Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure) Nama Guru Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid

Tajuk Hasil Pembelajaran Nur Amira bt Md Arif Matematik 3 Ibnu Sina 15 September 2011 8.00 8.30 pagi 30 orang Penambahan 1. Murid dapat menyelesaikan masalah penambahan di dalam kehidupan sebenar. 2. Murid dapat melakukan operasi penambahan dengan menggunakan teknik pengumpulan semula.. 3. Murid dapat menyelesaikan masalah penambahan sehingga nombor 10 000.

Analisis Pelajar

Ciri Umum Pelajar Berlatarbelakangkan pertanian dan perniagaan. Pelajar tergolong di dalam kumpulan pencapaian sederhana. Dari segi sosio ekonomi, kebanyakan pelajar berstatus ekonomi sederhana dan hanya segelintir pelajar yang berstatus ekonomi berada.

Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah belajar operasi tambah sehingga nombor 1000 di tahun 2.

Gaya Pembelajaran Murid lebih cenderung ke arah gaya penemuan berpandu dan koperatif .

Hasil Pembelajaran 1. 2. 3.

Di akhir pembelajaran murid dapat : Murid dapat menyelesaikan masalah penambahan di dalam kehidupan sebenar. Murid dapat melakukan operasi penambahan dengan menggunakan teknik pengumpulan semula.. Murid dapat menyelesaikan masalah penambahan sehingga nombor 10 000.

Memilih kaedah, media dan sumber

Kaedah

Media

Alat dan bahan sumber yang diperlukan Komputer dan LCD

Kuliah

Tayangan video

Projek Konstruktivisme

Media 1 (2D) Bahan 2D-Folio Media 2 (3 D)

folio mengenai senarai barangan dan harga.

Koperatif Bahan 3D - model Model barangan : 1. Biskut 2. Ubat gigi 3. Sabun 4. Makanan kucing 5. Milo

Menggunakan media dan bahan

Penerangan ringkas tentang persediaan mengajar serta cara penggunaan media dan bahan preview, sediakan bahan untukpenggunaan dalam kelas, sediakan persekitaran. Bahan 2D-Folio yang menunjukkan barangan dan harga. Bahan 3D-Model barangan yang dibeli. Video- mengenai membeli-belah. Aktiviti p&p akan berlangsung di dalam bilik darjah. Pelajar diajar operasi penambahan yang baru iaitu pengumpulan semula berdasarkan pengetahuan mereka yang sedia ada ketika di tahun 2. Murid kemudian diarahkan secara berkumpulan menyelesaikan masalah penambahan menggunakan model barangan 3D- seakan-akan mereka sedang membelibelah di supermarket. Senaraikan langkah-langkah pelaksanaan p&p yang mesti meliputi yang berikut: Set induksi 1. Video klip-Digunakan untuk set induksi p&p. Murid ditayangkan dengan video klip membeli-belah. Guru memberitahu murid kepentingan operasi penambahan dalam kehidupan seharian. Sebagai tugasan supaya murid menumpukan perhatian, murid diminta menyenaraikan kelima-lima barangan dan harga. Langkah 1 2. Bahan 3D-Bahan 3D yang akan digunakan ialah model barangan runcit. Model ini akan digunakan semasa sesi perkembangan pengajaran. Berdasarkan model 3D tersebut, murid dikehendaki membuat penambahan barangan yang mereka dapat beli dengan menggunakan nilai-nilai tertentu. Selain itu, murid juga dikehendaki memilih barangan yang mereka suka dan melakukan aktiviti penambahan. Langkah 2 3. Bahan 2D- murid perlu memilih sekurang-kurangnya dua barangan untuk mendapatkan operasi tambah penggumpulan semula. Kumpulan yang dapat paling melakukan operasi paling banyak akan menang.

Melibatkan pelajar

Penutup 4. Bahan 2D-Folio akan digunakan sebagai pengukuhan kepada pemahaman murid-murid. Murid-murid secara berkumpulan antara tiga hingga empat orang dikehendaki membuat satu folio tentang pengalaman mereka ke supermarket atau kedai runcit untuk membeli barang seperti yang ditunjuk dalam folio contoh. Mereka dikehendaki mencari barang yang apabila ditambah tidak lebih daripada RM 60. Gambar barangan perlu disertakan bersama harga dan cara pengiraan.Tempoh masa yang diberikan adalah dua minggu.

Penilaian

Sesi pengajaran dan pembelajaran berkesan tapi boleh diperkemaskan lagi Berkesan kerana banyak melibatkan murid. Tetapi ada seorang murid yang intrapersonal tidak mengambil bahagian dan hanya melihat kawankawannya beraktiviti. Penambahbaikan : guru perlu selalu memanggil nama murid tersebut dan menggalakkan dia terlibat dalam setiap aktiviti kelas. Memberi insentif fizikal seperti gula-gula dan hadiah.

Anda mungkin juga menyukai