - Kerosakan buah pinggang

Kegagalan Fungsi Jantung

Anda mungkin juga menyukai