Anda di halaman 1dari 22

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

TOPIK 3

PENGHASILAN DAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN

SINOPSIS:

Melalui tajuk ini pelatih akan dilatih untuk menyediakan bahan bantu mengajar. Latihan ini merupakan asas pertama persediaan rancangan mengajar. Kreativiti yang tinggi pada pelatih akan diasuh dengan penuh ketekunan demi melahirkan guru-guru yang kreatif dan berinovasi serta dapat menyesuaikan dengan perkembangan ICT khususnya yang berkaitan dengan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini peserta dapat:

1. membina pelbagai sumber pengajaran Pendidikan Al-Quran, 2. memilih dan menilai sumber pengajaran yang sesuai dengan komponen-komponen Pendidikan Al-Quran, 3. mengaplikasikan berkesan, 4. meningkatkan daya kreativiti dalam pengajaran pembelajaran berbantukan sumber yang kreatif, inovatif dan bersesuaian dengan Pendidikan Al-Quran. sumber dalam pengajaran pembelajaran Al-Quran secara

Sebelum membaca nota berikut, sila buat catatan isi-isi penting Dalam bentuk grafik untuk mudah mengingat..

25

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

TAJUK: PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN SUMBER

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN


3.1 3.2 3.3 3.4 PEMBINAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMILIHAN DAN PENILAIAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMBINAAN DAN PENGURUSAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH BESTARI

3.1.

PEMBINAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran adalah sebagai media pengajaran atau `instructional media yang membantu guru dan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.Proses penyedian dan penghasilansumber yang sesuai mestilah selaras dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaran serta hala tuju pendidikan negara secara keseluruhan.Proses tersebut secara ringkas diperlihatkan seperti gambar rajah berikut:

memilih

menilai Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran

mengolah

mengguna

membina

26

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Perinsip Pemilihan Sumber i. Bahan berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Pemilihan bahan-bahan pengajaran hendaklah bersesuaian dengan objektif pembelajaran. Objektif perlu ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan pengajaran dan

pembelajaran, kemudian barulah bahan-bahan tersebut diolah supaya sesuai dengannya. ii. Bahan mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan falsafah pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berimu pengetahuan , berakhlak mulia dan bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmoniaan dan kemakmuran masyrakat dan negara. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek dan nilai-nilai murni yang dipercayai dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara matang. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu. iii. Bahan sesuai dengan keperluan belajar pelajar.

Keperluan belajar para pelajar bermaksud sesuatu ilmu itu disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambahkan pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit ini walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi perkara-perkara baru dan saling berkaitan antara satu dengan lain. Pelajarpelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang

dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaranpelajaran yang lalu.

Proses pembelajaran bukanlah sesuatu yang mudah, pelajar memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini merupakan sebahagian besar tugas guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang

27

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang harus diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan sebagai individu dan sebagai ahli kumpulan. Dalam sesuatu waktu pembelajaran, pelajar-pelajar boleh bertindak sebagai individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukan kepada mereka. iv. Bahan berkaitan dengan isi pelajaran dan proses pembelajaran.

Kedua-dua aspek tersebut haruslah diberi penekanan yang sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek isi pelajaran tetapi harus juga mengambil kira perkembangan pelajar. Namun bergitu patutlah diketahui, tiada satu pun cara belajar yang terbaik. Biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan. Pendekatan baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat kepada individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran walaupun menarik, tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan pembelajaran. Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokan tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi mereka. v. Bahan sebagai penggerak dan pemudahcara pembelajaran pelajar.

Pelajar-pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajari sesuatu akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak mereka minati. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar tentang apa yang hendak mereka pelajari untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum mereka ketahui dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara yang belum diketahui itu dengan perkara-perkara yang mereka minati. Oleh sebab itu, guru hendaklah menggunakan bahan-bahan sumber yang boleh membantu menggerakkan minat dan pengetahuan sedia ada pelajar untuk beralih kepada perkara-perkara yang lebih mendalam.

28

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Pengelasan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sumber pengajaran dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua kelas yang besar, iaitu bahan cetak dan bukan cetak. Dalam modul ini perbincangan akan mengkhususkan pengelasan kepada sumber pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Al-Quran:

i.

Bahan Cetak

Bahan cetak merupakan bahan dua dimensi yang dicetak sama ada secara mekanikal atau secara elektronik seperti: Buku yang mengandungi pengetahuan asas untuk dibaca dan difahami termasuk mashaf-mashaf, kitab-kitab tafsir, buku teks, buku nota rujukan dan buku latihan. Penerbitan Berkala yang diterbitkan mengikut kala masa yang tertentu seperti harian, mingguan, bulanan atau tahunan termasuk akhbar, majalah, jurnal dan risalah yang berkaitan dengan bidang-bidang Pendidikan Al-Quran khususnya dalam bidang Tafsir. Bahan rujukan yang mengandungi maklumat penting dan disusun mengikut turutan tertentu supaya dapat dikesan dengan mudah seperti mukjam AlQuran, ensaiklopedia, buku panduan kaedah-kaedah Tilawah Al-Quran seperti ; Kaedah Iqra, Kaedah Qiraati, Kaedah Baghdadiah dan Kaedah Hattawiah. Bahan bantu pembelajaran yang digunakan oleh pelajar semasa

pembelajaran termasuk edaran ayat-ayat hafazan, nota ringkas lembaran kerja, kad imbasan, carta ayat dan sebagainya. ii. Bahan bukan cetak

Bahan bukan cetak merupakan bahan pengajaran pembelajaran lain dalam bentuk bukan cetak, ia dikelaskan kepada: Bahan visual bukan tayang yang mempamerkan maklumat secara dua dimensi termasuk bahan grafik dan fotografi Qari-Qari, mushaf-mushaf yang boleh dipamerkan sebagai poster atau carta. Bahan visual tayang dua dimensi yang menayangkan maklumat tidak bergerak termasuk transparensi dan slaid. Bahan audio yang menyampaikan maklumat secara bersuara termasuk radio dan pita rakaman seperti rakaman bacaan qari-qari.

29

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Bahan audio-visual yang mengabungkan suara dan imej semasa tayangan termasuk televisyen, pita video dan filem. Bahan berkomputer yang menyampaikan maklumat secara interaktif di antara komputer dan pengguna dengan menggunakan komputer seperti

penggunaan pelbagai software yang berkaitan dengan Pendidikan Al-Quran yang merangkumi CD Holy Quran, CD Qari-Qari. Bahan tiga dimensi yang terdiri daripada realia (bahan sebenar seperti objek maujud, spesimen, bahan hidup, bahan semujla jadi) dan model khususnya dalam bidang Tafsir (Ayat Kefahaman). SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHAN CETAK

BAHAN BUKAN CETAK

Buku Penerbitan berkala Bahan rujukan Bahan bantuan pembelajaran

Bahan Visual Bukan Tayang

Bahan Visual Tayang 2 D

Bahan Audio

Bahan AudioVisual

Bahan Komputer

Bahan 3 Dimensi

Pilih bahan tiga bukan cetak yang anda selalu gunakan dalam pengajaran Tilawah dan Hafazan dan nyatakan kelebihannya.

30

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Matlamat dan Peranan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pembelajaran sesuatu konsep bermula dari peringkat konkrit ke peringkat abstrak. Penggunaan bahan sumber yang sesuai akan menyebabkan peralihan ini berlaku dengan lancar. Matlamat utama penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah: i. ii. pelajar dapat menguasai konsep atau kemahiran tertentu yang diajar oleh guru. menggalakkan dan memperkukuhkan pembelajaran yang dilalui oleh pelajar.

Sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan digunakan dengan baik akan memainkan peranan berikut: Motivasi

Sumber pengajaran dan pembelajaran akan dapat mempersembahkan isi kandungan dengan tujuan untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran serta merangsang pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Contohnya memperdengarkan pita rakaman bacaan qai-qari yang masyhur dan dibandingkan dengan mutu bacaan pelajar. Penemuan

Sumber yang sesuai akan membolehkan pelajar mengkaji konsep dan masalah yang baru dengan lebih mencabar lagi. Ia juga dapat memberi perluang kepada pelajar untuk menjalankan kegiatan penemuan sendiri.Seperti melalui tayangan video mengenai isu-isu semasa untuk dikaitkan dengan sesuatu tema ayat kefahaman. Latih tubi

Sumber yang menitikberatkan pemahaman konsep asas akan membolehkan pelajar berlatih berulangkali sehingga menguasai kemahiran yang dipelajari. Contohnya penggunaan CD HOLY QURAN dalam pengajaran Tilawah Al-Quran. Pengayaan

Untuk pelajar yang dapat belajar dengan lebih cepat, sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan menyediakan kegiatan lanjutan untuk

mengukuhkan pembelajaran konsep berkenaan serta mempelbagaikan situasi pembelajaran dengan sumber yang berlainan.

Aplikasi

Sesetengah sumber akan menyebabkan pelajar mengaplikasikan konsep yang dipelajari pada situasi harian di luar sekolah serta menguji kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep berkenaan.

31

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Perubahan kadar perkembangan pelajaran

Guru boleh mengakhiri sesuatu tajuk dengan menggunakan sumber teka teki atau menggunakan sumber permainan rekreasi sebelum cuti semester sebagai tanda perubahan kadar perkembangan pelajaran.

Pilih empat bahan cetak berkaitan Pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan jelaskan bagaimanakah bahan-bahan tersebut boleh memotivasikan pelajar untuk mempelajari Al-Quran dengan lebih mendalam.

1.3.2 PEMILIHAN DAN PENILAIAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Persediaan.

Sebelum menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran , tiga jenis persediaan yang rapi diperlukan: a. Persediaan Guru. Guru perlu membuat persediaan yang mencukupi seperti menonton video yang hendak ditayangkan , mencuba eksperimen yang hendak dijalankan, menyusun transperansitransparensi atau meninjau kawasan yang hendak dikaji atau dilawati. Kaji dengan teliti buku panduan yang disertakan bersama sumber pengajaran , catat nota-nota penting semasa menonton video bacaan sesaorang Qari. Gubal suatu rancangan pelajaran yang memerihalkan bagaimana anda

memperkenalkan tajuk pengajaran serta menggunakan sumber itu, apakah kegiatan yang anda dan pelajar akan lakukan, apakah soalan yang akan anda tanyakan semasa dan selepas penggunaan sumber serta bagaimana anda akan mengaitkan sumber itu dengan pengalaman pelajar yang sedia ada supaya pelajaran ini bermakna dan berguna.

b. Persediaan Persekitaran. Susunkan alat dan bahan yang diperlukan untuk menggunakan sumber. Pastikan alat yang anda hendak gunakan itu berada dalam keadaan yang berfungsi dan bilik atau makmal yang yang diperlukan tidak digunakan oleh guru lain. Untuk lawatan pula pastikan pengangkutan disediakan dan langkah keselamatan diberi keutamaan.

32

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

c. Persediaan Kelas. Perkenalkan bahan sumber, jelaskan mengapa sumber itu digunakan, nyatakan dengan ringkas isi kandungan yang akan dipelajari dan tekankan apakah yang penting untuk dipelajari daripada bahan sumber itu. Untuk bahan sumber yang digunakan dalam aktiviti kreatif atau eksperimen, berikan arahan dengan jelas supaya pelajar tahun urutan aktiviti. Beritahu pelajar apa yang mereka perlu buat diakhir pelajaran seperti ujian, perbincangan isi atau memberi ulasan. 2. Penyampaian. Gunakan bahan sumber yang disediakan dengan cara yang betul. Untuk bahan audiovisual, pastikan imej tayangan difokus dengan tajam dan suara dapat didengar dengan jelas. Untuk aktiviti kreatif, guru perlu menyelia supaya bahan sumber digunakan dengan betul dan selamat. Semasa penyampaian, pelajar perlu mencatatkan isi-isi yang penting atau peristiwa dan perubahan yang dapat diperhatikan. Apa yang penting semasa penyampaian ialah supaya pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian ke atas aktiviti yang dijalankan dan guru sentiasa sedia untuk membantu pelajar. 3. Kegiatan Susulan. Selepas penyampaian, guru akan mengadakan perbincangan. Minta pelajar memberi jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan dengan sumber pengajaran yang telah dilihat. Tinjau semula pengalaman yang dilalui pelajar dengan bahan sumber tersebut. Menilai hasil kerja pelajar dan memberi maklum balas terhadap kebolehan dan prestasi pelajar. Guru juga perlu membuat penilain terhadap bahan sumber yang digunakan. Catat komen dan ulasan pada fail atau buku panduan supaya guru lain yang menggunakan bahan sumber tersebut dapat mengambil perhatian.

___________________________________________________________________ Jawab soalan berikut; 1. Nyatakan beberapa persediaan yang dilakukan oleh sesaorang guru untuk sesi pengajaran pembelajaran ayat Tilawah.

33

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

FUNGSI BAHAN SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN.

Sumber Bahan Cetak

Fungsi Utama Menyampaikan maklumat dan pengetahuan Merangsang pemikiran kritis dan kreatif Meningkatkan motivasi, minat dan sikap positif Menyampaikan arahan Menyampaikan maklmat secara grafik Merumuskan perhubungan antara fakta Menunjukkan struktur dan organisasi Membolehkan bacaan pada kadar kecepatan pelajar Merupakan bahan pameran yang baik Menggantikan bahan sebenar Membawa situasi luar ke dalam kelas Membenarkan cetakan yang diperbesarkan Meningkatkan motivasi dan minat Merupakan bahan pameran yang baik Membesarkan gambar melalui tayangan Membenarkan guru menerangkan bahan tayangan Meningkatkan motivasi dan minat Manyampaikan fakta secara sistematik Menyampaikan maklumat secara berperingkat

Poster/Carta

Gambar Foto

Slaid

Transparensi

Audio

Menyediakan pengalaman mendengar yang konkrit Menerapkan sikap dan nilai murni Membenarkan ulang dengar Audio-Visual Menunjukkan bahan visual yang bergerak Menunjukkan isi dengan terperinci Meningkatkan minat,motivasi dan sikap positif Bahan Komputer Membenarkan pembelajaran individu Menyediakan kegiatan pemulihan dan pengayaan Membenarkan penyampaian aneka media Merangsangkan pemikiran kritis dan kreatif Memudahkan pembelajaran interaktif Bahan 3 Dimensi Menunjukkan bahan sebenar atau perwakilannya Membolehkan mengenalpasti struktur dan bahagian Membenarkan pergerakan didemonstrasikan Menghasilkan kesan kepaduan dan realisme Bahan Permainan dan Merangsangkan pemikiran kritis dan kreatif Simulasi Meningkatkan motivasi, minat dan sikap positif Memupuk semangat persaingan dan kerjasama Mewujudkan situasi seperti situasi sebenar Hasilkan satu set power Point secara intraktif yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ayat kefahaman. Disarankan anda memasukkan juga elemen Grafik, Gambar dan Audio Video dalam persembahan anda.

34

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

PENILAIAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Keberkesanan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai dari aspek-aspek berikut: 1. Kurikulum. Bahan sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan objektif pelajaran. Ia perlu membantu usaha guru dalam menyampaikan isi pelajaran. selain itu, sumber yang digunakan harus sesuai dengan tahap pemahaman dan perkembangan kognitif pelajar. 2. Proses. Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber pengajaran dapat menggalakan proses pembelajaran. Pembelajaran dapat ditingkatkan lagi sekiranya sumber itu memerlukan gerak balas pelajar secara lisan atau secara tindakan. Terdapat sumber yang boleh digunakan secara berperingkat selaras dengan perkembangan konsep yang berturutan. Terdapat juga sumber yang sesuai digunakan dalam proses pembelajaran kendiri, seperti perisian komputer aneka media. 3. Sikap. Penggunaan sumber yang bersesuaian dapat menarik minat dan perhatian pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Sumber yang memberangsangkan juga akan meningkatkan motivasi pelajar. Selain itu, sumber tertentu dapat menerapkan nilai murni melalui interaksi pelajar dengan sumber itu.

4. Penggunaan. Sumber pengajaran pembelajaran harus mudah digunakan, di bawa dari satu tempat ke tempat yang lain dan mudah disimpan. Pengalaman menunjukkan bahawa guru jarang menggunakan bahan sumber yang sukar digunakan atau sukar dialih. Kadang kala, sesuatu sumber itu boleh digunakan bersama sumber yang lain. Misalnya, poster gambar boleh menjelaskan cerita di dalam radio. Gabungan dua sumber ini dapat mengukuhkan lagi pemahaman pelajar.

___________________________________________________________ Bincangkan dengan rakan anda mengenai faktor yang menyebabkan guru jarang menggunakan bahan sumber yang sukar digunakan atau sukar dialih.

35

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

5. Kualiti. Kualiti sumber yang digunakan harus memuaskan supaya mesej yang hendak disampaikan dapat diterima oleh pelajar dengan berkesan. Bahan cetak harus senang dibaca dan perbendaharaan kata yang digunakan sesuai dengan tahap penguasaan bahasapelajar. Bahan audio yang digunakan mesti jelas didengar manakala bahan visual perlu senang dilihat. Bahan tersebut juga perlu tahan lasak, tidak mudah rosak bila dipegang oleh pelajar.

6. Kos Kebanyakan sumber pengajaran pembelajaran hanya digunkan beberapa kali sahaja dalam setahun. Oleh itu, kos penghasilan haruslah rendah. Untuk tujuan itu, sumber yang boleh direka, lebih berkesan dari segi kos. Manakala kos penyelengaraan tidak harus membebankan pihak sekolah.

Penilaian keberkesanan sumber pengajaran dan pembelajaran, akan menyebabkan guru mengetahui kekuatan dan kelemahan sumber itu. Ini merupakan asas bagi guru untuk memperbaiki lagi reka bentuknya supaya penggunaan sumber yang seterusnya akan lebih berkesan.

Pastikan anda telah mempunyai sedikit maklumat Mengenai peralatan multimedia dan juga audio-visual

36

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

1.3.3 PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER.

1.

GRAFIK.

Kebiasaannya pelajar lebih memberikan tumpuan kepada informasi melalui deria penglihatan mereka, oleh itu adalah sangat berkesan sekiranya kaedah pembelajaran menggunakan elemen visual. Segala bentuk mesej yang diterima oleh pelajar melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan lebih mempunyai ketahanan daya ingat. Kadang kala pelajar lebih mempunyai keyakinan menerima sesuatu melalui apa yang mereka lihat daripada penerangan yang diberikan oleh guru. Di antara contoh bahan grafik ialah:

a. Poster Poster merupakan suatu gambaran yang boleh dijelaskan melalui perkataan dan gambar serta ilustrasi atau melalu gambar sahaja.Penerbitan sesuatu poster mestilah memenuhi prosedur perancangan supaya ia dapat membantu proses pengajaran guru. Prosedur tersebut ialah: kerja melakar, pengumpulan bahan penghurufan penerbitan huruf untuk tajuk dan label layout` bahan visual

b. Carta dan Carta Dinding

Digunakan untuk menghuraikan proses sesuatu idea atau menunjukkan pembahagian elemen-elemen secara terasing. Aliran proses dan elemen-elemen dapat ditunjukkan secara berorganisasi. Carta dinding adalah lebih besar dan banyak informasi, penghuraian lebih menyeluruh, lebih kompleks dan lebih terperinci. Pembinaan sebuah carta merangkumi tajuk utama, subtajuk dan huraian ringkas. Prinsip asas pembinaan carta adalah: penerbitan mestilah jelas dan cukup besar untuk memuatkan perincian yang kompleks. Rancangkan `layout dan teknik gambaran yang membolehkan mesej dijelaskan Rekabentuk tidak akan mengelirukan pemahaman pelajar

37

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Penghurufan di dalam carta seboleh-bolehnya menggunakan penghurufan unistensil, tiga dimensi atau penghurufan komputer dengan saiz minimum 5 cm,

Jenis-jenis carta ialah carta bar, carta jadual, carta organisasi, carta pai, carta urutan, carta aliran, carta dinding dan sebagainya. c. Lakaran dan Kartun Bahan lakaran mengandungi suatu `hint atau petunjuk mengenai hal sebenar. Lakaran ini adalah satu tanda garisan atau objek secara ringkas untuk menggambarkan sesuatu subjek atau insiden. Ini boleh dilakukan serta merta tetapi di dalam konteks penyediaan bahan lakaran yang berkesan ia mestilah diolah secara berperancangan, supaya kehadiran subjek tersebut dapat diinterpretasikan oleh pelajar dan menimbulkan suatu penekanan. Penggunaan kartun berfungsi sebagai bahan humor yang boleh menimbulkan daya tarik kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun nilai estetika bahan kartun tidak bererti kalau persembahannya tidak dapat dilihat oleh pelajar atau di dalam edaran yang terhad. Kaedah pembesaran ilustrasi kartun dan penghurufan yang teliti hendaklah dipatuhi. d. Peta Pelajar dewasa lebih biasa dengan pembelajaran menggunkan peta. Penggunaan bahan ini lebih sesuai seiring dengan kaedah penerangan guru, sementara pelajar berinteraksi dengan bahan. Prosedur menerbitkan peta yang kreatif meliputi: gelapkan kawasan yang difokus lengkungkan perkara yang hendak dijelaskan kepada pelajar penggunaan lorekan, bentuk dan warna kepada ilustrasi yang digambarkan di dalam peta. 2. FOTOGRAFI Kemahiran guru di dalam bidang fotografi ada hubungkait dengan kebolehan seseorang guru di dalam membentuk bahan pengajaran yang berkesan atau bersesuaian dengan kehendak pelajarnya. Pengambilan gambar tersebut boleh diarahkan berdasarkan penentuan tajuk dan penentuan objektif pengajaran. Seandainya guru menghadapi masalah membawa murid ke sesuatu lokasi, satu siri gambar foto boleh di bawa kedalam kelas untuk menjelaskan aktiviti tersebut (seperti upacara sembelihan korban).

38

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Di dalam aspek perancangan, beberapa elemen mestilah ditekankan seperti penentuan garis kasar isi, format penyampaian, penyediaan skrip dan perancangan `shot. Di dalam elemen penerbitan, setiap bahan fotografi mestilah diperbesarkan supaya bersesuaian dengan jarak penglihatan pelajar. Di antara cara persembahan fotografi ialah: visual bersama audio visual bersama pernyataan visual bersama penerangan

3. BAHAN CETAK Pengajaran guru di dalam bilik darjah secara umumnya mementingkan kaedah penerangan tentang sesuatu fakta. Penerangan tersebut selalu menimbulkan kesusahan untuk pelajar memahaminya disebabkan halangan seperti kecekapan verbal dan dialek guru. Bagi

menjelaskan mesej, guru perlu memberikan pelajar-pelajarnya bahan-bahan cetak untuk menyokong pengajarannya. Bahan cetak ini boleh digabungkan dengan media lain seperti bahan audio, audio-visual, transparensi dan fotografi. Secara lazimnya media cetakan diambil daripada buku, akhbar atau risalah. Sebelum sesuatu bahan cetak digunakan, guru perlu melakukan proses preview dan mengedit terlebih dahulu. Penggunaa bahan cetak seharusnya dapat

menimbulkan keseronokan, motivasi, maklumat dan pengajaran. 4. TRANSPARENSI Bahan ini sangat berguna untuk menyampaikan pengajaran `mass lecture. OHP memberikan lebih tumpuan kepada pengajaran guru berbanding penggunaan kapur atau pen penanda. Ia juga boleh merupakan suatu persembahan yang tidak perlu dijelaskan melalui komunikasi lisan kerana apa yang dijelaskan lebih eksplisit serta maklum balas pelajar lebih semerta. Tiga jenis transparensi yang biasa digunakan: asetat kosong daripada plastik biasa sama ada yang keras atau pun lembut, ia boleh dipersembahkan secara kepingan yang berbingkai ataupun bergulung. Jenis termal atau peka haba, imej dan latar belakangnya boleh diubah warna Transparensi daripada mesin fotokopi.

Teknik penyampaian transparensi terdiri daripada: transparensi selapis transparensi bertingkap transparensi berlapis transparensi gulung

39

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

___________________________________________________________________ 1. Bincangkan dengan rakan anda ciri-ciri bahan cetak yang seharusnya digunakan untuk pengajaran Tilawah Al-Quran. 2. Apakah media-media lain yang sesuai digunakan ketika pengajaran Tilawah dan Hafazan dan nyatakan alasannya. ___________________________________________________________________ 5. BAHAN TIGA DIMENSI Penggunaan bahan tiga dimensi sebagai sumber pengajaran pembelajaran mempunyai faedah yang lebih banyak berbanding dengan bahan dua dimensi. Bahan tiga dimensi kelihatan nyata dan benar. Tiga jenis bahan tiga dimensi ialah:

realia - merupakan bahan yang senang didapati dan selamat diolah. Ia boleh dibawa ke dalam kelas, atau sekiranya ia sukar dialih, pelajar boleh dibawa keluar kelas untuk mendekatinya. Antara jenis bahan realia ialah spesimen batuan, tumbuhan dan haiwan kecil, bahan awet basah dan kering. Bahanbahan ini sesuai untuk pengajaran ayat kefahaman.

Model - dalam keadaan di mana realia susah atau tidak diperolehi, model merupakan bahan gantian yang dapat mewakili bahan sebenar. Antara jenis model ialah model pepejal. Model keratan dan model pergerakan. Dalam AlQuran antaranya model Alat Pertuturan Huruf.

Diorama -

ialah sistem pameran yang menggabungkan latar depan tiga

dimensi dengan latar belakang dua dimensi. Model bangunan, orang dan objek digunakan sebagai latar depan, manakala lukisan berwarna menjadi latar belakang. Kombinasi latar depan dan latar belakang dapat

menghasilkan kesan realistik yang tinggi. Contoh diorama seperti majlis, peperangan dan babak sejarah. 6. BAHAN AUDIO Manusia menggunakan hampir separuh masanya di dalam aktiviti mendengar seperti melalui rakan, seminar,syarahan dan sesi pembelajaran. Medium ini jika dikelolakan dengan kreatif, jauh lebih menarik dan menyeronokan daripada pembelajaran melalui pembacaan bersendirian.

Prosedur penghasilan bahan audio meliputi: perancangan merangkumi penentuan objektif, kumpulan sasaran, garis

panduan isi kandungan dan bantuan alat lain.

40

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Persediaan untuk rakaman -

meliputi skrip, muzik dan kesan bunyi,

penyampai dan pelaku, peralatan rakaman. Rakaman - guru mestilah memahami panduan teori dan praktikal rakaman. Aktiviti susulan berkaitan. 7. BAHAN KOMPUTER penyediaan panduan pengguna dan lembaran kerja

Penggunaan komputer dalam pendidikan semakin meluas sekaran. Beberapa pendekatan dan konsep telah dikaji secara intensif oleh Kementerian Pendidikan dan Malaysian Institute of Microelectronic System (MIMOS). Terdapat banyak perisian untuk pengajaran dan pembelajaran boleh dibeli dalam pasaran. Namun begitu, tidak semua perisian sesuai sebagai bahan pengajaran. Sekiranya guru mempunyai kepakaran, perisian yang sesuai boleh dihasilkan sendiri. Jenis-jenis perisian yang boleh dihasilkan: tutorial latih tubi secara interaktif simulasi situasi sebenar `game berunsur pendidikan penyelesaian masalah secara proses

Ciri-ciri perisian yang baik; isi yang sesuai dengan objektif dan kognitif pelajar mudah digunakan grafik menarik suara dan muzik yang sesuai interaktif

Layari laman Web yang berkaitan Al-Quran dan rakamkan bacaan 3 bacaan Qari yang anda sukai dan jelaskan bagaimana bahan tersebut dapat digunakan dalam pengajaran & pembelajaran Tilawah Al-Quran 8. SIMULASI DAN PERMAINAN.

Simulasi ialah satu percubaan untuk memberi gambaran atau memberi kesan sebenar kepada sesuatu. Dalam erti kata lain ia bermaksud satu aktiviti, lakonan atau permainan yang mempunyai unsur-unsur penyerupaan , penyamaran dan pemodelan. Pelajar-pelajar akan berinteraksi dengan bahan simulasi dan dapat membuat keputusan secara aktif,

41

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

memain peranan, meniru perwatakan atau mengoperasi alat simulator. Rasional bahan ini digunakan apabila guru sukar membawa situasi realistik ke dalam bilik darjah disebabkan faktor-faktor masa dan kewangan. Mewujudkan situasi seakan-akan sebenar ini dapat memberi gambaran dan pengalaman konkrit kepada pelajar. Permainan adalah suatu aktiviti yang berkaitan dengan pertandingan di mana pesertapeserta membuat keputusan dan mengikuti segala arahan atau undang-undang yang menyerupai keadaan realiti. Permainan selalunya digunakan sebagai suatu hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Permainan kadang-kadang dianggap sebagai satu cabang pelajaran simulais, kerana ia juga memanipulasi alat, tetapi tidaklah semua permainan adalah simulasi kerana permainan mempunyai elemen pertandingan. 1.3.4 PEMBINAAN DAN PENGURUSAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH BESTARI Pengenalan Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah bestari. Seseorang guru bestari perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Melalui pengajaran pembelajaran bestari seseorang murid perlu dilibatkan secara langsung untuk berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum mengikut potensinya. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan pembelajaran ialah; i ii Mengenalpasti pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam sekolah bestari Mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang dikenal pasti. Berdasarkan kriteria, memilih sumber pembelajaran sesuai untuk digunakan dalam pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

42

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Jenis Sumber Pembelajaran 1. rakan sebaya 2. guru 3. Qari-Qari 4. pegawai sumber. 1. buku/kitab/mushaf 2. majalah 3. jurnal 4. ensiklopedia 5. surat khabar 6. kad katalog 7. kamus 8. buku teks

