Anda di halaman 1dari 10

MODEL KECERDASAN EMOSI

Kecerdasan emosi merujuk kepada integrasi emosi dengan struktur kognitif dalam personaliti individu, iaitu sejenis elemen psikologi yang dihasilkan daripada penerapan emosi dengan kognitif seseorang. Sebagai seorang guru permulaan, pemahaman dan pengalaman kompetensi kecerdasan emosi adalah satu aspek yang amat penting untuk menjadi seseorang guru yang berkesan. Kecerdasan emosi merangkumi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan dalaman orang lain dan berdoa untuk memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan untuk menyelesaikan konflik serta untuk memimpin ( Azhar, 2004). Terdapat tiga Model Kecerdasan Emosi iaitu : 1. Model Reuven Bar-On (EQ-i) 2. Model Mayer & Salovey (4 Branch Model) 3. Model Goleman (ECI) Kebangkitan emosi boleh digerakan oleh rangsangan dari luar yang diterima melalui pancaindera. Denyutan yang diterima oleh pancaindera dihantarkan kebahagian otak yang dinamakan thalamus dan dari situ dihantar kebahagian cortex untuk menghasilkan kebangkitan perasaan emosi. Menurut Young (1996) emosi ialah sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu . Kecerdasan emosi banyak dipelajari sepanjang hidup dan kompetensi di dalamnya boleh berkembang sepanjang hidup. Kecerdasan Emosi EQ ( emotional Quotient ) Kecerdasan Berfikir IQ ( Intelligence Quotient )
1

Model Pertama : Model Reuven Bar-On (EQ-i) Reuvon Bar-On merupakan seorang ahli psikologi yang mengkaji bidang Kecerdasan Emosi. Beliau telah membentuk Model Inventori Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kaedah pengukuran yang digunakan untuk menilai individu kerana

kebergantungan serta kesahihan sesuatu keputusan yang diperolehi. Kaedah ini bermatlamat mengenal pasti kemahiran bukan kognitif seseorang sehingga

menentukan kejayaan dalam bidang-bidang dalam hidup mereka. Selain itu, tujuan utama kaedah ini adalah untuk menilai kualiti peribadi seseorang individu itu lebih bijak mengawal emosi dari orang lain. Kaedah ini biasa digunakan bagi proses pemilihan pekerja (selection) dan pembangunan kerjaya. ReuvenBar-On telah menyebutkan definisi kepada Kecerdasan Emosi ialah sebagai serangkaian kemampuan, kompetensi, dan kecekapan bukan kognitif, yang

mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berhasil mengatasi tuntutan dan tekanan lingkungan. Melalui definisi yang telah diberikan Reuven bar-On , dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosi merupakan kemampuan-kemampuan yang merangkumi pada aspek pengendalian diri, kemampuan untuk memotivasi diri sendiri dan kemampuan untuk mencari pemecahan masalah sebagai sebahagian daripada dirinya. Menurut Bar-On juga, terdapat 5 domain Kecerdasan Emosi, iaitu :

