Anda di halaman 1dari 7

Memperkasa Sistem Pendidikan Bagi Menangani Masalah Sosial

Permasalahan sosial yang sedang meruncing kini seharusnya mendapat perhatian semua pihak yang cintakan negara ini dan mereka yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju contoh. Samada secara sedar atau tidak, peningkatan kes-kes yang dikategorikan sebagai gejala sosial kini berada pada tahap yang agak membimbangkan, malah mungkin juga mencemaskan. Ini dapat dibuktikan melalui pendedahan dan laporan harian media massa mengenai peningkatan kes-kes berkenaan. Setiap hari kita akan mendengar atau membaca berita serta liputan mengenai kes-kes gejala sosial Sudah sampai masanya kita sebagai rakyat Malaysia melihat usaha membendung dan menyelesaikan masalah ini sebagai suatu agenda yang perlu diberi keutamaan. Selain perlunya meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan, kita tidak seharusnya mengabaikan peranan pendidikan bagi membantu membendung gejala berkenaan daripada berleluasa. Malah rakyat seluruhnya perlu mempunyai kesedaran bahawa gejala ini adalah permasalahan kita bersama, bukan semata-mata permasalahan kerajaan atau kaum keluarga pesalah-pesalah yang terlibat dengan tindakan-tindakan ganas itu. Apa yang dimaksudkan sebagai tindakan bersama, adalah perlunya kerjasama semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk bersama-sama membenteras perlakuan salah laku atau gejala sosial ini daripada terus menjadi barah yang akan melumpuhkan sistem bermasyarakat di negara ini. Dengan lain perkataan, kita sama sekali tidak boleh membenarkan keadaan ini berlangsung sewenang-wenangnya di atas nama gaya hidup masyarakat maju. Kita harus menetapkan agenda bahawa kemajuan kita bukanlah menyamai kemajuan di Barat. Masalah sosial adalah suatu tindakan yang merangkumi pelbagai perlakuan negatif masyarakat yang tidak membawa kekuatan serta keuntungan kepada sesebuah negara, samada kepada struktur sosial, politik mahupun sistem ekonomi negara berkenaan. Perlakuan yang menyimpang daripada nilai dan norma masyarakat mengundang kerisauan dalam masyarakat berkenaan kerana ia boleh memecahkan struktur nilai yang dipegang oleh sebahagian besar komuniti tersebut. Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai gejala sosial ini. Satu kajian yang dilakukan oleh Amaludin Abd. Rahman dan Khadijah Alawi merumuskan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 28 jenis masalah sosial yang dihadapi oleh golongan remaja masa kini. Masalah berkenaan dapat diperincikan melalui senarai berikut :

Bil. Masalah Sosial Bil. Masalah Sosial 1 4 7 10 Merokok Mencuri Putus cinta 2 5 8 Tonton video lucah Lari dari rumah Pil khayal

Bil. Masalah Sosial 3 6 9 Tonton filem lucah Minum arak Berjudi

Simpan gambar Hubungan jenis luar Peras ugut 11 12 lucah nikah 14 Hisap dadah 17 Rasuah 20 Jenayah bunuh 23 Homoseks 26 Pelacur/Dilacur 15 Rogol 18 Maksiat 21 Seks rambang 24 Bohsia 27 Gugur anak

