Anda di halaman 1dari 3

JELASKAN NILAI-NILAI TRADISIONAL YANG MASIH LAGI DIAMALKAN DALAM MASYARAKAT KITA.

Semua masyarakat dan agama berusaha mendorongkan anggota-anggotanya untuk mematuhi dan melakukan kebaikan berasaskan nilai-nilai sosial. Oleh itu terdapat nilai-nilai yang dianggap universal, iaitu yang diterima dan dipupuk dalam semua masyarakat. Misalnya, nilai-nilai sosial dalam menjaga kebersihan, hormat menghormati, amanah, ikhlas dan sebagainya. Nilai-nilai itu menjadi teras tradisi budaya yang diterima oleh semua masyarakat di dunia ini. Cuma yang membezakan antara satu budaya dengan satu budaya yang lain ialah dari segi amalan dan ukuran nilai itu. Amalan/perlakuan anggota-anggota masyarakat bagi mengisi nilai-nilai sosial itu terdapat perbezaan antara satu dengan yang lain yang berasaskan kedudukan tradisi budaya yang diwarisi. Pada masa kini, remaja telah banyak terpengaruh oleh budaya Barat yang modern. Dengan adanya budaya Barat tersebut, mereka akan merasa lebih percaya diri dalam bergaul dan juga merasa hidupnya lebih baik. Akan tetapi, dengan banyaknya budaya Barat yang diserap oleh anak-anak remaja kini, mereka jadi lebih mudah melupakan nilai-nilai tradisional atau budaya Ketimuran yang pernah ada.Nilai- nilai tradisional adalah sebuah hal yang mencakup perilaku dan gelagat kita terhadap orang yang lebih tua maupun terhadap sesama seperti moralitas, .adat istidadat, realigi, dan lain-lain. Namun, budaya Barat telah banyak menodai remaja kita sehingga nilai tradisional tersebut dianggap kuno dan tak ada arti bagi remaja negeri kita. Karena budaya Barat menularkan budayanya yang bertentangan jauh dari adat istiadat serta moralitas yang kita punyai, banyak pengaruh buruk yang remaja negeri kita terima. Walaupun mengalami perubahan ketara bersama dengan peredaran masa, terdapat juga nilai-nilai tradisional yang masih dikekalkan sehingga sekarang. Masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum mempunyai nilai-nilai tradisional yang masih dikekalkan sehingga sekarang. Contohnya, bermaaf-maafan sempena hari raya. Sehingga sekarang budaya ini masih menjadi amalan. Walaupun berada jauh di perantauan anak-anak akan tetap pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bersama keluarga.

Masyaraka cina yang terkenal dengan banyak budaya dan pantang larangnya juga masih mengekalkan nilai-nilai tradisional mereka. Setiap tahun, pada bulan April mereka akan menziarahi kubur ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Menjalankan kerja-kerja pembersihan untuk mengingati jasa dan p0engorbanan mereka. Amalan bergotong-royong juga masih diamalkan. Setiap masyarakat juga masih mengamalkan nilai ini. Tidak kira dilakukan di kampung ataupun diadakan di kewasankawasan kejiranan, sekolah, kawasan kerja dan sebagainya. Amalan ini bukan sahaja mampu untuk memastikan kebersihan di kawasan sekitar, malahan juga mampu mengeratkan hubungan sesama insan. Bersopan santun semasa berbual dan bersama dengan orang yang lebih tua. Sikap menghormati orang yang lebih tua masih diamalkan. Tunduk ketika ingin lalu di hadapan orang tua, amalan member salam dan bersalaman masih menjadi amalan. Sebagai contoh di IPG Kampus Rajang yang mengamalkan budaya salam. Ketika menyambut perayaan hari-hari kebesaran seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Depavali dan juga Gawai Dayak. Perayaan seperti ini biasanya disambut dengan mengadakan rumah-rumah terbuka. Sikap saling memahami di kalangan masyarakat menjadi kunci utama perpaduan di Malaysia. Sikap bersyukur juga menjadi amalan dikalangan masyarakat Melayu dan Cina. Contohnya selepas menimang cahaya mata, orang Melayu biasanya mengadakan majlis kesyukuran ataupun majlis doa selamat. Begitu juga dengan masyarakat Cina. Mereka tetap mengadakan majlis kesyukuran. Malahan dalam masyarakat India mereka juga melakukan perkara yang sama. Kunjung-mengunjung dan ziarah menziarahi masih diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Terutamanya semasa musim perayaan. Menziarahi semasa jiran-jiran sakit, jiran masuk rumah baru dan sebagainya. Amalan mementingkan institusi kekeluargaan juga masih menjadi amalan rakyat Malaysia. Dalam struktur social tradisional orang India Hindu, unit keluarga mendapat tempat yang paling penting, kerana dianggap institusi yang suci. Menurut Rajoo(1980)

hubungan suami isteri, anak dab ibu serta adik beradik dianggap kudus. Kesucian keluarga serta hubungan keluarga disokong oleh pelbagai jenis upacara rumah tangga. Hormat terhadap orang lebih tua, kepatuhan terhadap autoriti dan kerjasama antara ahli keluarga, membentuk spectrum rangkaian social dalam kehidupan keluarga yang unggul. Secara ringkasnya nilai-nilai tradisional yang tetap diamalkan di Malaysia adalah satu nilai yang hampir serupa dari mana-mana suku kaum. Amalan-amalan ini masih kuat diamalkan terutama sekali di kalangan masyarakat kampung berbanding dengan masyarakat bandar.

Hasil perbincangan kumpulan 5 Ahli-ahli : 1. Mohamad Rizzal bin Wahab 2. Raidah bt Abdullah 3. Ling Ching