Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

HARI MASA KELAS TEMA TAJUK FOKUS UTAMA

Selasa 8.10 9.10 pagi 1 Budi Kekeluargaan Kasih Ibu Asas membaca dengan sebutan yan betul. Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.

SK : 2.1

SP : 2.1.2 FOKUS SAMPINGAN SK : 3.2

SP : 3.2.2

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran murid dapat: i. Mengeja suku kata terbuka dengan betul ii. Membatangkan suku kata terbuka dengan betul. iii. Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.

PENGISIAN KURIKULUM

i. Ilmu: Pendidikan Moral ii. KBT: KB mencirikan KP Verbal Linguistik BCB Bacaan Intensif

SISTEM BAHASA BBM NILAI

Tatabahasa: kata nama Buku Teks, Buku Aktiviti, Bahan Grafik, Laptop Kasih Sayang, Hormat Menghormati

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGISIAN KURIKULUM

AKTIVITI

CATATAN

Set Induksi;

KBT

Lembaran Kerja Lirik Lagu Ibu

1. Guru memperdengarkan lagu IBU Lirik Lagu IBU

Kecerdasan pelbagai - Muzik

BBB : Laptop, LCD Versi/Melodi : P. Ramlee

Ibu.ibu.. Engkaulah ratu hatiku Bila ku berduka Engkau hiburkan selalu Ibu.ibu Engkaulah ratu hatiku. -

Langkah 1 1. Guru mengedarkan lirik lagu kepada murid 2. Guru membaca lirik lagu mengikut sebutan dan intonasi yang betul. 3. Guru mengeja dan membatangkan suku kata terbuka yang terdapat dalam lirik lagu dan diikuti oleh murid.

KBT KP Verbal Linguistik

Lirik lagu

Langkah 2

KBT KP- Verbal Linguistik

Lirik lagu

1.

Murid diminta mengeja suku kata terbuka yang terdapat dalam lirik lagu dengan betul secara variasi. Contoh: ibu, bila, ratu

2. Murid diminta mengeja suku kata terbuka yang terdapat dalam buku teks sambil dipantau oleh guru. Contoh: ca, ci, cu, ce, co

Langkah 3 1. Murid diminta membatangkan suku kata berdasarkan kata nama yang diberi dengan menggunakan sebutan yang betul. Contoh: gula cili baju pagi muka dadu 2. Murid membatang suku kata berdasarkan kata nama yang terdapat dalam buku teks. Contoh: Gu la Ba ju

KBT KB- Mencirikan

Buku teks m/s 13

Langkah 4 1. Murid diminta menulis suku kata terbuka yang terdapat dalam buku aktiviti dengan betul dan kemas. 2. Murid diminta mengeja semula suku kata yang telah ditulis dengan betul sebagai latih tubi.

KBT BCB bacaan intensif

Buku aktiviti (jilid 1) M/s : 13

Pentaksiran

Terdapat 10 daripada 25 orang murid yang masih lemah dalam mengeja dan membatangkan suku kata terbuka berdasarkan perkataan yang diberikan oleh guru.

Pemulihan 1. Guru memberikan lembaran kerja yang mengandungi suku kata terbuka sebagai latih tubi kepada murid.

Pengayaan

Buku teks

1. Murid membaca kata nama yang mengandungi suku kata terbuka secara mekanis.

Refleksi Sebahagian murid tidak dapat mengeja dan membatangkan suku kata terbuka. Objektif pada hari ini tidak tercapai.

Anda mungkin juga menyukai