Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH RINGKAS MASJID JAMIK KIYAI HJ.

ABDUL JABBAR

Sebelum masjid ini dibina, sebuah surau berlantaikan batang pinang dan beratap nipah seluas 30 kaki persegi telah pun didirikan di atas tanah Tn. Hj. Yusof bin Othman yang terletak 100 meter daripada tapak yang ada sekarang. Surau ini dikenali sebagai Surau Parit Raja. Kemudian, atas usaha Allahyarham Tn. Hj. Yusof Bin Othman, Tn. Hj Sharif, Tn. Hj. Abdul Jabbar(Wak Imam), Tn. Hj. Ahmad Shah bin Hj. Abdul Jabbar, Tn. Hj Hamdan bin Rahmat dan beberapa orang lagi telah mengumpulkan wang sebanyak RM200.00 untuk menebus sebidang tanah daripada ceti sebagai tapak surau yang baru. Setelah proses penebusan selesai, surau yang baru dibina di atas tanah tersebut pada 1 Rajab 1378H bersamaan 10 Januari 1959 dan siap pada 20 Muharram 1379 Hijrah bersamaan 26 Julai 1959. Kos membina surau tersebut adalah RM17,875. Tn. Hj. Ahmad Shah sendiri menyumbangkan RM10,000 hasil dari wang persaraan yang telah diterimanya sebaik saja bersara dari jawatan Qadi di Jabatan Agama Johor. Di antara tukang-tukang yang membina surau tersebut adalah Tn. Hj. Yusof bin Othman, Tn. Hj. Mokhtar dan Tn. Hj. Salimin. Nama surau ini masih kekal dengan nama Surau Parit Raja.

Pada 28 Ogos 1986, atas usaha Tn. Haji Hamdan bin Rahmat, surau ini telah dinaikkan taraf kepada masjid. Untuk menghargai jasa Tn. Hj. Ahmad Shah bin Hj. Abdul Jabbar yang memajukan surau ini dan juga sebagai bekas Qadi Besar Negeri Johor, maka masjid ini dinamakan Masjid Jamik Hj. Ahmad Shah.

Pada 29 Mei 2009, DYMM Baginda Sultan Johor (Almarhum Sultan Iskandar) telah menitahkan agar nama Tn. Hj. Ahmad Shah diabadikan di Masjid Jamik Kg. Rimba Terjun (Rimba Terjun Barat) sempena perasmian masjid tersebut. Oleh itu, pihak Kadi Pontian , Pegawai dan AJK masjid telah bersetuju untuk menamakan masjid ini sebagai Masjid Jamik

Kiyai Hj. Abdul Jabbar. Nama masjid ini telah dimashurkan oleh Imam Besar Masjid Bandar Pontian pada 5 Jun 2009 Bersamaan 11 Jamadil Akhir 1430 H.

Surat Makluman Pembinaan Surau Parit Raja

Terjemahan dalam tulisan Rumi: Bismillahirrahmanirrahim

Syahdan adalah surau ini mula dikerjakan pukul 8 pagi pada hari Sabtu bersamaan 10 Kliwon 1 Rajab 1378H 10 Jan 1959. II - Dan selesai pada petang hari Ahad Pahing 20 1/79 (20 Muharram 1379 Hijrah)bersamaan 26/7/1959 (dalam 198 hari) lebih kurang. III - Dengan perbelanjaan RM17,875.00 oleh beberapa ahli khair(kebajikan) Kampung Rimba Terjun ini dan dari luar jua. Mudah-mudahan menjadi pertaruhan mereka di hari kemudian kelak. Wassalam. Ditandatangani oleh Hj. Ahmad Shah. 26.7.59

SALINAN SURAT MENAIK TARAF SURAU KEPADA MASJID

SENARAI IMAM SURAU PARIT RAJA Bil 1 2 3 4 Nama Tn. Hj. Abdul Jabbar (Wak Imam) Tn. Hj. Ahmad Shah bin Hj. Abdul Jabbar Tn. Hj. Yusof bin Othman Tn. Hj. Ahmad bin Husin

SENARAI IMAM MASJID JAMIK KIYAI ABDUL JABBAR (Pernah membaca Khutbah Jumaat) Bil 1 2 3 4 5 6 7 Nama Tn. Hj. Hamdan bin Rahmat Tn. Hj. Abd Rahim bin Mohd Salleh Tn. Hj. Rahmat bin Hj. Ahmad Tn. Hj Arsib bin Mansor Tn. Hj. Rail bin Abas Tn. Hj. Abbas bin Hj. Mohsin Tn. Hj. Khairuddin bin Hj. Muhyidin

SENARAI PENGERUSI MASJID JAMIK KIYAI ABDUL JABBAR Bil 1 2 3 4 Nama Tn. Hj. Hamdan bin Rahmat Tn. Hj. Abd. Salam bin Hj. Hamdan Tn. Hj. Rahmat bin Hj. Ahmad Tn. Hj. Abdul Jabbar bin Hj. Ahmad Shah

Anda mungkin juga menyukai