Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kajian ini merupakan penyelidikan terhadap metodologi penentuan hadth daf yang diaplikasikan oleh tokoh hadth kontemporari terkenal iaitu Muhammad Nsir al-Dn al-Albn. Penelitian kajian difokuskan kepada karya al-Albn yang bertajuk Silsilah al-Ahdth al-Dafah. Kajian tentang hadth daf dan kaedah penentuannya adalah perlu memandangkan penyebaran hadth daf dan mawd masih berlaku dalam masyarakat Islam. Fenomena ini memberi kesan negatif kepada masyarakat Islam dan boleh menyebabkan mereka mengamalkan ajaran yang tidak bersumberkan Rasulullah s.a.w. secara sah. Dalam konteks ini, al-Albn memberi perhatian serius mengenai bahaya penyebaran hadth-hadth daf dan mawd. Bagi menangani isu ini, beliau menghasilkan karya yang dapat memudahkan umat Islam mengetahui hadth-hadth daf dan mawd yang perlu dihindari oleh mereka. Karya ini merupakan salah satu karya beliau yang paling masyhur dan menjadi rujukan yang penting dalam bidang hadth. Namun demikian, ketokohan al-Albn menjadi perbahasan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji latar belakang hidup al-Albn dan proses pembentukan ilmu beliau hingga mampu melakar nama sebagai tokoh hadth tersohor. Selain itu, kajian ini bertujuan menyelidik penghasilan karya Silsilah al-Ahdth al-Dafah dan menganalisis metodologi yang diaplikasikan oleh al-Albn dalam penentuan hadth daf. Kajian yang dijalankan ini merupakan penyelidikan kualitatif. Dua kaedah utama digunakan dalam kajian ini ialah pengumpulan data dan analisis data. Pengumpulan data dilakukan menerusi kaedah kajian kepustakaan. Data-data dianalisis menerusi kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati al-Albn merupakan ilmuan terkemuka yang memiliki ketokohan dalam bidang hadth. Ketokohan beliau terletak kepada keupayaan inteleknya menghasilkan karya yang berteraskan hujah-hujah ilmiah yang didapati daripada penyelidikan yang dijalankannya. Penemuan kajian menunjukkan Silsilah al-Ahdth al-Dafah merupakan antara karya terbaik al-Albn yang boleh dijadikan rujukan untuk mengetahui hadth-hadth yang berstatus daf dan mawd. Ini kerana metodologi yang diaplikasikan oleh al-Albn dalam penentuan status hdth sebagai daf bertepatan dengan metodologi para ulama hdth terdahulu.

Anda mungkin juga menyukai