Anda di halaman 1dari 2

Litar eletrik adalah sambungan unsur eletrik seperti resistor, induktor, kapasitor, talian penyampai, sumber voltan, sumber

arus dan suis. Litar eletrik adalah sejenis jaringan khas, yang memiliki gelung litar tertutup yang memberikan laluan kembali kepada arus. Jaringan eletrik yang terdiri hanya dari sumber (voltan atau arus), unsur keseluruhan linear (resistor, kapasitor, induktor), dan unsur pengagih linear (talian pengalir) boleh dianalisa secara algebra dan kaedah pengubah bagi menentukan arus terus, arus ulang alik, dan tindak balas sementara ("transient response").

http://ms.wikipedia.org/wiki/Litar_elektrik

1. Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

2. Terdapat 2 susunan litar elektrik. i) Litar bersiri ii) Litar selari

3. Litar bersiri i) komponen -komponen litar disambung secara hujung ke hujung atau sederet untuk membina satu lintasan lengkap. ii) Hanya terdapat satu lintasan arus di dalam litar ini. iii) Litar ini menjadi tidak lengkap jika satu daripada perintangnya rosak.

4. Litar selari i)komponen litar disambung sebelah-menyebelah. ii)Terdapat lebih daripada satu lintasan arus di dalam lirtar ini. iii)Apabila salah satu daripada perintang rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap.
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=SCI&b=JUL&m=2&t=2&r=m&i=NOTA