Anda di halaman 1dari 3

Firman Allah SWT: "Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah

akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji." (Surah Al-Israa: 79) Tahajjud adalah kewajipan khusus bagi Nabi SAW: Daripada Aisyah r.a beliau berkata: Baginda bangun berqiamullail sehingga bengkakbengkak kakinya." Aisyah pun bertanya "Kenapa engkau beribadah sebegini Ya Rasulullah sedangkan dosa-dosa engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?" Rasulullah SAW pun bersabda: "Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur." (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah sekiranya dia sembahyang malam." (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik puasa lepas puasa Ramadan adalah puasa pada bulan-bulan haram. Dan sebaik-baik sembahyang selepas solat fardu adalah solat malam" (Hadis Riwayat Muslim) Sabda Nabi SAW: "Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamatnya." (Hadis Riwayat At-Tirmizi) Sabda Nabi SAW: "Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang-orang yang soleh, mendekatkan kamu kepada Tuhan, menghapuskan dosa-dosa dan menegah diri dari maksiat." (Hadis Riwayat Hakim) Sebab apa tidak mampu solat malam? Telah disampaikan cerita seorang lelaki yang tidur malam sampai subuh dan tidak bangun solat malam. Nabi SAW bersabda: "Lelaki itu syaitan telah kencing di kedua belah telinganya." (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) Fudail bin Iyad telah berkata: "Apabila kamu tidak mampu untuk qiamaullai dan puasa sunat pada siang hari maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah dibelenggu dengan maksiat yang kamu lakukan." Adab-Adab Berqiamullail

Sunat sesiapa yang bangun pada waktu malam untuk sapu muka, bersugi, memandang Ini disebut dalam Hadis Riwayat .langit dan membaca Surah Ali Imran: 190-200 .Bukhari Dan Muslim 02)Disunatkan membuka solat malam dengan dua rakaat yang ringan. Aisyah berkata: "Nabi SAW apabila bangun malam untuk solat tahajjud, baginda membuka dengan dua solat yang ringan." (Hadis Riwayat Muslim) 03)Disunat solat malam dengan memberi salam setiap dua rakaat dan diakhiri dengan solat witir satu rakaat. Ibnu Umar berkata: "Nabi SAW sembahyang malam dua rakaat dan melakukan witir satu rakaat." (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) 04)Solat malam sebelas rakaat. Aisyah r.a. berkata:"Nabi SAW solat qiamullail sebelas rakaat" (Hadis Riwayat Bukhari) Aisyah berkata: "Nabi tidak pernah solat malam - pada bulan Ramadan dan lainnya - lebih dari sebelas rakaat." (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) 05) Disunatkan memanjangkan bacaan pada solat malam.Rasulullah SAW ditanya solat yang paling afdal. Baginda menjawab: "Panjang berdiri" (Hadis Riwayat Muslim) 06) Disunatkan menyederhanakan suara ketika solat sunat malam. Tidak kuat dan tidak perlahan. Firman Allah: "Dan janganlah engkau kuatkan suara mu dalam bacaan solat dan jangan engkau perlahankan. Bacalah dengan sederhana yang diantara kuat dan perlahan." (Al-Isra: 110) 07) Disunatkan berbaring apabila terasa sangat mengantuk ketika solat malam. Nabi SAW bersabda: "Apabila seseorang itu mengantuk ketika dalam solatnya maka hendaklah dia berbaring sehingglah hilang mengantuknya. Maka sesungguhnya seseorang sedang mengantuk hendak beristigfar tetapi dia memaki dirinya sendiri." (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)] 08) Disunatkan mengejutkan suami atau isteri untuk bangun malam .Nabi SAW bersabda: "Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam untuk solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia renjiskan dengan air di mukanya. Allah merahmati seorang wanita yang bangun untuk solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan muka suaminya dengan air." (Hadis Riwayat Abu Daud) Nabi SAW bersabda: "Apabila seorang lelaki mengejutkan isterinya pada waktu malam dan keduanya solat malam maka ditulis daripada golongan "azzakirin dan azzakirat." (Hadis Riwayat Abu Daud Dan Ibnu Majah)

09) Solat malam lah dengan istiqamah walaupun sedikit. Apa yg disebut disini adalah yang sempurna. Kalau tidak mampu buatlah walaupun satu rakaat solat witir. Nabi SAW ditanya tentang amalan yang paling disukai oleh Allah. maka Baginda menjawab: "Amalan yang paling kekal walaupun ianya sedikit." (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) 10) Disunatkan memperbanyakkan istigfar dan doa ketika mana bangun malam. Firman Allah: "Dan orang-orang yang beristigfar pada waktu sahur" (Ali Imran: 17) Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Tuhan akan turun pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Siapa yang berdoa akan ku perkenankan. Siapa meminta akan ku berikan dan siapa yang beristigfar akan ku ampunkan." (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim ) 11) Seeloknya seorang itu berniat sungguh untuk bangun qiamullail ketika hendak tidur supaya dia mendapat pahala qiam sekalipun tidak bangun. Sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang mendatangi tilamnya dalam keadaan dia berniat hendak bangun solat malam dan dia terlajak tidur sehingga subuh maka ditulis pahala apa yang diniatkan. Tidurnya itu adalah sedekah dari Tuhannya." (Hadis Riwayat Imam Nasaie Dan Ibnu Majah) 12) Disunat menqadakan solat malam yang tertinggal. Baginda bersabda: "Sesiapa yang tertidur dari melakukan amalan malamnya dan dia lakukannya diantara solat subuh dan solat zuhur maka ditulis pahalanya seolah-olah dia melakukannya pada waktu malam." (Hadis Riwayat Imam Muslim) 13) Makruh mengkhususkan qiamullail pada malam Jumaat sahaja. Sabda Nabi SAW: "Janganlah kamu mengkhusukan qiamullail pada malam jumaat." (Hadis Riwayat Muslim) 14) Disunatkan meniru cara qiamullail Nabi Daud a.s. Sabda Nabi s.a.w: "Solat yang paling dikasihi adalah solat Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur ditengah malam, bangun disepertiga yg akhir dan tidur semula sepernam yg terakhir. Baginda puasa sehari dan tidak puasa sehari. (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) 15) Cara nak bangun awal pada waktu tertentu hendaklah membaca akhir surah Kahfi dan niat dan minta pada Allah untuk bangun pada waktu tertentu.

Anda mungkin juga menyukai