Anda di halaman 1dari 5

ANALISIS TEKS SYAIR SYAIR Ada kepada suatu hari, Sakit saudagar laki isteri, Adalah kiranya tujuh

hari, Tidak bergerak kanan dan kiri.

MAKSUD Saudagar dan isterinya sakit selama tujuh hari dan tidak bergerak sama ada ke kanan mahupun ke kiri

Saudagar tahu akan dirinya, Hampirlah mati kepada rasanya, Lalulah memanggil akan anaknya, Dicium kepala dengan tangisnya.

Saudagar merasakan bahawa ajalnya akan tiba. Saudagar memanggil anaknya lalu mencium kepala anaknya itu sambil menangis. Saudagar berkata kepada anak yang disayanginya bahawa ajalnya hamper tiba. Saudagar mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya dan berharap anaknya akan menjaga tingkah laku.

Katanya wahai cahaya mataku, Tinggallah tuan buah hatiku, Hampirlah mati gerangan aku, Baiklah tuan tingkah dan laku.

Serta harta aku tinggalkan, Tuan seorang yang menyukakan, Sampai habis semua diterimakan, Faedahnya akan diberikan.

Saudagar memberitahu anaknya bahawa dia meninggalkan harta yang banyak untuknya. Harta itu akan memberi faedah kepada anak itu. Menurut saudagar, jika anaknya tidak menggunakan akal, harta itu tidak akan kekal lama dan akan cepat habis. Hanya badan yang tinggal seperti perahu yang tinggal sauhnya.

Jikalau tidak anakku berakal, Harta pusaka di manakan kekal, Habis harta badan tinggal, Laksana perahu bersauh tunggal.

Kerana harta tiada berguna,

Pemilik harta akan merana dan

Jikalau tidak akan sempurna, Sekalian itu habislah fana, Hanyalah tinggal badan merana.

ditimpa kesusahan jika harta tidak diuruskan dengan baik. Hal ini kerana semua harta hanyalah fana di dunia ini. Saudagar turut berpesan kepada anaknya tentang kepentingan budi bahasa, di samping memuliakan ibu bapa. Anaknya juga perlu segera manyapa orang lain yang ditemuinya sebagai tanda hormat mereka.

Budi dan bahasa janganlah lupa, Muliakan olehmu ibu dan bapa, Mana yang datang padamu berjumpa, Janganlah lambat tuan menyapa

Kerana adat orang berbeza, Tiada memandang harta dan benda, Tegur dan sapa itu yang ada, Itulah penambah di dalamnya ada.

Sesetengah orang berbeza adatnya. Ada orang yang mengutamakan budi bahasa berbanding harta benda. Oleh itu, berbudi bahasa dan beramah mesra sangat penting diamalkan dalam kehidupan.

Tema Nasihat seorang bapa kepada anaknya dengan mengatakan harta benda amat penting untuk meneruskan hidup. Dengan itu, saudagar meninggalkan banyak harta untuk anak-anaknya dengan harapan harta tersebut bermanfaat kepada mereka. Persoalan 1. 2. 3. 4. Kepentingan harta benda Kebaikan hati seorang ayah terhadap anaknya Kepentingan berbudi bahasa Menghormati tetamu

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa 1. Simile

Contoh Laksana perahu bersauh tunggal

2. Simpulan bahasa

Tinggallah tuan buah hatiku

3. Bahasa pinjaman (Bahasa Arab)

Sekalian itu habislah fana

Unsur Bunyi

1.

Asonansi ( huruf vokal)

pengulangan Saudagar tahu akan dirinya dalam baris sajak di atas, vokal a diulang sebanyak 7 kali

2. Aliterasi

Jikalau tidak anakku berakal dalam baris sajak di atas, konsonan k diulang sebanyak 5 kali

Nilai Murni Berbudi bahasa Bukti: budi dan bahasa janganlah lupa Hormat-menghormati Bukti: muliakan olehmu ibu dan bapa Kasih sayang Bukti : dicium kepala dengan tangisnya Rasional Berfikir secara rasional untuk menggunakan harta yang ditingalkan sebaik mungkin.

Pengajaran 1. Kita perlu berbudi bahasa kerana budi bahasa melambangkan keperibadian seseorang. 2. Anak-anak haruslah menghormati ibu dan bapa dengan mendengar nasihat mereka. 3. Kerasionalan amat penting sebelum kita membuat keputusan atau melakukan tindakan. 4. Ibu dan bapa perlu menasihati anak-anak agar mereka menjadi insan yang berguna.