Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ________________________________________________________ HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN ________________________________________________________ KELEMAHAN DAN KELEBIHAN SISITEM

PENDIDIKAN DAN CADANGAN PELAKSANAAN SISTEM PENDIDIKAN SEKARANG DAPAT DIPERTINGKATKAN DEMI MENCAPAI KESEFAHAMAN, TOLERANSI DAN PERPADUAN ANTARA GOLONGAN ETNIK.
NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL TUTORS NAME PUSAT PEMBELAJARAN : : : : : 780424085416001 012-5552985 meeff158158@hotmail.com ANUAR BIN PUTEH HARUN PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

780424-08-5416

MEI 2012 SEMESTER

HBEF1503

Daftar Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 1.1 Ciri-ciri Masyarakat Majmuk Di Malaysia 1.2 Dasar Pendidikan Malaysia 2.0 Definisi 2.1 Definisi Integrasi dan Perpaduan 2.2 Definisi Etnik (Kaum) 2.3 Definisi Masyarakat Majmuk 3.0 Penyataan Masalah 4.0 Kekuatan Dasar dan Falsafah Pendidikan 5.0 Kelemahan Dasar dan Falsafah Pendidikan 6.0 Cadangan Memperbaiki dan Mempertingkatkan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara. 6.1 Memantap lagi Pelaksanaan Integrasi Etnik Di Sekolah 6.2 Pengutamakan Sukan

Muka Surat 2-3 3-6 7

8 9 - 11 12 - 13 14 -16

6.3 Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 6.4 Perlaksanaan Sekolah Wawasan 7.0 Kesimpulan Rujukan 17 - 19 20 - 21

HBEF1503 1.0 Pengenalan 1.1.Ciri-ciri Masyarakat Majmuk Di Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang makmur dan aman damai. Malaysia adalah sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain. Ini disebabkan keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum. Menurut buku Furnivall (1956)yang bertajuk Colonial Policy and Practise:A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan Kepulaunan Jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia iaitu Cina, Eropah, India dan penduduk asli(bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi tidak berpadu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik. Golongan manusia ini berpegang kepada kebudayaan, bahasa, idea, keadaan sendiri dan agama. Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum selain tiga komuniti etnik yang terbesar seperti Orang Asli, kaum Serani, Bajau, Kadazan, Muru, Kedaya, Iban, Melanau dengan berbagaibagai bahasa dan dialeknya. Masyarakat di Malaysia mempunyai hak pendidikan dalam bahasa ibunda mereka tetapi tetap mengiktiraf Bahasa Malayu sebagai Bahasa Kebangasaan. Masyarakat majmuk di Malaysia bebas untuk mengamalkan kepercayaan dan agama masingmasing walaupun agama Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. Masyarakat Malaysia menganut agama Hindu, agama Islam, Buddha, Konfusios, Taois dan Kristian. Kebebasan beragama yang dilaksanakan di Malaysia tidak menyebabkan kehidupan masyarakat majmuk di dalam keadaan berpecah-belah seperti negaranegara yang dilanda krisis kini. Sungguhpun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing terdapat juga semangat keharmonian dan persefahaman kaum yang erat. Konsep akomodasi menjadikan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik kerana hubungan antara etnik saling membuat penyesuaian dan bebas mengamalkan budaya masingmasing dalam suasana harmoni. Masyarakat Malaysia juga berkongsi dari segi Masyarakat Malaysia mempunyai perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan.

perasaan riang apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum.

HBEF1503 Kemerdekaan juga dapat merapatkan hubungan antara etnik melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dapat melahirkan rakyat mempunyai perasaan patriotism dan saling bekerjasama. Masyarakat Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Hal ini telah melambangkan jati diri rakyat yang berbilang kaum. Makanan tersebut adalah pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum. Di samping itu, rakyat Malaysia mempunyai pakaian tradisi masing-masing. Jenis pakaian tradisi yang didapati di masyarakat Malaysia majmuk ialah baju melayu, cheongsam, sari, buju kurung dan lain-lain lagi. Kaedah pemakaian memainkan peranan mustahak dalam menentukan perbezaan kedudukan atau martabat sesetiap kumpulan dalam kaum Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan dan kaum etnik kecil yang lain di Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia boleh dicirikan dari segi pemisahan fizikal dan kepelbagaian budaya. Pengenalan kaum melalui kekurangan kontrak, pekerjaan, sosial dan munculnya satu golongan etnik yang dominan dari segi politik. Terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia tetapi di bawah sistem politik yang sama. Di Malaysia, tiga etnik yang terbesar ialah Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India. Mereka mengamalkan kebudayaan adat resam, bahasa dan agama masing-masing. Tiga kumpulan etnik ini bersatu di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berlembagaan dan di atas satu ikatan kerakyatan dengan satu kaedah hidup yang dipersetujui bersama. 1.2 Dasar Pendididkan Malaysia Bagi setiap negara yang telah mencapai kemederkaan, perkara yang mustahak dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari bidang ekonomi, politik dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanan sistem pendidikan negara. Untuk menjadikan kanak-kanak sebagai insan yang berjaya, sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara agak penting. Di Malaysia, dasar pendidkan mempunyai peranan yang paling mustahak dalam menetukan hala tuju sistem pendidikan negara. Dasar ini juga dikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pada tahun 1956, Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran serta mengesyorkan beberapa 4

HBEF1503 perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Panyata Razak. Ia dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sisitem pendidikan kebangsaan untuk negara Malaysia. yang berikut: a. semua. b. utama. c. Hasrat untuk mengadakan kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling Malaysia dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. d. Hasrat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan itu dengan (Tajuddin, 2005) Pada tahun 1959, jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Tujuan perlantikan jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak. Cadangan yang pertama ialah menjadikan Bahasa Malayu sebagai bahasa penghantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan Cina dan Tamil. Semua murid wajib lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam. Kertas peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Tujuannya ialah memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat yang majmuk ini. Cadangan kedua ialah mencadangkan umur persekolahan murid-murid dinaikkan daripada 12 tahun ke 15 tahun. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah pengangguran dan masalah sosial jika murid-murid berhenti sekolah terlalu awal. Cadangan ketiga ialah memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan( aliran Bahasa Melayu ) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan(aliran Bahasa Inggeris). Sekolah yang ingar terhadap sistem pendidian kebangsaan, bantuan kewangan terhadap sekolah tersebut akan ditarik balik. Selain daripada itu, sekolah 5 mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. Hasrat bahawa matlamat akhir Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar Hasrat hendak membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi Antara ciri-ciri terpenting dasar tersebut yang sudah digunakan sebagai garis panduan dalam segala usaha pembangunan pelajaran sejak waktu itu ialah

HBEF1503 vokasional ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan jurusan. Kemudian , Laporan ini dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya , Laporan Razak diperkenalkan pada tahun 1966. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah cina , sekolah Inggeris dan Tamil boleh menggunakan bahasa penghantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah. Kemudian, perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap pertama(1963-1965), Tahap Kedua(1966-1970) dan Tahap Ketiga(1971-1975). Tahap pertama adalah tahap pelaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap Kedua ialah tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia bertujuan untuk menyelesaian masalah ekonomi dan sosial. Matlamat yang lain ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangasaan bagi memupuk perpaduan, politik dan kebudayaan, selesa kepada semua pelajar dan menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik , meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara dan melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Tahap yang ketiga merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih pekerja yang mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru(DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan mustahak bagi menggalakkan perpaduan. Selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969, Jawatankuasa Kabinet 1974 telah diperkenalkan. Objektifnya ialah menilai pelaksanaan dasar pelajaran kebangasaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara. Objektif yang kedua ialah mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapt melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Kandungan Laporan ini temasuk penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), kenaikan darjah secara automatik, penekanan terhadap sekolah vokasional, sukatan pelajarn sekolah swasta, bahasa melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan dan penekanan terhadap kokurikulum dan berdisiplin sebagai asas berpaduan. Kesan 6

HBEF1503 Laporan Jawatankuasa Kabinet ialah wujud pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Baru Sekolah Rendah(KBSR)1982, pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) 1988 dan penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. (Tajuddin, 2005)

HBEF1503

2.0 Definisi 2.1 Definisi Integrasi dan Perpaduan Menurut Osman(1989), integrasi ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara lalui ideologi negara agar setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat adalah sebahagian komponen yang mustahak daripada pembangunan negara. Maka, penting bagi rakyat meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia. 2.2 Definisi Etnik (Kaum) Menurut Ismail et. al.(2011), etnik dalam bahasa asal Greek yang membawa maksud kumpulan manusia atau bangsa. 2.3 Definisi Masyarakat Majmuk Menurut tokoh antrolopogi terkenal Furnival(1944), telah mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai kumpulan etnik yang tinggal di bawah satu unit politik tetapi tidak bersatu padu. Perhubungan masyarakat majmuk cumalah didasari oleh hubungan ekonomi dan di antara mereka tidak ada zam sosial bersama serta tiadanya ikatan normatif. 2.4 Definisi Pendidikan Menurut Sidin (1994), beliau menyatakan pendidikan dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan dan pegangan ekuiti.

HBEF1503

3.0 Penyataan Masalah Berdasakanhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/460 -nkra-pendidikan/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html, kalau kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan Tanah Melayu berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Tanah Melayu dahulu terikat dengan pendidikan yang dilaksanakan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri. Pada masa itu, pihak British memberi keutamaan kepada pendidkan Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu ditawarkan untuk ditawar jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dipanggil sebagai pendidikan vernakular. Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya dan buku teks berasal dari China. Orang Cina mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.Pendidikan kaum India pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakan sekolah Tamil pada masa itu terletak di kawasan ladang getah .Sekolah Inggeris dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan British. Sekolah-sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Di samping itu, sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain mengaibatkan perpecahan perpaduan kaum berlaku. Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara para kaum agar perpaduan kaum tidak berlaku. Kalau perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara kaum dan sekali gus menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak mementingkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada sebarang dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang mustahak bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada sekumpulan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

HBEF1503 Kesimpulannya, perbezaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu. 4.0 Kekuatan Dasar dan Falsafah Pendidikan Dasar awam didefinisikan apa sahaja pemilihan kerajaan, sama ada untuk membuat sesuatu atau tidak membuat sesuatu(Jan-Erik Lane, 2000). Menurut Penyata Razak(perenggang 12, 1956), bahasa jiwa bangsa. Bahasa boleh mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum yang sedia ada di Malaysia. Perkara ini menjadi salah satu prasyarat yang membawa kepada pembinaan negara bangsa seperti dimpikan pemerintah pada hari ini. Bahasa Melayu yang diguna secara umum untuk berbicara supaya mempercepatkan proses pemindahan maklumat, ia juga berupaya mengelakkan rasa curiga, salah tafsir dan memperkaya informasi. Strategi ini dijalankan tanpa menidakkan bahasa-bahasa ibunda kaum lain upamanya Bahasa Tamil dan Bahasa Cina. Maka, Bahasa Melayu merangkap Bahasa Kebangsaan . Ia perlu digunakan secara optimum dalam urusan rasmi sekolah dan sesi pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Laporan 1974 Jawatankuasa Kabinet: Peluang bagi semua melanjutkan persekolahan dari umur 7 hingga 15 tahun ke atas Menyedari kepentingan pendidikan dalam memanusiakan manusia, kerajaan Malaysia melalui dasar ini sudah menyedikan platform yang cemerlang bagi kanak-kanak dari umur 7 hingga 17 tahun untuk mendapatkan pendidikan asas. Pendidikan asas ini dibekalkan dalam 2 peringkat iaitu peringkat sekolah rendah yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Seolah Rendah(KBSR) selama 6 tahun dan peringkat menengah yang berpandukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) selama 5 tahun. Di samping itu, terdapat dua peperiksaan rasmi mengisi jeda transisi setiap peringkat iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Peperiksaan ini membolehkan semua pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang memasuki sekolah dan institusi pengajian tinggi yang baik dan cita-cita mereka akan dicapai. Mengikut Laporan 1974 Jawatankuasa Kabinet: Penegasan kepada pendidikan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Melalui KBSR, kemahiran menulis, membaca dan mengira ditekankan. Hal ini merupakan sisi fundamental segala ilmu bagi semua rakyat. Jika pelajar-pelajar tanpa asas kemahiran-kemahiran asas ini akan mengalami 10

HBEF1503 kesukaran dalam berhadapan dengan dunia berasaskan ilmu pengetahuan pada masa kini. Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sudah menjalankan program tintis Kelas Bermasalah Pembelajaran Ringan KBSR di 71 buah sekolah pada tahun 2004. Program ini diganti dengan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Murid gagal menguasai Menulis(KIA2M) bagi murid tahun satu pada tahun 2006.

kemahiran ini akan mengikuti Kelas Pemulihan Khas. Berdasarkan usaha tersebut, ia merupakan langkah yang baik dalam menangani permasalahan pelajar dari peringkat asas. Ia merupakan salah langkah yang baik untuk menyatu padu kerana bersama-sama membasmikan buta huruf tanpa mengira kaum. Falsafah pendidikan negara merupakan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di negara kita. berikut : " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah Falsafah pendiidkan kebangsaan kita adalah seperti

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara " Falsafah pendidikan negara Malaysia mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. Perubahan yang pertama ialah Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada sistem keseimbangan dan kesepaduan. Maka, konsep-konsep seperti penggabungjalinan dan penyerapan sentiasa dititik beratkan. Perubahan yang kedua ialah penekanan diberikan kepada nilai-nilai murni. Ia sepatutnya diserapkan dalam setiap mata pelajarn yang diajar di seolah. Seterusnya, program pendidikan disusun dengan tujuan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani menurut kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. pendidikan yang mementingkan pendidikan umum dilaksanakan. 11 Program Selain itu, penekanan

HBEF1503 diberikan kepada pendidikan vokasional dan teknik, penekanan diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum, pemupukan budaya keusahawan dan budaya niaga ditegaskan. Perubahan yang kemudian ialah pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan dan peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris. Ia juga menekankan keyakinan individu(Kamaruddin, 1994). Dalam tahun 1960 Penyata Tahman Talib yang merupakan semakan semula Penyata Razak 1956, ia juga sudah menitikberatkan perlunya kurikulum sekolah desesuaikan dengan fenomena dan keperluan negara. Usaha yang sungguh-sungguh sudah diambil tindakan untuk menyemak dan memperbaharui sukatan-sukatan pelajaran supaya dapat membantu dan memupuk pentingan rakyat Malaysia. Mata pelajaran yang baru diperkenalkan berkait rapat dengan kehidupan masyarakat ialah mata pelajaran Tatarakyat, Pendidikan Moral, Sejarah dan Ilmu Alam. diwajibkan di semua sekolah. Mata pelajaran Tatarakyat Kementerian juga sedang merancang untuk

memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Moral. Perkara yang dititikberatkan dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia adalah pemahaman tentang fenomena masyarakat bagi membentuk sikap bertoleransi bekerjasama dan saling bersefahaman di antara kaum. Selain daripada itu, murid-murid juga dididik supaya tahu, berbangga dan menghormati lambang-lamang kebangsaan. Di sekolah-sekolah , pengibaran bendera kebangsaan yang disertai dengan nyayian lagu kebangsaan Negaraku diadakan setiap awal dan hujung munggu. Dengan cara ini telah menimbulkan rasa kekitaan dan cinta negara.

