Anda di halaman 1dari 3

PENDEKATAN MELATIH KANAK KANAK DALAM SUKAN Setelah memahami serba sedikit maklumat tentang kanak-kanak serta perkara-perkara

a yang mempengaruhi penglibatan mereka dalam sukan, di bawah ini diperturunkan beberapa cadangan tentang pendekatan melatih kanak-kanak yang berkesan bagi memastikan mereka tidak keciciran atau menarik diri dari meneruskan penglibatan mereka. Panduan dan cadangan ini adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat untuk memahami kanak-kanak dan penyertaan mereka dalam sukan (Anshel, 1999)

1. Berikan Pujian. Jika anda mendapati kanak-kanak di bawah jagaan anda melakukan pergerakan atau teknik yang betul seperti mana yang ditunjukkan. Jika boleh, tepuk bahu atau berikan senyuman atau anggukan yang mengatakan bahawa anda menghargai usaha serta tindakannya. Cara memberi rangsangan yang paling berkesan ialah dengan memuji perlakuan yang betul dan jangan mengungkit (memberikan tumpuan yang keterlaluan) kesalahan yang dilakukan atau keputusan yang diperolehi. 2. Ikhlas Ketika Memberikan Pujian Sama ada kita sedar atau tidak, kanak-kanak sebenarnya peka kepada pujian yang diberikan kepada mereka. Elakkan dari memberikan pujian secara terpaksa kerana ini tidak akan menonjolkan keikhlasan kita. Sebaliknya, berikan pujian yang ikhlas kerana ini akan menyebabkan kanak-kanak berasa dihargai serta meningkatkan lagi semangat untuk terus beraksi. Jika anda menegur kesilapan, focus kepada kesilapan (perlakuan) dan bukannya individu (kanak-kanak). 3. Berikan Ganjaran Kepada Usaha dan Bukan Sekadar Kepada Keputusan (Menang)

Ini akan menyebabkan pemain berasa dihargai walaupun kalah kerana mereka faham bahawa usaha dan komitmen mereka mendapat perhatian jurulatih.

4. Pastikan Bahawa Ekspektasi Terhadap Kanak-Kanak Adalah Realistik

Matlamat yang ingin dicapai biarlah setimpal dengan usaha dan komitmen yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut. Bermain bersungguh-sungguh adalah lebih baik daripada menang, tetapi tahap permainan keseluruhannya merosot.

5. Tumpukan Kepada Aspek Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Sukan

Semasa latihan, kita perlu banyak memberikan tunjuk ajar serta pastikan pemain merasa peluang untuk bermain dan berlatih. Gunakan masa latihan sepenuhnya agar pemain berasa seronok. Ini akan membantu menyuburkan minat untuk terus melibatkan diri dalam sukan.

6. Ubahsuai aktiviti

Mengubahsuaikan aktiviti agar ia mudah diikuti oleh semua pelajar. Kita perlu pastikan agar semua pemain berpeluang menikmati aktiviti sukan serta tidak mudah jemu. Perubahan ini akan berterusan menarik minat kanak-kanak kerana perubahan ini akan membolehkan mereka berjaya serta menambahkan lagi motivasi dan keyakinan diri.

7. Mengubahsuai Peraturan Permainan Agar Kanan-Kanak Dapat Melakukan Serta Meminati Aktiviti Sukan Tersebut

Contohnya, menggunakan rakan sepasukan untuk membuat pitching dalam sofbol dan bukannya pembaling pihak lawan. Tindakan ini akan meningkatkan lagi minat dan usaha mereka untuk terus berjaya.

8. Mewujudkan Suasana Yang Tidak Terlalu Menekan Kepada Kanak-Kanak

Antara sebab utama penyertaan kanak-kanak dalm sukan untuk berseronok. Justeru itu, apa sahaja yang dirancang semasa latihan akan dapat dilakukan dengan berkesan kerana kanak-kanak injintidak perlu bimbang melakukan kesilapan kerana pengalaman melakukan sesuatu akan membantu peningkatan kemahiran. Sekiranya kanak-kanak dilatih dengan pendekatan yang keras, bukan sahaja minat mereka akan berkurangan, tetapi juga akan membantutkan kefahaman mereka tentang pergerakan tersebut kerana takut membuat silap.

Inilah di antara beberapa cadangan yang boleh diikuti untuk memastikan kanak-kanak di bawah jagaan kita berminat serta mahu berusaha untuk meningkatkan diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai