Anda di halaman 1dari 19

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Di akhir bab ini, pelajar akan dapat: 1. Memahami konsep etika dan amalannya dalam perniagaan 2. Mengenal pasti hubungan etika dalam proses membuat keputusan 3. Mengenal pasti contoh-contoh beretika yang patut dihindari 4. Mengaplikasikan kod etika dalam perniagaan

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

satu amalan yang dianggap penting dalam membangunkan perniagaan. Peruntukan undang-undang perniagaan tidak mencukupi dalam membendung amalan perniagaan yang tidak sihat. Pengawalan diri seperti memegang kepada nilai moral sejagat dan mengikuti garis panduan dalam agama boleh membantu menjadikan seorang itu lebih beretika. Usahawan sentiasa berdepan dengan banyak keputusan etika yang perlu dibuat terutama di peringkat awal usaha.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Satu set prinsip-prinsip yang memperihalkan tatacara perlakuan yang menerangkan apa yang baik dan betul atau tidak baik ,dan salah di samping menggariskan tanggungjawab dan obligasi moral. Dalam menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu boleh atau tidak dibuat, wajar atau tidak tindakan tersebut, betul atau salah memerlukan pertimbangan oleh individu berkenaan. Contohnya seorang yang mencuri untuk kelangsungan hidup diri dan keluarganya, betul dari segi moral tetapi salah dari segi perundangan. Etika ialah satu sistem prinsip moral dalam menentukan sesuatu perbuatan itu betul atau salah. Menurut Hisrich dan Peters (2002), etika perniagaan adalah merupakan kajian ke atas perlakuan atau tingkah laku dan moral dalam situasi perniagaan . Kod etika adalah garis panduan yang dibentuk dalam menerangkan bentuk perbuatan yang boleh dan tidak boleh di lakukan dalam satu profesyen tertentu. Contohnya, Doktor, peguam.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Konflik sering kali timbul semasa melaksanakan perlakuan beretika dalam dunia perniagaan kerana perkara-perkara berikut: Terdapat berbagai pihak yang kepentingan baik di dalam mahupun di luar perniagaan dari kalangan pekerja, pembiaya, pelanggan dan sebagainya yang saling mempengaruhi. Masyarakat kini berdepan dengan perubahan yang pesat dari segi nilainilai yang pernah dipegang tetapi berubah selaras dengan perubahan masyarakat yang mengamalkannya. Contohnya, amalan rasuah.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seorang usahawan itu apabila membuat keputusan, iaitu: Bagaimana anda melihat masalah tersebut jika anda berada sebelah pihak yang menerima akibat dari keputusan berkenaan - sakit? teraniaya? rugi? Kepada siapa dan kepada apa anda memberikan ketaatan anda secara individu atau secara ahli perniagaan dalam membuat keputusan berkenaan pelabur? diri anda sendiri? Apakah matlamat anda semasa membuat keputusan tersebut keuntungan? kebajikan? Bagaimanakah keadaan hasil dari pelaksanaan keputusan tersebut keuntungan kepada pemegang saham? kesukaran kepada pekerja? alam sekitar yang tercemar? Siapakah yang akan menerima akibat dari keputusan dan tindakan anda?

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Bolehkah anda berbincang dengan pihak terbabit sebelum membuat keputusan - mencari penyelesaian "menang-menang" untuk tindakan anda selepas keputusan dilaksana? Adakah keputusan tersebut akan mempengaruhi kesihatan pekerja yang menghasilkan produk tersebut? Adakah bahan yang digunakan boleh menimbulkan masalah kepada pelanggan dari segi mengalami kerugian atau kecederaan? Adakah terdapat pengurangan bahan tertentu yang boleh membahayakan nyawa pengguna atau pekerja yang terlibat dalam proses pengeluaran tersebut?

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Perlakuan etika sering kali dibelakangkan apabila usahawan berdepan dengan isu keuntungan, merebut peluang dan menghadapi persaingan. Contohnya pemasaran pil menguruskan badan yang menyebabkan kerosakan kepada organ hati pesakit. Rasuah adalah perbuatan memberikan suapan dalam bentuk wang atau keistimewaan tertentu. Contohnya, Banyak isu bangunan atau prasarana roboh. Terdapat juga syarikat yang membuang sisa pengeluaran yang berbahaya ke alam sekitar

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Kod etika ialah kenyataan amalan etika atau garis panduan yang dipegang oleh sesebuah perniagaan. Kod Etika elok dibangunkan kerana: 1. ia mendefinisikan apakah perbuatan yang diterima atau tidak diterima di dalam organisasi berkenaan, 2. ia menggalakkan amalan tingkah laku piawaian yang tinggi yang memudahkan setiap ahli mengukur sama ada tingkah laku mereka beretika atau tidak, 3. ia mewujudkan kayu ukur untuk ahli gunakan bagi penilaian diri mereka semasa bertingkah laku baik dalam organisasi mahu pun dengan pihak luar, dan 4. ia mewujudkan garis panduan untuk perlakuan dan tanggungjawab profesional bagi pekerjaan tertentu dalam apa saja keadaan.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

1. 2. 3.

4.

Untuk mempastikan perbuatan tidak beretika tidak berlaku di kalangan kakitangan, perkara berikut boleh dilakukan: Garispanduan didokumentasikan untuk panduan, Memasukkan garis panduan ini dalam manual kerja at au dalam manamana bahan bertulis yang diberikan kepada pekerja baru, Meletakkan garis panduan ini di lokasi yang bersesuaian untuk mudah dibaca oleh pekerja, dan Meletakkan garis panduan ini di dalam deskripsi tugas.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Menurut Dr. Zainal Abidin Majid, pengerusi Institut Etika Peniagaan Malaysia (Business Ethics Institute of Malaysia - BEIM) kebanyakan syarikat multinasional mempunyai kod etika tersendiri dan amalan ini semakin diikuti oleh syarikat-syarikat tempatan. (sila rujuk http://www.beim.org.my) contoh kod etika: http://www.hp.com/ hpinfo/ globalcitizenship/ csrlsbcbrochure.pdf.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Tanggungjawab sosial terdiri dari obligasi-obligasi sebuah perniagaan terhadap masyarakat (Kuratko & Hodgetts, 2004) . Mengambil kira bagaimana syarikat menguruskan proses-proses dalaman untuk menghasilkan impak keseluruhan yang positif kepada persekitaran mereka.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

1.

2. 3.

4.

5.

Di antara langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan tanggungjawab sosial dapat dilaksanakan oleh syarikat ialah: Penetapan matlamat - Apakah yang anda dan syarikat anda ingin capai? Adakah anda akan memasuki pasaran baru? Memperkenalkan produk baru? Meningkatkan imej syarikat anda? apakah usaha murni yang ingin anda sertai. Contohnya penglibatan Syarikat Faiza Sdn. Bhd. dengan program BersamaMu di TV3. Pilih sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk anda bekerjasama. Contohnya MK Land di bawah Yayasan EMKAY bekerjasama dengan Yayasan Sultanah Bahiyah dalam menyediakan bangunan bagi rawatan pesakit buah pinggang. Bentuk satu program dan usulkan kepada NGO berkenaan atau mempertimbangkan usul NGO yang ingin bekerjasama dengan perniagaan anda. Berbincang dengan NGO berkenaan supaya matlamat kedua-dua pihak seiringan

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

6. Libatkan kakitangan dengan menggalakkan dan menyediakan ruang untuk kakitangan terlibat dalam aktiviti yang dibangunkan. 7. Libatkan pelanggan dalam usaha murni anda. Contohnya, galakkan pelanggan menghantar barang sukan mereka yang lama.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Pengamalan kod etika yang baik dan pengamalannya oleh perniagaan berkenaan boleh membentuk kelebihan persaingan yang mampu menonjolkan keistimewaan perniagaan tersebut. Walau pun terdapat banyak cabaran dalam memastikan pelaksanaan amalan beretika, ia tidak semestinya mematahkan semangat usahawan.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Anda mungkin juga menyukai