Anda di halaman 1dari 5

MENANGANI MASALAH SALAH LAKU PELAJAR MELALUI KAUNSELING KELOMPOK IMPROVING STUDENTS MOTIVATION THROUGH THE USE OF CRITICAL

THINKING SKILLS MENINGKATKAN DAN MEMANTAPKAN KEMAHIRAN MENGIRA TEMPOH MASA DENGAN MENGGUANAKAN TIME RULER 1. FOKUS KAJIAN

Golongan remaja yang terdiri dari para pelajar merupakan teras kepada pembangunan negara pada masa hadapan. Masalah salah laku yang membabitkan para pelajar sudah menjadi semakin serius dewasa ini.Pendapat ini adalah berlandaskan dari tajuk-tajuk berita yang disiarkan di dalam surat khabar seharian, Masalah salah laku bukan saja menarik perhatian semua pihak di negara kita malah gejala seperti ini juga menjadi perhatian yang hampir serupa di negara Amerika ( Chales, 1992). Ia memerlukan seluruh pihak memberi perhatian yang sewajarnya bagi membendung serta membanteras supaya masalah ini tidak menjadi satu aliran.Ini adalah kerana sejarah telah menunjukkan bahawa besar kemungkinan negara akan punah dan peradaban akan hilang sekiranya warganegaranya tidak beretika dan tidak bermoral(Mohd. Tajudin,l995). Gejala salah laku ini meliputi penyalah gunaan dadah, keruntuhan moral, tidak menghormati guru, ponteng sekolah, lakumusnah, tidak jujur dan kekemasan diri ( Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia 1995). Masalah salah laku ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar-pelajar sekolah menengah malah ianya meliputi sekolah rendah juga. Shuib (1987) pula menyatakan perlakuan yang dikatakan melanggar disiplin adalah seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, mencuri, bergaduh, biadap kepada guru, mengingkari perintah guru, berambut panjang, tidak berpakaian kemas dan menghisap rokok. Perlakuan gejala salah laku ini boleh dilihat menerusi salah laku yang dilakukan oleh pelajar seperti ponteng kelas. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala ponteng
sekolah berlaku. Sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, dan pengkaji merasakan perlu membantu pelajarpelajar tersebut. Beberapa kaedah dan teknik disarankan sebagai menangani masalah gejala ponteng sekolah ini dari berleluasa. usaha

2.

OBJEKTIF KAJIAN
Berikut ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini:

2.1 Objektif Umum : a. Memupuk kesedaran di kalangan pelajar yang mempunyai kadar ponteng berkala supaya minat datang ke sekolah

2.2 Objektif Khusus :

a. Membantu kaunselor mengenalpasti pendekatan yang lebih berkesan bagi menangani masalah ponteng secara berkala dalam kalangan pelajar. b. Meningkatkan minat pelajar untuk datang ke sekolah dengan mewujudkan sekolahku rumahku. c. Membantu pihak sekolah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah status ponteng sifar.
d. Membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik kecemerlangan diri ke

tahap optimum.
3. SASARAN

Kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah 30 orang pelajar yang mempunyai masalah ponteng sekolah secara berkala yang melebihi 10 hari dalam setiap bulan dari
tingkatan empat 2012 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pei Yuan, Kampar.

4. 5.

TINJAUAN

4.1

TINJAUAN MASALAH a. b. c. Pelajar ada potensi tetapi tidak berminat untuk belajar dan bermotivasi rendah. Sikap pelajar yang merasakan pembelajaran bukan perkara yang penting. Prestasi pencapaian dalam akademik yang kurang memberangsangkan.

4.2

PELAKSANAAN PROGRAM Pelajar lelaki dan perempuan dari tingkatan 4 di pilih secara pemerhatian dan di pilih melalui kekerapan ponteng dalam sebulan.

Seterusnya, pelajar menduduki inventori SIDEK di mana untuk menentukan minat mereka dalam bidang yang hendak diceburi.

Mereka juga dikehendaki menyertai program yang di anjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dimana aktiviti tersebut ialah: I. II. III. IV. V. VI.

Rekod kehadiran pelajar Aktiviti 1 (Kempen Ponteng Sifar) Aktiviti 2 (Pemantauan) Aktiviti 3 (Program Motivasi) Aktiviti 4 (To Do or Not To Do) Rekod kehadiran pelajar.

Menghadiri 9 sesi kaunseling Kelompok REBT ( Rasional Emotif Behavior Therapy) Subjek Kajian yang dipilih, telah menghadiri dan mengikuti sesi kaunseling kelompok REBT secara mingguan. Setiap sesi memakan masa 1 jam dimana modul-modul yang disediakan mengikut kesesuaian klien dan juga berdasarkan rujukan modul-modul yang telah terbukti kebolehpercayaan dan keesahannya turut digunakan dalam kajian ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa sesi kaunseling kelompok itu ialah:

i) -

Aktiviti Penentuan Matlamat dan Biodata Diri Penerangan tentang objektif dan matlamat penglibatan dalam kelompok. Mengenali ahli-ahli kelompok secara lebih dekat. Ice Breaking Rantai nama. Membina hubungan rapat di kalangan ahli Mewujudkan kemesraan dan suasana yang teraputik sebelum sesi kaunseling dijalankan.

ii) -

Ahli dilatih untuk membuang sikap ragu-ragu, tidak percaya, takut dan sebagainya untuk membolehkan kelompok berkembang dengan lebih baik.

iii) -

Kenal pasti masalah, berkongsi masalah dengan rakan dan motivasi dalam diri Perbincangan dan memberi peluang kepada setiap ahli untuk membuat pengluahan kendiri agar segala apa sahaja masalah yang terpendam dapat melegakan perasaan mereka.

Membantu ahli menyesuaikan diri dalam kelompok dan berkongsi pengalaman dan masalah dalam kalangan ahli.

iv) -

Aktiviti Kenali Diri Ahli-ahli kelompok dapat menilai diri mereka dengan lebih positif dan percaya bahawa mereka lebih cekap, hebat dan berkebolehan.

Ahli-ahli kelompok akan mempunyai kesedaran yang tinggi, menerima diri dengan lebih positif, menghargai diri sendiri serta menyedari kekuatan dan kelemahan diri.

v) -

Aktiviti Diriku yang ku kenali. Menyedarkan kelompok bahawa kebersihan fizikal amat penting pada diri masing-masing dan risiko yang perlu di hadapi kelak. Membantu pelajar membina gambaran kehidupan akan datang. Mengenali potensi yang ada dalam diri pelajar akan dapat membentuk sahsiah secara lebih strategi.

vi) -

Perbincangan tentang matlamat dan Sasaranku Pelajar dapat menentukan matlamat dan sasaran yang perlu dicapai seterusnya merangka tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi meningkatkan prestasi dan sahsiah mereka di masa akan datang.

vii) -

Kemahiran menangani stress Menegaskan kepada klien bahawa minda dan fizikal yang sihat adalah pemangkin kepada kecemerlangan seseorang individu serta dapat menghindarkan seseorang itu daripada terjebak dengan gejala-gejala negative dan tidak sihat.

Membantu klien menguruskan tekanan dengan lebih bijak supaya tidak merasa rendah diri.

viii) -

Refleksi diri Setiap individu dalam kelompok diberi peluang dan ruang untuk menceritakan apa sahaja pengalaman dan perasaan setelah selesai menjalankan sesi kaunseling kelompok.

DAPATAN KAJIAN Kajian dijalankan ke atas pelajar tingkatan 1 hingga 5 dipilih secara rawak, 40 orang pelajar perempuan.

5.1 Analisis Data 5.1.1 Kaedah Pemerhatian Kaedah ini digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan di luar kelas. Di dapati terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah. 5.1.2 Temubual Melalui sesi temubual yang dibuat dengan responden dan guru-guru kelas untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh responden sewaktu dalam kelas dan luar kelas. Daripada hasil temubual yang dijalankan, didapati sememangnya sentiasa ada pelajar yang selalu datang sekolah pada awal pagi tapi pada pertengahan waktu persekolaan menghilangkan diri

6. RUMUSAN Dapatan yang diperolehi daripada hasil temubual, rujukan dari guru-guru dan rakan-rakan responden telah menunjukan bahawa terdapat beberapa pelajar yang tidak ponteng sekolah tetapi mengikut rakan-rakannya yang ponteng sekolah. Ini disebabkan faktor pengaruh rakan sebaya yang kuat dalam kalangan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai