Anda di halaman 1dari 1

MODUL LATIHAN MENGAJAR MATRI

MODUL 1: ILMU PENDIDIKAN TOPIK 1: TALIM WA TARBIYYAH ( MENGAJAR DAN MENDIDIK )


Talim Wa Tarbiyyah merupakan suatu kewajipan kepada setiap individu Muslim. Ia dituntut oleh al Quran al Karim untuk melaksanakannya. Mengajar dan mendidik Fardhu Ain yang utama ialah Aqidah Tauhid Allah s.w.t. Menjadi Muaalim Wa Murabbi menjadi tanggungjawab setiap Muslim. Setiap individu mesti mempertingkatkan diri hingga menjadi seorang Muslim Muallim Wa Murabbi, yang merupakan pusat kepada ilmu pengetahuan. Tugas tersebut adalah tugas yang mulia kerana ia juga merupakan tugas para Rasul . Rasulullah s.a.w mengajar umatnya tentang al Kitab dan al Hikmah ( ilmu-ilmu syara dan waqi ). Muslim Mumin yang alim adalah berbeza dengan hanya yang alim. Ilmu tanpa didikan tidak berfungsi untuk menghasilkan natijah. Ilmu berserta didikan akan melahirkan berbagai kebaikan. Tahap hayat Rasulullah s.a.w dalam Nubuwwah dan Risalah adalah untuk menggerakkan ke arah Talim Wa Tarbiyyah itu. Ummah yang dibina tanpa dengan ilmu dan didikan akan melahirkan suatu Ummah yang tidak jelas tanggungjawab, kucar kacir, tidak jelas Syaksiyyah termasuklah Aqidah dan Akhlaq serta tidak jelas Amal Islaminya. Sifat-sifat Mualim Wa Murabbi yang baik ialah : 1. Sejauh mana seseorang Murabbi itu membentuk seseorang individu dari suatu kedudukan yang rendah kepada suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Hingga ia mempunyai ilmu dan membuat persediaan serta persiapan yang betul. Perlaksanaan tersebut diambil dari sumber yang asli dan yang awal. 2. Murabbi itu membentuk hingga boleh berkembang dalam masyarakat dan boleh mempertingkatkan diri seseorang anggotanya. Sabda Rasulullah s.a.w : (yang bermaksud ): Sekiranya Allah memberikan pertunjuk kepada engkau, maka itu adalah lebih baik dari dunia dan seluruh isinya. 3. Ia mampu menjaga Solehah Talim Wa Tarbiyyah, menjaga maslahah Talim Wa Tarbiyyah supaya ia sentiasa kemas dan teliti dan supaya institusi Tarbiyyah melahirkan natijah yang berterusan. Banyak sistem, kaedah, teori, method Tarbiyyah diambil dan dicuba untuk menyelesaikan permasalahan, tetapi tetap menemui kegagalan. Hanya sistem Tarbiyyah Islamiyyah sahajalah yang mampu melahirkan sebuah Ummah yang baik, berwibawa, kuat, berpotensi untuk mengawal individu, keluarga dan masyarakat Islam. Bila dilaksanakan proses Tarbiyyah dalam kalangan beberapa orang yang betul-betul lahir dari Tarbiyyah Islamiyyah itu akan beriman kepada Allah s.w.t, iltizam, bertaabud hanya sanya kepada Allah s.w.t . Barulah sistem dapat mentadbir mereka.Sekiranya mereka yang lahir dari Tarbiyyah ini masih bersungut, walaupun di dalam hati, maka akan terjejas nilai mereka terhadap Islam dan Iman.Ada biah yang soleh, Waqi yang serasi, ada Syaksiyyah yang jelas dan menjadi Qudwah kepada masyarakat, maka Ummah Islamiyyah akan lahir dan menjadi kuat.

Anda mungkin juga menyukai