Anda di halaman 1dari 24

KESALAHAN-KESALAHAN JENAYAH DALAM HUKUM KANUN MELAKA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: KESALAHAN-KESALAHAN BERKAITAN HUDUD

MOHD FAUZI BIN MD ISA

DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARI S YARAT MEMPEROLEH UAZAH SARJANA PENGAJ1AN ISLAM

FAKULTIPENGAJIAN ISLAM UNTVERSm KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2004

COPYRIGHT UiTM

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya.

13Februari2004

MHD F>ctfZI BIN MD ISA P 13236

COPYRIGHT UiTM

Ill

PENGHARGAAN
Sctinggi-ringgi pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah cazza wa jalla kerana dengan limpah kumiaNya disertasi ini berjaya disempurnakan. Selawat dan Salam ke

atas RasuINya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Setmggi-tmggi penghargaan dan lenma kasih diucapkan kepada Yang

Berbahagia Puan Zuliza Binti Mohd Kusrin yang banyak memberi bimbingan dan
tunjuk ajar sepanjang penyediaan disertasi ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarab Fakulti Pengajian Islam khususnya pensyarah-pensyarah dari

Jabatan. Syariah yang mencurah Omu tanpa jemu.


fakulti dan jahat^n

Juga kepada seraua kakitangan

Begini juga kepada takait-rakan. sepengajian. dan. rakan-takan di

UiTM.

Disertasi ini diabadikan boat ayahanda dan bonda tercinta, isteri dan anak-anak yang dikasihi. Semoga restu dan sokongan kalian mendapat ganjaran sewajamya dari
RabbulJahl Akhimya terima kasih kepada UiTM yang telah membiayai pengajian dan semua pihak yang tertibat sehingga disertasi ini disempurnakarL Semoga dikurniakan rahmatdan taufiqhidayahllahi. Amin.

COPYRIGHT UiTM

IV

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan membincangkan mcngcnai kesalahan-kesalahan jenayah

di dalam Hukum Kanim Melaka (HKM) dengan mengkhususkan kq>ada kesalahan-kesalahan berkaitan hudud. Fokus kajian adalah metnperjetaskan aspek-aspek adat dalam kesalahan-kesalahan berkaitan hudud HKM tersebut dan membandingkannya dengan undang-undang jenayah Islam serta melihat
sejauhmana pengaruh Islam di dalamnya, Metodologi kajian ini menggunakan

metodologi kajian kepustakaan dan penganalisaan data. Kajian ini mendapan' HKM mengekalkan undang-undang adat bagi sebahagian besar kesalahankesalahan jenayah berkaitan hudud HKM juga dsHhat memasukkan undangundang Islam bagi sesetengah kesalahan beiicaitan hudud sebagai pitihan kepada hukutnan adaL Bagi sesetengah kesalahan. berkaitan. fyi<iii(f yang lain
pula HKM terus mengambil undang-undang syariah Islam dengan tidak menyertakan undang-undang adat Langkah-langkah ini cHlihal sebagai

langkah awal ke arah mempeikenalkan undang-undang Islam di Melaka dan Alam Melayu keseluruhannya Perlaksanaan HKM ini menjadi bukti bahawa undang-undang Islam pemah dipraktikkan di negara ini sebehim kehadiran penjajah Barat dan peiiaksanaan undang-undang mereka.

COPYRIGHT UiTM

CRIMINAL OFFENCES IN HUKUM KANUN MELAKA ACCORDING TO ISLAMIC PERSPECTIVE: OFFENCES RELATED TO HUDUD
ABSTRACT

The aim of this study is to examine the implementation of Hukum Kanun Melaka (HKM) in offences related to hudud. The focus of this Study is to make clear of the Malay customary law and compares it with Islamic criminal law. This study also determines the influences of Islamic law in offences related to hudud of HKM. Library research and data analysis were used in the methodology of this study. Analysis shows that HKM maintained the use of its customary law in most offences related to hudud. However, the Islamic law was also used in certain offences as an alternative. In other offences HKM strictly used Islamic Syariah Law without referring to customary law. These appeared to be the initial stage in the introduction of Islamic law in Malacca and the Malays as a whole. Finally this is an evidence mat the Islamic law had been implemented in our country before the arrival of the colonist and the implementation of their law.

COPYRIGHT UiTM

VI

KANDUNGAN Ha I a man PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN


SENARAI SINGKATAN JADUAL TRANSLITERASI

ii iii iv v vi
ix x

PENDAHULUAN

xii

BAB I

SEJARAH HUKUM KANUN MELAKA

1.1 1.2

Pengenalan Sejarah Penubuhan Melaka


1.2.1 Kedatangan Islam ke Melaka

1 2
3

1.2.2 Sejarah Hukum Kanun Melaka


1.3 Fasal-fasal yang terdapat di dalam Hukum Kanun Melaka
1.3.1 Manuskrip-manuskrip HKM 1.3.2 Fasal-fasal di dalam HKM 1.3.2.1 Undang-undang Perlembagaan 1.3.2.2 Undang-undang Jenayah 1.3.2.3 Undang-undang Berkaitan Harta

4
7
7 11 11 12 16

1.3.2.4 Undang-undang Kontrak


1.3.2.5 Undang-undang Keluarga 1.3.2.6 Prosedur Kehakiman

19
20 21

1.3.2.7 Undang-undang Laut

21

COPYRIGHT UiTM

VII

BAB II

PENILAIAN ISLAM MENGENAI KESALAHANKESALAHAN JENAYAH DALAM HUKUM KANUN MELAKA: JENAYAH BERKAITAN HUDUD

2.1 2.2 2.3 2.4

Pengenalan Jenayah Hudud Mennrut Perspektif Islam

23 23

2.2.1 Pembahagian Jenayah Hudud Menurut Perspektif Islam


Kesalahan-Kesalahan Jenayah Di Dalam HKM Jenayah Berkaitan Hudud di dalam HKM 2.4.1 Jenayah Mencuri Menurut Perspektif Islam 2.4.2 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Mencuri Di Dalam HKM 2.4.3 Jenayah Zina Menurut Perspektif Islam 2.4.3.1 Pengertian Zina 2.4.3.2 Pembalasan Had Zina 2.4.4 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Zina Di Dalam HKM 2.4.5 Jenayah Qazaf (Menuduh Zina) Menurut Perspektif Islam 2.4.5.1 Pengertian Qazaf 2.4.5.2 Pembahagian dan Rukun Qazaf 2.4.5.3 Pembalasan Qazaf 2.4.6 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Qazaf (Menuduh Zina) Di Dalam HKM 2.4.7 Jenayah MinumArak Menurut Perspektif Islam 2.4.8 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Minum Arak Dalam HKM 2.4.9 Jenayah Murtad Menurut Perspektif Islam 2.4.9.1 Konsep Murtad Menurut Islam 2.4.9.2 Pembalasan Bagi Jenayah Murtad 2.4.9.2.1 HukumanBunuh 2.4.9.2.2 Taubat 2.4.10 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Murtad Di Dalam HKM 2.4.11 Jenayah Merompak Menurut Perspektif Islam 2.4.12 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Merompak Di Dalam HKM 2.4.13 Jenayah Menderhaka (Bughah) Menurut Perspektif Islam 2.4.14 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Menderhaka Dalam HKM

24
25 25 26 27 36 37 38 40 52 52 53 53 54 56 59 60 60 62 62 62 63 65 67 68 69

COPYRIGHT UiTM

Vlll

BAB III

KESIMPULAN

5.1

Rumusan

74

5.2
RUJUKAN

Saranan Dan Cadangan

82
83

COPYRIGHT UiTM

IX

SENARAI SINGKATAN

ABIM
Bhgn.

Angkatan Bella Islam Malaysia


Bahagian. Cetakan
Edisi

Get Ed. H HKM Him. Jil. JMBRAS Juz. Ltd. M No. Pt (pnyt.) S.A.W. Sunt. S.W.T. (terj.)

hijrah Hukum Kanun Melaka. halaman. Jilid

Journal of the Malayan/ Malaysian Branch of


the Royal Asiatic Society. juzuk. Limited masihi. Nombor Part penyunting Sallallahu calaihi wasallam Suntingan

Subhanahu wa Tacala
terjemahan tanpatarikh

tth. ttpt. ttp.


UiTM Vol.

tanpa penerbit tanpa tempat


Universiti Teknologi Mara Volume.

COPYRIGHT UiTM

JADUAL TRANSLITERASI HurufArab


ft

Huruf Latin
t

Contoh Asal

Contoh Transliterasi

v
o o,

b t th J h kh d dh
r z

C C C

i
J j

J\ Joj j j^ JL?C-JJL-Ol>oljjj ^-AX*


t>^j OL*^j ^>3

sa'ala badala tamr thawrah jamal hadith khalid diwan madhab


rahman zamzam

^ ^
J"

s
sh s

^
J*

i
UJ

d t z
c

t t
J

gh f

q
k 1 m
n h

<-*j-. )_rj^ J>-P j>i yU _^t JLJ> v-p *i ,e*>\i


yiT j\i

sarab shams sabr damir tahir zuhr *abd ghayb fiqh qadi
ka's laban

J
r
o
A J <<

jUj^

mizmar

fj* -k-> J^j jU-j

nawm habata wasl yasar

COPYRIGHT UiTM

Xi

VOKAL

Vokal Pendek Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asa! Transliterasi fa*ala hasiba kutiba

Huruf Arab
k.*

Huruf Latin a
I
u

Contoh Asal
ccJO J

Transliterasi katib, qada

kanm huruf
Contoh Asal Transliterasi qawl sayf raj iyy atau raff

Huruf Arab
J
<

Huruf Latin
aw ay

iyy
uww

aduww atau adu

COPYRIGHT UiTM

XII

PENDAHULUAN

PENGENALAN

Islam telah mulai hadir di Alam Melayu melalui pedagang-pedagang Arab seawal
abad ke 7M. Pada abad ke 13M Islam telah memperolehi kekuatan politik dengan

tertubuhnya kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Perlak, Samudera Pasai, dan Acheh . Pada abad ke 15M Islam telah sampai dan bertapak di bumi Melaka. Untuk merealisasikan kerajaan dan pemerintahan Islam suatu bentuk undang-undang telah
digubal oleh Hang Sidi Ahmad pada 1409M. Undang-undang ini ialah Hukum Kanun Melaka (HKM) atau nama asalnya Risalah Hukum Kanun. Dalam membicarakan pengaruh dan sumbangan Islam di Alam Melayu ini terdapat pelbagai pandangan mengenainya. Pandangan pertama yang didokong oleh sarjana-sarjana Barat seperti CJ.Van Lew menyatakan bahawa Islam sama seperti

agama-agama Hindu dan Buddha sebelumnya hanya mempengaruhi lapisan tipis

masyarakat Alam Melayu seperti dalam kata-katanya, "Both these world religious
were only a thin, easily flaking glaze on the massive body of the indigenous

civilization". Pandangan Kedua yang didokong oleh kebanyakan sarjana-sarjana


Melayu seperti Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Altas menyatakan bahawa Islam
telah mempenganihi seluruh jiwa dan raga masyarakat Melayu seperti kata-katanya:
"Transforming both the soul and body of the Malay-Indonesia society. " Pandangan

ketiga mengambil jalan sederhana di antara dua pandangan yang bertentangan di atas. Pandangan ini yang didokong oleh Prof. Dr. Hamka, Dr. M. Natsir, Siddiq Fadhil dan lain-lain sarjana melihat pengaruh dan dakwah Islam menekankan sikap darnai dan

menyesuaikan diri sehingga menimbulkan sinkretisme atau ltalbis\ Oleh itu kita
masih mendapati amalan-amalan tradisi di amalkan disamping penghayatan terhadap Islam. Dalam kajian ini penulis akan melihat unsur-unsur adat yang didakwa

bercampur (talhis) di dalam Hukum Kanun Melaka seperti dakwaan pengkajipengkaji Barat seperti W.R. Roff dan Alfred P.Rubin, Mereka mengatakan bahawa

COPYRIGHT UiTM

XIII

pada dasarnya undang-undang Melaka adalah berasaskan undang-undang Islam di


samping berpegang kepada hukum akal dan hokum adat. Skop kajian hanya pada

undang-undang jenayah

yang terkandung

di

dalam

Hukum

Kanun

Melaka

Seterusnya penulis akan cuba membuat penilaian dari segi hukum Islam dengan

mengambil pandangan-pandangan ulama' terkemuka Islam.


SOROTAN KESUSASTERAAN

Beberapa kajian berkaitan Hukum Kanun Melaka telah dijalankan sebelum ini.

Antaranya ialah kajian yang dflakukan oleh Muhammad Yusuf Hashim (1989).
Beliau telah membuat kajian bertajuk, "Kesultanan Melayu Melaka" dengan menumpukan kajian terhadap beberapa aspek tentang Melaka pada abad ke 15 dan ke 16 dalam sejarah Malaysia. Kajian ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kajian ini telah menyentuh mengenai Hukum Kanun Melaka secara umum dalam membincangkan mengenai Islam dalam sejarah perundangan Melaka. Kajian seterusnya dijalankan oleh Isbak Shaari (1988) dalam latihan ilmiah di
Umversiti Kebangsaan Malaysia. Betiau telah melakukan kajian mengenai, "Sejarah Perundangan di Negeri Melaka di antara tahun 1400 hingga 1957." Dalam kajiannya

behau telah menyentuh sepintas lalu mengenai Hukum Kanun Melaka sebagai undang-undang yang pernah digunakan di Melaka dalam period tersebut
Abdul Rashid Bin Haji Othman (1986) telah melakukan kajian mengenai HKM dalam latihan ilmiahnya di Universid Kebangsaan Malaysia.
percanggahan dengan Islam."

Kajiannya

bertajuk, "Risalah Hukum Qanun iaitu Undang-undang Melaka: persamaan dan


Dalam penulisannya beliau telah melakukan

perbandingan diantara HKM Veseluruhannya dengan perundangan Islam. Seterusnya kajian mengenai HKM ini telah dilakukan oleh Zaitun Binti Ahmad (1983) dalam latihan ilmiah di Umversiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menjalankan kajian bertajuk, "Hubungan antara kitab Fathul Qarib dan teks undangundang Melaka." Dalam kajiannya behau telah mehliat hubungan di antara HKM dan kitab Fathul Qarib. Kajian ini dflakukan berikutan HKM selalu dikaitkan dengan

COPYRIGHT UiTM

XIV

khab tersebut di mana kitab Fathul Qarib dikatakan sebagai sumber utama undangundang Islam di dalam HKM. Kajian mengenai HKM seterusnya dilakukan oleh Rokiah Bind Ismail (1993)

dalam latihan flmiahnya di Universiti Kebangsaan Malaysia. dengan Undang-undang Keterangan." undang keterangan raoden hari ini.

Beliau melakukan

kajian bertajuk, "Acara Jenayah dalam Hukum Kanun Melaka: satu perbandingan

Dalam kajiannya beliau telah membuat

perbandingan di antara acara jenayah HKM dengan acara jenayah dalam undang-

Meskipun paparan dari kajian-kajian mengenai Hukum Kanun Melaka di atas menunjukkan beberapa unsur persamaan dengan tajuk kajian ini terutamanya dari

sudut subjek kajian namun kelainan kajian ini ialah kerana ia akan menyentuh
mengenai penflaian Islam terhadap jenayah hudud di dalam HKM. Kajian ini akan

mengupas satu persoalan baru yang masih belum dilakukan kajian mengenainya.
Kajian ini merupakan penyelidikan langsung ke atas jenayah hudud dalam teks

HKM. Kajian ini akan mengambil nas-nas al-Quran dan al-Hadith serta pandanganpandangan ulama> muktabar dalam melihal perspektif Islam mengenai undang-

undang jenayah dalam HKM tadi.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini antara lain untuk mengenai pasti unsur-unsur adat Melayu lama di dalam kesalahan-kesalahan jenayah hudud HKM. Seterusnya kajian ini akan memperjelaskan aspek-aspek adat tersebut dan membandingkannya dengan syariah

Islam. Kajian ini juga untuk mengenai pasn* sejauhmana pengaruh Islam dalam kesalahan-kesalahan jenayah hudud HKM. Adalah diharapkan dengan kajian ini akan jelaslah kepada kita tentang persoalan mengenai pengaruh Islam di Alam Melayu, khususnya di Melaka.
Kajian ini juga akan memperjelaskan kepada kita samada HKM boleh menjadi

rujukan kepada pelajar dan pengkaji undang-undang Islam. Seterusnya periaksanaan


Hukum Kanun ini menjadi bukn" bahawa undang-undang Islam sememangnya sesuai

COPYRIGHT UiTM

dan pernah dipraktikkan di negara kita sebelum kehadiran penjajah dan perlaksanaan undang-undang mereka.
METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan aspek yang penting dalam usaha menghasilkan sesuatu
keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Metod sebagai suatu falsafah penyelidikan
yang meHbatkan andaian dan nilai yang menjadi kriteria bagi mengukuhkan data dan

membuat kesimpulan. la melibatkan perkara-perkara seperti berikut: a. Kajian Kepustakaan

Kajian mi bermula dengan merujuk dua teks utama iaitu Hukum Kanun Melaka dan Sulalatus Salatin. Selain itu penulisan-penulisan berkaitan meliputi buku-buku, kertas keija, artikel, majalah dan sebagainya turut dirujuk Seterusnya merujuk kitab suci al-Quran, al-Hadis, kitab-kitab fikah dan penmdangan Islam serta pendapat-pendapat
ulama' untuk menjelaskan pandangan Islam mengenai aspek-aspek adat dalam kesalahan-kesalaban jenayah hudud HKM.

b.

Penganalisaan data

Dalam membuat penganaUsaan data yang diperolehi penulis menggunakan tiga metod utama, iaitu:

i.

Metode Induktif Iaitu dengan cara membuat kesimpulan bagi perkara-perkara yang bersifat khusus bagi mencari kesimpulan yang bersifat umum.

ii.

Metode Deduktif Iaitu cara membuat kesimpulan dengan berpandukan dalil-dalil yang bersifat umum untuk mencari kesimpulan yang bersifat khusus.

COPYRIGHT UiTM

XVI

iii.

Metode Perbandingan

laitu cara membuat kesimpulan dengan cara perbandingan terhadap

fakta-fakta dan data-data yang diperolehi. berkesan.


SUSUNAN KAJ1AN
BAB I

Dengan adanya cara

perbandingan im sesuatu data dapat dilihat dengan lebih jetas dan

Bab ini membincangkan mengenai sejarah Hukum Kanun Melaka dimulai dengan

sejarah penubuhan Melaka, Kedatangan Islam ke Melaka, sejarah HKM, manuskripmanuskrip HKM dan iasal-fasal yang terdapat di dalam HKM.
BAB II
Bab yang kedua ini membincangkan mengenai penilaian Islam temadap kesalahan-

kesalahan jenayah hudud dalam Hukum Kanun Melaka.

Bab ini dimulai dengan

penilaian Islam mengenai jenayah mencuri, zina, menuduh zina (qazaf), rranum arak.

murtad, merompak dan menderhaka yang terdapat dalam HKM.


BAB III

Bab ini merupakan bab kesimpulan di mana dalam bab ini dikemukakan rumusan dari kajian ini dan disusuli dengan saranan dan cadangan

COPYRIGHT UiTM

BAB I

SEJARAH HUKUM KANUN MELAKA

1.1 PENGENALAN

Kedatangan Islam ke Nusantara khususnya Melaka merupakan satu bidang kajian yang menarik minat ramai sarjana. Para sejarawan Barat dan Islam telah menghasilkan
begitu banyak penyelidikan dan penulisan mengenamya.

Sejarawan Barat mengemukakan pendapat bahawa Islam telah sampai dan berkembang di Nusantara semenjak abad ke 13M. Sementara pengkaji-pengkaji sejarah Islam di Indonesia dalam seminar terakhir di Medan pada tahun 1963 telah membuat rumusan bahawa Islam telah sampai di Nusantara seawal abad ke 7M lagi. Pengkaji-pengkaji sejarah Islam di Malaysia pula telah mengemukakan bukti-bukti
bahawa Islam telah bertapak di sini sebelum abad ke 13M lagi. Antaranya, dinar emas yang dijumpai di Kelantan pada tahun 1914 menunjukkkan bahawa kerajaan Islam telah berdiri di Kelantan pada abad ke 12M. Batu nisan yang ditemui di Kedah pada

tahun 1963 yang terteranama dan tarikhiaitu, "Syaikh Abdul Kadir Ibn. Syaikh Husin Syah Alam" 291H bersamaan 903M jelas menunjukkan bahawa Islam telah
lama bertapak di Malaysia.

'Wan Hussein AzmL Islam dt Malaysia. Kedatangan dan Perkembangan (Abad 7 - 20M)
dalam Rhoo Kay Kirn. Tamadun Islam di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980,

him 135

COPYRIGHT UiTM

1.2 SEJARAH PENUBUHAN MELAKA

Melaka merupakan sebuah kerajaan Melayu yang masyhur dan terkenal bukan sahaja
di Nusantara malahan sampai ke merata pelosok dunm. Kerajaan Melayu Melaka

hanya wujud selama 117 tahun sahaja, iaitu dari tahun 1394M hingga 1511M.2 Walau bagaimanapun pengaruh dan kemasyhurannya amat besar dan meluas.
Penubuhan negeri Melaka digambarkan dalam sumber-sumber sejarah

tempatan seperti sejarah Melayu, sumber-sumber China dan Portugis. Sejarah Melayu menggambarkan bagaimana Parameswara yang juga dikenali sebagai Sultan Iskandar

Syah, Raja Melayu terakhir di Singapura melarikan diri kerana serangan Majapahit
Baginda pergi ke Muar dan beberapa tempat lain seperti Biawak Busuk, Kota Buruk dan Setang Ujung untuk mendirikan negeri tetapi didapati kurang sesuai. Pada suatu

hari baginda berburu di Sungai Bertam, semasa baginda berehat di bawah sepohon
kayu baginda terlihat anjing baginda telah diterajang oleh seekor pelanduk putih,

Baginda tertarik dengan kejadian itu dan mengambil keputusan untuk mendirikac negeri di situ lalu baginda menamakan negeri itu "Melaka" sempena nama pokok
tempat baginda berehat.3 Sumber-sumber dari China menyebut bahawa negeri China telah mengadakan hubungan dengan Melaka semasa berada di bawah pemerintahan maharaja Yung Lo

1402 - 1424M. Pemerintah Melaka pada masa itu disebut 'Pai - h - mi - sula' atau
Parameswara.

Sumber-sumber dari Portugis juga menyatakan bahawa Parameswara adalah


pemerintah pertama bag) negeri Melaka. Somber mi seperti yang dinyatakan oleh

'Zakiah Hanum, Asal-usul negen-negen di Malaysia, Times Book International, Kuala Lumpur, 1988, hlm.27 ^Muhammad Haji Salleh, (pnyt), Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997, him 57 - 58, hhat juga Zakiah Hanum, Asal-usul negen-negen di Malaysia, 1988, him 27 - 29 4 Wang Gung Wu, The first three rulers of Malacca, JMBRAS Vol XII, Bhgn I, 1968, him 16

COPYRIGHT UiTM

Tom Pires dengan disokong oleh pendapat-pendapat Alfonso D'al Bouquerqc6 dan
Eredia7.

Asal nama Melaka juga pemah dihubungkan dengan keadaan semasa, iaitu

pusat perdagangan dengan menggunakan istilah Bahasa Arab 'malakat'

atau

"mulaqah' yang bermaksud tempat pertemuan.8


Parameswara
penduduk tempatan. sehingga

bersama

pengikut-pengikutnya

telah

ditehma

penduduk-

Baginda menubuhkan negeri Melaka dan membangunkannya perkampungan nelayan menjadi pusat

beijaya mengubahnya dan

perdagangan yang terkenal dan pusat pemerintahan empayar Melayu.9


1.2.1 Kedatangan Islam Ke Melaka

Para sejarawan memberikan pelbagai pendapat dan pandangan dengan hujah masuigmasing tentang tarikh sebenar kehadiran Islam ke Melaka. Sejarah Melayu juga tidak menyebut tentang tarikh yang tepat bila Islam hadir ke Melaka tetapi hanya menggambarkan bahawa pada suatu malam Raja Tengah iaitu Raja Melaka yang
ketiga telah bennimpi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.. Apabila baginda bangun

dari tidur didapan* baginda sudah berkhatan dan mulutnya tidak putus-putus mengucap
dua kalimab syahadah. Pada waktu Asar hari itu juga Makhdum Sidi Abdul Aziz telah datang dari Jeddah dan mengislamkan baginda. Baginda telah menggunakan

gelaran Sultan Muhammad Syah.

Armando Cortesao, The Suma Oriental of Tom Pires, Haklyut Society, London, ] 944, him

232

W.D G Birch, The Commentaries of the great Alfonso D 'al Bouquerqe, Vol 3, No LXII, Haklyul Society, London, 1880, him. 71-72 7 J.V Mills, (terj ), De Eredia's description of Malacca meridional, India and Cathay, JMBRAS, 1930, Vol 8, Part I, him. 16 8 W G. Shellabear, (pnyt), Sejarah Melayu (The Malay Annals), Malayan Publishing House Ltd, Singapore, 1961, him 82; Ifliat juga Muhammad Yusuf Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, him 12, Kermal Singh Sandhu & Paul Wheatley, (pnyt ), The Name Melaka dalam Melaka The Transformation of a Malay capital c. 1400. Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1983, him 1 **J Kennedy, M A , A History of Malaya, St Martin's Press, London, 1962, him 2 m Muhammad Haji Salleh, (pnyt), Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). 1997, him 59-60

COPYRIGHT UiTM

Pengkaji-pengkaji sejarah di Indonesia seperti Muhammad Yunus Jamil mengemukakan pendapat bahawa Sultan Perlak Al-Sultan Makhdum Ala Uddin MaHc

Muhammad Amin Syah II Johan Berdaulat yang memerintah Perlak pada tahun 622662H/1225-1263M telah mengahwinkan puterinya yang pertama bemama Puteri Rama Kamala dengan Raja Melaka Sultan Muhammad Syah yang bergelar Parameswara Iskandar Syah. Puteri baginda yang kedua iaitu Puteri Ganggang
dikahwinkan dengan Raja Samudera Pasai iaitu Sultan Malikussaleh atau Merah Silu yang memerintah dari tahun 659-688H/1261-1289M.11 Kenyataan ini menunjukkan

bahawa kerajaan Melaka sezaman dengan kerajaan Samudera Pasai yang pertama.12 Bukti-bukti yang menunjukkan terdapatnya kerajaan Islam yang awal di Melaka ditemui di Pengkalan Kempas, Melaka. Bukti pertama ialah batu peninggalan
^

inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab "<3it". Bukti kedua pula ialah inskripsi Raja

Aditfya Warma, Anno 1378M yang tertulis nama Allah dengan huruf Arab. Tulisan
di makam Pengkalan Kempas itu menyerupai tulisan di batu nisan yang ditemui di Komplex Teungku Puet-plohpeut (Meunye Tujuh) yang bertulisan Bahasa Arab,

Melayu dan Sanskrit kuno yang masih belum dapat dijelaskaiL B


1.2.2 Sejarah Hukmn Kanun Melaka

Sebelum kedatangan Islam undang-undang di Negeri-negeri Melayu ialah undangundang tempatan atau undang-undang Adat Selepas kedatangan Islam undang-undang Islam telah diserap masuk di samping undang-undang Adat Undang-undang Islam

merupakan undang-undang tubuh negeri-negeri di Tanah Melayu sebelum kedatangan


penjajah British malab hakim-hakini British turut mengakui bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang negara ini.14 Perkara mi seperti yang diputuskan

"M.Junus Jamil, Silsilah iawarich radja-radja keradjaan Atjeh, bahan stensil 1968, Mm. 8 l2 Wan Hussein Azmi, Islam di Malaysia: Kedatangan dan Perkembangan (Abad 7 - 20M) Dalam Khoo Kay Kirn, Tamadun Islam di Malaysia, 1980, hint 145 13 ibid., lihatjugaRM-Zainuddin Tarich Atjeh dan Nusantara, celakan pertama, Pustaka Iskandar M Muda, Medan,, 1961, him. 52 dan 67 Ahmad Ibrahim, Perundangan Islam: Dasar, matlamat dan perlaksanaannya di Malaysia. ABIM, Kuala Lumpur, 1981,

COPYRIGHT UiTM

dalam kes

Roman

lawan La/on15 .
Islam

Mahkamah Rayuan

telah

memutuskan

bahawa undang-undang

bukanlah undang-undang yang asing di negara ini


R.J.Wilkinson juga pernah

sebaliknya merupakan undang-undang tempatan.16

menyatakan,"Sekiranya undang-undang Inggeris tidak diterima pakai, maka sudah pasti undang-undang Islam akan menjadi undang-undang Tanah Melayu."17
Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara selepas menganut agama Islam telah menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang negara Undang-

undang Melaka yang pertama ini ditulis oleh Hang Sidi Ahmad. Undang-undang ini

terbahagi kepada dua bahagian iaitu Qanun Melaka yang dikuatkuasakan di daratan

negeri Melaka dan Qanun Laut Melaka yang dikuatkuasakan di atas kapal. Undangundang ini diandaikan telah ditulis pada tahun 1444M.18

Menurut R.O. Winstedt, Undang-undang Melaka merupakan undang-undang Melayu yang terawal. Walaupun banyak pendapat yang menyatakan Hukum Kanun Melaka ini digubal pada zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511M), sultan Melaka yang terakhir namun tiada hujah untuk menyangkal kenyataan di dalam Sejarah
Melayu yang menyatakan bahawa ia digubal pada masa pemerintahan Sultan MuzafTar Shah yang memerintah di antara tahun 1445-1458M.19

Liaw Yock Fang mengemukakan pendapat bahawa Undang-undang Melaka


yang asal dan kemungkinan juga Undang-undang Laut mula digubal semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444M) dan disempumakan pada

zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1458M), zaman keemasan Kesultanan Melaka. Seksyen mengenai Undang-undang Islam terutama berkaitan perdagangan dan acara mungkin telah disusun selepasnya. Seksyen Undang-undang
13

Hamid Jusoh, Kedudukan undang-undang Islam dalam perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, KXumpur, 1992, him. 17. 17 R.J.Wilikinson, Papers of Malay Subject, undang-undang bahagian 1 (rangka pengenalan),
t.pt., K.Lumpur, him. 49. 18 Abdul Halim El-Muhammady, Perkembangan undang-undang Islam di Malaysia, Budaya Ilmu Sdn. Bhd., Petaling Jaya,1993, him. 84 I8 Richaid Winstedt, (ed.), The Malays a cultural history, Routledge & Kegan Paul Ltd.,London, 5,1947, him. 99.

16

(1927)6FMSLR127.

COPYRIGHT UiTM

Negeri dan Undang-undang Johor mungkin disusun pada awal abad ke 16M apabila
Portugis pertama kali sampai ke Melaka. Undang-undang Johor kemungkinan digubal

atas titah Sultan Mahmud Shah (1761-1812M), put era kepada Sultan Abdul Jalil Shah
(1760-1761M).20

Hakikatnya, tarikh penggubalan dan Sultan yang menitahkan penggubalan

Hukum Kanun Melaka masih belum muktamad kerana Sejarah Melayu tidak menghuraikan dengan jelas mengenainya. Persamaan di antara Sejarah Melayu dan
Hukum Kanun Melaka ialah berkaitan Adat Istiadat DiRaja Melayu.
*)*}

Dalam Sejarah

Melayu ada dinyatakan bahawa Sultan Iskandar dan Sultan Muhammad peraah
memberi arahan supaya menggubal undang-undang Melaka. Selqranya hal.ini benar

kemungkinan beberapa bahagian dari kandungan undang-undang Melaka ini telah


digubal lebih awal dari zaman pemerintahan Sultan MuzafFar Shah seperti dakwaan Winstedt. la mungkin mula digubal sebaik Melaka dibuka kerana Melaka dibuka oleh

Parameswara yang datang dari Palembang dan kemudiannya mendirikan kerajaan di


Singapura sebelum menetap di Melaka. Baginda adalah seorang pemerintah yang berpengalaman, oleh itu tidak menjadi masalah kepada baginda untuk mempunyai

sistem perundangan bagi negeri Melaka. Maka adalah dirasakan dakwaan Winstedt tersebut tidak boleh diterima kerana sukar dibayangkan bagaimana Melaka diperintah tanpa sistem perundangan sebelum era pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.23 Walaupun terdapat pelbagai pendapat mengenai tarikh penggubalan Hukum
Kanun Melaka namun kita masih boleh menyelaraskan pendapat-pendapat tersebut dengan membuat rumusan bahawa Hukum Kanun Melaka mungkin mula digubal dari

era pemerintahan Melaka mula menerima Islam. Jika menurut Sejarah Melayu Sultan Muhammad Shah (1424-1444M) yang mula-mula memeluk Islam.24 Seterusnya ia

"^Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka, Martmus NijbofF, The Hague, 1976, him 38. * Sejarah Melayu, Raffles MS no 18, JMBRAS,Vol XVI, Pt 3, 1938, him 82, 84-88 "ibid., him 84-88. ^Azizan Abdul Razak, The Law In Malacca Before and After Islam Dalam Khoo Kay Kirn, lamadim Islam di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980, him 31 24 Muhammad Haji Salleh, (pnyt), Suialatus Solatia (Sejarah Melayu). 1997, him 59-60

COPYRIGHT UiTM

disempurnakan pada zaman pemerintahan seterusnya iaitu zaman Sultan Muzaffar


Shah(J445-1458).25

13 FASAL-FASAL YANG TERDAPAT DI DALAM HUKUM KANUN MELAKA

Sebelum mengkaji fasal-fasal yang terdapat di dalam Hukum Kanun Melaka, adalah
lebih baik diperjelaskan terlebih dahulu mengenai manusknp-manuskrip atau versi-

versi Hukum Kanun Melaka ini.


1.3.1 Manuskrip-manuskrip Hukum Kanun Melaka

Bilangan manuskrip Undang-undang Melaka ini amat banyak di mana terdapat tidak

kurang dari 44 buah manuskrip. Jumlah ini tidak termasuk manuskrip asal dan sebuah manuskrip di Jakarta iaitu manuskrip Yon de Wall 55 yang tidak dapat ditemui untuk
ditemuramah. Walau bagaimanapun tidak semua manuskrip mempunyai nilai yang

sama, sesetengahnya merupakan salinan dari yang lain.

+it

Manuskrip-manuskrip ini

boleh dibahagikan kepada tujuh kumpulan manuskrip, iaitu:

(a) (b) (c) (d)


(e)

Undang-undang Melaka Yang Asal Versi Acheh Versi Patani Versi 'Panjang*
Versi Undang-undang Islam dan versi Johor

(f)
(g)

Versi 'PendeV
Versi-versi lain yang tidak lengkap
^*7

^Jjaw Yock Pang, llndang-iuidang MeJaka, 1976, him


:

"Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka. him 9 27 ibid

COPYRIGHT UiTM

(a) Undang-undang Melaka yang Asal Kumpulan manusknp pertama ini terdin dari sembilan belas manuskrip,
sebelas manusknp dari Leiden, enam dari United Kingdom dan masingmasing satu dari Jerman dan Paris merupakan kumpulan manuskrip yang

penting dan diiktiraf sebagai Undang-undang Melaka yang asal. Manuskripmanuskrip ini ialah: Dari Leiden: Cod. Or. 1705(1); Cod. Or; 1706(1), Cod. Or. 3199(1), Cod. Or; 5836, Cod. Or. 5838, Cod. Or. 7077, Cod. Or. 6078, KL. 24, KL, 45, KL.48
dan KL. 50. Dari United Kingdom: Cambridge 1364, Dublin 1638, London: Raf. 74, Maxwell 6, Maxwell 10,British Museum 12397.

Dari Jerman:
Schoemann V, 33.

Dari Paris:
Bibliomeque Nationnale no.37.28 (b) VersiAcheh Versi Acheh Undang-undang Melaka ini terdiri dari empat buah manuskrip.

Manuskrip-manuskrip ini ialah Von de Wall 59(1), KL. 20, SOAS 40329 dan
SOAS 40505. Kandungan versi ini sama seperti undang-undang Melaka yang asal kecuali permulaan fasal 8 yang tidak didapati. sesebuah kampung mestilah membuka jalan. Selain itu terdapat

penambahan fasal yang menekankan bahawa sesiapa yang membuka

28 58

ibid., him. 9-10. ibid., him. 9-10. Liaw Yock Fang, him. 10.

COPYRIGHT UiTM