A. Sumber berasaskan manusia

B. Bahan bercetak

1. mikrofic 2. radio C. Bahan pandang dengar 3. televisyen 4. video D. Sumber berasaskan komputer 1. Disket 2. cakra padat 3. cakra laser 4. disket video 5. internet

Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat SUMBER A. Sumber berasaskan manusia B. Sumber bercetak KELEBIHAN - fleksibel - interaktif - secara lansung - mudah akses - murah - kekal - senang dirujuk - mudah alih - mudah akses - murah - menarik - pelbagai pancaindera - mudah akses - boleh berulang tayangan/siaran - boleh digunakan di manamana dan pada bila-bila masa - amat fleksibel - mudah dimaskinikan - multi-media - jaringan tidak terhad - canggih - user friendly KELEMAHAN - tidak terjamin kualiti - sukar mendapatkan pakar yang berkewibawaan. - tebal - berat - tidak boleh disunting - tidak terkini - tidak tahan lasak - susah menyunting - tidak terkini

C. Sumber pandang dengar (audiovisual)

D. Sumber berkomputer

- mahal - menimbulkan tekanan - perisian terhad, - bergantung kepada bekalan eletrik - perlu mahir mengoperasikan komputer

43

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Kriteria memilih bahan atau sumber - selaras dengan falsafah pendidikan negara - tidak bercanggah dengan nilai masyarakat - releven dengan kurikulum - selaras dengan prinsip pedagogi - memberi maklumat terkini - cost effective - mudah diperolehi - mudah digunakan - mudah alih - mudah senggara - pelbagai rangsangan - dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan - fleksibel Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran 1. Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pembelajaran/pengajaran mangambil masa yang lama. Bahan berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemakskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh yang demikian disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasaskan komputer. 2. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet. Bahanbahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh yang demikian penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang guru. 3. Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada kerosakkan hard disk, cakra padat, disket atau diserang virus. Strategi Mengoptimumkan Sumber Sekolah bestari akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video, perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu menguasai kamahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya mencapai kesan terbaik dalam pengajaran pembelajarannya.

44

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik darjahnya. Disamping itu juga guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai kesan terbaik. Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting bagi seseorang guru sekolah bestari. Ianya merangkumi beberapa strategi yang boleh diamalkan untuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber pembelajaran yang didapati dalam sebuah sekolah bestari. Strategi Pengoptimuman sumber 1. CantumanPelbagai Jenis Sumber Guru boleh menggunakan authorware untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam word prosessor atau electronic presentation untuk dihasilkan bahan pengajaran pembelajaran yang amat menarik dan berkesan. 2 Penggunaan SerentakBeberapa Jenis Sumber Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera murid. Aktiviti hand on serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimukan proses pembelajarannya. Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui classnet. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-masing melalui classnet dalam bilik darjah bestari itu.

45

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Penghasilan Dan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Al-Quran.

3. Perkongsian melalui internet Sumber pembelajaran khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus dikongsi antara guru sekolah bestari supaya manfaat maksimum dinikmati bersama. Disarankan bahawa semua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk berkongsi bahan pembelajaran melalui edunet. Melalui internet seseorang guru boleh mengembangkan potensinya kepada tahap maksimum dan seterusnya mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan. Tahniah! Anda sudah selesai menghabiskan unit 5. Adakah anda telah mengetahui dan memahami topik-topik yang dibincangkan?...Adakah anda telah membuat catatan nota ringkas? Sekarang cuba anda selesaikan tugasan di bawah selengkapnya.

Soalan berikut adalah untuk menguji sejauh mana kefahaman anda ! Sila bincang dengan rakan sepelatih anda..

Soalan perbincangan 1. Hasilkan satu poster bergambar dalam pelajaran ayat kefahaman dengan memuatkan tajuk dan subtajuk penghurufan komputer. 2. Hasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran bersumberkan bahan foto mengenai tokoh-tokoh Qari Mesir/tempatan yang mashur. 3. Hasilkan satu bahan transparensi bertingkap untuk alQuran. 4. Kumpulkan bahan realia yang sesuai untuk mengajar ayat kefahaman 5. Hasilkan bahan audio bersama kesan bunyi mengenai tajuk lagu bayati dan Soba dalam bacaan ayat Al-Quran. mengajar tilawah

46

Anda mungkin juga menyukai