Anda di halaman 1dari 16

CINTA DALAM PUISI MELAYU TRADISIONAL

1.0 Pengenalan Hasil-hasil kesusasteraan merupakan dokumen maklumat penting tentang tamadun masa lampau masyarakat. Pemikiran di dalamnya disanjung dan dianggap sebagai pemberi pedoman kepada masyarakat silam. Begitu juga dengan corak pemerintahan serta nilai-nilai tinggi mesyarakat tersebut. Kelahiran puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi dari luar telah memperkaya puisi Melayu hingga berjumlah lebih kurang 30 jenis puisi. Dalam perkembangan puisi tradisional Melayu terdapat jenisjenis seperti pantun, syair, gurindam, seloka, pantun seloka, teromba, peribahasa berangkap, talibun, mantera, nazam, rubai, qitah, masnawi, ghazal, dikir@zikir, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan, perbilangan adat, kata-kata adat, terasul, tambo, jampi, bait, marhaban, dan berzanji. Satu daripada genre puisi yang popular dalam tradisi lisan orang Melayu ialah pantun Melayu. Tradisi berpantun masih hidup subur dan berkembang melalui sayembara Pantun dan acara Berbalas Pantun yang disediakan oleh media elektronik. Selain itu terdapat juga adat istiadat yang mengekalkan adab berpantun terutama ketika adab bertunang atau meminang. 2.0 Pantun Dalam kesusasteraan Melayu, pantun, syair, seloka, gurindam dan sajak dikelompokkan dalam genra puisi. Kata puisi berasal daripada bahasa Belanda iaitu poezie. Ia bererti bentuk pantun dan syair, serta pancaran perasaan dan

fikiran( Harun Aminurrashid, 1968,hal.1). Manakala Zaba dalam Ilmu Mengarang Melayu 1965 pernah menulis bahawa puisi itu juga disebut karangan berangkap. Dalam bahasa Melayu adalah beberapa macam Karangan Berangkap itu dinamakan pantun, syair, bait, gurindam, dan seloka iaitu mengikut masingmasing sifatnya dan jalan rangkapnya. Di antara lima itu pantun dan syair itulah yang lebih masyhur dan selalu dibuat orang R.J.Wilkinson dan R.O. Winstedt, dalam Pantun Melayu (1961,hal 111) Menegaskan pantun kuat hubungannya dengan hati nurani dan fikiran orang Melayu. Melalui pantun kita dapat mengenali peribadi orang Melayu. Orang asing yang belum mengenal pantun, boleh dikaakan orang itu belum mengenal rohani dan jalan fikiran orang Melayu yang sebenarnya. Pantun adalah puisi rakyat yang terbina dalam sebuah untai yang ringkas, biasanya empat baris, memberi kesatuan bentuk dan makna yang bulat. Sifatnya yang terpenting ialah hubungan istimewa antara bait pertama dan bait kedua; bait pertama umumnya tidak mustahak kerana ertinya yang nyatakan, tetapi harus difahami. Sebagai pembayangan bait yang kedua, baik kerana bunyinya, mahupun kerana ertinya, perlambangan dan lain. Dengan kata lain pantun bersifat sindiran. Pantun tercipta untuk semua golongan tanpa mengira batas usia kanak-kanak, orang muda, dan dewasa(orang tua).

3.0 Ciri-ciri Pantun Melayu Masyarakat Melayu memiliki banyak warisan kebudayaan dan sastera yang menjadi kebanggaan zaman berzaman. Meskipun begitu, para sarjana kesusasteraan Melayu klasik berpendapat bahawa pantun menjadi kepunyaan dan hasil ciptaan asli orang Melayu. Ciri-ciri umum yang dimiliki oleh pantun Melayu itu cukup unik dan membezakannya daripada genre sastera yang lain. Antaranya adalah a. Mempunyai rangkap-rangkap yang berasingan. b. Setiap rangkap terdiri daripada barins-baris atau kerat-kerat, misalnya pantun dua kerat, pantun empat kerat, enam kerat , lapan kerat , sepuluh kerat, enam belas kerat dan pantun berkait. c. Jumlah suku kata dalam setiap baris antara lapan hingga sepuluh. d. Setiap rangkap ada bahagian pembayang(sampiran) dan bahagian maksud. e. Skima rima hujung a,b,a,b f. Setiap rangkap pantun memiliki kesatuan fikiran yang lengkap dan sempurna. g. Pantun memiliki lambang-lambang(simbol) yang sesuai dengan norma dan nilai (tatasusila) masyarakat setempat. (Baca kertas kerja Simbol dan Citra Dalam Pantun Melayu oleh Mohamad Azmi Ab. Rahmah) h. Terdapat hubungan makna di antara pembayang (sampiran) dengan bahagian maksud pantun itu(Mohd Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985, hal.viii.).

4.0 Cinta dalam puisi tradisional Melayu Mendekati dan menyelami wajah diri pantun Melayu, menemukan saya dengan pelbagai wajah dirinya; dari segi bentuk, bahasa tersurat dan tersirat, yang baik dan cantik. Apa yang ingin saya hamparkan di sini adalah bagaimana pantun Melayu ini membawa pelbagai koleksi hamparan indah kata membawa perlambangan cinta . Wajah diri pantun percintaan yang terhasil menyerlahkan jati diri, peribadi dan minda Melayu. Meskipun pantun terbina dalam dunia bentuknya yang kecil, namun pemikirannya besar dan bernilai, dari sudut budi bahasa Melayu dalam menghayati cinta.Sebelum memaparkan pantun-pantun cinta terlebih dahulu diperjelaskan makna cinta. 4.1 Makna Cinta Cinta adalah suatu perasaan yang positif dan diberikan pada manusia atau benda lainnya. Cinta akan dialami oleh semua makhluk. Penggunaan perkataan cinta juga dipengaruhi perkembangan semasa. Cinta adalah anugerah Allah yang tiada nilai tanding dengan emas dan permata. Perkataan sentiasa berubah menurut tanggapan, pemahaman dan penggunaan di dalam keadaan, kedudukan dan generasi masyarakat yang berbeza. Sifat cinta dalam pengertian abad ke 21 mungkin berbeda daripada abad-abad yang lalu. Ungkapan cinta mungkin digunakan untuk meluahkan perasaan seperti berikut:

4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4

Perasaan terhadap keluarga, Perasaan terhadap teman-teman Perasaan terhadap negaranya atau patriotisme Perasaan terhadap bangsa atau nasionalisme

4.1.5

Perasaan cinta teruna dan dara

Bagi peringkat awal pembentangan ini , ingin saya memberi huraian dan contoh-contoh pantun yang berkaitan cinta yang ditujukan kepada perkaraperkara di atas. 4.1.1 Perasaan terhadap keluarga Memang banyak pantun-pantun yang telah dicipta memberi pengertian rasa cinta dan melahirkan nilai kekeluargaan . Semangat berkeluarga, kasih sayang dalam keluarga atau berlaku perselisihan dalam keluarga. Cengkerik-cengkerik memakan bayam, Rama-rama memakan pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. (Pantun Serbaneka,hlm 66) Pantun di atas membawa maksud nilai perasaan kasih dan sayang dalam keluarga adalah sukar untuk dipisahkan. Walaupun berlaku perselisihan pendapat atau berlaku pergaduhan, namun perasaan sayang dan cinta dalam keluarga akan mengatasi segala-galanya. Tegasnya anak bukan sahaja penyambung zuriat tetapijuga pengikat kepada hubungan isteri kerana kehadiran mereka boleh menjadi penghibur seperti ternyata dalam pantun berikut; Merpati putih terbang sekawan, Terpikat seekor didekat dapur; Untunglah ada anakku tuan Hati yang lara jadi penghibur.

