Anda di halaman 1dari 5

PEMUPUKAN KESEDARAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, sivik boleh didefinisikan sebagai ilmu

teterakyat, hak, perasaan tanggungjawab seseorang individu terhadap

masyarakatnya. Oleh itu, sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masayarakat di sekelilingnya. Hubungan di antara seseorang individu dengan masayarakat mempunyai norma-norma yang perlu diikuti. Norma-norma yang perlu diikuti ini merupakan sivik iaitu ilmu tatarakyat yang telah dijelaskan di dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Masyarakat yang mempunyai sivik yang baik ialah masyarakat yang mampu hidup dalam keadaan aman dan bertatasusila serta menghormati antara satu sama lain dari pelbagai aspek. Sebagai contoh dari aspek agama dan budaya. Selain itu sivik juga merangkumi perasaan tanggungjawab. Dalam konteks sesebuah negara dan masyarakat, setiap individu masyarakat mempunyai perasaan tanggungjawab terhadap negara dengan mengamalkan tingkah laku yang baik ketika berinteraksi dalam kalangan masyarakat sekeliling serta tidak melakukan perkara-perkara yang akan menjatuhkan maruah negara. Kewarganegaraan pula bermaksud kerakyatan. Kerakyatan merupakan perkara penting kerana kerakyatan sesebuah negara tidak akan diperoleh dengan sewenang-wenangnya. Kerakyatan diperolehi melaui beberapa cara sahaja. Kerakyatan sangat penting kepada seseorang individu bagi menjamin hak-hak yang seharusnya dinikmati oleh setiap individu tersebut sebagai rakyat atau warganegara. Sebagai warganegara atau rakyat kepada sesebuah negara, seseorang individu tersebut haruslah mempunyai semangat cintakan dan setia pada negara. Selain itu, sebagai warganegara yang baik juga haruslah sentiasa menjunjung matlamat negara dan sentiasa berusaha kea rah mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, pemupukan kesedaran sivik dan kewarganegaraan ini perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat kita kerana ianya dapat menanam sifat sifat yang baik dan terpuji dalam diri individu dan masyarakat bagi melahirkan sebuah masyarakat yang harmonis dan stabil tanpa sebarang kekacauan. Seseorang individu yang memiliki sifat-sifat yang baik tidak akan melakukan perkara-perkara yang akan menjejaskan nama baik negara serta menjatuhkan maruah negara. Sebagai contoh, membakar jalur gemilang iaitu bendera negara Malaysia yang seharusnya dihormati sebagai salah satu lambing negara kita. Sifat-sifat yang baik

ini juga dapat mendorong seseorang individu untuk berkelakuan baik dan menjadi warganegara yang diinginkan oleh sesebuah negara. Pemukukan kesedaran sivik dan kewarganegaraan ini juga dapat melatih seseorang agar menjaga maruah negara. Dengan adanya kesedaran sivik ini, masyarakat akan mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga nama dan maruah negara kerana baginya negara yang didiaminya menjadi tanggungjawab kepadanya sebagai salah seorang warganegara yang menginginkan kesejahteraan kepada negaranya agar produktiviti negara akan meningkat dan negara terus stabil serta makmur. Negara yang stabil dan makmur amat penting kepada masyarakat untuk terus hidup dengan selesa serta menjalankan apa sahaja aktiviti dan rutin harian dengan selamat tanpa ada rasa bimbang dan takut seperti di sesetengah negara yang berlaku peperangan dan pemusuhan. Selain itu, pemupukan kesedaran sivik dan kewarganegaraan ini bertujuan untuk menanamkan semangat hidup bermasyarakat serta cintakan negara kerana sivik mengajar kita mengenal cara hidup bermasyarakat dan juga mengenal hal-hal negara yang perlu diberi perhatian oleh para masyarakat agar semua masyarakat mempunyai rasa penghargaan kepada identiti negara dan sentiasa menjunjung identiti tersebut sebagai tanda penghormatan dan kesetiaan kepada negara. Pemupukan kesedaran sivik dan kewarganegaraan ini akan membawa kepada pembentukan good citizen iaitu sebuah masyarakat yang hidup dalam

keadaan damai, sejahtera, tenteram dan aman. Good citizen ini juga memaparkan sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan individu dengan kestabilan masyarakat. Oleh itu, good citizen ini boleh ditafsir sebagai masyarakat madani. Sebenarnya, untuk menjadikan sesebuah masyarakat itu sebagai good citizen bukanlah mudah kerana good citizen ini lahir sekiranya masyarakat tersebut mempunyai persefahaman antara satu sama lain dan sentiasa menghormati antara satu sama lainserta menerima adat dan budaya antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, konsep good citizen ini terbentuk berbeza mengikut masa, budaya, gender dan falsafah politik. Konsep good citizen berbeza mengikut masa dapat dilihat melalui dua zaman iaitu sebelum merdeka dan selepas merdeka. Memandangkan pendidikan merupakan medium kepada sesuatu perubahan, jadi

kita mengambil contoh dalam konteks pendidikan sebelum dan selepas merdeka. Pendidikan sebelum merdeka meliputi pengasingan empat jenis buah sekolah mengikut aliran yang berbeza-beza iaitu Sekolah Aliran Melayu, Sekolah Aliran Cina, Sekolah Aliran Tamil dan Sekolah Aliran Bahasa Inggeris. Semua sekolah ini dikenali sebagai sekolah vernakular kecuali sekolah Aliran Bahasa Inggeris yang dikenali sebagai sekolah non-vernakular. Keempat-empat sekolah ini menggunakan pengantar, sukatan pelajaran dan buku teks yang berlainan. Oleh itu,jelas sekali isi pembelajaran sekolah-sekolah ini berlainan. Pengasingan sisitem pendidikan ini telah menyebabkan murid dan guru tidak mengetahui sejarah dan warisan negeri serta tidak mengenali antara satu sama lain disebabkan mereka tidak berpeluang untuk berinteraksi antara satu sam lain. Dengan pengasingan ini juga menyebabkan good citizen tidak dapat dibentuk. Oleh itu, pengubahsuaian dalam sistem pendidikan perlu perlu dalam usaha untuk membentuk good citizen dalam kalangan masyarakat berbilang kaum ini. Maka, wujudlah dasar-dasar pendidikan yang mempengaruhi kepada pembentukan good citizen iaitu Laporan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961. Laporan Razak yang mewajibkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah rendah telah menggalakkan kepada pembentukan good citizen kerana pengetahuan dan kebolehan

berkomunikasi dalam bahasa yang sama membolehkan sesuatu interaksi berlaku. Hal ini sangat penting kerana interaksi antara pelbagai kaum member peluang setiap kaum ini mengenali kaum lain seterusnya membentuk good citizen berikut. Mengikut kepada syor Laporan Rahman Talib pula yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan universiti merupakan langkah yang bijak dalam membentuk good citizen kerana penggunaan satu bahasa sebagai alat komunikasi akan memudahkan sesuatu interaksi itu berlaku. Hal ini membolehkan kaum Cina dan India untuk berbahasa Melayu dengan fasih. Jadi, ketiga-tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan Indian lebih mudah untuk bergaul serentak. Pencampuran dan penglibatan semua kaum secara serentak menyumbang kepada pembentukan good citizen. Selain itu, Laporan Rahman Talib juga mengesyorkan pelajaran vokasional diperkenalkan. Dengan adanya pelajaran vokasional ini, peluang untuk pelajar-pelajar mendapatkan pendidikan akan lebih luas kerana skop pendidikan itu semakin terbuka dan tidak terhad kepada akademik sahaja. Oleh itu,

kadar keciciran semakin berkurangan

ekoran daripada wujudnya bbidang

vokasional yang banyak member manfaat kepada pelajar yang lemah dalam bidang akademik. Hal ini disebabkan peluang pekerjaan lebih terbuka dan jurang ekonomi dapat dikurangkan agar good citizen mudah dibentuk. Pendidikan vokasional ini terus diperluaskan lagi dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bermarlamat untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Oleh itu, antara strategi yang digunakan ialah dengan menggunakan kurikulum yang sama bagi setiap sekolah. Di samping itu, penggunaan buku teks dalam Bahasa Melayu juga merupakan langkah yang bijak dalam memantapkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agar semua mampu berbahasa Melayu bagi membentuk good citizen. Selain itu, penggunaan jadual waktu, sistem peperiksaan, sistem penggal persekolahan, dan sistem pentadbiran dan peraturan sekolah yang sama membantu kepada pembentukan good citizen kerana kesamaan ini akan memberi masa yang sama bagi setiap pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain walaupun berlainan sekolah. Contohnya, sekiranya sestem penggal persekolahan tidak sama, pelajarpelajar dari sekolah yang berlainan tidak dapat bertemu antara satu sama lain seterusnya mengenali antara satu sama lain. Good citizen berbeza mengikut budaya pula boleh dilihat melaui Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK). DKK telah menetapkan bahawa Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu orang Melayu. Selain itu, DKK juga menetapkan bahawa unsure kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Oleh itu, Kebudayaan Kebangsaan Malaysia bukan hanya melihat kepada budaya orang Melayu sahaja tapi turut mengambil kira budaya kaum-kaum lain yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam yang mana Islam merupakan unsur yang penting dalam kebudayaan sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Dengan tolak ansur wujud dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia ini menggalakkan kepada pembentukan good citizen kerana Kebudayaan Kebangsaan Malaysia ini meliputi budaya semua kaum tanpa ada bias terhadap sesetengah kaum sahaja. Setiap kaum bebas untuk mengamalkan kebudayaan tersebut.

Dalam konteks good citizen berbeza mengikut gender dapat dilihat apabila konsep good citizen ini telah terpatri diminda semua masyarakat Malaysia tidak kira lelaki mahupun perempuan. Oleh itu, secara tidak langsung konsep good citizen ini terbentuk kerana kemahuan individu itu sendiri. Jadi, dalam memartabatkan kedaulatan negara ini, lelaki dan perempuan memainkan peranan yang sama dan memikul pengorbanan yang sama demi kesejahteraan negara. Good citizen berbeza mengikut falsafah politik pula dapat dilihat melalui amalan rukun negara. Rukun negara telah digubal untuk membina masyarakat Malaysia yang toleran, damai, sejahtera, aman dan tenteram. Jadi, good citizen dapat dibentuk dalam kalangan masyarakat Malaysia ini telah berpandukan rukun negara yang mana dibina atas dasar untuk menyepadukan masyarakat. Interaksi dan hubungan yang baik dalam kalangan masyarakat akan membentuk good citizen. Individu dan masyarakat sentiasa berinteraksi dalam tiga bentuk iaitu dalam bentuk agen perubahan, kawalan sosial dan kontrak sosial. Kawalan sosial ialah segala amalan dalam kumpulan-kumpulan sosial yang menuruti norma-norma kumpulan berkenaan. Kawalan sosial melibatkan kawalan sosial formal dan tidak formal. Kawalan sosial formal lebih tertumpu kepada masyarakat yang lebih kompleks dengan bercirikan undang-undang dan peraturan. Kawalan sosial tidak formal pula lebih tertumpu kepada kumpulan kecil. Kontrak sosial ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau hujah antara dua pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan. Di malayisa, kontrak sosial wujud diantara orang Melayu, Cina dan India. Masyarakat berinteraksi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu kontrak sosial yang akan membawa kebaikan bersama. Kesimpulannya, pemupukan kesedaran sivik dan kewarganegaraan memberi kesan positif kepada individu, masyarakat dan negara. Ia adalah untuk membentuk suatu suasana hidup bermasyarakat yang makmur dan tenteram agar negara dapat membangun dengan seimbang dan pesat seiring arus pembangunan global.

Anda mungkin juga menyukai