Anda di halaman 1dari 6

CERITA HUTAN

AKELA DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA


Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anakanak serigala sudahagak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Merekamengadakan Sidang Kumpulansebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama adaditerima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudahditerima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain punboleh membunuhnya, dan jikaada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.Bapa Serigala menunggusehingga anak-anaknya termasukMowgli, sudah boleh berlari-lati. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak meeka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengananak amsingmasing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruhibu-ibu serigala menunjukkan anakmasing-masing untuk dilihatoleh anggota-anggota Kumpulan.Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidakmenunjukkan rasa takutsebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. ApabilaAkela menyuruh anggotaanggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tibaShere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadakusemula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sidah agak dewasamenyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anakserigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan."Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, KetuaKumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli.Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan

bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anakserigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri ditempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggotaKumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli.Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela memintasokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tibabercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebusnyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit danpergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dankeluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marahkerana budak itu tidak diserahkan kepadanya.Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memangbaik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

Mowgli
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya danpaling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimauini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makananShere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayusuami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. MalangnyaShere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauhdari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tibadia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak ituadalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diriapabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigalakasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada merekamalah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua ibu dan bapa serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri danmenamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui,seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itupergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakanbudak itu nanti.Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budakitu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu Serigala menentang.

Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budakitu akan tetap menjadi mangsanya.Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagaianak serigala di dalam hutan.

Berguru Kepada Baloo


Bapa Serigala mengajar Mowgli dan saudara-saudaranya yang lain segala rahsia hutan, mengenai segala binatang dengan segala tabiatnya, mengenai tumbuh-tumbuhan dan cuaca. Baloo pula mengajarnya Undang-undang Hutan sementara Bagheera selalu bermain-main dengannya dan memanjakannya. Antara muridnya yang banyak, Baloo paling suka kepada Mowgli kerana dia lebih taat belajar dan mesti pula mempelajari berbagai-bagai perkara yang lain. Anakanak serigala yang lain cuma belajar Undang-undang yang ada kena mengena dengan Kumpulan dan kaum Serigala saja. Selepas tahu sedikit sebanyak mereka tak mahu belajar lagi.Sebaliknya Mowgli terpaksa belajar untuk hidup di dalam hutan yang sebenarnya bukan tempat hidup untuk manusia sepertinya. Jadi, Baloo mengajarnya mengenai kayu-kayan dan segala yang baik serta merbahaya mengenainya. Dia juga mengajar bahasa, isyarat dan lain-lain adat binatang supaya Mowgli boleh berhubung dengan mereka dan dapat hidup bersefahaman dalam suasana aman dan damai. Baloo juga mengajarnya cara meminta kebenaran berburu di kawasan kumpulan lain daripada kumpulannya sendiri kerana tiap binatang tidak boleh menceroboh kawasan yang bukan milik kumpulannya. "Apabila kita terpaksa berburu di kawasan lain," kata Baloo, "kita mestilah berkata begini:'benarkanlah saya berburu di sini kerana saya lapar!' Binatangbinatang di kawasan itu akan menjawab: 'Berburulah untuk mencari makan, bukan kerana hendak bersuka-suka'." Kerana terlalu banyak yang mesti dipelajari dan dihafal, Mowgli selalu juga merasa jemu. Apabila dia mulai jemu dan malas hendak belajar, Baloo memukulnya sekali-sekala. Bagheera yang kerap datang memerhatikan Mowgli belajar kerap kali juga marah kepada Baloo kerana terlalu kasar. Walaupun Baloo mengatakan pukulannya itu hanyalah pukulan sayang dan lemah-lembut, badan Mowgli kerap juga calar-calar terkena kukunya. Lebih baiklah seluruh badannya calar-calar kerana tamparanku yang mengasihinya, daripada dia menghadapi bahaya kerana tidak mengetahui bahaya itu terlebih dahulu," kata Baloo. "Saya mengajarnya Bahasa Hutan yang boleh mendatangkan pertolongan daripada segala yang ada di dalam hutan."

Dengan menggunakan Bahasa Hutan itu Mowgli boleh meminta pertolongan dengan sesiapa sahaja, termasuk Cil Sang Rajawali, mang Si Keluang dan Kaa Si Ular Sawa. Dia juga boleh meminta supaya binatang-binatang yang bukan sahabat seperti ular senduk dan sebagainya supaya tidak mengapa-apakanya.

Tetapi akhirnya dengan menggunakan Bahasa Hutan itulah juga Mowgli berkawan dengan Kumpulan Bandarlog, iaitu monyet-monyet yang dibenci oleh Masyarakat Hutan yang lain dan menimbulkan bahaya yang besar kepada dirinya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai