Anda di halaman 1dari 27

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH AMBILAN 2012

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

NAMA NO.KP NAMA NO. KP NAMA NO. KP KUMPULAM/UNIT KOD MATA PELAJARAN KURSUS NAMA PENSYARAH MENTOR

: MUNIRAH BT ALI @ ABU BAKAR : 770123025672 : SITI HAWA ZAKIAH BT GIMAT : 830512-01-6122 : ZURAIDA BT MOHD HALIM : 810409-01-5756 : PEMULIHAN KHAS : EDU 3103 : PPG AMBILAN FEB 2012 : PN. IZZAH BT ABU BAKAR : EN. AMERRUDIN B. OTHMAN

Soalan kerja kursus Borang Kolaborasi Bahagian A -Pengenalan - Cara-cara bermain - Peraturan permainan - Justifikasi kelebihan permainan * Refleksi * Lampiran - Kad-kad gambar -Kad-kad perkataan

Bil.

No. kad pengenalan 770123-025672 810409-015756 830512-016122 770123-025672 810409-015756 830512-016122

Tarikh 4.8.2012 4.8.2012 4.8.2012

Perkara

T.tangan

* Menerima bahan daripada Pensyarah.

1.

9.8.2012 9.8.2012 9.8.2012 *Mengadakan perbincangan awal bersama pensyarah mengenai soalan kerja kursus yang diberi.

2.

3.

770123-025672 810409-015756 830512-016122 770123-025672 810409-015756 830512-016122

10.8.2012 10.8.2012 10.8.2012 *Mencari bahan-bahan rujukan daripada internet , buku-buku, majalah. 27.8.2012 27.8.2012 27.8.2012 *Makluman kepada rakanrakan sekumpulan mengenai bahan-bahan yang berjaya dikumpulkan

4.

5.

770123-025672 810409-015756 830512-016122 770123-025672

3.9.2012 3.9.2012 3.9.2012 *Perbincangan mengenai draf isi-isi kerja kursus dan penambahbaikan. 6.9.2012 6.9.2012 6.9.2012 7.9.2012 7.9.2012 7.9.2012 *Mengaplikasikan permainan kepada kanakkanak. 11.9.2012 11.9.2012 11.9.2012 12.9.2012 12.9.2012 12.9.2012 *Menggabungkan semua hasil kerja kursus dan menjilid hasil kerja kursus. *Pemurnian hasil kerja kursus. * Menyediakan abm.

6.

810409-015756 830512-016122 770123-025672 810409-015756 830512-016122 770123-025672 810409-015756 830512-016122 770123-025672 810409-015756 830512-016122

7.

8.

9.

Pengenalan
Permainan ini adalah berdasarkan permainan happy Family yang telah diubahsuai menjadi permainan bahasa. Permainan ini memadankan suku kata kv t kv menjadi perkataan bermakna.

Cara Permainan
1) Permainan ini memerlukan 4 atau 6 orang pemain. 2) Undian bagi setiap pemain akan dijalankan. 3) Giliran bagi setiap pemain akan diberi melalui undian. 4) Tiap-tiap pemain akan memadankan 10 keping kad suku kata. 5) Pemain akan memadankan kad-kad suku kata supaya menjadi perkataan bermakna. 6) Pemain hendaklah memadankan kad-kad tersebut dengan pantas. 7) Pemain yang dapat memadankan kad-kad dengan pantas bolehlah mengangkat tangan dan meminta kad suku kata lain. 8) Seandainya terdapat kad yang tidak mempunyai pasangan, pemain hendaklah meminta daripada salah seorang pemain yang lain dengan menyebutkan suku kata yang dikehendaki. 9) Situasi A : Jika ada pemain yang mempunyai kad suku kata yang diminta, maka pemain tersebut akan memberi kad tersebut kepada pemain tadi. Untuk seterusnya, pemain yang memberi kad suku kata kepada rakan tadi bolehlah meminta kad suku kata yang dikehendaki daripada rakan lain.

10) Situasi B : Jika tiada pemain yang mempunyai kad suku kata yang diminta maka giliran pemain tadi akan terbatal. Pemainan diteruskan dengan giliran pemain yang lain berdasarkan undian yang dibuat pada awal permainan.

11) Proses ini berulang sehingga semua pemain dapat memedankan kesemua kad suku kata yang dimiliki. 12) Setiap perkataan bermakna yang berjaya dibina diberikan dua markah. 13) Pemain yang berjaya mengumpulkan markah yang paling banyak dikira sebagai pemenang. 14) Pemenang akan diberi token sebagai ganjaran bagi setiap pusingan.

Justifikasi Kelebihan Permainan

1) Murid dapat mengenal huruf, suku kata KV t KV. 2) Murid dapat membatangkan suku kata menjadi perkataan bermakna. 3) Murid dapat mengukuhkan kemahiran mengeja dan menyebut perkataan. 4) Murid dapat mengembangkan idea apabila perlu mencari pasangan suku kata supaya menjadi perkataan bermakna. 5) Murid dapat berinteraksi dengan rakan secara langsung. 6) Murid dapat kemahiran bersosial dengan bertatasusila. 7) Murid berani menyuarakan pendapat. 8) Murid akan merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan pada bila-bila masa sahaja. 9) Murid tidak merasa diketepikan oleh rakan-rakan. 10) Murid dapat mengendalikan aktiviti dengan berorientasikan murid dan dibimbing oleh guru. 11) Murid dapat memupuk nilai-nilai murni dalam bergaul sesama rakan. 12) Murid dapat membiasakan diri supaya berinteraksi dengan yakin.

Peraturan Permainan
1) Setiap pemain hendaklah mempunyai 10 keping kad suku kata. 2) Setiap pemain hendaklah mengikuti giliran undian yang telah diundi. 3) Pemain tidak dibenarkan mengintai gambar atau perkataan yang terdapat pada kad rakan. 4) Setiap giliran hendaklah dilakukan selama 1 minit. 5) Jika lebih daripada 1 minit giliran pemain terbatal. 6) Setiap pemain hendaklan membina perkataan sendiri. 7) Jika meniru perkatan rakan lain markah akan ditolak. 8) Setiap pemain tidak dibenarkan mengganggu konsentrasi pemain lain.

GGa

Gambar-gambar aktiviti memainkan kad-kad suku kata. Permainan Kad : Merpati Sejoli

Gambar kad-kad suku kata Permainan Merpati Sejoli

ka ki da hi ba hu gi gi ma ta

ja ri bu ku gu ru ta li su su

ba ju pa su ra ga to pi me ja

na si da du ro ti su du ko pi

REFLEKSI

NAMA : SITI HAWA ZAKIAH BINTI GIMAT NO I/C : 830512-01-6122

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t, akhirnya saya dapat menyiapakn tugasan Murid Dan Alam Belajar. Terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga, kawankawan, pensyarah pembimbing dan sebagainya yang banyak membantu saya semasa menyiapakan tugasan ini. Menerima tawaran belajar semasa bekerja memaNg agak mencabar bagi saya, ini kerana pada masa ini pelbagai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan pada waktu yang sama. Mempunyai anak kembar yang berusia setahun lahir pada usia 34 minggu agak memberi cabaran pada saya dan suami, dengan kesihatan anak yang kerap terganggu, Alhamdulillah walau apa pun dugaan kami dapat tempuhinya dengan baik. Terdapat dua bahagian untuk tugasan murid dan alam belajar, bahagian A dan bahagian B, bahagian A merupakan tugasan berkumpulan, manakala bahagian B pula merupakan tugasan individu. Tugasan bahagian A kami sekumpulann telah sepakat untuk membuat permainan bahasa, kami telah membuat permainan bahasa untuk konsonan kv, bagi saya ini merupakan pengalaman baru bagi saya kerana saya merupakan guru pendidikan islam. Walau bagaimanapun saya amat teruja dan gembira melakukan tugasan ini dengan baik sekali. Tugasan B apa yang perlu saya lakukan ialah menerangkan dua model pengajaran dan implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya telah memilih model sosial dan model personal, setelah membuat tugasan ini apa yang saya dapati banyak ilmu-ilmu menarik yang boleh saya praktikkan semasa di sekolah untuk meningkatkan pemahaman murid khususnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain teknik-teknik pengajaran yang boleh saya praktikkan terdapat juga model personal yang menitik beratkan hubungan guru dan murid itu sendiri, yang mana ia akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan keyakinan murid itu sendiri. Harapan saya semoga saya dapat mengaplikasikan tugasan ini di dalam pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah, insyaAllah

