Anda di halaman 1dari 27

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012

KOD KURSUS HBSL 1203

PSIKOLOGI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL :

: : :

830922035967001 830922035967 sahabudin.ayub@yahoo.com

0129434313

PUSAT PEMBELAJARAN :

PP. KENINGAU,SABAH.

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. PENGENALAN Manusia adalah antara makhluk ciptaan yang amat unik.Cuba kita melihat kepada diri sendiri, dan melihat pula pada sekeliling.Mereka juga manusia, berjantina sama, lahir daripada bangsa yang sama juga namun, dengan sekali pandang sahaja, Ahmad dan Kamal dapat dikenalpasti dengan mudah. Setiap manusia secara umumnya dilahirkan dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri samada ia kelihatan amat jelas pada pandangan mata kasar mahupun agak hampir sehingga seakan-akan menyerupai antara satu sama lain.Namun sehampir mana dua individu tersebut, perbezaan tetap wujud jika diamati daripada sudut yang lebih spesifik. Inilah pengertian mudah bagi menyatakan erti umum perbezaan individu. Ketidaksamaan tersebut sering juga disebut sebagai keunikan. Dalam organisasi social yang paling kecil iaitu sebuah keluarga. Seorang bapa akan mendapati bahawa, anak kedua berbeza daripada anak pertama, ketiga berbeza daripada kedua-dua anaknya yang lain dan begitulah seterusnya sehingga kepada perkembangan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Perbezaan tersebut umumnya boleh dilihat daripada aspek fizikal samada seseorang individu tersebut berbadan besar, mungkin juga kurus, mempunya lebihan bulu pada badannya, aspek jantina, bahkan dilihat juga keunikan itu pada sudut kecerdasan akal, corak pergaulan, emosi ataupun dipengaruhi oleh factor luaran seperti taraf hidup, persekitaran tempat tinggal dan sebagainya.Keunikan tersebut seharusnya dapat difahami oleh semua orang agar sebarang tindakan susulan yang bakal diambil sentiasa memberi impak yang positif kepada individu tersebut.

DEFINISI Perbezaan individu berdasarkan kepada pengertian yang diberikan oleh Borich dan Tombari (1997) ialah : Individual differences are the variations we observe among member of any group in a particular charecteristic, such as temperement, energy level, friendship patterns and parent-child attachment. Sumber : Modul Psikologi kanak-kanak bermasalah Pembelajaran, OUM. 2

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

Huraian kepada pengertian tersebut dipecahkan kepada 4 elemen iaitu :

Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychologi For Effective Teaching memberi pengertian kepada kepelbagaian Individu sebagai ciri dan sifat manusia yang mempunyai potensi samada meningkatkan kemajuan seseorang ataupun membataskan keupayaan seseorang untuk belajar ( takut bertanya atau takut melakukan kesilapan). Selain daripada pendapat dan teori tersebut, beberapa pandangan lain dirujuk bagi memahami aspek perbezaan individu antaranya ialah menurut Papalia (2001), perbezaan manusia dilihat kepada aspek jantina, ketinggian, berat dan bentuk tubuh badan. Tambahan kepada aspek tersebut merangkumi juga sudut kesihatan, tahap tenaga , ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Pengaruh persekitaran,status sosioekonomi keluarga, tahap pendidikan ibu bapa, persekitaran dalam komuniti,masyarakat mempengaruhi kehidupan seseorang individu. ( sumber : Topik 5, HBSL 1203 OUM,m/s 37). Slavin (1997), lebih menumpukan kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Pandangan beliau merumuskan bahawa kepelbagaian pelajar minat. 3 terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya pembelajaran(kognitif),etnik,budaya,kelas sosial,bahasa seharian, jantina,bakat dan

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Secara umumnya, individu dilihat sebagai satu keperibadian dimana merujuk kepada bagaimana individu tampil dan menimbulkan kesan bagi individu-individu lainnya. Pada dasarnya definisi individu dari aspek keperibadian secara umum ini adalah lemah karena hanya menilai perilaku yang dapat diamati saja dan tidak mengabaikan kemungkinan bahwa ciri-ciri ini boleh berubah bergantung pada situasi sekitarnya selain itu definisi ini disebut lemah karena sifatnya yang bersifat evaluatif (menilai), bagaimanapun pada dasarnya kepribadian itu tidak dapat dinilai baik atau buruk karena bersifat netral. Untuk menjelaskan keperibadian menurut psikologi saya juga melihat kepada teori dari George Kelly yang memandang bahawa keperibadian sebagai cara yang unik individu itu dalam melontarkan pengalaman-pengalaman hidupnya. Sementara Gordon Allport merumuskan kepribadian sebagai sesuatu yang terdapat dalam diri individu yang membimbing dan memberi arah kepada seluruh tingkah laku individu yang bersangkutan. Lebih detail tentang definisi kepribadian menurut Allport yaitu kepribadian adalah suatu organisasi yang dinamis dari sistem psikofisik individu yang menentukan tingkah laku dan pikiran individu secara khas.

Definisi Personaliti Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua perkataan yang berkait rapat. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu, personaliti akan memperihalkan sifat sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu. Personaliti juga berasal daripada perkataan pesona yang bermakna topeng muka merujuk kepada sifat kebanyakan manusia ingin menonjolkan perilaku yang baik sahaja dan menyembunyikan yang buruk, Mohd Saleh Lebar, (1994). Adler (1948) mendefinisikan personaliti sebagai gaya hidup seseorang manusia. Allport( 1961 ) menyatakan personality sebagai susunan psiko fizikal yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri dan penyesuaiannya dengan persekitaran. Freud pula menterjemahkan personaliti dalam bentuk id,ego dan superego berbanding Carl Jung

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. yang menbahagikan pula personaliti kepada tiga kumpulan iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri ciri keperibadian seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain. Dua konsep yang perlu diberikan penekanan iaitu tipikal dan berbeza. Personaliti seseorang adalah mengandungi kesemua ciri psikologi yang secara relatifnya tidak berubah, yang tipikal (yang biasa terdapat) pada orang tersebut. Contohnya mereka mempunyai tipikal yang pemurah, pemalu, impulif dan lain lain. Penekanan kedua terhadap istilah berbeza. Pola pola unik tipikal cara bertindak, berfikir, dan merasa setiap orang adalah yang menyebabkannya berbeza daripada orang lain.

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. TEORI BERKAITAN PERBEZAAN INDIVIDU. Dalam mengkaji dan memahami konsep perbezaan individu, terdapat beberapa teori menguraikan perbezaan individu yang boleh dirujuk antaranya ialah Teori perkembangan oleh Arnold Gesell dan Teori tugasan oleh Havighurst.Konsep perbezaan ini pada mulanya diberi perhatian oleh Sir Francis Galton(1882), dengan mengukur pendengaran, masa reaksi diambil, pandangan, dan lain-lain kebolehan motor apabila beliau mendirikan bilik ujian di Muzium London.Tokoh yang lain seperti Galton pula mendapati bahawa individu berbeza dalam ujian-ujian kebolehan deria motor dalam melaksanakan sesuatu tugas. Selain itu, terdapat dua teori yang menghuraikan perkembangan kanak-kanak dalam konteks sosial dan perubahan besar dalam perkembangan sosio-emosional kanak-kanak dimana merupakan fokus saya dalam pengkajian untuk penulisan ini iaitu Teori Psikososial Erikson dan Teori Ekologi Bronfenbrenner.

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER Urin Bronfenbrenner adalah seorang psikologi yang lahir pada tahun 1917, beliau telah mengembangkan teori ekologi pembangunan manusia, yang mana teorinya menekankan kepada pembangunan manusia dalam konteks social di mana kanak-kanak membesar dan individu-ivdividu yang mempengaruhi kehidupan sepanjang perkembangan kanakkanak tersebut. .Bronfenbrender menganalisis lima jenis sistem yang membantu dalam pembangunan manusia, iaitu sistem mikro, mesosystem, exosystem, dan sistem makro dan akhirnya dia mengembangkan sistem kelima yang merupakan sistem Chrono. Setiap sistem tersebut akan saya perincikan dalam bahagian seterusnya.

Rajah 2 : Pecahan system yang mempengaruhi ekologi menurut Bronfenbrenner.

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu. Menurut teori ini juga menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dengan erti kata yang lain, dapat difahami bahawa interaksi tersebut boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta membentuk personaliti seseorang dengan mengambil pengalaman tentang apa yang dilalui diserap dan membentuk diri seseorang individu tersebut samada kita sedar atau tidak, kanak-kanak yang berada dalam ruang lingkup mikro( berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh factor persekitaran.

Rajah 3 Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. SISTEM MIKRO Mikrosistem merangkumi persekitaran terdekat yang mana kanak-kanak menghabiskan masa paling banyak dengan interaksi secara terus.Bagi seorang kanak-kanak, interaksi yang paling mudah bagi mereka ialah sesama ahli keluarga iaitu kedua-ibu bapa dan

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. juga adik beradik. Interaksi antara jiran, rakan sepermainan dan guru merupakan antara penyumbang dalam proses perkembangan kanak-kanak. Keluarga merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seorang kanakkanak terutamanya kedua ibu bapa.Mereka mempunyai pengaruh besar keatas tingkah laku, cara pergaulan kanak-kanak. Sebagai contoh, merujuk kepada kajian yang dilakukan di dalam dan luar Negara telah menunjukkan bahawa factor persekitaran mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan seseorang kanakkanak.(Mac Noughtori,2005). George Peter Murdock, seorang ahli antropologi telah menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok social yang tinggal di bawah satu bumbung, bekerjasama antara satu sama lain dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode,m/s. 362). Kepincangan keluarga, masalah sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan kanak-kanak. Kegagalan dalam mencari jalan keluar daripada kepincangan tersebut akan memberi impak negative kepada perkembangan kanak-kanak yang mana menumbuhkan rasa kurang hormat anak-anak kepada ibu bapa dan sebagainya. Ting(2005), dalam satu kajian mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar Bandar masih berada di paras yang rendah. Pernyataan ini didapati sejajar dengan satu lagi kajian lain yang pernah dibuat oleh seorang lagi tokoh iaitu Berger(1995), yang menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak disekolah. Berdasarkan kepada hasil kajian, amat jelas untuk diterima bahawa institusi keluarga memainkan peranan yang amat besar sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Bagi membina suasana yang harmoni kea rah perkembangan yang positif, ibu bapa haruslah membimbing, memudahcara, serta menyelami jiwa anak-anak mereka, bukan secara pemerhatian umum dengan menyamakan setiap anak-anak mereka kerana bagi ibu bapa yang amat prihatin, mereka akan mengerti bahawa setiap anak-anak adalah berbeza.

MESOSISTEM 8

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Mesosistem ditakrifkan sebagai perhubungan antara satu mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dalam mikrosistem yang lain. Dengan erti kata yang lain, jika berlaku sesuatu masalah di rumah, perkara tersebut dapat mempengaruhi tingkahlaku dan personaliti seseorang individu di sekolah. Masalah yang berlaku dirumah akan dibawa ke sekolah menyebabkan emosi mereka terganggu dan impaknya ialah masalah disiplin dan juga kurang tumpuan dalam pelajaran.

EKSOSISTEM Eksosistem merupakan pengalam dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung. Namun, sebarang tindakan dan keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut telah memberi kesan terhadap kanak-kanak tersebut bahkan juga kepada orang dewasa yang turut terlibat dengan kanak-kanak itu. Dengan erti kata yang lain, hasil sesuatu tindakan individu itu mempengaruhi kehidupan orang lain.Dalam konteks ini, sesuatu tindakan dan arahan perlaksanaan sesuatu polisi yang baru oleh jawatankuasa pentadbiran sekolah walaupun tidak dilibatkan dengan pandangan murid, namun penguatkuasaan perubahan tersebut mempengaruhi perkembangan social kanakkanak tersebut. Contohnya, polisi pengasingan murid yang lemah dan cemerlang dalam kelas yang berbeza akan mendatangkan sikap rendah diri, malu serta kurang motivasi dalam pelajaran.

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

MAKROSISTEM Makrosistem melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat.Perkara ini boleh dillihat dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan( Santrock, 2008). Terdapat sesetengah kaum di dunia mengamalkan dasar melebih-lebihkan kaum wanita sebagai ketua berbanding lelaki seperti ketua keluarga, pewarisan harta dan sebagainya. Namun kebanyakan Negara, memilih lelaki sebagai dominan tertutama melibatkan aspek kepimpinan. Kaum lelaki diberi lebih peluang dalam bidang pendidikan dan pekerjaan berbanding wanita. Bagi ibu bapa yang masih lagi berfikiran konservatif, masih beranggapan bahawa pendidikan tidak penting kepada anak-anak perempuan kerana tugas wanita yang paling sesuai hanyalah sebagai penjaga kepada anak-anak, menguruskan hal-hal dirumah dan menyediakan masakan sahaja. KRONOSISTEM Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Mungkin pada 20 tahun lalu, murid-murid tidak lengkap pakaian sekolah, berkaki ayam, keperluan pelajaran agak terhad, kelas tidak selesa dan aktiviti masa lapang diisi dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian pada waktu itu misalnya berkebun, mandi sungai, melastik burung, membuat laying-layang, bermain gasing dan sebagainya. Namun berbeza pada masa kini, dengan arus pemodenan yang pesat, jaringan maklumat yang cepat dan mudah, pelbagai teknologi baru yang ada maka kanak-kanak lebih berfokus kepada permainan berteknologi seperti permainan internet, memuat turun lagu dan sebagainya.Bidang pendidikan juga sudah banyak berubah, penggunaan projector, pembelajaran interaktif, pembelajaran berkomputer dan berbagai-bagai lagi penggunaan aplikasi teknologi.Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah Negara memberi implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek. Namun, dalam menilai sesuatu perubahan tersebut, pasti ada pro dan kontranya.Walaupun perkara luaran berupaya mempengaruhi seseorang individu, kekuatan individu itu sendiri dan pemantauan berterusan daripada ibu bapa sekurang-kurangnya mampu mengukuhkan jati diri kanak-kanak tentang sikap dan personalitinya tersendiri.

TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ERIK ERIKSON (1902-1994) 10

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson kerana ia menggabungkan tiga factor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu, factor kendiri, emosi dan social. Mengikut Erikson, kanak-kanak akan melalui lapan tahap perkembangan di sepanjang hayatnya.( rujuk rajah peringkat perkembangan) yang penuh dengan krisis.Untuk mencapai tahap kesihatan psikososial, seseorang mesti berjaya mengatasi krisis yang terdapat pada setiap tahap tersebut. Erik Erikson(1902-1994) telah menganalisis perkembangan social kanak-kanak dalam jangkamasa kehidupan mereka. Menurutnya, manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka adalah bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap-tahap tertentu yang mana setiap tahap tersebut mempunyai konflik tersendiri yang perlu diatasi dengan betul agar perkembangan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN EMOSI TEORI ERIKSON.

11

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Peringkat perkembangan emosi mengikut Teori Erikson merangkumi kepada lapan (8) iaitu :

TAHAP 1 : KEPERCAYAAN LAWAN KETIDAKPERCAYAAN ( 0-18 bulan) Situasi ini terjadi pada usia 0 s/d 18 bulan iaitu bermula dengan tingkat pertama teori perkembangan psikososial Erikson terjadi antara kelahiran sampai usia satu tahun dan merupakan tingkatan paling dasar dalam hidup. Oleh karena bayi sangat bergantung, perkembangan kepercayaan didasarkan pada ketergantungan dan kualitas dari pengasuh kepada anak. Jika anak berhasil membangun kepercayaan, dia akan merasa selamat dan aman dalam dunia. Pengasuh yang tidak konsisten, tidak tersedia secara emosional, atau menolak, dapat mendorong perasaan tidak percaya diri pada anak yang di asuh. Kegagalan dalam mengembangkan kepercayaan akan menghasilkan ketakutan dan kepercayaan bahwa dunia tidak konsisten dan tidak dapat di tebak. TAHAP 2 : AUTONOMI LAWAN MALU ( 18 bulan 3 tahun) Pada peringkat ini, konsep diri telah menjadi bertambah nyata. Kanak-kanak mula tahu apa yang perlu dibuat dan dicakapkan. Mereka berkeinginan untuk bertindak bebas (autonomi). Kanak-kanak juga didapati lebih gemar untuk membuat sesuatu perkara tanpa bergantung kepada orang lain. Mereka cuba untuk mengambil air minuman sendiri, menyuapkan makanan sendiri dan mandi sendiri dengan meniru perbuatan mereka yang hampir dengan mereka.Selain daripada itu, tingkah laku yang digalakkan dan dielakkan dapat dikenalpasti. Kadang-kadang dimarah atau didenda membuatkan mereka malu dan ragu-ragu. Di peringkat ini juga, kanak-kanak sudah mula berkeinginan untuk melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Situasi tersebut merupakan 12

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Namun, kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima dan didorong agar keyakinan diri mereka lebih terarah. TAHAP 3 : INISIATIF LAWAN BERSALAH ( 3-6 tahun) Keadaan ini terjadi pada usia 3 s/d 5 tahun. Selama masa usia prasekolah mulai menunjukkan kekuatan dan kontrolnya akan dunia melalui permainan langsung dan interaksi sosial lainnya. Mereka lebih tertantang karena menghadapi dunia sosial yang lebih luas, maka dituntut perilaku aktif dan bertujuan. Anak yang berhasil dalam tahap ini merasa mampu dan kompeten dalam memimpin orang lain. Adanya peningkatan rasa tanggung jawab dan prakarsa. Mereka yang gagal mencapai tahap ini akan merasakan perasaan bersalah, perasaan ragu-ragu, dan kurang inisiatif. Perasaan bersalah yang tidak menyenangkan dapat muncul apabila anak tidak diberi kepercayaan dan dibuat merasa sangat cemas. Erikson yakin bahwa kebanyakan rasa bersalah dapat digantikan dengan cepat oleh rasa berhasil TAHAP 4 : Ketekunan lawan rasa rendah diri. ( 6-12 tahun)

Melalui interaksi sosial, anak mulai mengembangkan perasaan bangga terhadap keberhasilan dan kemampuan mereka. Anak yang didukung dan diarahkan oleh orang tua dan guru membangun peasaan kompeten dan percaya dengan ketrampilan yang dimilikinya. Anak yang menerima sedikit atau tidak sama sekali dukungan dari orang tua, guru, atau teman sebaya akan merasa ragu akan kemampuannya untuk berhasil. Prakarsa yang dicapai sebelumnya memotivasi mereka untuk terlibat dengan pengalaman-pengalaman baru. Ketika beralih ke masa pertengahan dan akhir kanakkanak, mereka mengarahkan energi mereka menuju penguasaan pengetahuan dan keterampilan intelektual. Permasalahan yang dapat timbul pada tahun sekolah dasar adalah berkembangnya rasa rendah diri,perasaan tidak berkompeten dan tidak produktif. Erikson yakin bahwa guru memiliki tanggung jawab khusus bagi perkembangan ketekunan anak-anak.

TAHAP 5 :

Identiti lawan Kekeliruan ( 12-18 tahun)

13

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula memasuki alam remaja, mereka mesti Berjaya mencari identiti dalam pekerjaan. Peranan jantina, politik dan agama. Jika remaja tidak Berjaya mencapai perkara tersebut, perasaan rendah diri akan mula timbul. Terjadi pada masa remaja, yakni usia 10 s/d 20 tahun. Selama remaja ia mengekplorasi kemandirian dan membangun kepakaan dirinya. Anak dihadapkan dengan penemuan siapa mereka, bagaimana mereka nantinya, dan kemana mereka menuju dalam kehidupannya (menuju tahap kedewasaan). Anak dihadapkan memiliki banyak peran baru dan status sebagai orang dewasa pekerjaan dan romantisme, misalnya, orangtua harus mengizinkan remaja menjelajahi banyak peran dan jalan yang berbeza dalam suatu peran khusus. Jika remaja menjajaki peran-peran semacam itu dengan cara yang sehat dan positif untuk diikuti dalam kehidupan, identitas positif akan dicapai. Jika suatu identitas remaja ditolak oleh orangtua, jika remaja tidak secara memadai menjajaki banyak peran, jika jalan masa depan positif tidak dijelaskan, maka kebingungan identitas merajalela. Namun bagi mereka yang menerima dukungan memadai maka eksplorasi personal, kepekaan diri, perasaan mandiri dan control dirinya akan muncul dalam tahap ini. Bagi mereka yang tidak yakin terhadap kepercayaan diri dan hasratnya, akan muncul rasa tidak aman dan bingung terhadap diri dan masa depannya.

TAHAP 6 :

Kerapatan lawan pengasingan ( 18-35 tahun)

Status sebagai remaja mula bertukar kepada seorang yang dianggap dewasa. Peringkat ini, individu dewasa akan membina hubungan rapat. Namun jika berlaku sebaliknya, maka mereka akan berasa terasing kerana kegagalan dalam membina hubungan. Erikson percaya tahap ini penting, tahap seseorang membangun hubungan yang dekat dan siap berkomitmen dengan orang lain. Mereka yang berhasil di tahap ini, akan mengembangkan hubungan yang komit dan aman. Erikson percaya bahwa identitas personal yang kuat penting untuk mengembangkan hubungan yang intim. Penelitian telah menunjukkan bahwa mereka yang memiliki sedikit kepakaan diri cenderung memiliki kekurangan komitemen dalam menjalin suatu hubungan dan lebih sering terisolasi secara emosional, kesendirian dan depresi.Jika mengalami kegagalan, maka akan muncul rasa keterasingan dan jarak dalam interaksi dengan orang. TAHAP 7 : Generativiti lawan Pemusatan Kendiri ( 35-60 tahun) 14

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Seseorang yang dewasa akan mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi yang akan datang atau mungkin ia berlaku sebaliknya iaitu hanya memusatkan kepada aktiviti diri. Selama masa ini, mereka melanjutkan membangun hidupnya berfokus terhadap karir dan keluarga. Mereka yang berhasil dalam tahap ini, maka akan merasa bahwa mereka berkontribusi terhadap dunia dengan partisipasinya di dalam rumah serta komuniti. Mereka yang gagal melalui tahap ini, akan merasa tidak produktif dan tidak terlibat di dunia ini. TAHAP 8 : Kesepaduan Lawan Putus Asa ( 60 tahun akhir hayat)

Merupakan peringkat kemuncak kepada perkembangan dimana perasaan diterima dengan perasaan puas atau mungkin perasaan itu ialah satu perasaan yang tidak diterima. Kegagalan ini akan membawa kepada rasa putus asa terhadap kehidupan. Setelah mengkaji dan meneliti lapan peringkat perkembangan yang diutarakan oleh Erik Erikson, ada Sesuatu perkara yang amat menarik perhatian saya ialah kepada persoalan iaitu Apakah yang akan berlaku kepada seseorang individu tersebut jika berlaku keadaan dimana kanak-kanak tersebut gagal dalam mengatasi krisis pada tahaptahap tertentu? Kegagalan menangani krisis mungkin bukan juga kehendak kanakkanak tersebut kerana ia mungkin disebabkan oleh tekanan persekitaran serta apa yang dikatakan eksosistem dan makrosistem (teori Urie Bronfenbrenner). Menurut Erik Erikson, jika keadaan tersebut berlaku, kanak-kanak itu akan terus maju ke tahap berikutnya, tetapi akan terus gagal sepanjang hayatnya. Misalnya, jika seseorang itu gagal mengatasi krisis membentuk identiti pada tahap remaja , dia akan terus maju pada tahap berikutnya iaitu tahap keenam( kemesraan lawan pengasingan diri) namun akan terus gagal dengan menjadi seseorang yang terasing. Pada peringkat ketujuh, generativiti melawan pemusatan kendiri akan memperlihatkan bagaimana individu tersebut memusatkan perhatian kepada dirinya sahaja. Manakala orang lain yang Berjaya mengatasi krisis pada peringkat tersebut sudah mempunyai anak dan sedang membesarkan anak-anak mereka.

15

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

PERBANDINGAN ANTARA TEORI EKOLOGI URIE BRONFENBRENNER DAN TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ERIK ERIKSON BIL 1 TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER Menekankan pengaruh persekitaran keatas perkembangan individu. 2 Terdiri daripada lima sistem. Mikrosistem,mesosistem, eksosistem, makrosistem,kronosistem. TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ERIK ERIKSON Menganalisis perkembangan kanak-kanak dalam kehidupan mereka. Mempunyai lapan tahap/peringkat sosial

jangkamasa

perkembangan emosi Teori Erikson.

