Anda di halaman 1dari 4

A. Cara Menyertai Pertandingan 1.

Peserta diminta menyediakan pelan rekabentuk rumah (lukisan perspektif luaran dan pelan lantai dalaman) untuk tiga (3) jenis rumah/perumahan iaitu: i. ii. iii. Rumah teres setingkat Rumah teres dua tingkat Rumah berkembar setingkat (22 x 70) (22 x 70) (40 x 60)

2. Pelan perlu disediakan dalam saiz A3 (lukisan perspektif luaran, lukisan tampak sisi) dan A4 (lukisan keratan dan pelan lantai) untuk setiap jenis rumah. Peserta juga diminta menghantar softcopy dengan format JPEG dalam bentuk CD/DVD. 3. Sila beri penerangan lengkap mengenai konsep dan rekabentuk yang dicadangkan. 4. Sila beri maklumat peribadi dengan mengisi borang penyertaan yang disediakan. 5. Penyertaan yang lengkap boleh dihantar melalui pos atau serahan tangan ke alamat berikut: KETUA EKSEKUTIF PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN, PETI SURAT 158, JALAN YAM TUAN, 70710 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. *Sila tuliskan kod PMR2012 di sebelah atas kiri sampul surat 6. Panduan rekabentuk a. Mestilah luar dari kebiasaan. b. Cadangan kategori rumah adalah kos sederhana dan mampu milik. c. Keperluan minimum rekabentuk i. 3 bilik + 2 bilik air ii. Aras siling lebih tinggi dari biasa. iii. Ruang dapur lebih luas dari biasa d. Saiz rumah yang dinyatakan di atas adalah sebagai panduan sahaja dan boleh diubah mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing. B. Syarat-syarat Penyertaan 1. Penyertaan terbuka kepada mahasiswa/mahasiswi dan graduan yang baru menamatkan pengajian di IPTA/IPTS dalam JURUSAN SENIBINA sahaja (tanpa mengira peringkat pengajian). 2. Tiada yuran penyertaan dikenakan. 3. Setiap individu hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. 4. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah ditanggung sendiri oleh peserta. 5. Semua penyertaan yang diterima akan disimpan dan menjadi HAK MILIK Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS). 6. Segala keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. 7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 07 SEPTEMBER 2012. 8. Sekiranya maklumat peribadi yang dikemukakan adalah tidak benar, pihak PKNNS berhak untuk membatalkan penyertaan.

C. Hadiah Pemenang 1. Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut: Pertama Kedua Ketiga : RM3000 + Sijil : RM2000 + Sijil : RM1000 + Sijil

2. Keputusan pertandingan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tutup. Hanya peserta yang berjaya sahaja akan dimaklumkan. 3. Pemenang akan diberitahu melalui surat, telefon, email dan laman web PKNNS. #Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan ini sila hubungi En. Muhamad Zulnizam di talian 06-761687/012-9062196 atau email ke zulnizam@ns.gov.my

Merintis Perubahan, Menjana Kemajuan

PERTANDINGAN MEREKABENTUK RUMAH KEDIAMAN Borang Penyertaan

Nama penuh [seperti dalam KP] : . Nama IPTA/IPTS : . No. ID Pelajar : . Tahun & Kod Pengajian : . No. KP [Baru] : Tarikh Lahir Jantina : : Warganegara Umur :................................. :.......

Alamat surat menyurat : .................................................................................................................................. ............................................................................................................................................................................... .. Telefon [R] E-mail : ................................. : [H/P] : .. FB : ..

Adalah saya dengan ini mengaku bahawa saya merupakan *pelajar/graduan dalam jurusan Senibina di IPTA/IPTS yang berkenaan dan segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar. *Potong mana yang tidak berkenaan **Sila lampirkan satu (1) salinan kad pengenalan dan kad pelajar (depan dan belakang)

Tandatangan

: ..

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai