Anda di halaman 1dari 2

Milenium ke-10 SM

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Milenium:

Zaman Paleolitik Akhir Milenium ke-10 SM Milenium ke-9 SM

Milenium ke-10 SM menandakan permulaan zaman Mesolitik (atau Epipaleolitik) yang merupakan bahagian pertama Epok Holosen. Jumlah penduduk dunia ketika ini mungkin kurang daripada 5 juta orang, dengan kebanyakannya merupakan komuniti-komuniti pemburu-pemungut yang terselerak di seluruh semua benua. Penghijrahan orang-orang proto-Lapita ke pulau-pulau Pasifik juga berlaku pada masa ini. Tembikar dan dengan itu, mungkin juga masakan, dikembangkan secara berasingan di Jepun dan Afrika Utara. Pertanian mula berkembang di Sabit Subur, tetapi tidak diamalkan secara meluas sehingga 2,000 tahun lagi. Zaman Pengglasieran Wrm berakhir dan zaman antara glasier yang berlangsung sehingga hari ini bermula dan membenarkan penempatan semula kawasan-kawasan

Peristiwa

k.k. 10000 SM - Manusia mula tinggal di Jericho. k.k. 9000 SM - Budaya Neolitik bermula di Timur Dekat Kuno. k.k. 9000 SM - Timur Dekat: Struktur-struktur batu yang pertama dibina di Jericho. Zaman Bubalus di Sahara. Eropah: Orang-orang Azilian (Budaya Kerakal Berhias) menduduki Sepanyol, Perancis, Switzerland, Belgium, dan Scotland. Eropah: Budaya Magdalenian berkembang maju dan mencipta lukisan-lukisan gua di Perancis. Norway: Kesan-kesan pertama penduduk di Randaberg. Mesir: Mata-mata sabit awal dan pengisaran hilang dan digantikan oleh para pemburu, pemancing ikan, dan pemungut yang menggunakan alat-alat batu. Asia: Tapak-tapak gua yang berhampiran dengan Laut Caspian digunakan sebagai tempat kediaman manusia. Jepun: Orang-orang Jomon menggunakan tembikar dan memancing ikan, memburu, serta memungut buah oak, kekacang, dan biji. Adanya 10,000 buah tapak yang diketahui. Mesopotamia: Terdapat sekurang-kurangnya tiga kumpulan linguistik, termasuk orangorang Sumeria dan Semit yang berkongsi cara hidup politik dan budaya yang sama. Mesopotamia: Manusia mula memungut gandum dan barli liar, mungkin untuk membuat malt dan kemudiannya bir. Korea: Tembikar muncul buat pertama kali, dengan kemungkinan dikaitkan dengan permulaan penghidupan agraria di satu lokasi yang tunggal. Amerika Utara: Masyarakat-masyarakat pemburu-pemungut Paleo-Indian mengamalkan gaya hidup nomad di kawasan desa.

Amerika Utara: Blackwater Draw terbentuk di New Mexico timur, dan membuktikan kegiatan manusia. Amerika Utara: Orang-orang Folsom berkembang maju di seluruh Amerika Syarikat Barat Daya. Amerika Utara: Permulaan penempatan di tapak Nanu yang terletak di Haida Gwaii di British Columbia kini. Penempatan ini merupakan pendudukan berterusan yang paling lama dalam wilayah yang kini dimiliki oleh Kanada. Anjing dibela jinak. Parsi: Kambing dibela jinak. Colombia: Penempatan-penempatan pertama dekat Bogot di El Abra dan Tibit (Cundinamarca). Penempatan-penempatan pertama di Remedios dan Yond (Antioquia).

Perubahan alam sekitar


Kira-kira 10,000 SM:

Amerika Utara: serigala Dire Wolf, Smilodon, beaver raksasa, Ground sloth, Mamot, dan singa Amerika kesemuanya terpupus. Laut Bering: Jambatan darat Bering dari Siberia ke Amerika Utara dilitupi oleh air. Amerika Utara: Pulau Long menjadi sebuah pulau apabila air melimpah hujung barat tasik pedalaman. Homo floresiensis, saudara rapat manusia yang diketahui masih hidup ketika itu, terpupus. Dunia: Aras laut naik dengan tiba-tiba dan kebanjiran kawasan pedalaman yang teruk terjadi, akibat pencairan glasier.

Kira-kira 9700 SM: Tasik Agassiz terbentuk. Kira-kira 9600 SM: Zaman sejuk Dryas Lebih Muda berakhir. Zaman Pleistosen berakhir dan zaman Holosen bermula. Zaman Paleolitik berakhir dan zaman Mesolitik bermula. Banyak tanah yang dahulu terglasier kini boleh didiami semula. Kira-kira 9500 SM: Tasik Ancylus yang merupakan sebahagian Laut Baltik masa kini dibentuk. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Milenium_ke-10_SM" Kategori: Milenium ke-10 SM

Anda mungkin juga menyukai