Anda di halaman 1dari 21

SKEMA 922/2 1 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK

SKEMA PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN 922/2

PANDUAN MENANDA:

FAKTA : GARISKAN JAWAPAN PELAJAR HURAIAN/CONTOH : ( SILA BUAT TANDA KURUNG) SALAH FAKTA : TANDA DENGAN GARIS YG BERGELOMBANG DAN TULISKAN JAWAPAN. JIKA TERLEBIH FAKTA : TANDA SEPERTI BIASA. DI RUANG KOSONG TULISKAN TF SF DI RUANG KOSONG KERTAS

SKEMA 922/2 2 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera 1. Bincangkan persoalan dan realiti masyarakat berikut dalam penghasilan karya sastera dari awal 1900 sehingga selepas merdeka: a. Emansipasi Wanita, b. Nasionalisme (a) Emansipasi Wanita Definisi : Persoalan tentang perjuangan wanita menuntut kebebasan dan hak yang sama dengan lelaki [1M] F 1: Persoalan emansipasi wanita ini merangkumi hak yang sama dengan lelaki seperti dalam bidang pendidikan, menentukan masa depan,kebebasan memilih jodoh. F 2: Persoalan ini mengemukakan kepentingan hak wanita Islam moden untuk mendapat kebebasan seperti kaum lelaki dalam menentukan kehidupan melalui novel Hikayat Faridah Hanum, karya Syed Sheikh Al-Hadi (1925) dan Iakah Salmah, karya Ahmad Rashid Talu (1928). F 3: Persoalan emansipasi wanita banyak mewarnai tema novel-novel di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. . F 4: Persoalan ini terus menonjol dalam karya sehingga zaman selepas perang seperti dalam Tanggungan Muda, karya Pungguk; Pelayan, karya Ahmad Lutfi; Salina, karya A.Samad Said, Ranjau Sepanjang Jalan, karya Shahnon Ahmad dsb. F 5: Golongan penulis wanita seperti Khadijah Hashim melalui novelnya Badai Semalamdan Adibah Amin Seroja Masih di Kolam menyemarakkan lagi persoalan ini. Pilih 4 isi sahaja. 1 isi = 3 Markah (Fakta & Hurai/contoh 3M) 4 isi x 3 markah = 12 M (b) Nasionalisme F 1: Persoalan ini lahir sekitar 1930-an dengan kemunculan golongan penulis guru dan wartawan seiring dengan pergolakan sosial, ekonomi dan politik Malaya. F2: Persoalan ini muncul daripada dasar penjajah yang mengeksploitasi ekonomi dan mengabaikan keperluan pendidikan tinggi anak-anak Melayu. F3: Kemunculan pertubuhan politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad menyemarakkan lagi persoalan ini dalam karya sastera. F4: Persoalan nasionalisme dalam karya-karya novel seperti Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, karya Ishak Haji Muhammad serta Korban Keris Melaka, karya Samsuddin Salleh menanamkan semangat cinta kepada tanah air. F5 : Persoalan yang menggambarkan tindakan penjajah yang tidak adil telah membentuk semangat perpaduan bangsa, [13 ] [12 ]

SKEMA 922/2 3 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK F 6: Persoalan nasionalisme juga banyak diungkapkan melalui sajak-sajak yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Masuri SN melalui sajak nya berjudul Seribu Harapan. . Pilih 4 isi sahaja. 1 isi = 3 Markah ( Fakta 1M, Hurai/contoh 2M) 4 isi x 3 markah = 12 M

SKEMA 922/2 4 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK

2. Asraf merupakan antara tokoh dalam bidang kritikan sastera tanah air.
(a) Jelaskan latar belakang tokoh (b) Bincangkan isu dan polemik yang diperjuangkan oleh tokoh ini. [10 ] [15]

(a) Latar Belakang F1. Nama penuhnya ialah Mohd Asraf bin Haji Abdul Wahab / nama pena Sastrawijaya F2. Dilahirkan pada 11 Jun 1927 di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor. F3. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Assam Jawa (1934) / lulus darjah IV di High School Kelang / 1940 bersekolah di sekolah aliran Inggeris, Batu Road Kuala Lumpur ; terhenti ketika pendudukan Jepun. F4. Selepas perang menyambung pelajaran di Victoria Institution. F5. Bekerja sebagai kerani JKR di Kuala Selangor. F6. Pada 1949 bertugas di Utusan Melayu ,Singapura sebagai pemberita, 1957 sebagai pengarang. F7. Pernah berkhidmat dengan Oxford Universiti Press sebagai pengarang, ketua pengarang dan akhirnya sebagai pengurus pada tahun 1970. F8. Bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di Kolej TAR dan di UKM secara sambilan. F9. Tahun 1975 -1977 menjadi pengurus redaksi dan pengarang di Mc Gran Hill Far Eastern Publisher. F10.Pada tahun 1977 menubuhkan penerbitan sendiri, Analekta Sdn.Bhd.

Pilih 5 isi sahaja. 1 isi 2 markah 5 isi x 2 markah = 10 M

(b) Bincangkan isu dan polemik yang diperjuangkan oleh tokoh ini.

[15 m]

SKEMA 922/2 5 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK F1 : Asraf membawa slogan Seni Untuk Masyarakat. H/C: Slogan ini menekankan aspek sosial dan realiti kehidupan serta kepentingan / maanfaat di akhir setiap pembacaan sesebuah karya. Ia dapat memberi mesej, pengajaran dan memberi kesedaran kepada para pembaca. Esei dan kritikan Asraf disiarkan dalam Utusan Zaman dan Majalah Mastika. F2 : Asraf menekankan kesan positif karya terhadap pembaca. H/C: Karya seharusnya dilihat dapat menjana pemikiran dan tingkahlaku yang baik bagi menangani masalah sosial serta kepincangan masyarakat seperti rasuah, keruntuhan moral, neoupotisme, diskriminasi, dsb. F3 : Asraf mahukan penulis menjadi agen perubahan masyarakat. H/C: Pengarang dalam karyanya mestilah memiliki matlamat untuk mengubah corak corak hidup dan arah pendirian masyarakat khasnya golongan bawahan seperti buruh, petani dan nelayan daripada pasif, mundur kepada aktif dan maju. F4 : Polemik terjadi antara Asraf dengan Hamzah tentang fungsi seni. H/C : Pertentangan konsep atau falsafah seni yang melibatkan falsafah Seni Untuk Masyarakat yang didokong oleh Asraf dengan konsep Seni untuk Seni yang didokong oleh Hamzah. F5 : Falsafah Seni untuk Seni H/C : Hamzah beranggapan sastera mestilah berfungsi untuk mendidik dan menghibur dengan meletakkan nilai estetika /keindahan gaya bahasa yang sama pentingnya dengan fungsi social seperti mesej atau persoalan. Kritikan Hamzah dalam majalah Hiburan, Dalam Memajukan Sastera, September 1950. Hamzah mempertahankan pendirian terhadap kepentingan nilai estetika disamping nilai sosial dalam karya sastera. F6 : Slogan Asraf berjaya meraih sokongan kebanyakan penulis ASAS 50. H/C: Sebahagian besar esei kritikan yang dihasilkan pengarang ASAS 50 membincangkan tentang fungsi seni sastera untuk masyarakat. Ini selaras dengan moto ASAS 50, iaitu Seni Untuk Masyarakat.

Pilih 5 isi sahaja. 1 isi = 3 Markah ( Fakta 2M, Hurai/contoh 1M) 5 isi x 3 markah = 15 M

Bahagian B: Novel dan Cerpen

SKEMA 922/2 6 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK Jawab satu soalan sahaja 3. Jelaskan konflik-konflik yang diketengahkan dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas dan peleraiannya berdasarkan peristiwa dalam novel. [25m]

Konflik-konflik yang diketengahkan dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas ialah; F1 Konflik antara En Muhammad dengan Rahim[2m] H/C : Konflik tercetus apabila Rahim tidak bersetuju dengan tindakan ayahnya menubuhkan syarikat perlombongan Lembah Tualang di Kampung Pulai. Rahim menganggap bahawa ayahnya lebih mementingkan diri serta kekayaan berbanding hal-hal lain. Hal ini menyebabkan Rahim membantah sikap dan tindakan ayahnya yang menghalau penduduk Kampung Pulai ke rancangan FELDA. [2m] Peleraiannya; En Muhammad terpaksa mendengar cakap anaknya iaitu Rahim dengan mengikut segala perancangan Rahim seandainya ingin melihat anaknya meneruskan legasi perniagaannya. [1m] F2 Konflik antara En Muhammad dengan Lebai Maarup[2m] H/C : Tindakan Lebai Maarup menyerahkan tanah pusaka bapanya sebagai tanah wakaf dan bukan untuk tujuan perlombongan menimbulkan rasa marah kepada En. Muhammad. Lebai Maarup mula mencetuskan konflik secara halus apabila melihat tindakan En. Muhammad yang hanya ingin mengaut keuntungan hasil daripada aktiviti perlombangan. Namun Lebai Maarup tetap tidak berganjak dengan keputusan yang dibuatnya iaitu mewakafkan tanahnya. [2m] Peleraiannya; En Muhammad terpaksa menerima keputusan Lebai Maarup untuk mewakafkan tanah Lebai Maarup. [1m] F3 Konflik antara Sudin dengan Mat Akil[2m] H/C : Konflik mula tercetus apabila kedua-dua mereka meminati seorang wanita bernama Gayah.Konflik memuncak apabila pelbagai peristiwa menimpa Sudin.Antaranya peristiwa kemalangan sewaktu menunggang motosikal. Sudin dimasukkan ke hospital, namun Sudin yakin peristiwa tersebut bukanlah kemalangan biasa tetapi seperti telah di rancang kerana dia teringat bahawa topi keledarnya seperti di cabut orang dan dia juga turut mendengar suara Mat Akil. [2m] Peleraiannya : Sudin berjaya mengahwini Gayah manakala Mat Akil terpaksa merengkok didalam penjara. [1m] F4 Konflik antara keluarga Penghulu Mahmud dengan keluarga Iman Saad[2m] H/C : Konflik antara dua buah keluarga tercetus sejak Zaman Orang Kaya Datuk Indera Mat Saman. Konflik ini bermula apabila moyang Sudin iaitu Lebai Maali seorang yang berpengaruh serta dihormati kerana ilmunya telah dipersalahkan kerana tidak mengizinkan orang kampung yang kebanyakannya anak murid beliau pergi menuntut bela atas kematian seorang penghulu. Penghulu tersebut telah diberi kuasa oleh Datuk Mat Saman untuk menjalankan dan mengusahakan kawasan lombong. Namun banyak lombong ditutup dan lenyap setelah kematian penghulu tersebut disebabkan penyamun,perompak dan kongsi gelap. Sejak itu, keturunan dan keluarga Iman Saad dipandang hina oleh keluarga Datuk Indera Mat Saman. [2m]

SKEMA 922/2 7 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK Peleraian : Perhubungan antara keluarga Orang kaya Datuk Indera Mat Saman dan Lebai Maali kembali pulih apabila Sudin dan Gayah akhirnya berkahwin juga. [1m] F5 Konflik antara En Muhammad dengan Tauke Chan[2m] H/C : Konflik antara En Muhammad dan Tauke Chan tercetus apabila En Muhammad membuka kawasan perlombongan di Kampung Pulai. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Tauke Chan kerana beliau juga berminat untuk memajukan kawasan tersebut sebagai kawasan perumahan. Sebagai rasa tidak puas hati Tauke Chan telah mengupah Pendekar Omar memusnahkan lading orkid Cik Puan Tipah, memukul Ali iaitu pengurus ladang tersebut serta rakan-rakannya. [2m] Peleraian : Tauke Chan bersama penghulu Mahmud gagal untuk mendapatkan tanah dikampung Pulai bagi tujuan pembinaan kawasan perumahan. [1m] F6 Konflik dalaman yang dialami oleh Mahani[2m] H/C : Konflik dalaman Mahani tercetus apabila En Muhammad meminta Mahani membaca surat yang dikirimkan oleh anaknya Rahim. Setelah membaca surat tersebut timbul persoalan dalam diri Mahani. Dia menyedari bahawa En Muhammad ingin mengetahui dua perkara daripadanya . Persoalan pertama, beliau ingin mengetahui sama ada Mahani menaruh hati terhadap anaknya iaitu Rahim, persoalan kedua mengenai perasaan En Muhammad yang ada menaruh maksud tertentu iaitu bukan sekadar hubungan majikan dan pekerja. Namun walauapa pun perasaan yang tersimpan dalam hatinya, dia akan tetap melahirkan perkara yang yang sesuai dengan kedudukannya serta memelihara nama baiknya. [2m] Peleraiannya : Mahani , Sudin dan Rahim berkomplot untuk menyedarkan En. Muhamad dari ketamakannya. Seterusnya hubungan antara Rahim dan Mahani direstui oleh kedua belah pihak dan mereka akhirnya telah disatukan. [1m] 1 Fakta : 2m H+C : 2m 1 peleraian : 1m 5 isi x 5m = 25 m

4.

Baca petikan cerpen di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

SKEMA 922/2 8 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK Kota Wangi memberinya ketenangan. Kota ini amat kecil dalam kemampuan rohnya yang besar. Walaupun manusia jin ramai di sini, dia mampu menghadapinya. Dia sanggup menjinakkan jin itu. Sanggup. Walaupun jin itu berekor, I sanggup mendepani mereka. Mereka tidak akan mendengarkan apa yang you cakapkan. Dia merenung muka isterinya. Benarkah? Jin yang berekor itu mudah jinak. I tak yakin.Sebab, I tahu jin berekor susah dijinakkan. Mereka berasa ada kepala sendiri. Bukan macam you jinakkan jin kampung.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia,2003. Cerpen Kesementaraan dalam Mutiara Sastera Melayu Moden Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,halaman 57)

(a) Walaupun jin itu berekor, I sanggup mendepani mereka. Siapakah yang menuturkan kata-kata tersebut dan nyatakan maksud berekor serta jin dalam petikan di atas. [7] (b) Jelaskan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perpindahan watak utama ke Kota Wangi. [6] (c) Bincangkan citra masyarakat Kota Wangi sepertimana yang digambarkan dalam cerpen. [12]

a. Penutur yang menuturkan kata-kata tersebut ialah watak utama iaitu dia. Maksud berekor dalam petikan di atas ialah F1: Golongan yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi [1m] F2: Golongan yang memiliki sijil/diploma/ijazah/Master/PhD. [1m] F3: Golongan yang memiliki statusnya yang tersendiri. [1m] Maksud Jin Terdapat golongan ekor yang meneruskan pelajaran dan sentiasa mencari peluang untuk terus mendapatkan pendidikan pada tahap yang tertinggi. Semakin tinggi tahap pendidikan mereka semakin panjang ekor yang dimiliki oleh mereka sehingga berubah menjadi jin. [4m]

SKEMA 922/2 9 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK b. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perpindahan watak utama ke Kota Wangi ialah; F1 : Peristiwa melihat hanya orang-orang gaji penghuni Kota Wangi sahaja yang ke pasar [1m] H/C : Dia hanya melihat orang-orang gaji penghuni Kota Wangi sahaja yang ke pasar membeli barangan dapur sedangkan tuan mereka memikirkan yang mereka tidak layak untuk ke pasar-pasar disebabkan taraf pendidikan mereka. [1m] F2 : Peristiwa semasa majlis bacaan yasin[1m] H/C : Peristiwa semasa dia dan isterinya menghadiri majlis bacaan yasin. Dia merasa tertipu apabila selepas bacaan yasin diadakan pula parti make-up menyebabkan mahu tidak mahu terpaksa juga membelinya. [1m] F3 : Peristiwa semasa membakar sarang tebuan[1m] H/C : Watak utama dan isteri merasakan bahawa konsep kejiranan semakin terpinggir di Kota Wangi apabila ustaz yang sering membaca khutbah Jumaat serta serta member nasihat berkaitan kejiranan tidak menjenguk muka ketika watak utama dan seorang jiran India membakar sarang tebuan di hadapan rumah ustaz tersebut. [1m] F4 : Peristiwa penghuni Kota Wangi yang terancam dengan gejala kecurian[1m] H/C : Kebanyakan penghuni Kota Wangi terpaksa memasang jeriji di rumah kerana khuatir dan takut rumah mereka dimasuki pencuri. Hal ini menyebabkan mereka merasa seperti berada dalam kurungan. [1m] Pilih mana-mana 3 isi 1 isi -2m 3 isi x 2m = 6m c. Citra masyarakat Kota Wangi sepertimana yang digambarkan dalam cerpen F1 : Masyarakat yang mempunyai tingkat pendidikan yang tinggi [1m] H/C : Penghuni Kota Wangi dibezakan melalui tahap pendidikan yang diterima oleh mereka. Mereka digambarkan sebagai ekor. Semakin panjang ekor yang dimiliki oleh mereka semakin tinggi tahap pendidikan dan penghormatan yang diterima oleh mereka. [2m] F2 : Masyarakat yang pandai mengambil kesempatan [1m] H/C : Isteri watak dia telah menghadiri kenduri bacaan Yasin sehingga terpaksa meninggalkan anak kepada kakaknya semata-mata untuk meraikan jiran. Namun si isteri merasa tertipu apabila setelah selesai bacaan Yasin, jirannya telah mengadakan parti make-up menyebabkan pesan terpaksa dibuat walaupun sedikit. [2m] F3 : Masyarakat yang memiliki sikap sombong/ego [1m] H/C : Penghuni Kota Wangi mementingkan statusnya. Oleh sebab itu mereka menyerahkan tugas membeli barang di gerai dan pasar. Mereka juga dilihat tidak makan di gerai kerana tindakan tersebut tidak menggambarkan identiti intelektual mereka. [2m]

SKEMA 922/2 10 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK

F4 : Masyarakat yang mudah terpengaruh dengan budaya Barat [1m] H/C : Penghuni Kota Wangi menurut gambaran dia mudah terpengaruh dengan sistem pendidikan acuan Barat menyebabkan penghuninya terpengaruh dengan kehidupan ala Boy George, Dallas dan Dynasty. [2m] F5 : Masyarakat yang tidak mengamalkan semangat kejiranan [1m] H/C : Kebanyakan penghuni Kota Wangi tidak mengamalkan semangat kejiranan dalam kalangan mereka. Masing-masing menumpukan hal sendiri. Hal ini menimbulkan rungutan dan perasaan sepi kepada watak isteri kepada dia. [2m] F6 : Masyarakat yang mempunyai sikap munafik [1m] H/C : Sikap munafik digambarkan melalui watak seorang ustaz yang tinggal berdepan dengan rumah watak dia yang sering membaca khutbah Jumaat dengan member nasihat berkaitan takwa dan semangat berjiran namun ustaz berkenaan tidak menjenguk muka ketika watak dia dan seorang jiran India membakar sarang tebuan di depan rumah ustaz tersebut. [2m] F7 : Masyarakat yang terdiri daripada golongan teknokrat/usahawan yang tamak [1m] H/C : Penghuni Kota Wangi terdiri daripada golongan usahawan yang tamak dan rakus mencari kekayaan dan kesenangan sehingga sanggup membuat pinjaman bank berjuta-juta ringgit semata-mata untuk mengaut keuntungan sendiri. [2m] F8 : Mayarakat yang sentiasa terancam dengan kes kecurian [1m] H/C : Kebanyakan penghuni Kota Wangi memasang jeriji kerana langkah berjaga-jaga bagi menggelakkan rumah mereka dimasuki pencuri. Keadaan rumah yang berjeriji ini membuatkan mereka seperti berada dalam kurungan. [2m] F9 : Masyarakat yang taksub [1m] H/C : Terdapat juga penghuni Kota Wangi yang begitu taksub dengan agama sehinggakan mereka menolak kepada pemodenan. [2m] Pilih 4 isi sahaja Fakta-1 markah Huraian/Contoh 2 markah 4 isi x 3 markah = 12 markah

SKEMA 922/2 11 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK Bahagian C: Drama 5 Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

SUARA GHAIB: Songkok pesok dek lonjak, buat jahat tetap dibalas jahat, buat baik dibalas baik. Kau tetap bersalah, Dahlan. Bukan sahaja bersalah kepada kerajaan dan masyarakat, kau juga bersalah kepada agama. Agama kau peringan-ringankan. Agama sebenar buat kehidupan di akhirat. Harta buat kehidupan di dunia. Kalau kau ingin beroleh syurga dunia sebelum beroleh syurga akhirat, hendaklah berbudi pekerti dan berakhlak yang baik. Kerana ini satu daripada kawan bahagia. Orang yang semiskin-miskinnya di maya pada yang indah ini, ialah orang yang kekurangan budi pekerti. Insaflah, Dahlan supaya kau hidup bahagia. Ingatlah, bahagia dan kesedaran akan kekal jika disertai dengan perasaan keagamaan. Kebahagian yang sejati taat kepada perintah Tuhan Allah Yang Maha Kuasa. Berbudilah kau dengan masyarakat. Hiduplah kau dengan persaudaraan. Ingatlah penyakit jiwa yang sangat berbahaya ialah sombong. Dosa kau masih boleh diampun, asalkan kau insaf. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2003, Mutiara Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 219-220) (a) Di manakah dialog di atas diucapkan? [2]

(b) Jelaskan empat konflik yang dihadapi Dahlan. (c) Huraikan lima mesej yang ingin dikemukakan oleh pengarang dalam petikan di atas.

[8] [15]

(a) Dialog di atas diucapkan di dalam penjara (b) Empat konflik dalaman yang dihadapi Dahalan.

[2] [8]

F1 Dahlan menghadapi konflik rumah tangga. HCDahlan terlalu bersosialdan berfoya-foya sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rumah tangga.. Dia terlalu ego dan tidak mahu mendengar nasihat Rahimah. Ini menjadi punca kemusnahan tumahtangganya F2 Dahlan berkonflik dengan Pak Hamid HCDahlan juga berkonflik dengan Pak Hamid. Dia bersikap angkuh dan tidak mengenang budi terhadap pak hamid yang banyak berjasa kepadanya. Dia langsung tidak mahu mendengar nasihat Pak Hamid, malah telah menghalau Pak Hamid keluar daripada rumahnya. F3 Dahlan berkonflik dengan kerajaan. HCDahlan telah tidak amanah ketika memikul tanggungjawabnya. Dia memeras ugut orang bawahannya untuk mendapatkan wang dan telah menerima rasuah RM10,000.00 daripada Tauke Leong. F4 Dahlan berkonflik dengan Allah

SKEMA 922/2 12 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK HCDahlan terlalu taksub dengan cara hidup Barat. Dahlan juga mengabaikan ajaran agama Islam. Dia hanya mengejar kebahagian dunia tanpa memikirkan kebahagiaan akhirat, sedangkan kebahagian sejati ialah dengan taat kepada perintah Allah. F5 Dahlan berkonflik dengan masyarakat. HCDahlan juga berkonflik dengan masyarakat. Dia pernah menghalau Zakiah dan Lebai Alang yang datang untuk memungut derma kebajikan agama untuk membesarkan masjid Kampung Sentosa. Dahlan pernah menuduh Pak Hamid sebagai orang gila masyarakat.Selain itu dia juga turut menghalau peminta sedekah yang datang dari Parit Tengah keluar dari rumahnya dan mengugut agar jangan datang lagi. Pilih 4 isi sahaja 1 isi = 2m [1F +1HC] 4 isi X 2m = 8m

(c) Lima mesej yang ingin dikemukakan oleh pengarang dalam petikan di atas.

[15]

