Anda di halaman 1dari 1

- DARI SEGI PELANCONGAN

Majlis Bandaraya Johor Bahru sudah mengambil beberapa pendekatan bagi membantu menaik taraf sektor pelancongan di bandar raya ini. Datuk Bandaraya mengatakan bahawa menerusi pelan jangka pendek,pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sudah menjalinkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bagi menjalankan beberapa projek merangkumi Pelancongan Warisan dalam Daerah Pusat Perniagaan di pusat Bandar serta Kebudayaan dan Makanan di Rumah Johor, Hutan Bandar. Beberapa tempat pelancongan yang dikenal pasti akan naik taraf termasuk dari segi kemudahan sokongan dan sumber manusia bagi menjayakan aktiviti pelancongan. Bagi tindakan awal membantu sektor pelancongan di bandar raya ini, bahagian pelancongan MBJB akan menyediakan risalah yang mempamerkan maklumat mengenai tempat restoran dan gerai menjual mekanan tempatan istimewa tempatan. Bagi pelan jangka panjang pula MBJB akan menyediakan Rancangan Kawasan Khas(RKK) Kawasan Pelancongan mengikut Seksyen 16B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merangkumi seluruh kawasan pentadbirannya yang bertujuan menyediakan satu Pelan Tindakan Pembangunan bagi pelaksanaan dan pengurusan kawasan pelancongan secara komprehensif dan terancaang meliputi aspek fizikal, ekonomi dan sosial serta alam sekitar, ke arah mewujudkan satu integrasi pelancongan yang mampu menjana pendapatan yang lebih baik. Kedua-dua program dan pelan ini dijangka siap pada Disember 2009. Menerusi pelan ini, tondakan jangka panjang dan penyelarasan sektor pelancongan dapat dilakukan dengan lebih efisyen dan terancang.

Anda mungkin juga menyukai