IMPAK PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Impak merujuk kepada sesuatu perkara yang berlaku bersandar kepada sesuatu punca.Dalam perbincangan ini, impak yang dikaji ialah implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berpunca daripada perbezaan individu. Sepertimana yang diketahui, perbezaan yang ada pada setiap individu membawa kepada kepelbagaian sikap, tahap penerimaan terhadap pelajaran dan cabaran dalam membantu kejayaan pelajar dalam pelajaran termasuk kesesuaian bahan,kaedah, pendekatan dan sebagainya. Implikasi perbezaan dilihat dalam beberapa keadaaan seperti mana yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah ;

IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 16

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

a) Kesediaan Belajar Dalam satu kelas, tahap kecerdasan adalah tidak sama. Sebagai seorang guru seharusnya dapat mengenalpasti dan memastikan murid bersedia untuk belajar.Perkara ini perlu diberi perhatian oleh para guru kerana tahap penerimaan mereka adalah berbeza. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan berbanding rakan-rakan sekelas yang lain. b) Objektif Pengajaran dan Pembelajaran. Bersandar kepada perbezaan dan tahap penerimaan pelajar terhadap sesuatu topik. Guru seharusnya memberi latihan bersesuaian, penerangan yang ringkas dan sebagainya. c) Tingkahlaku Mengganggu dalam pembelajaran. Bagi murid yang bermasalah, selalunya terdiri daripada murid yang sering mempamerkan tingkah laku disteruktif( negatif) atau destruktif(positif) yang mana mengganggu tumpuan murid lain melalui tindakannya membuat bising, agresif, hiperaktif dan sebagainya. Tingkahlaku destruktif merujuk kepada perlakuan mengganggu dalam aspek yang positif seperti menyudahkan latihan dengan pantas, selalu bertanya, proaktif dan sebagainya. d) Perbezaan Gaya Kognitif. Setiap pelajar adalah sukar untuk sepenuhnya belajar sepertimana yang ditentukan oleh guru. Ini kerana setiap pelajar menggunakan pelbagai cara untuk menguasai sesuatu. Contohnya ialah terdapat murid yang menyukai alunan muzik, maka murid tersebut lebih bersemangat untuk belajar jika terdapat sedikit hiburan dan bunyi-bunyian. e) Perbezaan Personaliti.. Guru akan mendapati pelajar-pelajar dikelasnya adalah berbeza dalam aspek personaliti.. Ada murid yang pendiam, tidak mempunyai ramai kawan, lemah terhadap pelajaran dan sebagainya. Minat individu,sikap terhadap sekolah, dan terhadap mata pelajaran bahkan juga merangkumi minat terhadap personaliti guru.Murid yang suka membuat pekerjaan secara sendirian dan memandang 17

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. orang lain kurang berkebolahan daripadanya.Selain daripada itu, terdapat juha individu yang bermasalah sukar menyesuaikan dirinya dengan orang lain.

ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU Sebelum saya menjelaskan berkaitan faktor yang menyebabkan perbezaan individu, eloklah jika saya turut menerangkan aspek perbezaan individu terlebih dahulu agar konsep keseluruhan perbezaan individu dapat dilihat secara menyeluruh. Terdapat 13 aspek perbezaan yang dilihat membawa kepada perbezaan setiap individu.( rujuk rajah aspek perbezaan individu). Papalia(2001), menyatakan bahawa manusia berbeza dari segi jantina, berat dan bentuk tubuh badan. Manakala Slavin(1997) pula lebih menekankan perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menyatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa yang digunakan dirumah,jantina, bakat dan minat.

18

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Rajah : Aspek Perbezaan Individu A. Perbezaan Jantina Kanak-kanak lelaki dianggap sebagai ketua keluarga, ditanamkan dengan sikap berani dan kepimpinan dengan meletakkan harapan yang tinggi dalam pelajaran dan kejayaan berbanding anak perempuan. Namun jika dilihat dalam konteks pembelajaran, fenomena biasa yang berlaku ialah kanak-kanak lelaki sering dikelompokkan sebagai nakal dan sering melanggar peraturan sekolah. Murid perempuan dilihat lebih yakin, mematuhi peraturan dan rajin dalam pelajaran.Dalam aspek perkembangan fizikal,kognitif,emosi dan sosial, kanakkanak lelaki pula biasanya lambat dua tahun berbanding kanak-kanak perempuan. Maccoby dan Jacklin(1974) mendapati pelajar perempuan lebih baik dari segi kecerdasan lisan manakala pelajar lelaki lebih baik dari aspek kecerdasan ruang. Berdasarkan perkara tersebut, seorang guru seharusnya memahami dan mencari kaedah yang bersesuaian dalam membina keseimbangan untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajan dengan mengambil kira aspek-aspek tersebut. Fizikal Sebagai seorang guru, didalam sebuah kelas yang diajar didapati terdapat murid yang agak gempal, kurus,mungkin ketinggian yang lebih dan juga terdapat murid yang kerdil. Sesetengah kelas pula mempunyai murid berbangsa cina yang berkulit lebih cerah daripada pelajar berbangsa melayu dan india. Dikalangan pelajar tersebut tidak akan ada yang dua orang pelajar yang sama melainkan jika terdapat kembar seuri yang menyukarkan untuk dikenali kerana rupa fizikal yang hampir sama. Kognisi Plato pernah membincangkan tentang perbezaan individu dari segi kecerdasan seawal 2000 tahun yang lalu. Galton (1865), Alfred Binet, Simon dan Terman (1916), yang mendapati individu berbeza daripada aspek kecerdasan. Kajian telah menunjukkan bahawa individu adalah berbeza dari segi kebolehan kognitif seperti menaakul, berfikiran logis, kebolehan berbahasa, mengira dan berimaginasi. Alfred Binet (1905), menyatakan seseorang yang cerdas ialah individu yang mempunyai keupayaan mental yang lebih daripada kawan-kawan yang seusia dengannya. Piaget pula mendifinasikan cerdas sebagai cara individu mengadaptasi kepada persekitaran. 19

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

Personaliti Setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri. Kita akan dapat mengetahui personaliti seseorang melalui wajah dan perwatakannya iaitu gaya percakapan, bagaimana tingkahlakunya, corak berfikir, cara bertindak dan gaya bekerja. Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang. Ada individu peramah, pandai berkawan, popular,disukai, menyendiri, pendiam,garang dan sebagainya. Gaya Kognitif dan Gaya Belajar. Gaya belajar merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar manakala gaya kognitif pula ditafsirkan sebagai cara individu mempersepsi maklumat. Witkin(1940) telah mengenalpasti dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung pada latar( mempersepsi sesuatu secara global) dan gaya belajar bebas latar(mempersepsi sesuatu secara analitikal). Garsha dan Riehmann melihat gaya belajar dalam enam dimensi iaitu : I. II. III. IV. V. VI. Bergantung Bebas Mengelak Bekerjasama Bersaing Melibatkan diri

Kolb(1984) pula telah mengemukakan teori pembelajaran pengalaman yang mengandungi gaya belajar dalam empat peringkat pengalaman iaitu ; Pengalaman konkrit Pengalaman reflektif Perkonsepan abstrak Percubaan aktif.

Dengan konsep itu maka lahirlah pelajar dengan gaya tersendiri iaitu divenger, asimilator, konverger dan akomodator. Kesihatan

20

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Dalam aspek kesihatan, kita dapat lihat perbezaan individu ada pelbagai samada riang, ceria, sihat, normal dan juga pelajar yang tidak sihat( Contohnya asma, talsemia, hepatitis B, Hemofilia, anemia,alahan dan sebagainya).Terdapat juga kelompok atau beberapa murid yang kekurangan daya penglihatan kerana rabun atau buta, kurang pendengaran, bisu, sengau atau biasanya gagap adalah biasa dilihat di sekolah. Sosial Terdapat dua jenis murid yang secara umumnya jelas kelihatan iaitu murid yang aktif yang mana sering bermain, berkawan, serta berinteraksi antara satu sama lain. Manakala murid bahagian. Bangsa/Bahasa Pertembungan bangsa dan bahasa telah berlaku sejak lama dahulu melalui migrasi penduduk melalui pelbagai cara seperti pelarian, dasar perindustrian, kekangan ekonomi memaksa perpindahan penduduk. Perkara ini boleh dilihat di semenanjung malaysia yang dihuni oleh berbagai bangsa seperti bangsa cina, india, bangsa siam dan sebagainya telah lama hidup bersama dan berkongsi budaya, cara hidup dan sebagainya. Kepelbagaian tersebut memberi kekuatan kepada perbezaan individu yang mana skop telah menjadi semakin luas dan perbezaan bagi setiap individu yang merentasi bangsa menjadi semakin jelas. Jadi, berdasarkan kepada semua skop yang dibincangkan dan dijelaskan dalam bahagian ini maka bolehlah dikatakan bahawa terdapat pelbagai aspek perbezaan individu yang merangkumi aspek jantina, ketinggian, tahap kesihatan dan sebagainya. Namun demikian, aspek-aspek perbezaan individu ini boleh dikelaskan kepada dua faktor yang besar iaitu faktor baka dan persekitaran. yang kurang aktif iaitu sukar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum mahupun kesenian lebih suka melihat sahaja tanpa bersedia mengambil

21

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERBEZAAN INDIVIDU Sepertimana yang disimpulkan pada bahagian aspek perbezaan individu, faktor perbezaan individu dapat dilihat pada dua keadaan iaitu faktor baka dan juga faktor persekitaran. FAKTOR BAKA Manusia mewarisi sifat-sifat tertentu daripada kedua ibu bapanya yang diperturunkan semasa proses percantuman sel sperma yang mengandungi 23 kromosom dengan sel ovum yang mengandungi 23 kromosom untuk membentuk sel anak. Contoh 1 : Pewarisan Rupa Paras Ibu kepada Anak.

22

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

Pewarisan sifat tersebut mungkin merangkumi sebahagian besar paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tret personaliti, sikap, gaya hidup, bahasa dan minat. Menurut Alfred Binet, Theodore dan Guiford mempercayai bahawa kecerdasan adalah sesuatu yang diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran & Tombari,1997). Pendapat tersebut pula kurang dipersetujui oleh Howard Gardner et al.(1996) yang berpendapat bahawa kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melalui proses pembelajaran. Selain daripada beberapa pendapat diatas, terdapat juga beberapa kajian yang mendapati sebahagian kecacatan mental adalah diwarisi. Sebagai contohnya ialah penyakit Tay-Sach yang mana bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya akan mati pada umur 3 atau 4 tahun. Jika kedua-dua ibu bapanya membawa gen ini, anak meraka mempunyai peluang 25% menghidap penyakit ini. Penyakitpeyakit lain yang boleh diwarisi adalah seperti sindrom down, Phenylketonuria, Anemia sel- Sikel ( Asmawati Desa,1996). FAKTOR PERSEKITARAN Persekitaran membawa maksud ruang lingkup kehidupan seseorang merangkumi individu yang ditemui, objek yang diketahui mahupun tidak diketahui serta peristiwa yang berlaku pada seseorang itu mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Perapatan atau interaksi dalam keluarga semasa proses asuhan dan didikan 23 ( Borich

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. memberi input kepada perkembangan individu. Selain daripada itu, pengaruh daripada ahli keluarga samada abang atau kakak, ahli keluarga lain, guru-guru, rakan, bahanbahan cetak, media elektronik, masyarakat di sekeliling adalah antara penyumbang dalam membentuk diri seseorang. Terdapat juga contoh keadaaan yang mempengaruhi perbezaan individu yang bukan disebabkan oleh bawaan gen iaitu kita lihat kepada aspek asuhan. Jika diperhatikan bahawa cara asuhan ibu bapa adalah berbeza daripada satu keluarga kepada keluarga yang lain.Impak daripada perkara tersebut maka lahirlah apa yang dipanggil perbezaan individu. Menurut Baumrind ( Santrock 2001), terdapat empat bentuk asuhan keluarga.

Cuba kita perhatikan didalam keluarga sendiri dan keluarga terdekat. Terdapat perkaitan yang kuat bahawa bentuk asuhan memainkan peranan yang besar terhadap perbezaan individu. Dapat dirumuskan disini berdasarkan kepada hasil kajian,pemerhatian dan pengamatan serta saling kait antara pelbagai hasil kajian dan teori dapatlah dirumuskan bahawa perbezaan individu dibahagikan kepada dua faktor iaitu baka dan faktor persekitaran. PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU Setelah mememahmi konsep perbezaan individu, guru dapat memainkan peranan yang lebih baik dalam aspek mempertingkatkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah kumpulan, program pengayaan dan pemulihan,pengajaran terancang, pembinaan modul/bahan bantu pembelajaran dan sebagainya.

24

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

Rajah : Peranan guru menghadapi perbezaan individu. KESIMPULAN Dengan memahami teori-teori dan hasil kajian seperti ekologi Bronfenbrenner dan Teori Erik Erikson adalah penting kerana ia menghasilkan satu panduan atau kayu pengukur yang boleh digunakan untuk menilai pengajaran dan amalan pemeliharaan kanak-kanak dari segi keupayaan untuk memupuk dan meningkatkan perkembangan yang sihat dari segi emosi dan kognitif mereka. Contohnya, Setiap peringkat dalam teori Erikson menitikberatkan perkembangan kemahiran yang sesuai pada sesuatu tahap atau bahagiam dalam kehidupan. Jika sesuatu peringkat dikawal dengan baik individu tersebut mempunyai masteri (sense of mastery) . Sebaliknya jika sesuatu peringkat gagal diurus dengan baik, individu tersebut akan mempunyai perasaan ketidakcukupan. Menurut Erikson, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada tahap sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. Sebagai seorang guru amnya, pengetahuan terhadap perbezaan individu akan membantu dalam mencari kaedah yang berkesan, memahami kelemahan dan 25

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. kekuatan serta memberi satu bentuk pendidikan yang berkesan terhadap setiap murid samada murid itu lemah ataupun mengawal kepintaran seseorang murid agar berada dalam landasan yang terbaik.

RUJUKAN / REFERENSI Jhon W. Santrock, Life-Span Development, University of Texas at Dallas, 1995 Singgih D. Gunarsa, Dasar dan Teori Perkembangan Anak, Gunung Mulia, Jakarta, 1990 Sarlito W Sarwono, Berkenalan dengan Aliran-aliran dan Tokoh Psikologi, Bulan Bintang, Jakarta, 2002. Alwilsol. Psikologi Kepribadian. UMM, Malang, 2004, 111-139. 26

HBSL1203 Psikologi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.

Boeree, C. George, Personality Theories. Primasophie, Yogyakarta, 2005, 76-110. Hall, C.S dan Lindzey, G. Theories of Personality. Terjemahan, editor Supratiknya. Kanisius, Yogyakarta, 1978, 137-169. Monks, F.J . Psikologi Perkembangan. Gadjah Mada University Press, Yogyakarta, 2002, 14-16. Pervin, L.A dan Jhon, O.P. Personality Theory and Research. New York. 2001, 59-91. Sumartiningsih, Dien. Diktat atau catatan kuliah Psikologi Perkembangan. 2002.

27

Anda mungkin juga menyukai