Anda di halaman 1dari 1

ISU SOSIAL - VANDALISME

Apakah itu vandalisme? Vandalisme ialah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang. Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak. Vandalisme boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan. Mengapa vandalisme terjadi ? Untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit dari telefon awam Untuk masuk ke sesuatu tempat, contohnya memecah masuk ke dalam rumah Untuk menyatakan sesuatu idea dan kepercayaan Untuk membalas dendam Untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau sesebuah organisasi Untuk keseronokan dan kepuasan diri Untuk diterima sebagai kawan dan ahli kumpulan Mengapa remaja terlibat dalam geng ( kumpulan vandalisme)? Keseronokan Rasa megah / status Perlindungan Peluang untuk mencari wang dan sumber pendapatan Rasa diterima oleh ahli kumpulan (sense of belonging) Dipaksa (jarang berlaku) Contoh-contoh masalah yang boleh menjuruskan kepada kelakuan vandalisme adalah : Ponteng kelas atau sekolah Melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah Lewat bangun pagi dan pulang lewat malam Kemahiran sosial yang lemah Mencari perhatian dengan cara yang negatif Jarang berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan Tekanan perasaan dan masalah mental yang lain Masalah keluarga Masalah dalam persahabatan Masalah di sekolah Masalah dengan pihak berkuasa dan undang-undang Penyalahgunaan dadah Apakah akibat buruk menjadi seorang remaja yang terlibat dalam vandalisme? Akan mudah menjadi penjenayah apabila dewasa kelak, dan mungkin juga akan terlibat dalam keganasan.. Remaja yang melakukan vandalisme selalunya mendapat laporan buruk dari pihak sekolah, keadaan ini boleh mengurangkan peluang untuk mereka berjaya dalam hidup. Vandalisme akan mengakibatkan kerugian besar dan menyusahkan masyarakat terutamanya apabila kemudahan awam (contohnya telefon awam) tidak dapat digunakan di waktu kecemasan. Vandalisme terhadap harta benda dan perkhidmatan awam mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa pada waktu kecemasan yang kritikal Gangguan fizikal dan emosi boleh membawa kepada masalah peribadi dan sosial seperti tekanan, tingkahlaku agresif serta putus hubungan persahabatan.

Anda mungkin juga menyukai