12

HBEF1503

5.0 Kelemahan Dasar Pendidikan dan Falsafah Pendidkan Di Malaysia Penyata Razak 1956: Hasrat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan itu dengan mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. Hasrat untuk mengadakan kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling Malaysia dengan mewujudkan sukatan pelajaran sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. Mengikut kandungan penyata tersebut, penyelarasan sistem pendidikan untuk semua jenis sekolah, baik daripada segi kurikulumnya, peperiksaan dan penilaian bermatlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu pada walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berlainan. Walau bagaimanapun, dasar ini juga wujud kelemahan. Masalah yang timbul di kalangan semua pelajar adalah nilai ilmu dalam hidup mereka. Ramai pelajar pada hari ini suka merendahkan nilai ilmu kepada markah-markah yang diperuntukkan dalam helai-helai kertas soalan peperiksaan. Kebanyakkannya gagal melihat peri mustahak dan kegunaan ilmu itu secara praktikal dalam kehidupan. Ada sesetengah pelajar juga hanya belajar untuk mendapat markah yang cemerlang tanpa mengetahui tujuan belajar. Perkara ini mungkin didorong oleh persepsi yang sudah terbina dalam masyarakat kini; seolah-olah kejayaan mutlak adalah berdasarkan bilangan A yang berjaya diperolehi dalam peperiksaan mereka. Akibat daripada kegilaan mengumpul A ini, pelajar-palajat mengalami tekanan dan rasa malu jika mendapat keputusan yang cemerlang. Akhirnya, ada sesetengah pelajar menggantung diri selepas mendapat keputusan yang tidak begitu baik. Falsafah pendidkan menekanan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pada hari ini, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Kita mendapati hanya 80 peratus pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah yang menyertai aktiviti ini. Untuk menggalakkan penyertaan murid dalam korikulum, ianya sudah dijadikan syarat kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam. Cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar dan memperluaskan pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada peringkat pendidikan. Ini kerana pelajar-pelajar yang menyertai kegiatan kokurikulum akan dipupuk semangat.

13

HBEF1503 Untuk mencapai matlamat perpaduan negara, Akta Pendidikan1961 yang diasaskan daripada Laporan Razak Laporan Rahman Talib mengariskan tiga asas utama iaitu penggunaan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa utama, sistem pendidikan seragam dan kurikulum serta peperiksaan sekolah yang sama dari segi isi kandungannya dan bercorak kebangsaan. Kerajaan berusaha melaksanakan satu sistem pendidikan kebangsaan yang menjadi salah satu teras pembinaan negara bangsa melalui Akta Pendidikan 1961. Akibat daripada pelaksanaan dasar pendidikan penting dalam Akta Pendidikan 1961, sekolah-sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Inggeris semakin diubah kepada sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Pada masa itu, sekolahsekolah Cina turut menerima kesan kepupusan kerana Akta Pendidikan 1961 cuma membenarkan satu bahasa rasmi sahaja yang digunakan dalam peperiksaan umum di sekolah menengah. Sekolah menengah juga disyaratkan menggunakan kurikulum kebangsaan jika ingin mendapat bantuan kerajaan. Fenomena tersebut meresahkan kaum Cina di Malaysia khususnya di akhir tahun 1960-an. Isu pendidikan dan bahasa kebangsaan telah menggugat proses pembinaan bangsa secara tidak langsung. Maka, peristiwa perbalahan kaum 13 Mei 1969 memberi pengajaran kepada kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah-masalah yang menyebabkan pertembungan antara etnik. Di samping itu, kerajaan Malaysia memperkenalkan dua hal asas penting mulai tahun 1970. Asas yang diperkenalkan ialah Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk menekankan keseimbangan kaum. Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran juga merupakan salah salah satu kelemahan Dasar Pendidkan Kebangsaan. Kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem Isu-isu berkenaan dengan sistem pendidikan persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. persekolahan seringkali dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan baru. Di samping itu, setiap keputusan yang diambil seringkali dipengaruhi oleh politik Malaysia yang bermula sejak zaman penjajahan lagi. Kita mengetahui pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah ini. Sistem persekolahan Malaysia pada hari ini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. (Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice)

14

HBEF1503

6.0 Cadangan Memperbaiki dan Mempertingkatkan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara. Berikut adalah Cadangan yang bernas dan jitu dalam memperbaiki dan mempertingkatkan pelaksanan dasar pendidikan negara. 6.1 Memantap lagi Pelaksanaan integrasi etnik di sekolah Di negara Malaysia, berbagai-bagi cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pendidikan Malaysia yang menggunakan sukatan pelajaran , peperiksaan, buku teks, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang seragam. Upamanya, Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan supaya pelajar dapat memahami tentang keperluan sosial, moral, agama dan kepercayaaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-pelajar dapat bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat melalui kerja luar, kegiatan kokurikulum ataupun semasa di dalam kelas. Dengan aktiviti-aktiviti tersebut, agak mudah untuk guru memupuk nilai berganding bahu antara etnik dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain. Tindakan dan strategi ini dan sebahagian daripada dasar telah dilaksanankan dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Sebagai contohnya, dasar penggunaan Bahasa Malayu sebagai penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurannya sudah mewujudkan generasi dari pelbagai bangsa yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimanapun di masa ini cabaran terhadap bahasa Malayu sebagi bahasa perpaduan antara etnik kadang-kadang dapat dilihat jelas. Sungguhpun Dasar Pendidikan Kebangsaan membenarkan sekolah dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua sekolah sebagai alat integrasi tercapai. Di samping itu, Rancangan Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan Malaysia harus terus meperkuatkan sisitem pendidikan untuk memupuk perpaduan negara, misalnya dalam Rancangan Ketiga penekanan utama, pembentukan keperibadian pembahagian sumbersumber negara dengan lebih adil dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan pada akhir tahun 1960-an. Maka, Pembahabaruan 15

HBEF1503 Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk intergrasi antara pelbagai kaum perlu disegerakan. 6.2 Pengutamakan Sukan Sukan adalah salah satu elemen perpaduan tanpa mengira ideologi. Ia juga menyemarakkan semangat patriotik di kalangan pelajar atau rakyat. Sukan dilaksanaan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di masyarakat yang majmuk di Malaysia. Matlamat yang utama bagi hari sukan adalah mewujudkan Pada hari semangat kekitaan perpaduan diantara pelajar-pelajar dan persefahaman.

sukan, para pelajar akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti perarakan, permainan dan perhiasan khemah dengan bekerjasama tanpa mengira kaum tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Aktiviti sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja tetapi memberi peluang seluas-luasnya untuk mereka yang berminat. Melalui cara ini, sukan menuju ke arah perpaduan di antara pelajar yang berbilang kaum. Maka, sukan adalah kativiti kokurikulum amat perlu digalakkan oleh kerajaan negara kita. Kerajaan patutlah menubuhan lebih banyak lagi yang seperti Majlis Sukan Sekolah-sekolah. Melalui Majlis Sukan Sekolah-sekolah yang telah ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dapat memperbanyakkan pertandingan sukan antara sekolah dan kebangsaan. Kaedah ini dapat mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri. 6.3 Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Rancangan Integrasi Murid-murid merupakan salah satu aktiviti yang memupuk semangat perpaduan di antara pelbagai etnik di Malaysia. Rancangan Integrasi Murid-murid Sekolah memainkan peranan yang lebih berkesan kalau kegiatan-kegiatan khas dijalankan bersama di antara ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan iaitu sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil terutamanya sekolah-sekolah yang terletak di dalam satu kawasan yang berhampiran. Rancangan ini adalah rancangan kegiatan-kegiatan yang tidak akan menjejaskan keperipadian serta kedudukan ketiga-tiga jenis sekolah rendah. Sebaliknya, rancangan ini akan mempertingkatkan lagi kerjasama di antara ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam usaha usaha yang mendatangkan faedah dan kepentingan 16

HBEF1503 bersama. Melalui rancangan ini, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan

pergaulan, kesefahaman, bekerjasama, tolong menolong muhibah dan toleransi. Selain daripada itu, penggunaan peralatan dan kemudahan ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenanan secara bersama dengan maksima. (Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid-Murid Bahagian-bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.) 6.4 Perlaksanaan Sekolah Wawasan Perlaksanaan Sekolah Wawasan merupakan satu cadangan bagi memupukan perpaduan antaran berbilang bangsa di Malaysia. Sekolah Wawasan merupakan sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu tempat yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Matlamat pernubuhan seklah ini adalah untuk mewujudkan semangat bersatu padu di antara murid yang berlainan agama dan etnik. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi antara para pelajar melalui pelaksanaan aktiviti dan perkongsian kemudahan sekolah. Sekolah Wawasan akan membolehkan para pelajar yang berbilang bangsa menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama, upamanya perpustakaan, kantin, gelanggang permainan dan sebagainya. Jawatankuasa penyeralas ditubuh supaya menyelenggarakan segala perkara seperti keceriaan, kebersihan dan keselamatan pelajar. Konsep Sekolah Wawasan yang dicadang dapat merapatkan hubungan pelajar dari pelbagai bangsa walaupun berlainan aliran persekolahan.

17

HBEF1503

6.0 Kesimpulan Membina sebuah negara-bangsa yang sempurna bukan satu tugas yang mudah dilaksanakan seperti negara kita, Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari latar budaya, sejarah dan bahasa yang berlainan serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan berbeza menyumbang kepada wujudnya persoalan dan masalah yang kompleks. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang makmur dan aman damai. Malaysia adalah sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain. Ini disebabkan keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum. Menurut buku Furnivall (1956)yang bertajuk Colonial Policy and Practise:A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan Kepulaunan Jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia iaitu Cina, Eropah, India dan penduduk asli(bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi tidak berpadu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik. Golongan manusia ini berpegang kepada kebudayaan, bahasa, idea, keadaan sendiri dan agama. Melalui pengalaman sejarah yang disalurkan terutamanya melalui sektor pendidikan impian untuk membentuk negara bangsa yang selama ini berteraskan kepada bangsa idaman mungkin akan menjadi kenyataan. Dasar Pendidkan juga merupakan asas pembentukan sistem pendidikan. Selepas mencapai kemerdekaan, seluruh rakyat telah mengakui bahawa pendidikan adalah faktor terpenting untuk mengisi dan mendewasakan kemerdekaan itu kelak. Pada tahun1956, Penyata Razak dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan untuk Malaysia. Setelah berkembang selama tiga tahun, sistem pendidikan Malaysia dan dasarnya teleh disemak semula iaitu dalam tahun 1960. Semakan semula ini telah menghasilkan Laporan Rahman Talib 1960. Sebagai satu usaha hendak memperkemaskan lagi dan merumus dasar pendidikan Malaysia, kesemuaan yang diterima dari Penyata Razak 1965 dan yang baru di saran oleh laporan Rahman Talib 1960 itu telah dimuatkan ke dalam suatu pertuntukkan undang-undang Pelajaran kemudian dikenali sebagai Akta Pelajaran 1961. Pada tahun 1974, kerajaan Malaysia telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kabinet. Ia bertujuan untuk mengkaji semula pelaksanaan dasar sistem pendidikan kebangsaan Malaysia. Tujuan Jawatankuasa bukan lah hendak mneggubal sesuatu yang baru atau dengan hendak merombak semula segala prinsip dan asas-asas sistem pendidikan kebangsaan. Dasar dan asas-asas itu tetap tidak berubah dan tetap akan menjadi teras panduan dalam segala pelaksanaan pelajaran di Malaysia. 18

HBEF1503 Laporan ini berbincang dengan kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada sistem pendidikan negara kita terutamanya sekali dalam memupuk kesepaduan kaum dan etnik. Kekuatan yang pertama, bahasa boleh mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum yang sedia ada di Malaysia. Perkara ini menjadi salah satu prasyarat yang membawa kepada pembinaan negara bangsa seperti dimpikan pemerintah pada hari ini. Kekuatan yang kedua didapati ialah mengikut Laporan 1974 Jawatankuasa Kabinet, kerajaan Malaysia melalui dasar ini sudah menyedikan platform yang cemerlang bagi kanak-kanak dari umur 7 hingga 17 tahun untuk mendapatkan pendidikan asas. Pendidikan asas ini dibekalkan dalam 2 peringkat iaitu peringkat sekolah rendah yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Seolah Rendah(KBSR) selama 6 tahun dan peringkat menengah yang berpandukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) selama 5 tahun. Maka, masalah sosial dapat dikurang dan mewujudkan perpaduan kaum. Kekuatan yang ketiga ialah mengikut Laporan 1974 Jawatankuasa Kabinet: Penegasan kepada pendidikan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ia merupakan salah langkah yang baik untuk menyatu padu kerana bersama-sama membasmikan buta huruf tanpa mengira kaum. Kekuatan yang keempat ialah Falsafah pendidikan negara merupakan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di negara kita. Perubahan yang pertama ialah Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada sistem keseimbangan dan kesepaduan. Kekuatan yang kelima ialah dalam tahun 1960 Penyata Tahman Talib yang merupakan semakan semula Penyata Razak 1956, ia juga sudah menitikberatkan perlunya kurikulum sekolah desesuaikan dengan fenomena dan keperluan negara. Perkara yang dititikberatkan dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia adalah pemahaman tentang fenomena masyarakat bagi membentuk sikap bertoleransi bekerjasama dan saling bersefahaman di antara kaum. Kelemahan dasar pendidikan yang pertama ialah mengikut kandungan Penyata Razak, penyelarasan sistem pendidikan untuk semua jenis sekolah, baik daripada segi kurikulumnya, peperiksaan dan penilaian bermatlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu pada walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berlainan. Walau bagaimanapun, dasar ini juga wujud kelemahan. Masalah yang timbul di kalangan semua pelajar adalah nilai ilmu dalam hidup mereka. Kelemahan yang kedua ialah Falsafah pendidkan menekanan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pada hari ini, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeruluh. Maka, semangat perpaduan tidak dapat dipupuk. Kelemahan yang ketiga ialah Isu pendidikan dan bahasa kebangsaan telah 19

HBEF1503 menggugat proses pembinaan bangsa secara tidak langsung. Maka, peristiwa perbalahan kaum 13 Mei 1969 memberi pengajaran kepada kerajaan Malaysia utnu mengatasi masalah-masalah yang menyebabkan pertembungan antara etnik. Kelemahan yang keempat ialah Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran juga merupakan salah salah satu kelemahan Dasar Pendidkan Kebangsaan. Sistem persekolahan Malaysia pada hari ini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. Cadangan yang bernas dan jitu dalam memperbaiki dan meningkatkan pelaksanaan Dasar pendidikan negara yang pertama ialah memantap lagi pelaksanaan integrasi etnik di sekolah. Pembahabaruan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan kelemahankelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk intergrasi antara pelbagai kaum perlu disegerakan. Cadangan yang kedua ialah sukan adalah salah satu elemen perpaduan tanpa mengira ideologi. Ia juga menyemarakkan semangat patriotik di kalangan pelajar atau rakyat. Cadangan yang ketiga ialah elaksanaan Rancangan Integrasi Murid-murid Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).

merupakan salah satu aktiviti yang memupuk semangat perpaduan di antara pelbagai etnik di Malaysia. Cadangan yang kelima ialah Perlaksanaan Sekolah Wawasan. Ia merupakan satu cadangan bagi memupukan perpaduan antaran berbilang bangsa di Malaysia. Sekolah Wawasan merupakan sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu tempat yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Selepas menyiapkan laporan ini, saya dapati lebih memahami Dasar Pendidikan Malaysia dan saya berharat cadangan-cadangan yang saya cadangkan dapat memperbaiki kelemahan dasar pendidikan negara kita .

Rujukan 20

HBEF1503 Furnivall, J.S (1956). Colonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia). Ismail,M.Y.(2011). HBEF1503 Masyarakat Dan Tamadun :Budaya dan Masyarakat. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Kamaruddin,H. H.(1994). Asa endidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman. Jan-Erik Lane. (2000). The Public Sector: Concept, Models, and Approaches(3th). London: SAGE Publisher. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.(1988). Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Osman,S.(1989). Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia. Selangor:Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuddin,H.(2005). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) 2005:Dasar Pelajaran Kebangsaan:Perkembangan Dari Penyata Razak (1956) Ke Laporan Jawatankuasa Kabinet(1979). Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd. Sidin, R. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio: Merrill Publishing Company Akta Pendidikan 1961,(1984). International Law Book Service. Kuala Lumpur. Falsafah Pendidikan Malaysia(2009). [Internet]. Sumber: http://web.jiaozong.org.my/doc/2009/rnr/edu_law/falsafah_pendidikan_negara.pdf [2012, Jun 12] Azrin, M.K.A.(2011). Sosiohumanika: Sistem Pendidikan di Malaysia Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan Ke Arah Perpaduan Nasional,4(1). [Online]. Sumber: http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf. [2012, Jun 12] Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid-Murid Bahagian-bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. [Internet]. Sumber: http://www.djz.edu.my/resource/images/doc/ProgramSekolahIntegrasi/Buku%20Pand uan%20Rancangan%20Integrasi%20Murid-Murid.pdf Draf. [2012, Julai, 8]

21

HBEF1503 Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan (2012).[Internet]. Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/460-nkra-pendidikan/11743-dasardasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html. [2012, Jun, 8]

22

Anda mungkin juga menyukai