Intrapersonal

Mood am

Interpersonal

Penyesuaian

Pengurusan Tekanan

Intrapersonal Terdapat 5 domain kecerdasan emosi yang telah dinyatakan iaitu Intrapersonal, Interpersonal, Pengurusan tekanan, Penyesuaian, dan Mood Am. Domain pertama ialah Intrapersonal. Intrapersonal bermaksud kemampuan untuk mengenal dan mengendalikan diri sendiri. Kemahiran intrapersonal merupakan satu kemahiran mengawal perasaan dalam diri seseorang iaitu dapat membawa diri dalam berbagai suasana dan ketika, tidak panik dan tidak gelabah sewaktu mengalami krisis. Di dalam Intrapersonal terdapat beberapa subdomain yang perlu diketahui iaitu : a. Penjagaan diri : Penjagaan diri ialah kebolehan untuk sedar, faham, menerima dan menghormati diri sendiri. b. Kesedaran emosi : Kesedaran emosi memahami emosi diri. c. Asertif : Asertif bermaksud kebolehan menyatakan perasaan, kepercayaan, pemikiran dan mempertahankan hak diri secara aman. d. Berdikari : Berdikari bermaksud kebolehan melakukan sesuatu tanpa diperintah dan boleh mengawal pemikiran dan tindakan tanpa terpengaruh dengan emosi. e. Peningkatan diri : Peningkatan diri ialah kebolehan mengetahui potensi diri sendiri dan melakukan sesuatu yang disukai. Interpersonal Domain kedua ialah Interpersonal EQ ialah kemampuan untuk bergaul, dan berinteraksi dengan orang lain. Interpersonal yang dihuraikan di sini ialah terdiri daripada tiga subdomain iaitu : a. Assersi : Assersi didefinisikan sebagai kebolehan untuk menyampaikan secara jujur dan jelas perasaan dan pemikiran diri kepada orang lain dalam satu komunikasi yang selesa, berterus terang, dan bersesuaian. ialah kebolehan mengenalpasti dan

b. Pengurusan kemarahan : Pengurusan Kemarahan ialah kebolehan untuk menunjukkan kemarahan dengan membina dalam perhubungan intrapersonal dan interpersonal. c. Pengurusan kebimbangan : Pengurusan Kebimbangan ialah kebolehan untuk mengurus kebimbangan diri (ketakutan) dan dapat menyampaikan perasaan ini kepada orang lain dengan berkesan. Pengurusan Tekanan Domain ketiga pula ialah Pengurusan Tekanan. Pengurusan tekanan yang dimaksudkan di sini ialah kemampuan untuk bertahan dalam menghadapi tekanan dan mengendalikan diri atau dorongan serta kemampuan untuk bertenang serta memberi tumpuan terhadap apa yang sedang berlaku. Pengurusan tekanan mempunyai dua subdomain, iaitu : a. Toleransi tekanan : Toleransi tekanan bermaksud kebolehan menghadapi situasi yang genting dan keadaan emosi yang stabil teramat tanpa terjejas. b. Kawalan dorongan (impuls) : Pengawalan dorongan bermaksud kebolehan mengawal dan menunda dorongan atau perasaan ingin bertindak serta mengawal emosi. Penyesuaian Penyesuaian bermaksud keadaan individu terhadap situasi di sekelilingnya.Individu yang fleksibel ialah individu yang boleh berubah sewaktu menghadapi sebarang masalah yang mendatang. Kemahiran yang amat penting sekali bagi seorang guru kerana bakal menghadapi masalah daripada pelbagai aspek yang sukar untuk ditangani. Penyesuaian ini harus dilentur pemikirannya bagi mengadaptasi persekitaran tanpa sebarang masalah. Domain Penyesuaian mempunyai 3 subdomain iaitu : a. Ujian realiti : Ujian realiti dapat melihat kebolehan serta menilai apa yang dirasai dengan apa yang sebenarnya berlaku.

b. Fleksibiliti : Fleksibiliti yang dinyatakan ialah kebolehan menyesuaikan perasaan, pemikiran, dan tingkah laku mengikut situasi yang ada. c. Penyelesaian masalah : Penyelesaian masalah mengenai kebolehan

mengenalpasti dan mentafsir masalah peribadi dan masalah sosial seterusnya menjana dan melaksanakan penyelesaian yang berkesan.

Perasaan Am

Perasaan Am ialah sentiasa berfikiran positif dalam apa jua perkara dan tidak terlalu emosi ataupun sensitif. Sentiasa ceria walaupun menghadapi masalah kerana ia boleh membantu kita mengurangkan tahap tekanan serta bertindak bijak dalam apa jua situasi dalam mengawal emosi.

Domain Perasaan Am pula mempunyai 2 subdomain iaitu :

a. Optimistik : Optimis merupakan kebolehan melihat daripada sudut positif dan mengekalkan sikap positf walaupun dalam situasi sukar . b. Keceriaan atau juga dikenali sebagai kegembiraan : Keceriaan atau

kegembiraan pula ialah kebolehan merasakan kepuasan hidup, menikmati hidup dan mempamerkan emosi yang positif .

Model Kedua : Model Mayer & Salovey (4 Branch Model)

Pada tahun 1990 Mayer dan Salovey telah membawa dimensi baru dalam Penilaian Pendidikan dengan memperkenalkan istilah kecerdasan emosi (EQ) kepada dunia. Hal ini menyebabkan ramai pakar mengatakan kegiatan manusia tidak hanya bergantung kepada kecerdasan intelek (IQ) seseorang tetapi keputusan yang mereka buat dalam banyak perkara juga bergantung kepada EQ.

Ahli psikologi yang terawal merungkai makna kecerdasan emosi secara spesifik ialah Mayer dan Salovey (1990). Menurut mereka, kecerdasan emosi merujuk kepada :

"Emotional intelligence is the ability to perceive, to access and generate emotions so as to assist thought, to understand emotions and emotional knowledge, and to relectively regulate emotions so as to promote emotional and intellectual growth". (Mayer dan Salovey,1990)

Mayer dan Salovey (1993) seterusnya menyatakan bahawa kecerdasan emosi membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi menyelesaikan masalah. Menurut mereka, kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memantau perasaan dan emosi sendiri dan orang lain, untuk membezakan setiap emosi yang dirasai dan untuk menggunakan maklumat yang diperolehi dalam pemikiran dan tindakan. Contohnya, menggunakan perkataan kebolehan tetapi bukan kemahiran.

Dalam model ini, Model Mayer dan Salovey Mereka telah membahagikan kepintaran emosi seseorang individu kepada empat cabang kebolehan. Cabang yang pertama merujuk kepada Persepsi Emosi (Emotional Perception). Ia melibatkan kebolehan seperti mengenal pasti emosi melalui mimik muka, muzik, cerita atau sebagainya.

Persepsi emosi & pengekspreannya : kebolehan mengenalpasti emosi dan meluahkannya dengan tepat

Penggunaan emosi : kebolehan menggunakan emosi secara konstruktif dalam membuat keputusan KECERDASAN EMOSI Kefahaman emosi : kebolehan memahami pelbagai emosi

Pengurusan emosi : adanya peningkatan dalam aspek personal dan sosial

4 cabang Kecerdasan Emosi Model Mayer and Salovey

Mayer dan Salovey (1997), kemudiannya menyatakan kecerdasan emosi didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengawal emosi diri dan orang lain, untuk membezakan antara emosi tersebut dan untuk menggunakan kefahaman itu untuk memantau pemikiran dan tindakan diri.

Terdapat juga sumber menyatakan, Mayer, Caruso dan Salovey (2000), mendefinisikan kecerdasan emosi (Emotion Quotient) atau EQ sebagai kebolehan seseorang mengenali makna emosi dan hubungannya dengan cara menakul dan cuba menyelesaikan masalah yang berkaitan dengannya.

Kecerdasan emosi terlibat

dalam

kapasiti untuk menjangkakan emosi,

mengasimilasikan perasaan berkaitan dengan emosi, memahami maklumat mengenai emosi dan menguruskannya.

Model Ketiga : Model Goleman (ECI) Definisi yang diberikan oleh Goleman (1998) kepada Kecerdasan Emosi ialah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan tindakan dan kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan. Goleman (1995) kemudiannya pernah mengatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualnya (IQ), tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya. Bermaksud kecerdasan emosi sebagai kebolehan mengenalpasti emosi diri sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri, menguruskan emosi dengan baik serta pembinaan hubungan antara perseorangan. Menurut buku The Emotional Intelligence yang ditulis oleh Goleman, terdapat bukti kecerdasan emosi amat berkuasa malahan lebih berkuasa daripada IQ dalam sebarang domain kehidupan manusia. Dalam erti kata lain kecerdasan emosi lebih mampu mencorakkan kehidupan manusia daripada kecerdasan azali (sedia ada). Dari sudut saintifiknya pula, Mayer (1997), dalam bukunya Emotional Development and Emotional Intelligence, telah mendefinisikan kecerdasan emosi (emotional intelligence) sebagai keupayaan untuk menakul emosi terbahagi dalam empat perkara iaitu mempersepsi emosi, menyepadukan emosi dalam pemikiran, memahami emosi dan menguruskan emosi.

Tuntasnya dari pelbagai definisi dan pandangan yang dikemukakan di atas, dapat disimpulkan bahawa kesemua konsep yang dikemukakan telah dirangkum dalam definisi kecerdasan emosi yang dikemukakan oleh Goleman iaitu Keupayaan seseorang menyedari dan mengenal pasti perasaannya dan perasaan orang lain, mempunyai motivasi kendiri, boleh mengurus emosinya sendiri serta mampu menjalin hubungan dengan mesra dan baik.

Dari definisi yang dikemukakan oleh Goleman (1999), secara tidak langsung kita boleh memahami bahawa terdapat lima domain dalam kecerdasan emosi. Domaindomain yang dimaksudkan adalah :

1) Self Awareness (menyedari emosi kendiri),

2) Self Regulation (mengawal emosi kendiri),

3) Self Motivation (motivasi kendiri),

4) Empathy (empati), dan

5) Social skill (kemahiran sosial)

Kesedaran kendiri (self-awareness) adalah mengetahui perasaan dalam satusatu situasi dan dapat memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan, mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan keyakinan diri yang utuh (Goleman 1999). Ini bermaksud, kesedaran diri juga sebagai objek yang membolehkan diri menyesuaikan tingkah laku berdasarkan konsep diri, atau kesedaran dan kefahaman terhadap diri dan persekitaran yang membolehkan berlakunya penilaian kendiri. Manakala, bagi Weisenger (1998) kesedaran kendiri ialah kebolehan memantau diri, menguasai tindakan dan tindak balas ke arah sesuatu matlamat.

Regulasi

kendiri

(self-regulation)

adalah

mengurus

emosi

agar

ianya

memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan tugasan, berhemah dan menangguhkan sementara perasaan untuk memuaskan hati dalam mengejar matlamat, dan cepat pulih daripada tekanan emosi (Goleman 1999). Weisenger (1998) menyatakan bahawa kawalan kendiri ialah memahami emosi terbabit dan

menggunakan emosi tadi secara positif untuk mengawal keadaan.

Motivasi kendiri (self-motivation) adalah dengan menggunakan kehendak utama hati dalam menggerak dan memandu arah seseorang untuk mencapai tujuan, membantu dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri, dan tetap tabah apabila menghadapi masalah dan kekecewaan (Goleman 1999). Ia juga bermaksud menggunakan emosi untuk merangsang dalam mencapai sesuatu matlamat atau menyelesaikan sesuatu tugasan, projek dan lain-lain.

Empati pula boleh mengesan perasaan orang lain, boleh melihat atau memahami sudut pandangan orang lain dan boleh mencetus dan menyuburkan kemesraan dan keserasian dengan individu yang pelbagai latar belakang (Goleman 1999). Terdapat juga menyatakan bahawa empati ialah melihat sesuatu daripada sudut pandangan seseorang, memahami paradigma mereka dan juga memahami perasaan mereka sepenuhnya secara emosional dan juga intelektual.

Kemahiran sosial (social skill) dapat mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan dan mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan matlamatnya serta mahir memujuk dan memimpin, berunding dan menyelesaikan konflik untuk mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan (Goleman 1999).

10

Anda mungkin juga menyukai