Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN A Jawab Semua Soalan

1. Anda telah mendapatkan nilai arus permulaan sebuah pemampat unit peti sejuk satu pintu di sekolah anda.

Susun semula langkah kerja mengikut turutan berdasarkan pilihan jawapan di bawah.

2. Anda telah melakukan kerja mengesan kebocoran pada pemaipan penyaman udara unit pisah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.

Tandakan pada pernyataan kerja yang benar dan pada pernyataan kerja yang salah.

3. Anda telah menggunakan alat X untuk mengecas bahan pendingin pada pemampat penyaman udara unit pisah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.

Susun semula langkah kerja mengikut susunan yang betul dengan menulis A,B,C,D,E, dan F pada ruang jawapan yang disediakan.

4. Anda telah mengecas bahan pendingin pada sebuah unit peti sejuk dua pintu seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4.

Lengkapkan langkah kerja mengecas unit tersebut pada ruang jawapan yang disediakan.

5. Anda telah melakukan proses ujilari selepas mengecas bahan pendingin pada penyaman udara unit pisah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.

Pilih langkah kerja yang betul dan tuliskan di ruang jawapan yang disediakan.

6. Anda telah membuat pengosongan pada sebuah unit peti sejuk domestic dua pintu seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.

Lengkapkan langkah kerja mengikut susunan dengan menulis pilihan jawapan pada ruang jawapan yang disediakan.

BAHAGIAN B Jawab Semua Soalan

1. Sebuah unit penyaman udara jenis pisah didapati kurang sejuk. Setelah diperiksa didapati terdapat kebocoran pada pemaipan bahan pendingin unit tersebut. Setelah dibaiki kebocoran pada pemaipan, anda dikehendaki menambah bahan pendingin dengan mengecas menggunakan kaedah bacaan arus. Pada ruang jawapan yang disediakan; a) Nyatakan tiga alat pengukuran yang digunakan di dalam mengecas unit tersebut. b) Jelaskan kaedah mengecas bahan pendingin pada unit tersebut menggunakan bacaan arus. 2. Anda dikehendaki mengecas bahan pendingin pada unit peti sejuk domestik satu pintu di bengkel membaiki alat elektrik. Berbantukan lakaran, jelaskan kaedah mengecas bahan pendingin bermula dari pengosongan sehingga ujilari dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai