TOPIK 1 :
SINOPSIS
Bidang ini bertujuan membolehkan pelajar mengenal pasti sumber metodologi al-Quran serta membuat perbandingan antara metodologi pembelajaran zaman silam dan yang dilaksanakan di Malaysia serta mengaplikasikan kaedah P&P al-Quran di dalam bilik darjah. Melalui tajuk ini pelajar akan dilatih untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan kreatif serta berkesan dalam menyampaikan ilmu al-Quran. Tajuk ini juga akan memberi pendedahan tentang konsep, kemahiran asas, perancangan dan amali pengajaran mikro dan makro bagi pendidikan al-Quran.
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat ;
i.
mengenalpasti s.a.w;
ii.
membandingbeza metodologi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman Rasulullah s.a.w dan Sahabat dengan kaedah P&P al-Quran di Malaysia hingga kini;
iii.
mengaplikasi metodologi dan kaedah pengajaran pembelajaran al-Quran yang diamalkan di dalam sistem Persekolahan Malaysia;
iv.
membina, memilih dan menilai sumber pengajaran yang sesuai dengan pendidikan al-Quran; dan
v.
mengaplikasi kemahiran asas pengajaran mikro dan makro dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
TOPIK 1
TAJUK 1.1 : METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RASULULLAH, SAHABAT DAN TABIIN.
Kaedah Talaqqi Musyafahah Kaedah Tasmik Kaedah Tadarus Kaedah Tikrar / Mulazamah Kaedah Imlai
secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid. Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah 1. 2. 3. 4. Objektif 1. 2. 3. 4. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf. Membaca dengan betul dan fasih. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka) Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid.
Ciri-Ciri 1. Disampaikan secara individu dan kumpulan. 2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik 3. Perlu penglibatan murid yang aktif. 4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas. 5. Perlu ada teks. Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru). Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid mengikut) 8. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiranmembaca, mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah pengawasan guru. 9. Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya. 10.Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad imbasan. Guru menulis di papan tulis. 11.Pemulihan - dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di papan gulung, manila kad atau sebagainya. Pemulihan boleh dilakukan secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid turus. 12.Penilaian - guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa ayat. Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam ayat. 13.Aktiviti susulan murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu berikutnya.
Pelaksanaan 1. Guru mendengar dan meneliti bacaan murid. 2. Murid dikehendaki membaca kumpulan dan individu bergilir-gilir. 3. Murid dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring.
Kekuatan 1. Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat 2. Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik 3. Guru dapat mempastikan murid tidak melakukan kesilapan. 4. Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat 5. Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.
Objektif: 1. 2. 3. 4. Meningkatkan kemahiran sesama murid Guru dapat memantau pencapaian murid. Murid mendapat keyakinan diri. Pencapaian murid dapat diselaraskan.
Prinsip 1 . Bacaan dilaksanakan dalam halaqah. 2. Pembacaan secara bergilir dan diperhati serta dibetulkan oleh ahli halaqah. 3. Apabila berlaku kesalahan, teguran terus dilakukan. 4. Bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari di kalangan ahli. Pelaksanaan : 1. Hendaklah ditentukan bahan/ ayat. 2. Hendaklah ditentukan ahli dalam kumpulan halaqat mengikut peringkat kemahiran. 3. Jumlah ahli kumpulan tidak melebihi dari 5 orang. 4. Hendaklah dilantik seorang murid turus sebagai pembimbing/naqib. 5. Guru hanya memantau aktiviti murid, dan hanya membantu apabila perlu.
Kekuatan 1. 2. 3. 4. Bimbingan terus guru dan ahli halaqah. Pengajaran dan Pembelajaran secara aktif Berani mencuba Membina keyakinan diri.
Objektif: 1. Murid dapatmenyebut huruf /kalimah dengan betul dan fasih. 2. Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal. 3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.
Pelaksanaan: 1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan. 2. Memastikan tahap kebolehan murid. 3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti. 4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas hati. 5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya. Kekuatan: 1. Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid. 2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan. 3. Dapat membina keyakinan diri murid.