Anda di halaman 1dari 7

1

1.1 PENDAHULUAN

Zainal Abidin Bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Za’ba dan Syed Syeikh al - Hadi
merupakan antara cendekiawan Islam yang ulung. Mereka muncul pada akhir abad ke-19
dan awal 20. Zaba dan Syeikh al-Hadi menjadi pelopor krpada aliran pemikiran reformis
yang bertujuan untuk memperbaiki cara berfikir dalam kehidupan umat Islam. Ia
menyeru orang Melayu untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan kemunduran dengan
mendekati ilmu-ilmu yang bersifat akliah terutamanya ilmu-ilmu yang bersifat saintifik.
Di mana kedua-dua tokoh ini berpendapat pengetahuan manusia perlu dihasilkan melalui
kaedah-kaedah saintifik. Lantaran itu untuk mencapai kemajuan, orang Melayu perlu
menerima dan menguasai sains Barat.

Walaupun begitu, Zaba dab Syeikh al-Hadi tidak pernah menafikan kepentingan
ilmu-ilmu yang bersifat naqliah tetapi mereka menyeru orang Melayu untuk
menggunakan akal mereka serta berpegang kepada konsep rasionaliti ataupun logik
dalam membuat sebarang keputusan atau pun semasa mengurus kehidupan mereka. Pada
masa yang sama, kedua-dua tokoh ini menekankan bahawa, Islam itu tidak menghalang
kemajuan umatnya dan orang Melayu mundur kerana tidak faham dan orentasi yang
kurang tepat dalam agama.

Lantaran itu dalam tugasan ini, penulis akan cuba membincangkan gabungan
pemikiran Zaba dan Syed Skeikh al-Hadi tentang idea reformis Islam dan akal dalam
perspektif pembaharuan masyarakat. Di mana tumpuan perbincangan akan diberi dalam
aspek pembaharuan yang cuba dibawa oleh kedua-dua tokoh tersebut dalam
membincangkan peranan manusia dalam penggunaan akal dan pengaruh Islam
terhadapnya. Di mana dalam aspek pembaharuan masyarakat, konsep qadariyyah diberi
penekanan kerana manusia diberi kebebasan ikhtiar dan perlu bertanggungjawab terhadap
segala perbuatannya sendiri. Selain itu, perbincangan secara imbas lalu tentang
perkembangan aliran pemikiran di negara kita turut akan dilakukan. Ia bertujuan untuk
memastikan satu kesinambungan dalam melihat perkembangan aliran reformis yang
didukung oleh Zaba mahupun Syed Skeikh al-Hadi.
2

2.1 PERKEMBANGAN ALIRAN PEMIKIRAN MELAYU

Aliran pemikiran orang Melayu diwarnai oleh tiga aliran utama iaitu konservatif,
reformis dan sekular. Ketiga-tiga aliran pemikiran ini berkembang mengikut acuannya
yang tersendiri dan meperlihatkan persepsi yang berbeza tentang aspek-aspek seperti
kehidupan, pembangunan dan hubungan antara Tuhan, manusia dan alam.

Aliran konservatif yang dipelopori oleh kaum tua dipengaruhi oleh ideologi al-
Ghazali lebih menjurus kepada penekanan konsep Jabariyyah yang mengatakan manusia
tidak berkuasa ke atas perbuatannya. Di mana nasib atau rezeki seseorang sudah
ditentukan sejak azali lagi dan manusia tidak memiliki daya ikhtiar untuk mengubah
kehendak Allah. Aliran ini dilihat menjadikan manusia itu pasif dan bergantung kepada
takdir semata-mata. Aliran konservatif ini menjadi pegangan golongan hierarki agama,
elit Melayu tradisional dan golongan ulama.

Menjelang tahun 1906, telah menyaksikan kelahiran aliran reformis yang


didukung oleh Gerakan Reformis Islam iaitu golongan yang mendapat pendidikan di
Arab. Mereka terpengaruh dengan Gerakan Islam di Timur Tengah yang diketuai oleh
Syed Jamaluddin Al-Afgahari dan Syed Muhammad Abduh. Gerakan ini mengesa umat
Islam untuk bangkit dan menentang perluasan kuasa Barat dan juga membersihkan
agama Islam daripada segala unsur-unsur yang khurafat dan memudaratkan agama itu.
Gerakan reformis di Tanah Melayu didukung oleh tokoh-tokoh terbilang seperti Skeikh
Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbas bin Mohd Taha dan sheikh
Mohd Salim al-Kalali. Mereka menekankan perlunya proses ‘Culture Sintesisi’ dan
penyesuaian ilmu-ilmu Barat dengan Islam agar ia tidak bertentangan dengan akidah
orang Melayu. Aliran reformis memberi penekanan kepada penggunaan akal dalam
kehidupan harian dan juga mengatur kehidupan kita pada masa hadapan.
3

Kemerosotan pengaruh reformis menyaksikan kelahiran aliran pemikiran yang


lebih radikal iaitu aliran sekular yang lebih bersifat kebaratan. Ia menegaskan perlunya
untuk menyingkirkan budaya hidup tradisional yang luput dan mengekang kemajuan
orang Melayu. Ia menggalakkan penerimaan ilmu-ilmu Sains dan menumpukan kepada
ilmu yang bersifat akliah yang dianggap sebagai tunjang kekuatan manusia. Lantaran itu,
orang Melayu perlu menguasai ilmu sains agar mampu bersaing dengan kaum lain kerana
beranggapan bahawa ilmu-ilmu yang bersifat naqliah sahaja tidak mampu menyelesaikan
masalah kerana ia kurang praktikal. Pengaruh aliran ini semakin kuat sejak tahun 1940-
1960 dengan kemunculan Asas 50 yang menonjolkan pemikiran sekular mereka menerusi
penghasilan novel, cerpen, majalah dan akhbar.

Secara ringkasanya, perkembangan pemikiran Melayu di negara kita dicorakkan


oleh tiga aliran utama dan seterusnya telah membentuk satu mood of thinking yang
berbeza-beza di kalangan golongan intelektual mahupun ahli politik. Ia seterusnya
membawa kepada proses pengabungjalinan aliran pemikiran pada zaman moden ini.
Proses itu telah melahirkan aliran-aliran pemikiran yang lebih moderate dan refleksible
pada masa ini.

3.1 ISLAM DAN AKAL

Salah satu isu yang hangat diperdebatkan di kalangan intelektual Melayu ialah Islam dan
Akal. Ia telah menimbulkan satu polemik di kalangan cendiakawan Islam. Di mana telah
wujud satu percanggahan pendapat di kalangan konservatif dan reformis. Golongan
konservatif berpegang teguh kepada fahaman al-Jabariyyah. Di mana, al-Gahzali
menjelaskan tidak ada perbuatan manusia walaupun ia dilakukan semata-mata untuk
dirinya bebas daripada kehendak Allah. Ia seterusnya meletakkan segala-galanya yang
berlaku itu berpusat kepada Tuhan semata-mata.

Pandangan yang dianggap jumud ini tidak dipersetujui oleh golongan reformis
yang dahagakan pembaharuan dan lebih menjurus kepada fahaman al-Qadariyyah yang
dilihat lebih sesuai dengan peredaran zaman dan bersifat refleksible. Golongan ini
4

memberi penekanan kepada aspek penggunaan akal manusia dan menggalakkan


perkembangan ilmu duniawi. Mereka melihat Tuhan telah memberi ruang yang cukup
luas kepada manusia untuk berikhtiar dan memperbaiki kehidupannya dengan
menggunakan akal dengan sebaik mungkin. Dalam usaha mempertahankan pendapat ini,
Quran dijadikan pedomannya di mana Islam itu sendiri dikatakan menghormati akal dan
menyeru umatnya menggunakannya untuk mempelajari segala ilmu di alam ini. Ia jelas
dalam ayat Quran yang menyeru umat Islam untuk memperhatikan segala kejadian Tuhan
yang sangat halus dengan menggunakan akalnya dalam mempelajari segala kegunaan
kejadian-kejadian Tuhan yang hendak dilihatnya.

4.1.1 PEMIKIRAN ZABA DAN SYED SYEIKH AL-HADI TENTANG ISLAM,


AKAL DAN PEMBAHARUAN DALAM MASYARAKAT

Zaba dan Sheikh Hadi merupakan dua tokoh Islam yang mempelopori reformasi dalam
Islam dan juga membawa kepada pembaharuan dalam pemikiran orang Melayu. Usaha
kedua-dua tokoh ini bukan sahaja berkisarkan kepada pembaharuan dalam soal agama
dan amalan orang Melayu tetapi juga melibatkan perubahan dalam aspek kehidupan
masyarakat Melayu. Oleh itu wajarlah dikatakan mereka merupakan pelopor kepada
fahaman reformis yang membawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan orang
Melayu.

Namun begitu, kedua-dua tokoh ini tidak menolak Islam sebagai satu sistem
hidup sebaliknya menekankan proses adaptasi Islam dalam kerangka moden Barat yang
berlandaskan ilmu akliah dan ekonomi kapitalis. Ia penting bagi membolehkan orang
Melayu terus bersaing dalam dunia globalisasi memandangkan aras pemodenan itu
berpusat pada ilmu sains dan tekonologi. Manakala ekonomi moden kapitalis ternyata
berjaya membawa kemajuan serta peningkatan ketamadunan masyarakat Barat. Justeru
itu, Zaba dan Sheikh Hadi tidak menolak sistem kapitalis dan menekankan kepentingan
modernity Barat yang menjadi akar umbi perkembangan dalam Barat. Memandangkan
kekuatan itu, kedua-dua tokoh reformis ini telah memberi penekanan kepada aspek
5

rationality iaitu berfikir dengan akal dalam usaha membina sifat-sifat dinamik di
kalangan orang Melayu.

Wan Z. Kamaruddin Bin Wan Ali ( 1996 ) dalam Pemikiran Zaba mengenai Islam,
mengatakan bahawa konsep pembaharuan Zaba bertujuan untuk membaiki segala hal
ehwal yang berkurangan, mengubah segala sifat keadaan yang buruk ke baik,
menggantikan segala hal manusia yang mundur dengan maju mengikut zaman,
menggantikan segala jalan fikiran yang kuno dan kolot, segala kepercayaan yang lapuk
dengan fikiran yang baru dan segar yang disaksikan melalui al-Quran yang bersendikan
akal dan ilmu pengetahuan.

Syed Syeikh al-Hadi pula dalam penulisannya, Ugama Islam dan Akal yang
diterbitkan pada tahun 1931 telah mengulas dengan panjang lebar tentang enam
kelebihan akal dan penggunaannya. Antara penekanannya ialah Islam itu sendiri amat
mementingkan penggunaan akal dan menggalakkkan umatnya untuk menguasai pelbagai
bidang ilmu. Syed Syeikh al-Hadi sejak awal lagi telah memperjuangkan unsur
pembaharuan agama dan pemikiran umat Islam menerusi kegiatan-kegiatan Islah iaitu
usaha untuk memurnikan Islam. Ia dapat dilihat dengan jelas dalam penulisannya beliau
yang memperjuangkan Islam berdasarkan Quran dan Hadis serta menolak unsur-unsur
tahyul, khurafat dan bidaah. Di samping itu, beliau turut menggalakkan orang Melayu
agar bersatu, bekerja dengan gigih bagi kemajuan ekonomi dan membebaskan diri
mereka daripada penguasaan bangsa asing.

Dalam membicarakan isu Islam dan Akal, Zaba memberi penekanan kepada
perlunya keseimbangan kedua-dua unsur itu. Beliau menegaskan agama sahaja tanpa akal
boleh mengakibatkan kemudaratan. Justeru itu, budaya taklid yang diwarisi oleh orang
Melayu dalam pembelajaran agama perlu dikikis. Ia dianggap sebagai satu perbuatan
yang mengikut secara buat tuli tanpa pertimbangan yang sewajarnya. Dalam aspek ini,
Zaba cuba mengembalikan pemikiran orang Melayu dengan menjadikan Rasullulah
sebagai teladan manusia dan bukan mengikut orang lain. Syed Syeikh al-Hadi pula
6

melihat kepentingan akal dalam agama memainkan peranan penting dalam memastikan
amalan yang diamalkan itu betul atau salah. Di mana terdapat firman dalam Quran yang
menyatakan “ Apakah mereka tidak menggunakan akal dalam usaha memahami ayat-ayat
suci itu atau pun telah terkunci sudah hati pintu mereka.” Beliau turut membidas orang
Melayu yang berpegang kepada budaya taklid yang dianggapnya sebagai punca salah
faham serta kekalutan yang melanda Islam itu sendiri.

Syed Syeikh al-Hadi melihat Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap lagi
maju. Ia jelas berbeza dengan tafsiran para ulama tradisional yang melihat Islam itu
dalam konteks yang lebih sempit iaitu dari aspek rohaniah semata-mata. Mereka
menumpukan perhatian dalam soal-soal ibadat dan akhirat sehinggakan mengabaikan
aspek duniawi. Syeikh al-Hadi beranggapan sikap itu menjumudkan orang Islam dan
mengakibatkan kemunduran di kalangan mereka. Justeru itu, beliau menggesa umat Islam
untuk membuka minda mereka dengan lebih luas. Menurut Shaharuddin Maaruf ( 1988 )
dalam Malay Idea on Development : From Feudal Lord to Capitalist, Syeikh al-Hadi
menyeru orang Melayu untuk mengamalkan sikap rasional dan pendekatan
individualistik dalam kepercayaan mereka. Di mana rasionalistik dianggap sebagai pusat
kepada sebarang tindak-tanduk manusia termasuklah dalam amalan keagamaan dan
kehidupan hariannya. Beliau turut berpendapat sikap individualistik perlu bagi menjamin
kejayaan seseorang individu dan bekerja itu satu ibadah yang dituntut oleh Islam. Ini
kerana Islam menegaskan setiap insan yang beragama perlu menjalankan tugas dan
kerjanya kerana duduk dengan kemalasan tanpa melakukan sebarang pekerjaan
merosakkan kesihatan dan mengotorkan roh.

Zaba pula melihat tumpuan yang melampau terhadap aspek keagamaan


menjadikan orang Melayu mundur dan miskin dari pelbagai segi. Antaranya kemiskinan
ilmu pengetahuan yang dirujuk kepada pengaruh Islam di kalangan orang Melayu yang
dikatakan telah bermula sejak 600 tahun dahulu tetapi mereka masih keliru antara
pengaruh taqlid dengan ajaran tauhid. Orang Melayu turut dikatakan kemiskinan harta
dan kekayaan. Di mana kekayaan negara dimonopoli bangsa asing dan bangsa Melayu
hanya mewarisi keturunan sahaja tanpa mementingkan kekayaan material. Kemudiannya
7

orang Melayu juga dikritik kerana kemiskinan keperangaian tinggi dan mulia. Mereka
dilihat kurang berkeyakinan pada diri sendiri dan tidak mempunyai iman yang teguh dan
percaya kepada kekuatan ghaib , guna-guna dan berpegang kepada sesuatu ajaran secara
buta-tuli.

Oleh yang demikian, Zaba dan Sheikh Hadi mempunyai pandangan yang agal
liberal dalam soal seperti Qada’, Qadar dan takdir. Mereka melihat tumpuan yang
berlebihan terhadap unsur-unsur ini membenam keinginan orang Melayu dalam
memajukan diri serta mengumpul kekayaan. Zaba telah mengemukakan kritikannya
terhadap pemikiran al-Asyari dan al-Asyariah berhubung dengan persoalan takdir. Di
mana, al-Asyari menekankan setiap perbuatan manusia dengan konsep kasb yang
merujuk manusia sebagai pelaku sesuatu perbuatan secara kiasan sahaja manakala pelaku
sebenar ialah Allah. Sheikh Hadi pula mengkritik pandangan golongan ulama tradisional
yang menyeru umat Islam untuk redha terhadap kemiskinan dalam kehidupan yang
dialami kerana ia merupakan Qada’ dan Qadar yang sudah ditetapkan oleh Tuhan.
Sebalaiknya beliau mengesa orang Melayu supaya berusaha dan berikhtiar kerana Tuhan
sudah pun memberi mereka akal.

Dalam usaha membentuk pemikiran yang lebih terbuka di kalangan orang


Melayu, Zaba dan Sheikh Hadi menegaskan bahawa Islam tidak menyekat manusia
menggunakan akal dalam merencana hidupnya serta mempertingkatkan martabat dirinya.
Di mana kedua-dua tokoh ini menggalakkan orang Melayu untuk untuk menerima ilmu-
ilmu akliah Barat dan tidak semata-mata kepada ilmu wahyu sahaja. Ia dapat dilihat
dalam usaha-usaha Sheikh Hadi mendirikan sekolah-sekolah moden seperti Madrasah
Iqbal Islamiyyah di Singapura dan Madrasah al-Hadi di Bandar Kaba, Melaka. Di mana
selain selain merangkumi pendidikan Islam, ilmu-ilmu duniawi turut diperhatian.

Kesimpulannya, Zaba dan Sheikh Hadi cuba untuk membentuk satu sistem nilai
untuk orang melayu berdasarkan Islam. Mereka cuba mengadaptasikan pemodenan Barat
dalam kehidupan orang Melayu. Di mana penggunaan akal serta penekanan kepada unsur
rasional diberi perhatian.