Anda di halaman 1dari 8

Nota Lengkap Komsas Novel Merenang Gelora.

Sinopis
Watak utama novel, Badri yang dilantik sebagai pengawas sekolah berhadapan dengan cabaran Shahrul, Meng Kong dan Kumar. Dia jua terbabit dengan persaingan Nadira dan Siew Mei yang berebut untuk menambat hatinya. Sebaik sahaja berjawatan pengawas, Badri segera "mengumpul" musuh hingga satu hari dia disiram dengan air tandas ketika berada dalam kamar kecil di situ. Dia juga menghadapi masalah dengan anak buah (anak saudara Pak Lang (bapa saudara dan guru silat Badri), iaitu Nadira yang bersekongkol dengan Shahrul. Jamil, teman rapatnya juga terbabit dengan kegiatan menjual telefon bimbit yang dicuri oleh Meng Kong di kedai ayahnya sendiri. Siew Mei, adik kepada Ah Meng, pekerja di kedai ayah Meng Kong meminta pertolongan Badri. Nadira kemudian sedar tentang perangai buruk Shahrul apabila sanggup meninggalkan dirinya disoal oleh polis bersendirian. Namun, Shahrul memang licik untuk memujuk Nadira walaupun Nadira sudah mula beralih kepada Badri. Badri berjaya membongkar kegiatan Shahrul, Kumar dan Meng Kong, lalu dihadapkan kepada guru disiplin, Cikgu Jailani, pengetua dan guru kaunseling. Meng Kong kemudian dimasukkan ke asrama oleh bapanya, manakala Kumar insaf dan berkawan dengan Badri. Dendam Shahrul membara, apatah lagi dia mudah ditewaskan oleh Badri dalam satu pergelutan di kawasan joging. Perhatian Siew Mei terhadap Badri menyebabkan Nadira kembali menerima Shahrul. Jamil pula dihantar ke rumah neneknya di Sarawak bagi menjauhkan dirinya daripada Shahrul. Ketika Badri menghadapi fitnah memiliki telefon bimbit yang diletakkan ke dalam beg sekolahnya, hanya Taufik (si mulut murai) dan Siew Mei memberi sokongan. Dipendekkan cerita, Badri akhirnya bergelar doktor perubatan lulusan Ireland, manakala Siew Mei doktor gigi. Pembaca mungkin sedikit terkilan justeru Shahrul akhirnya berkahwin dengan Nadira, tetapi dia sebenarnya telah menjadi orang berguna. Shahrul menjadi pengusaha bengkel mekanik yang berjaya dengan rakan kongsinya, Kumar dan sering mengunjungi Taufik yang kini memiliki resort sendiri... Plot i. Permulaan Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatanpengawas sekolah. Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yangcuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang abangnya.Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakantanggungjawab yang berat yang harus digalasnya. Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badritetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup.

ii.

iii.

iv.

Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu perselisihanpendapat tentang personaliti Nadira antara Badri dan Jamil tetapi berakhir denganperdamaian. Perkembangan Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkansemangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabitdapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin. Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon bimbit dan kadprabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah. Jamil turutterlibat dalam kegiatan tersebut. Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan tentangkegiatan penjualan telefon bimbit kepada Badri. Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh pihak polis ketika Shahrulkeluar dengan Nadira. Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kongmenuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya. Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang dikedai dan di stor milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng. Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamilmerahsiakan keberadaan Jamil. Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu jugadengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya. Badri, Siew Mei, Tauk, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPMmanakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan. Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Tauk memperoleh 7A dalampeperiksaan SPM. Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalahtelefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga memohon agaranaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikantumpuan terhadap pelajaran. Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong agar memohonmaaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan. Klimaks Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakanhukuman rotan sebanyak tiga sebatan setiap seorang. Kumar ditangkap oleh Badri dan Tauk ketika cuba memasukkan dua kotak rokokke dalam beg sekolah Meng Kong. Tujuannya adalah supaya Meng Kong dibuang dariasrama. Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit didalam beg Badri. Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempangsebelah. Peleraian Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugassebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Tauk mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Tauk berkongsi membuka resort di Terengganu.Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiranmemperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta diKuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butiksetelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka danberharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.

Teknik Penceritaan i. Pemerian Contoh: Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak danmengunyahnya perlahan-lahan. ii. Dialog

Contoh: Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap, usik Badrul lagi. iii. Imbas kembali Contoh: Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana telah berpindah keSarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort kepunyaan Jamil. iv. Imbas Muka Contoh: Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil stok baharu telefonbimbit dari stor ayahnya pasti dia akan memperoleh keuntungan yang lumayan. v. Saspens Contoh: Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri dan rakan-rakannyawalaupun telah bertanya kepada ibu bapa Jamil. vi. Kejutan Contoh: Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondoktempat mereka berbincang tentang penjualan telefon bimbit. vii. Monolog dalaman Contoh: Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya Tema Novel Merenang Gelora Novel ini bertemakan ketabahan seorang pelajar dalam menghadapi cabaran hidup. Tema ini diserlahkan melalui watak utama, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya. Persoalan i. Persoalan ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terlibat gejala sosial. Contohnya, Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya terlibat masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor. ii. iiPersoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contohnya, Encik Tan memohon kepada pihak pengetua supaya Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan. iii..Persoalan hasad dengki dalam persahabatan. Persoalan ini digambarkan melalui watak Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama. iv. Persoalan melaksanakan tanggungjawab terhadap tugas. Contoh, Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dengan kes disiplin seperti Jamil.

v.

Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah. Contoh Siew Mei memberikan maklumat tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansurans kepada pelajar.

vi.

Persoalan sikap gigih golongan pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan. Contoh Badri, Siew Mei dan taufik mengadakan kumpulan belajar dan akhirnya berjaya dengan mendapat 9A dan 7A dalam SPM.

vii.

Persoalan buruk sangka dalam masyarakat pelajar. Contoh, Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbah air ketika Badri berada di dalam tandas sekolah.

viii.

Persoalan gejala lumba haram dalam kalangan remaja. Contoh, Shahrul terlibat perlubaan haram sehingga hampir ditangkap oleh pihak polis.

ix.

Persoalan berdikari untuk mendapatkan pengalaman bekerja. Contoh Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM.

Watak dan Perwatakan Watak Utama Badri Anak sulung kepada Mak Siti. Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.

Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjwab sebagai seorang pengawas. Pengawas sekolah. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Badri seorang yang bertanggungjawab kerana telah berjaya menyelesaikan masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah. Seorang yang berdisiplin. Contoh: Dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar melalui pengetahuan adiknya. Seorang yang menepati masa. Contoh: pada pukul 6.40 pagi Badri tidak pernah terlewat menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah. Seorang yang setia dalam persahabatan. Contoh: Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui bahawa Jamil turut terlibat dalam kes pejualan telefon bimbit di sekolahnya.

Seorang yang berani menghadapi cabaran. Contoh: Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah. Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran. Contoh: Badri mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar. Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Watak Sampingan Shahrul


Salah seorang rakan Badri, anak orang berada berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong materialistik - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo. suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks belibelah. berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak menjadi pengawas. panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran. mudah terpikat dengan gadis cantik - berani membawa keluar Nadira menunggang motosikal.

Nadira

Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur. sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari. tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri. mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng. ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. tidak menghormati orang lain - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya.

Meng Kong

Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit. Rakan kepada Badri

tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di sekolahnya. mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit. insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi. patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.

Cikgu Jailani

Guru Matematik dan guru disiplin sekolah. tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin. adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilirgilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas. rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri. bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.

PENGAJARAN DAN NILAI NOVEL MERENANG GELORA Pengajaran i. Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah. Contoh, Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar. ii. Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan Contoh, Badri dapat mengelakkan serangan Shahrul secara spontan dengan menggunakan ilmu silatnya. iii. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan Contoh, Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan SPM. iv. Kita mestilah tegas dan adil menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain. Contoh, Cikgu Jailani menyelidiki secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri. v. Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah.

Contoh, Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin pelajar. vi. Kita hendaklah berbincang secara rasional supaya tidak dipengaruhi emosi. Contoh, Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah percaya dengan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang mencuri telefon bimbit dari kedainya. vii. Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan. Contoh, Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah. viii. Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terus-menerus mengalami kesusahan. Contoh, Shahru tidak sedar dan insaf sekalipun terlibat dalam kemalangan dan dikenakan hukuman rotan di sekolah oleh pengetua.

NILAI i. Nilai Kasih Sayang Badri tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun tahu Nadira tidak akan mempercayai. Hal ini demikian kerana Badri sayang akan masa depan Nadira. ii. Nilai Ketabahan Badri tetap dengan tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-berbagai

dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan yang dihadapi dengan tabah iii. Nilai Kegigihan Badri gigih berusaha sehingga memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan SPM iv. Nilai bertanggungjawab Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan pagi anak-anaknya v. Nilai Prihatin En Tan berusaha mendapatkan tempat di asrama untuk anaknya Meng Kong supaya anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial. vi. Nilai Sayang akan seni bangsa Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.

vii. Nilai keberanian Badri tetap ingin berjumpa seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya. viii. Nilai Persahabatan Walaupun Badri,Jamil,Shahrul,Meng Kong,Siew Mei telah ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal di sanubari masing-masing