Anda di halaman 1dari 31

PERKEMBANGAN MURID

PENGENALAN
Memberi penekanan kepada perkembangan diri individu. Merangkumi domain psikomotor, kognitif, afektif dan sosial.

DOMAIN PSIKOMOTOR

PENGENALAN
Integrasi kemahiran intelektual dan fizikal. Tertumpu kepada kemahiran fizikal.

TEORI
Mengetengahkan pendapat Simpson (1972) yang mengandungi tujuh peringkat. i. Persepsi ii. Persediaan iii. Pergerakan terkawal iv. Pergerakan mekanistik v. Pergerakan kompleks vi. Pergerakan suaian vii. Pergerakan ciptaan

i. Persepsi Seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan dengan memerhati pergerakan tersebut. Menerusi pemerhatian ini, seseorang itu akan dapat mengingati mekanisme pergerakan motor.
ii. Persediaan Bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal untuk melakukan pergerakan. Pada tahap ini individu tersebut mula memberi respon cuba untuk melakukan pergerakan tersebut.

iii. Pergerakan terkawal

Tahap awal mempelajari kemahiran yang kompleks. Mereka belajar melalui peniruan, secara cuba jaya atau mengikut ketepatan kriteria. Ketepatan kebolehan boleh ditingkatkan melalui latihan.

iv. Mekanistik

Merupakan tahap pertengahan dalam pembelajaran kemahiran yang kompleks. Gerak balas mula menjadi kebiasaan. Beberapa pergerakkan yang dibuat dengan yakin dan mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki.

v. Gerak balas Kompleks Terbuka (Complex Overt


Response)

Melibatkan pelbagai bentuk pergerakkan. Boleh melakukan kemahiran yang rumit tanpa mengambil masa yang panjang untuk berfikir. Mula yakin pasti berjaya melakukan gerak balas yang betul.

vi. Penyesuaian (Adaptation)

Meminda bentuk pergerakkan mengikut keperluan dan situasi yang spesifik. Kemahiran telah terbina sempurna di mana individu boleh pinda ubah bentuk pergerakkan mengikut keperluan tertentu.

vii. Keaslian (Origination)

Kebolehan mencipta bentuk pergerakkan baharu untuk disesuaikan dengan situasi tertentu atau mengikut proses yang spesifik. Mereka mampu mereka cipta cara terbaharu bagi memanipulasi bahan mengikut kefahaman dan kebolehan kemahiran diri sendiri.

DOMAIN KOGNITIF

PENGENALAN
Domain kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan seperti prinsip, fakta, teori dan konsep.

TEORI
(Bloom, 1956) Ada enam peringkat pembelajaran kognitif yang di susun mengikut hierarki. i. Pengetahuan ii. Kefahaman iii. Aplikasi iv. Analisis v. Sintesis vi. Penilaian

i. Pengetahuan

Mewakili tahap objektif yang paling rendah. Pengetahuan yang telah dipelajari. Keperluan untuk mencapai objektif ini ialah hanya dengan mengingat kembali fakta.

ii. Kefahaman

Peringkat yang menunjukkan kebolehan memberi interpretasi, menterjemah dan menerangkan dengan perkataan sendiri.
iii. Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang khusus atau konkrit. Menggunakan maklumat dalam situasi baharu dan berlainan. Aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari bagi menyelesaikan masalah di dalam kehidupan seharian.

iv. Analisis

Analisis ialah kebolehan memecahkan perkara yang telah dipelajari kepada bahagian-bahagian tertentu sehingga kefahaman hubungan struktur.
v. Sintesis

Sntesis adalah peringkat yang menunjukkan kebolehan mengintegrasikan bahagian bahagian kecil kepada satu bahagian besar.

vi. Penilaian

Penilaian merupakan tahap hasil pembelajaran yang paling tinggi dalam heirarki domainKognitif. Ia meliputi semua tahap dan ditambah dengan kebolehan membuat keputusan dan penghakiman berdasarkan rasional dan kriteria tertentu.

DOMAIN AFEKTIF

PENGENALAN
Pembelajaran yang bertujuan untuk membentuk sikap, kepercayaan atau nilai terhadap pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Berkaitan dengan perasaan, emosi,minat, sikap, kepercayaan atau nilai dan lain-lain.

TEORI
Bloom et al (1988) Domain Afektif boleh dikelaskan mengikut peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi. i. Penerimaan ii. Gerak balas iii.Penilaian iv.Organisasi v. Perwatakan.

i. Penerimaan

Kesediaan seseorang untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Pelajar menyedari dan memberi perhatian secara pasif tentang sesuatu ransangan dan fenomena
ii. Gerak Balas

Gerak balas bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap ransangan yang diterima. Tindak balas yang diberikan mempunyai motif tersendiri.

iii. Penilaian

Penilaian membawa maksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yangdilakukannya kepada masyarakat.
iv. Organisasi

Peringkat dimana pelajar mengorganisasikan nilai kepada satu sistem. Pada peringkat ini, pelajar komited untuk membentuk nilai yang dipamerkan sebagai tingkah laku.

v. Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkan sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, pelajar menunjukkan tingkah laku yang selari dengan nilai yang telah sebati dengan dirinya.

DOMAIN SOSIAL

PENGENALAN

TEORI
Dettmer (1997) Satu domain khusus untuk hubungan atau tingkah laku sosial. Domain ini terdiri dari lapan peringkat objektif. i. Berhubung ii. Berkomunikasi iii. Melibatkan diri iv. Berunding v. Bekerjasama vi. Menghakim vii.Memulakan viii.Menukar

i. Objektif Pertama Berhubung (Relating)

Seseorang itu cuba menunjukkan tingkah laku membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain.
ii. Objektif Kedua Berkomunikasi (Communicating)

Seseorang itu cuba berkomunikasi dengan seseorang lain, iaitu cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu.

iii. Objektif Ketiga Melibatkan Diri (Participating)

Seseorang itu secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti


iv. Objektif Keempat Berunding (Negotiating)

Seseorang itu boleh membuat perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan tentang isu yang timbul.

v. Objektif Kelima Bekerjasama (Collaborating)

Seseorang itu boleh bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek.
vi. Objektif Keenam Menghakim (Adjudicating)

Seseorang itu dapat bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat.

vii. Objektif Ketujuh Memulakan (Initiating)

Seseorang itu dapat memulakan sesuatu aktiviti kumpulan yang baru,walaupun terpaksamenghadapi risiko tertentu.
viii. Objektif Kelapan Menukar (Converting)

Seseorang itu berupaya menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup.

Anda mungkin juga menyukai