Anda di halaman 1dari 33

PERSEKITARAN ALAM SEKITAR

DEFINISI ALAM SEKITAR


Alam sekitar adalah dunia di sekeliling kita Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama: Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batubata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia. Alam sekitar merupakan tautan antara tanah, angin, api dan air. Ia merupakan hubungan kitar dalam proses kesemulajadian yang berterusan Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah Sir Patrick Geddes (1854-1933) manakala orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah Thomas Pritchard semasa persidangan IUCN di Paris dalam tahun 1958.

KONSEP ALAM SEKITAR SUDUT PANDANGAN


Mohd Zuhdi Marsuku, 2002 A. Bullock & O.Stallybrass, 1997 Mohd Nur Hakimi Razana, 2004

Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut invironment membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.

Mengikut definisi kefahaman environmentalisme alam sekitar merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia.

2 pandangan definisi yang dikemukakan di sini secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal

KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Menurut Islam, invironmentalisme berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasullulah, misi kerasulannya ialah menyempurnakan akhlak yang mulia. (Zaini Ujang, 1993) Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

PENGURUSAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya manusia tidak melakukan kerosakan kepada alam sekitar sebagaimana yang telah kita lihat kini, kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh tangan manusia seperti pembalakan, penarahan bukit dan sebagainya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) (al-Rum, 41) Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan adalah milik mutlak Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (al-Maidah, 120). Jelas, tiada siapa yang berhak melarang orang lain menceroboh haknya sendiri untuk mencari sara hidup di alam ini. Tetapi perlulah diingat bahawa dalam mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar atau dimusnahkan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud: Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi (al-Syuara, 183) Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai satu pengurusan alam sekitar yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.(Mohd Nur Hakim Razana, 2004)

i.Konsep Tauhid Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling ditekankan ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam pandangan tauhid, manusia hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja, mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu sumber sahaja. (Mohd Zuhdi Marzuki & Amer Saifude Ghazali, 2002)

iii.Konsep Ilmu Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, ilmu pengetahuan merupakan perkar penting yang mesti ditekankan. Ini kerana orang yang berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan juga alam sekitar. (Nurhibah Hasan Zawawi, 1999)

Konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

ii.Konsep Syariah Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Ia merupakan bidang ilmu pengetahuan yang menyediakan peradaban Islam dengan peraturan yang tetap. Segala teori Syariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual. Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang Islam dalam kegiatan mereka di dunia. (Ziaudin Sardar, 1990)

iv.Konsep Khalifah Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia menjaga alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah, maka mereka tidak akan melakukan kerosakan kepada lam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin.

Konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

v.Konsep Akhlak Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan alam sekitar. Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian. Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan, bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.

SUDUT PANDANGAN
Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974) Jamaluddin Md Jahi, 1996 Sains dan teknologi

Alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia . Ia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga faktorfaktor social yang saling bergantung sesama sendiri, di antara faktor-faktor biologi dengan faktorfaktor fizikal.

Alam sekitar juga merujuk kepada segala benda yang berada di sekeliling manusia pada suatu titik dalam ruang dan masa. Kajian tentang alam sekitar melibatkan banyak pendekatan; satu daripadanya ialah perspektif hubungan antara manusia dengan alam sekitar yang dikembangkan sejak awal abad ini dalam konteks ekologi manusia. Sebenarnya kesan tindakan manusia terhadap alam sekitar telah direkodkan sejak abad kelapan belas dan kesembilan belas lagi

Alam sekitar atau persekitaran boleh membawa maksud segala apa yang ada di sekeliling dan berhubung kait dengannya, sehingga menimbulkan suatu suasana atau keadaan. Justeru, setiap sesuatu yang ada di alam nyata ini mempunyai persekitarannya masing-masing, dan sesuatu itu boleh menjadi persekitaran kepada sesuatu yang lain (Fadil Othman, 1996).

(i) alam sekitar semulajadi (natural environment)

Alam sekitar terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu:


(iii) alam sekitar sosiobudaya (socio-cultural environment) (ii) alam sekitar buatan (man-made environment)

matahari

air

udara

bumi Alam sekitar semulajadi meliputi

kitaran fizikal yang menyokong kehidupan seperti kitar oksigen, nitrogen, karbon dan air

sistem biologi dan ekologi(benda hidup yang saling berinteraksi).

Alam sekitar buatan

alam sekitar yang dibina oleh manusia seperti taman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan lain-lain.

Alam sekitar sosiobudaya

merujuk kepada alam sekitar yang berkaitan dengan bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, politik, kerajaan, ekonomi, kesenian, agama dan budaya

BIOSFERA DAN EKOLOGI Planet bumi adalah tempat tinggal manusia dan juga tempat tinggal bagi pelbagai hidupan yang lain. Gunung yang tinggi, cerun dan tanah rata, pinggir lautan dan di dalam sungai mahupun lautan adalah juga merupakan tempat tinggal bagi hidupan.

Konsep Biosfera Biosfera adalah semua tempat yang berhampiran dengan kita ataupun semua tempat lain di muka bumi ini di mana ada pelbagai bentuk kehidupan. Biosfera meliputi semua ekosistem global. Ia juga dikenali sebagai zon kehidupan di atas muka bumi. Dalam konteks yang lebih luas, biosfera adalah sistem ekologi global yang menyatukan semua kehidupan dan hubungan antara kehidupan termasuklah interaksinya dengan elemen-elemen litosfera, hidrosfera, ekosfera dan atmosfera. Biosfera dipostulatkan telah mengalami evolusi melalui prosesbiogenesis lebih kurang 3.5 billion tahun dahulu.

Konsep Ekologi Ekologi berasal daripada perkataan Greek oikos yang bermaksud rumah atau tempat untuk tinggal dan logos yang bermaksud kajian. Oleh itu ekologi adalah satu kajian hubungan dalam alam semulajadi (Miller & Spoolman, 2009). Ekologi adalah satu bidang kajian saintifik berkaitan dengan taburan, kelimpahan dan hubungan antara organisma dan interaksinya dengan alam sekitar. Ekologi juga ditakrifkan sebagai kajian tentang hubungan antara organisma dengan persekitaran fizikal dan biologinya. Ekologi termasuk kajian mengenai populasi tumbuhan dan haiwan, komuniti tumbuhan dan haiwan serta ekosistem.

Ekosistem Alam sekitar terdiri daripada komuniti-komuniti berbagai jenis tumbuhan dan haiwan, hidup dalam satu kawasan yang sama, berinteraksi dan mempunyai pengaruh antara satu sama lain. Contohnya di kawasan paya bakau, sungai, kolam di mana terdapat organisma hidup yang besar dan mikroskopik yang hidup bersama yang

dinamakan sebagai ekosistem biotik. Ekosistem biosis atau biotik adalah komponen yang hidup, iaitu komuniti dalam suatu ekosistem. Ekosistem abiotik ialah komponen bukan hidup. Contohnya air, udara, tanah, suhu, nilai pH, cahaya, topografi, kelembapan dan iklim mikro. Kombinasi komuniti biotik dengan alam sekitar abiotik dipanggil sebagai ekosistem.

Ekosistem adalah satu set interaksi antara organisma dengan bahan bukan hidup serta tenaga di alam sekitarnya iaitu di dalam suatu kawasan (Miller & Spoolman, 2008). Satu ekosistem terdiri daripada semua organisma hidup (komuniti biologi) dalam satu kawasan tertentu bersama benda bukan hidup (abiotik) dan komponen fizikal alam sekitar yang mana organisma berinteraksi bersama-sama, seperti udara, tanah, air dan matahari.

Kompenan abiotik dan biotik dalam ekosistem

Nic Nic adalah peranan suatu organisma, yang dikategorikan mengikut cara ia mendapatkan makanan. Nic ekologi merupakan peranan atau pekerjaan suatu spesies dalam suatu komuniti dan ekosistem. Nic ekologi organisma boleh berubahubah semasa peringkat hidupnya. Contohnya berudu tinggal dalam air dan makan plankton tetapi katak dewasa tinggal di darat dan menangkap serangga sebagai makanan. Pelbagai jenis hidupan boleh berkongsi di habitat yang sama tetapi melakukan nic atau pekerjaan/peranan/fungsi yang berbeza-beza. Di dalam ekosistem hutan hujan tropika contohnya, harimau memburu kancil tetapi ulat beluncas memakan daun tumbuh-tumbuhan.

Dalam suatu ekosistem juga terdapat pelbagai jenis rantai makanan dan siratan makanan. Rantai makanan adalah satu laluan yang menunjukkan bagaimana

tenaga dipindahkan daripada pengeluar kepada pengguna. Rantai makanan berbentuk satu arah dan bermula dengan pengeluar (tumbuhan) sehingga kepada pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna seterusnya. Setiap peringkat dalam rantai makanan ditunjukkan dengan menggunakan anak panah () yang bermaksud dimakan oleh.

Dua jenis rantaian makanan

MAKSUD PERSEKITARAN

Persekitaran

Fizik biologi
i.Pesekitaran fizik
ii.Persekitaran biologi

Sosial

iii.Persekitaran manusia

keadaan geografi seperti air boleh merebaknya penyakit berjangkit dan pancaran matahari berlebihan boleh melemahkan tubuh badan

hubungan manusia dengan organik seperti bakteria dan virus

sosio budaya mempengaruhi kesihatan seperti pemakanan yang keterlaluan dan taraf kesihatan rendah.

SUDUT PANDANGAN

Sudut Sains

Pendapat Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Sudut Pendidikan Prasekolah

Persekitaran bermaksud ilmu yang mengkaji sesuatu yang berada diluar setiap manusia atau sebarang benda yang mempengaruhi populasi manusia

Mendefinisikan kesihatan persekitaran sebagai ilmu berkaitan kawalan terhadap segala proses fizik

Persekitaran kanakkanak yang bebas dari segala kekotoran yang oleh mendatangkan mudarat sama ada dari segi penyakit atau kemalangan

KONSEP ALAM SEKITAR PRASEKOLAH

Interaksi alam sekitar dengan kanak-kanak akan dapat membangunkan empat kesihatan total:

Fizikal

Emosi

Kognitif

Rohani

Alam persekitaran prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang. Alam sekitar harus selesa dan selamat , riang serta penuh kasih sayang dan persekitaranya harus mencabar dan boleh menggayakan pengalaman mereka

Pendidikan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004) Cara untuk mendidik alam sekitar iaitu dengan mengintergrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran bilik darjah. Pendidikan alam sekitar bagi peringkat prasekolah buku Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum telah diterbitka pada tahun 2005. Terdapat lima tema dalam buku Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum dan mempunyai subtema-subtema tertentu

Subtema-subtema boleh diaplikasikan oleh guru


dalam p&p dan bergantung kepada kreativti guru dalam mengubahsuai bahan, alatalatan dan iklim sekolah

1.haiwan

5.tanah Kandungan pendidikan alam sekitar prasekolah mengandungi lima tema iaitu

2.tumbuhtumbuhan

4.air

3.udara

1.mendidik tentang alam sekitar

7.aktif selaras dengan hasraf Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2.melahirkan masyarakat yang peka

6.dapat mengambil bahagian dalam usaha melingdungi alam sekitar

Perancangan jangka panjang

3.bertanggung jawab tentang isu-isu alam sekitar

5.menyemai rasa sayang terhadap alam sekitar

4.mendapat pegetahuan dan kemahiran

MATLAMAT PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Untuk membantu masyarakat sarwajagat dalam menyedari, memahami dan menangani isu-isu alam sekitar

MATLAMAT PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Membentuk masyarakat yang lebih peka dan prihatin terhadap isu alam sekitar Menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam membantu mengatasi isu alam sekitar

OBJEKTIF PENDIDIKAN ALAM SEKITAR


i.mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar

ii.peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya

iii.menyayangi alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam penjagaan alam sekitar

iv.mendapat kemahiran mengenal pasti masalah alam sekitar dan menjaganya

v.berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam pemeliharaan alam sekitar

KEBERSIHAN ALAM SEKITAR Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar

1.Supaya kelihatan kemas, bersih dan teratur 2.Supaya dijauhi dari jangkitan penyakit
3.Pembekalan udara segar

4.Mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini

5.Ekosistem yang stabil (mengelakkan pemanasan global)

6.Menarik minat para pelancong dalam atau luar negeri 7.Supaya berada dalam keadaan selesa
8.Sumber pendapatan ekonomi

9.Sentiasa hidup dalam kebersihan

10.Dapat memupuk sikap menjaga alam sekitar tanpa dipaksa oleh pihak lain

11.Kesihatan diri akan terjamin 12.Sentiasa mendapat pujian dari pihak luar

13.Habitat hidupan darat dan air terpelihara.

14.Mengelakkan kepupusan flora dan fauna

ISU-ISU ALAM SEKITAR


Pertambahan penduduk

Pelupusan spesisi flora dan fauna

Penebangan hutan

Penghapusan paya

Peningkatan guru

Hakisan tanah

Pencemaran udara

Pencemaran air

Pencemaran bunyi

Pencemaran tanah

Pemanasan bumi / kesan rumah hijau

Kekurangan bekalan sumber api, galian dan air

Pemendapan asid di permukaan bumi

Penipisan lapisan ozon

Membersihkan sampah sarap yang ada di persekitaran prasekolah sama ada ditanam atau dibuang di tempat yang sepatutnya

Susun atur perabut hendaklah kemas dan teratur supaya tidak menghalang lalulintas kanak - kanak.

Memastikan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan baik.

CARA PENJAGAAN PERSEKITARAN DI PRASEKOLAH

Memastikan alat yang boleh membahayakan kanak - kanak di simpan di tempat yang selamat

Menceriakan suasana pembelajaran supaya dapat menarik minat dan meransang perkembangan menyeluruh kanak kanak

Mengadakan pameran alam sekitar iaitu membuat pameran bahan tentang pencemaran alam sekitar dan menonton video alam sekitar

Pendedahan media massa iaitu melalui surat khabar dan televisyen. Pelajar dapat melihat dan menyemai rasa cintakan alam sekitar

CARA PENJAGAAN ALAM SEKITAR

Melakukan kempen alam sekitar seperti kitar semula di kawasan sekitar Prasekolah

Mengadakan pertandingan kuiz dan melukis poster bagi pelajar dewasa dan bagi kanak - kanak prasekolah ialah pertandingan mewarna alam sekitar.

Membina sudut bacaan NILAM dengan menyediakan buku - buku cerita menarik, keratan akhbar dan sudut pengayaan dan pemulihan Membina sudut pameran yang dihiasi dengan carta, kata - kata hikmat dan maklumat kelas Mengutamakan kebersihan seperti kebersihan dinding, cermin tingkap, lantai, siling, kipas angin dan sebagainya

CARA MENCERIAKAN BILIK DARJAH

Penyimpanan penyapu dan tong sampah di sudut yang betul

Longkang dan kaki lima kelas mestilah bersih

Susun atur meja kerusi yang teratur dan sesuai

Meja guru mempunyai kain alas dan di atas meja diletakkan hiasan seperti bunga

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, visi dan misi perlu dipaparkan

CARA MENCERIAKAN BILIK DARJAH

Meja dan kerusi murid juga perlu ada kain alas supaya nampak cantik dan kemas

Papan kenyataan yang berfungsi dan dikemaskini

Mempunyai kata - kata hikmat yang digantung di koridor kelas

Suasana kelas yang ceria dan kondusif

Melibatkan ibubapa, guru - guru dan masyarakat dengan mengadakan aktiviti gotong royong

Membina pusat pusat pembelajaran yang menarik

CARA MENCERIAKAN BILIK DARJAH

Tingkap juga perlu dihiasi dengan langsir yang sesuai

Meletakkan kad bacaan di atas meja murid yang telah di alas

Meja dan kerusi tersusun kemas

Kasut di susun di rak dengan teratur

CARA - CARA MENCERIAKAN KELAS PRASEKOLAH

Bilik rehat mesti kemas dan cadar mempunyai corakdan warna yang menarik

Menjaga kebersihan kelas seperti ruang dapur, bilik sakit/rehat, rak kasut, tandas, ruang permainan , pusat - pusat pembelajaran dan dapur

Alat bantu mengajar di susun di rak dengan kemas

Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif Menampal kad kad belajar di dinding kelas

CARA - CARA MENCERIAKAN KELAS PRASEKOLAH

Menampal gambar di sekitar prasekolah

Alatan di taman pean menarik dan selamat

Bergotong royong menghasilkan taman mini

REFLEKSI

Pertama sekali kami ingin memanjatkan kesyukuran kerana dengan izinNya kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Pengalaman menyiapkan tugasan ini amat bermakna dan bermanafaat bagi kami. Melalui tugasan ini kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang apakah yang dikatakan tentang alam sekitar. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa, selamat dan menyamankan. Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara.. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratusratus tahun lagi. Sekiranya tidak dijaga mulai sekarang, sudah pastilah akan berlaku sesuatu bencana pada muka bumi ini.

Untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka perlulah mengawal alam sekitar daripada terus tercemar dan mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang merosakkan alam ini Penjagaan alam sekitar amat penting tidak kira di mana kita berada. Persekitaran di Prasekolah perlu dijaga kerana kanak kanak Prasekolah tidak akan dapat mengikuti sesi pembelajaran jika persekitarannya tercemar. Kanak kanak

Prasekolah memerlukan persekitaran yang menarik dan tidak terdedah dengan pencemaran. Dengan adanya persekitaran yang menarik kanak kanak akan lebih berminat dan seronok untuk belajar.Selain itu, persekitaran yang baik juga dapat meransang perkembangan kanak kanak Prasekolah secara menyeluruh. Di samping penjagaan alam sekitar di kawasan Prasekolah, guru juga perlu menceriakan kelas Prasekolah. Keceriaan kelas Prasekolah juga menarik minat murid untuk belajar. Kebersihan kelas adalah perkara yang paling penting. Ini kerana jika sesebuah berada dalam keadaan kotor, murid tidak akan dapat belajar dengan sempurna. Penglibatan daripada ibu bapa juga penting untuk menceriakan kelas Prasekolah. Dengan penglibatan mereka lebih banyak idea dapat dikongsi bersama. Oleh yang demikian, keceriaan di dalam kelas Prasekolah sangat meransang dan membantu perkembangan kanak kanak Prasekolah. Akhir sekali, kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami berpuas hati dengan hasil usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu En. Saifudin Azam Shah Bin Ahmad yang telah banyak membantu dan memberi dorongan. Tidak lupa juga kepada rakan rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini, terima kasih.

BIBLIOGRAFI
Konsep Pemeliharaan Dan Pemulihan Alam Sekitar http://www.angkasa.coop/pelancar/indek.php?pujan016-2008 Kepentingan Menjaga Alam Sekitar http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/kepentingan-menjaga-alam-sekitar9278.html Kepentingan Alam Sekitar http://alamsekitar0.tripod.com/id5.html RujukNota:Kepentingan Alam Sekitar, Pencemaran http://rujuknota.blogspot.com/2009/10/kepentingan-alam-sekitarpencemaran.html Kualiti Alam Sekitar http:// tgv.tripod.com/kas2.html ALAM Sekitar:ALAM SEKITAR http://perlukekesah.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara-html PASKPLISR.pdf http://www.ipislam.edu.my/upload/ModulKPLI/PASKPLISR.PDF Pendidikan Alam Sekitar http://www.slideshare.net/timippm/pendidikan-alam-sekitar

BORANG KOLABORASI
Nama : Hafiza Binti Hamzah Cik Puteh Binti Awang Kursus : Program Pensiswazahan Guru Kumpulan : Pra b Nama Pensyarah : En. Saifudin Azam Shah Bin Ahmad Tarikh Perkara yang dibincangkan 18.02.2012 Menerima tugasan daripada Pensyarah 20.02.2012 Menubuhkan ahli kumpulan 22.02.2012 Agihan tugasan kepada ahli kumpulan 24.02.2012 Perbincangan tentang tajuk tugasan 25.02.2012 Mencari bahan dan maklumat tugasan 28.02.2012 Menaip tugasan yang telah dibincangkan 01.03.2012 Menyemak semula tugasan yang telah ditaip 03.03.2012 Mencetak tugasan yang telah disiapkan 10.03.2012 Menghantar tugasan kepada pensyarah Catatan T/Tangan