Refleksi

Nama : Zuraida binti Mohd Halim No Kad Pengenalan : 810409-01-5756

Alhamdulillah dengan kehendakNya saya dapat menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Puan Hjh. Izzah binti Abu bakar kerana telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Sokongan daripada suami, anak-anak serta rakan juga amat saya hargai. Alhamdulillah dengan bantuan dan sokongan yang diberi dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Walaupun , ada kalanya saya sibuk dengan bebanan tugas di sekolah tetapi dengan bantuan dan sokongan daripada semua dapat juga saya menyiapkan tugasan ini. Sebelum saya menyiapkan tugasan ini, saya tidak begitu mahir dalam topik model, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya telah belajar banyak perkara yang berguna untuk diaplikasikan dalam pengajaran di dalam kelas. Saya juga dapat info-info yang boleh menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan . Tugasan ini memerlukan saya membaca dan menelaah banyak sumber untuk mendapatkan maklumat. Tidak kira daripada apa jua sumber, seperti majalah , melayari internet, buku-buku ilmiah, jurnal dan lain-lain. Selain dapat mengumpulkan bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan ini, saya juga belajar untuk menggunakan masa lapang dengan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan faedah. Oleh itu, masa lapang yang ada tidak terbuang begitu sahaja. Sebagai seorang yang sedang menuntut ilmu, ditambah pula situasi saya yang bekerja sudah tentu memerlukan kemahiran untuk membahagikan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan menyelesaikan tugas-tugas saya sebagai seorang guru.

Oleh itu, bimbingan dan sokongan daripada suami, anak-anak, pensyarah serta rakan rakan amat saya harapkan. Semua kebaikan yang terdapat pada tugasan ini semuanya datang daripadaNya, dan semua kelemahan yang terdapat pada tugasan ini adalah datangnya dari diri saya sendiri. Tunjuk ajar daripada semua pihak diucapkan terima kasih.

Sekian terima kasih.

REFLEKSI : NAMA NO. K/P : MUNIRAH BT ALI @ ABU BAKAR : 770123025672

Allhamdulliallah , bersyukur saya kepada Allah kerana member kekuatan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Selain itu juga, saya berasa amat bertuah kerana mendapat sokongan yang jitu daripada suami dan anak serta rakan-rakan. Kerja kursus EDU 3103 yang berada di bawah kelolaan Puan Izzah Bt Abu Bakar cukup membuatkan saya rasa teruja sekali. Bagi saya cabaran dalam menyiapkan kerja kursus ini amat bermakna kerana tampa cabaran saya tidak mungkin dapat menguasai sebahagian daripada tajuk yang terdapat dalam mata pelajaran Murid dan Alam Belajar ini. Terdapat dua bahagian yang perlu disiapkan bagi kerja kursus EDU 3103 ini. Bahagian A, memerlukan kemahiran serta pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan sesuatu bahan projek inovasi itu berjaya dan boleh diguna pakai di dalam P&P yang sebenar. Saya bersama denga lagi dua orang rakan sepasukan, kami telah sepakat untuk membuat permainan bahasa, kami telah membuat permainan bahasa untuk konsonan kv + kv. Manakala tugasan di bahagian B iaitu kerja individu, saya ditugaskan menerangkan tentang Model Pemprosesan Maklumat dan Model Personal serta implikasinya terhadap P&P. Tugasan individu tidak begitu sukar kerana kita hanya perlu mencari bahan sama ada dari buku mahupun dari internet. Saya amat berharap dengan apa yang telah saya laksanakan ini memuaskan hati pihak puan. Ini kerana saya cuba sehabis baik menyiapkannya walaupun terdapat banyak halangan yang tiba. Antara halangan yang saya lalui ialah bapa mertua saya telah kembali kerahmatullah, sekolah saya sering dilawati oleh pihak JPN, selain itu

juga program yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang terlalu padat. Banyak lagi komitmen saya kepada pihak sekolah kerana saya memegang banyak jawatan seperti guru pemulihan, guru linus, guru kesihatan, guru permainan dalaman, guru panitia pendidikan moral , setiausaha panitia matematik dan guru asset.

Anda mungkin juga menyukai