Oleh kerana anak adalah aset keluarga, maka ibu bapa bertanggungjawab mendidik mereka dengan budi pekerti mulia. Walaupun mereka perlu bekerja (sama ada menguruskan rumah tangga, menjaga ternakan dan tanaman) tetapi tanggung-jawab ke atas anak-anak tidaklah diabaikan. Oleh itu anakanak mesti fahamdengan kerja ibu yang banyak itu. Malah kehadiran ibu bapa bersama dengan anak anak sangat penting. Kegembiraan itu dapat dilihat dalam pantun berikut; Susu lemak manis, Santan kelapa muda; Adik jangan menangis Emak banyak kerja.

Durian atas titi, Pisang dalam kubang; Suka rasa hati, Ibu sudah datang. Manakala Nilai kasih dan sayang yang mendalam juga dapat dipetik dalam dua rangkap pantun di bawah yang mencerminkan keengganan berpisah jauh. Namun suratan takdir , ajal dan maut serta bertugas untuk mencari rezeki terpaksa ditempuh juga. Ribu-ribu jalan ke Kandis, Landak membawa geliganya; Bondaku tinggal jangan menangis, Anak membawa akan nasibnya, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, hlm 26

Merpati terbang ke jalan, Ikan belanak makan dikarang; Bonda mati ,bapa berjalan, Melarat anak tinggal seorang. Pantun Melayu,(BP) hlm 14 4.1.2 Perasaan cinta kepada teman-teman Perasaan cinta kepada teman atau taulan ini kebiasaannya ditunjukkan ketika tidak mahu berpisah selepas sesuatu pertemuan. Selain itu mungkin diluahkan jika sudah sekian lama tidak bertemu. Di dalam pantun ini jelas menunjukkan peradapan melayu dalam menyatakan perasaan ukhwah sesama rakan. Jalinan kata-kata lembut dan santun ini meningkatkan perhubungan sesama insan. Hinggap di daun siburung pantau, Mati ditimpa ranting meranti; Seratus tahun saya merantau, Tuan tidak luput di hati. Pantun Melayu (W), hlm 80

Tiup api jerang belanga, Akan merebus kepala kurau; Tuan pergi janganlah lama, Siapa kelak teman bergurau? Pantun Melayu, (W) hlm 79

4.1.3 Perasaan terhadap negaranya atau patriotisme

Perahu payang layarnya merah, Belayar menuju arah utara; Keris dipegang bersintukkan darah, Adat pahlawan membela negara. Pantun Melayu Sastera Rakyat,hlm 26 Berkepul-kepul asap berapi, Kusangka mega di waktu fajar; Tampil ke muka pemuda kami, Badanmu jatuh bendera berkibar. Kajian Puisi Melayu, hlm 30 Kedua-dua rangkap pantun menunjukkan kesanggupan untuk menentang petualang demi mempertahankan maruah negara. Pantun-pantun sebegini banyak meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Bait-bait kata yang digunakan agak lebih tegas dan kasar. Ini melambangkan semarak semangat juang yang ingin dibina. Ini memperlihatkan bagaimana halus budi Melayu itu dalam mendidik anak-anak agar cinta akan tanah air.

4.1.4 Perasaan terhadap bangsa atau nasionalisme

Perasaan cinta terhadap bangsa atau nasionalisme juga terdapat dalam ukiran kata pantun Melayu tradisional. Rasa cinta terhadap bangsa banyak disuarakan dalam bentuk nasihat seperti kekalkan perpaduan, hidup harmoni, menjaga maruah, saling hormat- menghormati dan taat. Pemuda pemudi diberi nasihat

dan sindiran yang mekahirkan keinsafan serta kesedaran tentang tujuan bersosial secara positif demi menentukan keamanan terus dikecapi.

Banyak orang pergi menjala, Menjala udang di dalam parit; Jagalah diri jangan tercela, Rosak nama bangsa terpalit. Koleksi pantun Zakaria Hitam Jika pelita sudah menyala, Bawa ke anjung surung; Kita semua bersaudara, Sama-sama tolong-menolong. Mastika, Januari 1958, hlm 13

5. Pantun-pantun percintaan Pantun-pantun percintaan merupakan pantun yang diukir untuk menyampaikan hasrat hati , keinginan, menyatakan perasaan riang, sedih , kecewa dan duka. Oleh yang demikian pantun-pantun percintaan ini boleh dikumpulan mengikut peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika perasaan cinta ingin dijalinkan antara dua jiwa. 5.1 Pantun cinta :pertemuan dan permulaan cinta. Dalam penciptaan pantun untuk tujuan pertemuan ini, kebanyakan pantun yang dihasilkan adalah lebih kepada keinginan untuk berkenalan. Keinginan itu

disampaikan dalam cara usik mengusik, puji-memuji dan ada juga yang menyatakan hasrat secara terus-terang.

Contoh keinginan untuk berkenalan, Suji-suji daun delima, Disuji anak Bertam; Kalau sudi minta terima, Diharap jangan tuan lupakan. Mastika,November 1955c Contoh permulaan cinta usik-mengusik, Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama sikucing belang; Dua tiga boleh kucari, Mana nak sama adik sorang. Pantun serbaneka hlm 102

Contoh permulaan cinta terus terang,

Ikan belanak hilir berenang, Burung dara membuat sarang; Makan tak enak tidur tak senang, Hanya teringat dinda seorang. An Introducing to Malay Pantuns, hlm 15

10

5.2 Cinta yang berjaya Setelah berkenal maka berputiklah cinta antara dua insan, maka lahirlah baitbait kata pantun yang indah dan mengasyikkan. Semua kata-kata pantun yang diilhamkan ketika cinta telah berjaya agak lebih romantis dan penuh janji manis. Contoh; Di mana kuang bertelur? Di atas lata, di ruang batu; Di mana abang nak tidur? Di atas dada, di ruang susu. Malay pantuns, hlm 53 Burung merpati terbang seribu, Hinggap sesekor di tengah laman; Hendak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan. Dewan Bahasa, 2:11 November 1958 hlm 549

5.3 Cinta yang gagal Bagaimanakah pula gaya pantun yang dilahirkan atau diilhamkan bagi menerangkan isi hati mereka yang gagal dalam memiliki cinta? Gaya adunan katanya masih sama namun tiada perlambangan ceria. Semua maksud pantun

11

yang dicipta penuh rasa rendah diri, merajuk, sedih, terkilan dan merana. Walaupun begitu terdapat mendapatkan cinta. juga nada menyindir kerana kegagalan dalam

Anak itik terdudu-dudu, Dudu mari bawah mengkuang; Adik cantik carilah jodoh, Saya yang buruk biar terbuang. Pantun, hlm 24 Si Rajawali menyambar merpati, Habis luruh sekalian bulu; Bagaimana hendak mencuci hati, Sudah berkarat dari dahulu. Hikayat Anggun Cik Tunggal,hlm109

Anak ikan dipanggang sahaja, Hendak dipindang tidak berkunyit; Anak orang dipandang sahaja, Hendak dipinang tiada berduit. Pantun Melayu(W) hlm 12

Asap api gulung-gemulung, Anak buaya menelan bangkai: Rasa hati memeluk gunung, Apa daya tangan tak sampai. Hikayat Awang Sulung Merah Muda, hlm56

12

5.4 Perpisahan Sudah menjadi adat percintaan, tidak semua berakhir dengan kebahagiaan. Ada kalanya perpisahan yang mengundang. Pantun-pantun yang diilhamkan pada masa lalu ada yang memberi gambaran perpisahan sebagai berpisah buat selama-lamanya iaitu putus cinta. Terdapat juga pantun-pantun yang memaparkan berpisah buat seketika. Tetapi kebanyakan pantun yang

diilhamkan ada unsur-unsur merayu , mengharapkan kasih berputik kembali, minta simpati dan keresahan hati. Kapal berlabuh di lautan sisi, Patah puteri naga-naganya; Bantal dipeluk saya tangisi, Hendak mati rasa-rasanya. Pantun Melayu, (W) hlm31 Kalau tuan mudik ke Jambi, Ambilkan saya buah delima; Kalau tuan kasihkan kami, Bawalah saya pergi bersama. Malay Pantun, hlm 82 Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Malay pantun ,hlm 83