13 Pecah rumah 16 Samun 19 Bercerai 22 Bohjan 25 Lesbian 28 Buang anak

Kajian berkenaan juga mendapati bahawa penglibatan remaja dalam masalah sosial sangat berkait rapat dengan latar belakang dan cara hidup mereka dalam keluarga. Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor lain yang menentukan remaja terjebak dalam kegiatan ini. Antaranya ialah faktor psikologi individu itu sendiri serta pengaruh persekitaran. Tarikan yang kuat terhadap pergaulan bebas dan pengaruh rakan sebaya dikenal pasti menjadi sebab utama remaja mudah melanggar nilai dan norma masyarakat. Keadaan ini sangat berkait rapat dengan pengaruh emosi yang sangat mudah meresapi jiwa remaja, iaitu mahukan melakukan sesuatu yang menyeronokkan, mencabar dan memberi kepuasan diri. Akibat daripada suasana dan persekitaran hidup yang sentiasa menyuburkan budaya keseronokan dan kesenangan, maka lahirlah generasi yang dangkal pemikiran dan gagal memanfaatkan kekuatan jasad, akal dan rohani yang ada pada mereka. Akibatnya, sering kita perhatikan apabila mereka dilanda kekecewaan atau dugaan seperti putus cinta, konflik diri ataupun tekanan pelajaran, mereka akan begitu mudah mencari penyelesaian yang sebenarnya bukan jawapan kepada permasalahan yang dihadapi. Maka bertambahlah kes membunuh diri, dadah, arak, lari dari rumah dan zina, kononnya sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Dalam tempoh pembangunan yang semakin pesat serta persaingan yang bersifat global, anak muda atau remaja kini semakin diorientasi dengan kemewahan. Kesannya mereka kurang berminat dengan program-program pemantapan jati diri serta pengukuhan peribadi mereka dalam menghadapi cabaran. Ini seterusnya mengakibatkan mereka gagal mencari jalan penyelesaian yang kreatif dan berhikmah terhadap cabaran dan dugaan yang mendatang.

Kajian Amaludin dan Khadijah juga mendapati bahawa sejarah keluarga adalah antara faktor yang ketara dalam menyumbang kepada peningkatan masalah sosial . Bilangan kes perceraian ibu bapa misalnya, dan kurangnya kemahiran dalam mendidik memberikan kesan negatif ke atas perkembangan syaksiah dan mentaliti anak-anak. Mereka terasa terpinggir, terabai dan jauh daripada kasih sayang. Keengganan sebahagian pasangan mendalami ilmu kemahiran keibubapaan (parenting) adalah suatu tindakan yang merugikan. Pendedahan yang terhad ini menyebabkan kaedah mengurus hal ehwal keluarga menjadi kurang mantap dan kucar-kacir. Selain itu, akibat kurangnya tumpuan terhadap aspek pembangunan keluarga sebagai salah satu aspek penting pembangunan modal insan, telah menyebabkan berlakunya kes-kes keganasan rumah tangga. Melalui data di bawah, kita dapati bahawa negeri-negeri yang mempunyi tahap kemajuan ekonomi lebih pesat mencatatkan kes keganasan rumah tangga yang tinggi. Ini termasuklah di Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Negeri Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sabah Sarawak 2001 27 179 431 185 855 162 318 56 379 161 29 36 86 203 2002 39 177 269 135 942 131 242 67 187 202 10 47 85 222 2003 32 179 231 123 805 96 301 68 234 188 9 19 69 201 20041 27 114 137 56 421 53 131 37 227 99 12 14 55 114

Jumlah

3107

2755

2555

1497

Jadual 1 : Kes Keganasan Rumah Tangga Mengikut Negeri, sehingga Jun 2004 Sumber : Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman

Persekitaran masyarakat amat bermakna bagi perkembangan fizikal, mental dan rohani seorang remaja. Suasana yang tidak soleh memudahkan nafsu remaja terangsang untuk bertindak seperti rakan-rakan sekumpulannya. Peranan media juga amat kuat dalam mempengaruhi pembentukan minda remaja yang sihat. Aksi yang ganas dan kurang bermoral boleh didapati dengan mudah melalui VCD, video, majalah dan televisyen. Kesan sampingan aktiviti-aktiviti ini ialah pengikisan nilai-nilai murni dan adab masyarakat. Lama kelamaan nilai-nilai berkenaan digantikan dengan nilai-nilai Barat yang berbeza daripada masyarakat Timur. Di samping itu program televisyen yang tidak ditapis dengan berhati-hati oleh pihak berwajib terutama pada siaran televisyen berbayar (kabel) akan mendedahkan golongan muda dan remaja belasan tahun kepada tabiat buruk dan amalan berisiko tinggi seperti gejala pergaulan bebas, penagihan dadah atau seks bebas. Menurut satu kajian lagi yang dilakukan oleh Norliah Kudus dan Mahadi Hassan merumuskan, ruangan di media yang membincangkan soal seks dan hubungan suami isteri secara terbuka mendedahkan anak-anak kepada mesej seks yang belum sampai masanya untuk mereka ketahui. Biarpun secara purata kes-kes rogol yang dicatatkan menurun sehingga tahun 2004, ini tidak bermakna bahawa kita harus leka untuk terus membenterasnya. Negeri Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor 2001 10 123 75 79 269 97 82 43 234 2002 13 132 73 100 253 120 62 57 235 2003 11 119 70 118 280 77 69 67 312 2004 6 70 53 61 162 54 45 55 162

Pahang Terengganu Kelantan Sabah Sarawak Jumlah

79 48 74 94 79 1386

79 45 70 115 77 1431

70 38 66 111 71 1479 Negeri,

61 30 39 64 46 908 sehingga Jun 2004

Jadual 2 : Kes Rogol Mengikut Sumber : Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman

Perkembangan negara yang pesat sejak tahun 1980-an telah memberi manfaat yang sangat besar kepada masyarakat Malaysia. Limpahan pembangunan ini turut membawa perubahan ke atas cara hidup keluarga dan pembangunan sosial. Kualiti hidup semakin baik dan rakyat Malaysia boleh merasai jangka hayat yang lebih panjang. Perangkaan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat 2004 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencatatkan pertumbuhan penduduk Malaysia dari 13.88 juta pada tahun 1980 kepada 25.58 juta pada tahun 2004. Pertambanhan penduduk ini dijangka meningkat kepada 28.9 juta pada 2010 dengan kadar purata pertumbuhan 2.2 peratus setahun (Fatimah Saad, 2005). Kumpulan umur 15-64 tahun membentuk 62.9 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia diikuti 0-14 tahun (32.9 peratus) dan berumur 65 tahun dan lebih (4.2 peratus). Manakala penduduk bandar semakin meningkat dari 34.2 peratus (1980) kepada 62.8 peratus (2004). Pertambahan ini adalah disebabkan pelbagai faktor seperti perbandaran, peluang pekerjaan dan tahap pendidikan yang lebih baik. 1980 Penduduk Pertengahan juta Tahun1 Kumpulan Umur 0-14 15-64 64 lebih Penduduk Bandar % % dan % 39.9 56.5 3.6 34.2 37.2 59.2 3.6 50.7 33.3 62.8 3.9 62.0 32.9 62.9 4.2 62.8 13.88 1991 18.55 2000 23.27 2004 25.58

Penduduk Luar Bandar %

65.8

49.3

38.0

37.2

Jadual 3 : Ringkasan Perangkaan Penduduk. Anggaran penduduk tahun 2003 dan 2004 adalah berdasarkan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan 2000 yang telah disesuaikan kadarkadar kurang penghitungan. Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

Pembangunan pesat bandar-bandar di Malaysia telah melebarkan kawasan penempatan. Kemungkinan 15 tahun yang akan datang penduduk di bandar akan meningkat lebih banyak kesan daripada dasar kerajaan yang hendak menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Perubahan ini sedang berlaku sedikit demi sedikit dari utara hingga ke selatan dan timur Malaysia. Kawasan bandar ini telah mengubah corak tradisional masyarakat kampung kepada metropolitan yang memberi kesan terhadap pengaruh politik, pembangunan fizial dan pengenalan sosial. Contoh yang mudah ialah struktur rumah di bandar sangat berbeza dengan kampung iaitu pembinaan rumah sangat rapat dan tidak ada ruangan yang mencukupi untuk interaksi sosial di kalangan keluarga di luar rumah. Perkembangan perbandaran turut mengambil tempat dalam perubahan struktur ekonomi dan menjadi punca terhadap perubahan sikap dan sistem nilai. Amalan agama masih kuat di kawasan luar bandar dan boleh dilihat kerana masyarakatnya berpegang kuat pada nilai dan tradisi sedia ada. Walau bagaimanapun keadaan ini tidak banyak membawa makna kepada kehidupan bandar kerana nilai dan sikap yang telah berubah. Pertumbuhan ekonomi menyebabkan kebergantungan terhadap keperluan mencari wang diutamakan walaupun terpaksa mengorbankan nilai dan budaya sebelumnya. Langkah utama mengatasi masalah sosial di Malaysia ialah sentiasa menambahbaik sistem pendidikan supaya menjadikan nilai sebagai teras. Seorang pakar pendidikan, Musgrave (1978) dalam bukunya The Moral Curriculum : A Sociological Analysis menegaskan agenda penting pendidikan dalam sesebuah negara haruslah merangkumi usaha membangunkan aspek-aspek moral individu dan masyarakat. Manakala seorang pengkaji pendidikan dan kemasyarakatan Lickona turut bersetuju bahawa penekanan tradisional pendidikan ialah mencorakkan perkembangan dan pembentukan watak seseorang bagi melahirkan individu yang baik. Sekolah adalah institusi penting dalam pembentukan nilai kerana para pelajar menghabiskan masa selama enam hingga lapan jam sehari di situ. Para pelajar tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang mempelajari nilai-nilai baru setiap hari dalam aktiviti yang dilakukan bersama. Mereka belajar tentang peraturan, menghormati, kasih sayang, etika dan kerjasama melalui silibus pendidikan yang dibentuk secara berhati-hati, diajar oleh guru yang terlatih dan melalui proses komunikasi setiap hari. Perkara pokok dalam pembentukan nilai ini ialah pendidikan nilai tidak boleh dihalang oleh sesiapa sahaja walaupun ia cuba berbuat demikian. Sebaliknya nilai ini perlu didedahkan dengan sebaik-baiknya.

Kepentingan pendidikan dan persekolahan sebagai institusi sosial yang membentuk nilai disokong kuat oleh Narol (1983) yang mengemukakan Teori Moral Order. Beliau menganggap masalah sosial yang berlaku boleh diatasi jika wujud moral order atau tatacara moral yang mempengaruhi situasi dan mendasari segala masalah sosial manusia. Oleh itu institusi sekolah berperanan menegakkan moral order ini khususnya golongan remaja. Sekolah sebagai institusi pendidikan formal merupakan agen yang bertanggungjawab memindahkan nilai-nilai masyarakat kepada kanak-kanak dan generasi muda. Kekuatan dan kehebatan sesuatu masyarakat dan negara banyak bergantung kepada perubahan nilai yang berlaku. Mahu ataupun tidak, pendidikan adalah faktor utama bagi membina dan menanam nilai-nilai positif yang akan mendorong kepada kemajuan sosial negara. Pendidikan yang dilihat sebagai agen perubahan sosial wajar berkembang selari dengan perubahan ekonomi, politik dan teknologi semasa supaya nilai-nilai yang sedia ada boleh ikut selari dengan perubahan-perubahan tersebut. Golongan muda harus didedahkan dengan nilai-nilai yang baik dan diterima oleh masyarakat sejak kecil lagi. Walaupun keluarga adalah penentu masa depan anak-anak, dengan peningkatan masalah sosial hari ini yang melibatkan remaja, timbul persoalan sama ada keluarga mempunyai cukup kekuatan bagi membentuk adab dan akhlak yang mulia pada anak-anak. Di sinilah peranan kerajaan yang harus bertanggungjawab mengatasi masalah sosial ini melalui pendidikan formal, penguatkuasaan dan pemulihan. Sebagai sebuah negara yang sedang meningkat maju, Malaysia harus bijak menyusun pembangunan dan pemodenan supaya masalah sosial ini tidak akan mengganggu kesejahteraan dan kebahagian masyarakat keseluruhannya.

Anda mungkin juga menyukai