F1 Tidak mengabaikan ajaran agama HCPengarang cuba menyelitkan mesej agar tidak mengabaikan ajaran agama dalam menjalani kehidupan. Kehidupan yang bahagia adalah kehidupan yang berteraskan ajaran agama. Kebahagian sejati ialah taat kepada perintah Allah yang Maha Kuasa. Jangan sesekali meringan-ringankan ajaran agama yang akan menjadi panduan hidup menuju kepada kebahagian akhirat. F2 Berakhlak dan berbudi pekerti HCMenghormati ibu bapa dan orang tua adalah suatu kewajiban setiap orang. Kita dilarang menyakiti mereka sebaliknya memberikan kasih sayang seperti mana mereka memberikan kasih sayang kepada kita. Perbuatan Dahlan yang biadap dan menghalau Pak Hamid yang membelanya sejak kecil adalah sesuatu yang tidak berakhlak dan tidak berbudi dan perlu dielak oleh setiap insan ber nama anak. F3 Hidup dalam persaudaraan HCSebagai masyarakat Melayu yang beragama Islam kita perlu mengekalkan kehidupan dalam persaudaran. Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli masyarakat saling bantu membantu terutama ketika itu majoriti rakyat masih ketinggalan dalam pelbagai bidang akibat penjajahan. Mesej ini disampaikan melaui usaha Pak Hamid, Rahman, Lebai Alang dan Zakiah. F4 Tidak sombong HCPengarang juga meyelitkan mesej agar kita tidak sombong. Sikap Dahlan yang terlalu sombong dengan satus dan kelayakan akademiknya sehingga menjadi manusia yang terlalu bongkak. Dia bukan sahaja sombong kepada isteri dan orang gajinya malah kepada Pak Hamid; orang yang membelanya sejak kecil. Apatah lagi kepada peminta sedekah yang datang ke rumahnya meminta sedekah. Sikap ini perlu dijauhi. F5 Mengakui kesilapan dan kembali ke pangkal jalan. HCMesej seterusnya yang ingin disampaikan pengarang kepada kita ialah mengakui kesilapan. Setiap manusia tidak telepas dari melakukan kesilapan tetapi apabila kita sedari, kita harus kembali ke pangkal jalan. Allah maha pengampun. Pilih 5 isi sahaja 1 isi = 3m [1F +2HC] 5 isi X 3m = 15m

SKEMA 922/2 13 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK

6(a) Nyatakan unsur seni budaya yang terdapat dalam drama Malam Ini Penyu Menangis karya Nordin Hasan. [6] (b) Jelaskan peranan puisi dalam drama ini. (c) Huraikan lima unsur perlambangan dalam drama ini. [9] [10]

(a) Unsur seni budaya yang terdapat dalam drama Malam Ini Penyu Menangis.[6] F1 F2 F3 F4 F5 F6 Unsur Nyanyian Unsur Muzik Gamelan Unsur Tarian Unsur Tarian rodat Unsur Pantun Unsur Sajak

Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 2m 3 isi X 2m = 6m (b) Jelaskan peranan puisi dalam drama ini. F1 CF2 C[9]

Unsur nyanyian Halimi bermain gitar dan Uji Rashid dan penyanyi lain menyanyi lagu pengenalan tentang JM Azizi serta pengenalan drama ini dalam adegan satu. Muzik Gamelan Gamelan digunakan memainkan lagu rakyat Terengganu dalam adegan satu iaitu pembukaan drama dan dalam adegan dua UnsurTarian Tarian banyak digunakan dalam drama ini untuk memulakan sesuatu adegan dan juga untuk memperkenalkan sesuatu peristiwa antaranya memperkenalkan watak JM Aziz sebagai polis hutandan sebelum sesuatu puisi dibacakan Tarian rodat Salah satu sumber ilham untuk JM Aziz menulis sajak dan turut ditarikan dalam adegan tiga ketika mengiringi Pantun Inang Rodat

F3 C-

F4 C-

SKEMA 922/2 14 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK F5 CUnsur Pantun Cik Wan berpantun dengan Samsinar tentang keintiman JM Aziz dengan Cik Lijah, pantun kasih sayang dan cinta sejati Cik Lijah kepda JM Aziz Sajak Sajak menjadi teras dalam drama ini kerana JM Aziz adalah ikon penulisan sajak yang memaparkan kesusahan hidupan nelayan di Terengganu . Contoh sajak Pantai dan Laut, sajak JM Aziz untuk isterinya, sajak JM Aziz untuk gadis yang menunggu kekasih ke laut , sajak JM Aziz tentang nelayan ,sajak tentang nelayan Allahyarham Jaafar dan Ibrahim mentang kemasukan pelarian Vetnam, sajak tentang tentang kebesaran Allah tempat berlindung, sajak tentang kepekaan kepada seni budaya dan sajak tentang kesabaran JM Aziz melawan penyakit.

F6 C-

Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 3m [1F +2C] 3 isi X 3m = 9m (c) Huraikan dua unsur perlambangan dalam drama ini. F1 HCF2 HCF3 HCF4 HCLembaga berselubung hitam Lambang penyakit kusta .Simbolik tentang gambaran JM Aziz yang diserang penyakit kusta sehingga menyebabkan kakinya membesar. Penyu Menangis Lambang penderitaan hidup keluarga nelayan di Terengganu yang terpaksa berdepan pelbagai kesusahan tanpa mendapat perhatian sewajarnya dari masyarakat. Watak Cik Lijah dan Minah Lambang cinta kasih sayang seorang isteri yang tidak berbelah bagi walaupun diuji dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan. Selendang Melambangkan sayap malaikat, dalam kisah Qisasul Anbia, tentang cerita Nabi Allah Ayub yang diuji oleh iblis. [10]

Pilih 2 isi sahaja 1 isi = 5m [2F +3HC] 2 isi X 5m = 10m

SKEMA 922/2 15 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK

Bahagian DSajak Sewaktu Melintasi Kundasang Lim Swee Tin (a) Terangkan maksud ungkapan yang berikut. i Aku telah dihimpit bising peradaban ii sepi namun sentosa (baris 9) (baris 14) [2] [2]

(b)
(c) (d)

Jelaskan dua perasaan yang dialami oleh penyajak sepanjang berada di Kundasang. [6]
Bandingkan dua latar suasana yang dilalui oleh penyajak. Huraikan tiga unsur keindahan dalam sajak di atas. [6] [9]

(a) Maksud ungkapan yang berikut. i Aku telah dihimpit bising peradaban (baris 9) [2]

Penyajak berasakan dirinya tersepit dengan kemajuan sosial dan kebudayaan bangsa yang semakin hilang nilainya. ii sepi namun sentosa (baris 14) [2]

Biarpun terasa sunyi dan hening di Kundasang, namun penyajak rasa tenteram/tenang/ Aman/damai/selesa. (b) Dua perasaan yang dialami oleh penyajak sepanjang berada di Kundasang. [6] Fakta 1 : Rasa rindu Huraian :Penyair meluahkan rasa rindunya apabila berhadapan dengan Kundasang yang masih terpelihara seperti bukit-bukit, hutan, deretan lalang dan kebunan kubis. Contoh :Rangkap 1 Sewaktu melintasi Kundasang matahari melimpahkan sinar mutiaranya ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang dan kebunan kubis menyentak celaru kehidupan yang kupapah sekali gus meresapkan rindu damai dengan warnanya tak terusik.

SKEMA 922/2 16 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK Fakta 2 : Rasa takjub/kagum/terpegun Huraian : Penyair melahirkan rasa kagum dengan keindahan alam yang luas terbentang. Penyair merasa bahagia dapat menikmati suasana sepi di situ. Contoh : Rangkap 2 Aku telah dihimpit bising peradaban kasih dan cinta manusia yang luput ketika kau tetap abadi menatap alam menyaksi kejadian serba takjub sepi namun sentosa bahagia sekalipun purba. 10

Fakta 3 : Rasa damai Huraian : Penyair dapat merasakan kedamaian di Kundasang dengan suasana alam kehijauan yang masih terpelihara. Contoh : Rangkap 1 damai dengan warnanya tak terusik. Pilih 2 isi 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh) 2 isi = 2 isi x 3 markah 6 markah (Rangkap sajak mesti diturunkan) c) Fakta 1 Huraian Contoh Dua latar suasana yang dilalui oleh penyajak. [6]

Aman/damai/tenteram/tenang Suasana masih kekal dengan kehijauan alam yang memberi kedamaian dan ketenangan kepada kepada penyajak. Suasana yag sangat berbeza ini menyebabkan penyajak melupakan seketika kehidupannya yang bercelaru di kota. Rangkap 1

Sewaktu melintasi Kundasang matahari melimpahkan sinar mutiaranya ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang dan kebunan kubis menyentak celaru kehidupan yang kupapah sekali gus meresapkan rindu damai dengan warnanya tak terusik. Fakta 2 Suasana sibuk/ membingitkan Huraiankehidupan di kota yang sibuk dan semakin hilang nilai menyesakkan kehidupan penyajak sehingga membuatkan manusia semakin hilang rasa kasih dan sayang. Berbeza dengan suasana yang dialami di Kundasang, walaupun sepi dan tiada pembangunan, penyajak tetap bahagia Contoh Rangkap 2 Aku telah dihimpit bising peradaban kasih dan cinta manusia yang luput

SKEMA 922/2 17 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK ketika kau tetap abadi menatap alam menyaksi kejadian serba takjub sepi namun sentosa bahagia sekalipun purba. Pilih 2 isi 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh) 2 isi = 2 isi x 3 markah 6 markah (Rangkap sajak mesti diturunkan) (d) Tiga unsur gaya bahasa dalam sajak di atas [9]

Fakta 1 : Personifikasi Contoh : aku telah dihimpit bising peradaban/ angin dingin mengusap pohon-pohon Kesan : Menghidupkan imaginasi & memperjelaskan tanggapan Fakta 2 : Asonansi Contoh : matahari melimpahkan sinar mutiaranya Kesan : Menimbulkan kemerduan / kelembutan bunyi Fakta 3 : Aliterasi Contoh : sewaktu melintasi kundasang Kesan : Menimbulkan kemerduan bunyi Fakta 4 : Inversi Contoh : untuk melentur keras watakku (sepatutnya disebut untuk melentur watakku keras Kesan : Memberi penegasan maksud yang lebih jelas Fakta 5 : hiperbola Contoh : matahari melimpahkan sinar mutiaranya Kesan : memberi gambaran maksud yang berlebihan Fakta 6 : Persamaan rima akhir Contoh : Kabus menipis di puncak Kinabalu jalan di bawah berliku Kesan : Memberi kemerduan bunyi apabila dideklamasikan Fakta 7 : Paradoks Kesan : Memberi jangkauan imaginasi yang lebih luas Contoh : bahagia sekalipun purba Sepi namun sentosa Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah contoh, 1 markah kesan) 3 isi = 3 isi x 3 markah 9 markah

SKEMA 922/2 18 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK

Soalan 8 Sajak Ke Ruang Katarsis karya Zaen Kasturi (a) (b) (c) Jelaskan nada yang diketengahkan melalui sajak ini. Huraikan tiga persoalan sajak di atas. [4] [9]

Dengan memberikan contoh, huraikan empat unsur gaya bahasa perulangan yang memperlihatkan nilai estetik sajak di atas. [12]

(a)

Nada yang diketengahkan melalui sajak ini.

[4]

Fakta 1 Nada patriotik HuraianMemaparkan kata-kata/intonasi yang penuh bersemangat terhadap kecintaan kepada negara ./tekanan suara yang tinggi Contoh Rangkap 9 atau 10 mana-mana yang sesuai Mari kita lagukan canggung katarsis arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang. atau Ayunkan roh anak ke pintu hakiki Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi dan selimut iman dari Tuhan. Atau Fakta 2 Nada Sinis HuraianMemaparkan kata-kata/intonasi yang penuh sindiran terhadap kealpaan bangsa yang melupakan sejarah perjuangan./tekanan suara tinggi dan rendah. Contoh Rangkap 1/3/ 5/ mana-mana yang sesuai Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik malinja dan mahsuri di bendang galauan hingga gugup mengatur genta pertama Esok kita bakal mengggali tanah dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri ke manakah bangkai dosa akan dikirim

SKEMA 922/2 19 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK ke kali tujuh penjuru gunung atau ke laut tujuh penjuru tanjung sedang kita pernah menari ala canggung maharisi di kaki bicara nihilisme.Sempurnakah kekesalan kita dengan melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa? Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin tenggara memintal duka bersama pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat dikebumikan pada saat pertama raung hujan selatan menganyam gugup yang bergantungan di dada. Pilih 1 isi sahaja 1 isi = 4 markah ( 2 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh) 4 markah

(b)

Tiga persoalan sajak di atas. Kesedaran terhadap perjuangan bangsa Rangkap 5

[9]

Fakta 1 Huraian/Contoh

Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan yang ligat memetik kecapi keluhuran kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa Fakta 2 Huraian/Contoh Penindasan penjajah Rangkap 3

Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik malinja dan mahsuri di bendang galauan hingga gugup mengatur genta pertama Fakta 3 Huraian/Contoh cinta akan tanah air / pendidikan agama Rangkap 10

Ayunkan roh anak ke pintu hakiki Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi dan selimut iman dari Tuhan. Fakta 4 Huraian/Contoh Pengorbanan pejuang dalam mempertahankan tanah air Rangkap 1

Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah Fakta 5 Huraian/Contoh Keberanian mempertahankan tanah air Rangkap 7

SKEMA 922/2 20 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK Esok kita bakal mengggali tanah dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri ke manakah bangkai dosa akan dikirim ke kali tujuh penjuru gunung atau ke laut tujuh penjuru tanjung sedang kita pernah menari ala canggung maharisi di kaki bicara nihilisme.Sempurnakah kekesalan kita dengan melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa? Fakta 6 Huraian/Contoh Penderitaan bangsa akibat penajajahan Rangkap 6

album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka luka berpinar ke nyali jagat luka berpinar ke rohaniah umat luka menyentak haluan kiblat. Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 3 markah ( 2 markah fakta, 1 markah huraian/contoh) 3 isi = 3 isi x 3 markah 9 markah (c)Dengan memberikan contoh, huraikan empat unsur gaya bahasa perulangan yang memperlihatkan nilai estetik sajak di atas. [12] Fakta 1 : Perulangan kata di tengah baris Huraian : Kata yang sama diulang di tengah baris yang memberikan keindahan bunyi Contoh : resah menggeliat ke tanah resah menggeliat ke tanah Fakta 2 Huraian Contoh Fakta 3 Huraian Contoh Fakta 4 Huraian Contoh : Asonansi : Perulangan bunyi vokal dalam baris yang menimbulkan kelembutan bunyi : guguplahir disuarakita : Aliterasi : Perulangan bunyi konsonan dalam baris yang memberikan kemerduan bunyi : hingga gugup mengatur genta pertama : Anafora : Perulangan kata di awal baris yang berturutan yang dapat memberi penegasan : luka berpinar ke nyali jagat luka berpinar ke rohaniah umat luka menyentak haluan kiblat.

Fakta 5 : Epifora Huraian : Perulangan kata di akhir baris yang berturutan menimbulkan kesan penegasan Contoh : gugup lahir di mata kita gugup lahir di suara kita Fakta 6 Huraian Contoh : Rima : Persamaan bunyi suku kata yang sama/sejajar menimbulkan kemerduan : arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.

Pilih 4 isi sahaja

SKEMA 922/2 21 PERCUBAAN STPM 2012 NEGERI PERAK 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh) 4 isi = 4 isi x 3 markah 12markah SKEMA TAMAT