13

6.0 Penutup Sebagai satu ingatan buat semua. Pantun bukan sahaja untuk menyatakan cinta. Peranan pantun yang ketara ialah sastera ini menjadi media komunikasi dan hiburan semula jadi buat masyarakat kita. Pantun digunakan sebagai lagu dan dinyanyikan untuk tujuan berhibur atau mengusik antara jantina dalam masyarakat kita. Tindakan ini menjadikan kehidupan masyarakat lebih ceria, seronok dan menarik untuk dilalui. Sesungguhnya, pantun menjadikan kehidupan masyarakat menjadi lebih bermakna.Selain itu, pantun juga memberikan nasihat dan tunjuk ajar terutama kepada generasi muda kita. Golongan tua yang kaya dengan pelbagai nasihat dan pengalaman hidup serta amat peka dengan perubahan sesuatu perkara selalu menggunakan pantun sebagai kaedah memberi peringatan pula. Contohnya, Pantun Kiasan dalam Antologi Anak Laut yang jelas menolak sebarang usaha suka membazir dalam kehidupan manusia itu. Jelaslah, pantun boleh secara diam-diam memberi nasihat kepada masyarakat untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan. Malahan, pantun juga dilihat sebagai satu cara untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih kepada seseorang itu. Masyarakat kita memang terkenal dengan sikap masyarakat yang mengenang budi orang lain. Pantun yang menggunakan bait Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati membuktikan betapa tingginya konsep mengenang budi dalam masyarakat kita itu.Maka, pantun menjadi satu cara yang paling mudah untuk menyuarakan rasa terima kasih atas bantuan yang diterima daripada seseorang manusia itu.

14

Pantun juga dilihat sebagai satu teknik menyindir atau menempelak seseorang itu dengan lebih sopan.Masyarakat kita yang tidak suka menimbulkan masalah pergaduhan tetapi masih mahu memberi peringatan kepada orang lain telah menggunakan pantun sebagai jalan penyelesaiannya. Penggunaan pantun membolehkan hanya orang yang melakukan sesuatu tindakan yang salah itu memahaminya lalu berusaha untuk mengubah kesilapannya pada masa hadapan. Oleh itu, pantunlah yang membantu masyarakat kita mengkritik ahli yang lain tetapi masih mengekalkan suasana keharmonian dalam sesebuah masyarakat itu. Akhir sekali, pantun juga berperanan untuk mempamerkan adat istiadat masyarakat kita. Sudah acap kali pantun digunakan sebagai pembuka kata sebagai tanda memento kebenaran atau menyampaikan hasrat terutama ketika majlis perkhawinan dan sebagainya. Penggunaan kaedah berpantun ini menjadikan suasana majlis lebih ceria dan menarik kepada masyarakat. Sesungguhnya, penggunaan pantun sebagai alat adat istiadat telah meninggikan lagi kedudukan pantun dalam masyarakat kita itu. Kesimpulannya, pantun mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam masyarakat kita. Situasi ini menjadikan kedudukan pantun itu sesuatu yang bernilai dan harus dikekalkan dalam kebudayaan kita. Namun, pantun semakin lama semakin terhakis akibat perubahan zaman yang berlaku dengan pantas itu. Bak kata pepatah, 'biar mati anak, jangan mati adat' yang membuktikan bahawa pantun itu sesuatu yang berharga dalam kebudayaan kita.

15

Semoga warisan pantun ini terus menjadi buah mulut anak Melayu terutama mereka yang dalam keasyikan cinta, cinta kepada kekasih, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada negara dan cinta segala-gala dengan menggunakan ilham dan keramat pantun. Rujukan Harun Mat Piah(1981) Puisi Melayu Tradisional: Satu pemicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Azmi Rahman , Wajah Diri Pantun: Indah Bahasa dan Halus Jiwa: Universiti Utara Malaysia. Kumpulan Pantun Melayu, ; Dewan Bahasa dan Pustaka

16

Anda mungkin juga menyukai