Anda di halaman 1dari 6

Pendedahan seni halus Malaysia pada tahun 1930-an dan 1940-an hanya tertumpu pada karyawan di sekeliling mereka

dan penghasilan rakan seperjuangan. Karya mereka mentah dan tidak halus kerana tidak mendapat bimbingan Selepas WW2, Pulau Pinang muncul sebegai pusat daya tarikan para pelukis Pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang diketahui umum sebagai perintis yang menyarankan sumber-sumber serta asas-asas awal perkembangan seni halus di malaysia. Pada 1950-an, muncul pelukis-pelukis yang penting dan berpengaruh dalam sejarah seni Singapura seperti :
Cheong Soo Pieng, Chen Chang Swee, Chen Wen His, Georgette Chen, dan lain-lain

Kebanyakan mereka telah didedahkan kepada kesenian Barat, karya-karya mereka banyak menggunakan cat minyak. Mereka menampilkan ciri-ciri pertembungan budaya serta stail timur dan barat dengan subjek tempatan dalam gaya catan Impresionis, Post Impresionis, dan Kiubisme

Contoh gaya catan :


Post-Impresionis

Impresionis

Kiubisme

Mereka memperluaskan skop seni halus yang dahulu hanya dipengaruhi oleh genre catan landskap Romantis Inggeris dalam tradisi William Turner dan John Constable. Namun demikian, alam seni halus Malaysia masih berada dalam keadaan yang suram dan kurang memberangsangkan. Mujurlah kemunculan beberapa kumpulan dan persatuan pelukis telah memberi nafas kepada keadaan yang suram itu. Bergerak secara berkumpulan banyak mendorong pelukis membentuk visi yang serupa, melahirkan karya-karya yang berlandasan dan penuh makna, dan memperkembang dunia seni halus di tanah air.
Scarborough - William Turner The Mill Stream - John Constable

Persatuan seni lukis yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan seni lukis moden Malaysia :

I.

II.
III. IV. V.

Ditubuhkan oleh Peter Harris, tahun 1952 di Kuala Lumpur. Tema Seni Sebagai wadah Ekspresi Diri Objektif memperkenalkan estetika, cara seni lukis, alat dan media catan baru kepada ahli-ahlinya. Bertemu pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk lukis tubuh manusia, gubahan dan lakonan Ahli kumpulan Aktif - Peter Harris, Cheong Laitong, Patrick Ng Kah
Onn, Anthony Lau, Dzulkifli Buyong, Ismail Mustam Zakaria Noor.

VI. Gaya catan ahli berpelbagai, terdapat karya-karya aliran

Impresionis, Post Impresionis, dan Gaya tersendiri VII. Pernah dikatakan bahawa asas falsafah yang disemaikan telah menjadi tenaga pembimbing utama dalam bidang seni lukis di Malaysia pada hari ini.

Asalnya dikenali sebagai Majlis Kesenian Melayu, tubuh pada 1956 di KL. II. Nama ditukar menjadi Angkatan Pelukis Semenanjung pada tahun 1958 semasa Mohd. Hoessein Enas menjadi pengerusi. III. 1964, ditukar lagi menjadi Angkatan Pelukis se-Malaysia. IV. Objektif menyatupadukan pelukis dan peminat seni lukis. Mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia. Memelihara dan mengembangkan seni kebangsaan. Bekerjasama dengan pertubuhan kesenian, khasnya seni lukis kebangsaan dan antarabangsa amnya. V. Kelas potret, arca, grafik, seni dalaman pada hari Sabtu VI. Gaya catan banyak dipengaruhi oleh naturalis dan realis. VII. Semasa Syed Ahmad Jamal menjadi pengerusi, kelas-kelas diadakan untuk memberi konsep baru oleh pelukis terkemuka dan menganjurkan aktiviti dalam bidang seperti bentuk, warna, pengetahuan, dan lain-lain. VIII. Gaya karya ahli bertukar menjadi pelbagai atau campuran IX. Pelukis-pelukis terkenal Angkatan Pelukis se-Malaysia :
I. Mohd Hoessein Enas, Idris Salam, Mazli Mat Som, Mohd Salehudin, Syed Ahmad Jamal, Amron Omar, Zulkifli Dahalan, Zakaria Noor.

I. II. III. IV. V.

Ditubuhkan oleh Tay Hooi Keat pada tahun 1957 di Pulau Pinang Objektif memperkenalkan konsep seni lukis baru Kelas lukisan diadakan setiap Khamis dan Sabtu Aktiviti lain termasuk mengelolakan sesi perbincangan dan pameran Ahli-ahli yang aktif :
Tay Hooi Keat, Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Limtong Juen, William K.K Lau.