Anda di halaman 1dari 12

Buat carian di sini

UTAMA

LAMAN ILMU

KOMEN PRODUK

PROFILE

KOLEKSI CERAMAH

BLOG

GALERI

JADUAL AKTIVITI

PENGUMUMAN

Lelaki & Wanita

Blog UZAR Ukuran Kejayaan Wanita Seperti Lelaki?

Blog Ummu Husna

Ukuran Kejayaan Wanita Seperti Lelaki?


Wednesday, 22 August 2007 16:30 Hits: 58284

(173 votes, average 4.86 out of 5) 0

Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz


( artikel ini pernah disiar di Metro Ahad & juga disiarkan di web Feb 2007 yang lalu ) Oleh Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman

Share

0
Tw eet

http://www.zaharuddin.net/

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.

"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.

"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.

"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.

"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.

"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.

"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.

"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.

www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/296.html?task=view

1/12

Zaharuddin.net

"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.

Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.

Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."

Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.

"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.

Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.

Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.

Firman Allah SWT :

Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)

Justeru, apa yang neutral' atau harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :


RUANGAN IKLAN

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )

Perempuan Lebih Sukar?

Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :

"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya". Tegasnya.

"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.

"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.

www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/296.html?task=view

2/12

Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.

"Benar, InshaAllah.." Kata saya.

Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut

Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)

Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :

Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"
RSS FEED

Pengisian Terkini
AKTIVITI SEMASA

Imam An-Nawawi pula berkata : Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"

Tuesday, September 25 10:30am Rakaman ikimfm Wednesday, September 26 9:00am 5:00pm Seminar @ KB ( TBC) IKIMfm

Thursday, September 27 10:30am Seminar Media Baru @ KB Friday, September 28 10:00am Meet Iibf

Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)

Lelaki Duduk Rumah Wanita Kerja?

PENGISIAN TERKINI

PALING POPULAR

Bergerak Yang Membatalkan Solat


10 September 2012

Puasa Ganti, Syawal & Ziarah Raya


21 August 2012

Hari Raya : Yang Perlu & Jangan Buat


18 August 2012

Mercun, Ucapan Maaf & Duit Raya


17 August 2012

Yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; ia bersesuaian dengan hukum Islam yang asal iaitu kerja mencari nafqah buat keluarga adalah merupakan tanggungjawab asas kaum lelaki yang disebut oleh Allah sebagai salah satu faktor "qiwamah"nya. Malah terdapat pandangan yang menyatakan lelaki yang gagal menyempurnakan tanggungjawab ini bukan kerana uzur adalah suami yang NUSYUZ. Ini bermakna jika menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang sudah berumah tangga (tanpa sebab yang diktiraf Islam) tidak bekerja mencari nafqah, wanita tidak pula diharamkan untuk bekejra jika menjaga hukum yang ditentukan Islam. Jika wanita bekerja, pendapatan itu adalah milik mereka dan tiada sebarang tanggung jawab untuk memberi makan kepada suami kecuali atas dasar ihsan sahaja. Adakah lelaki yang sudi memakan belas ihsan isteri? sedangkan lelaki dipenuhi dengan ego yang cukup tinggi secara puratanya. Saya sebut ihsan kerana ia BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI untuk memberikan suaminya yang sihat tubuh badan untuk makan dan pakaian.! Lelaki secara umumnya berbanding wanita, diberikan oleh Allah SWT lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa AzZarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)

Peluang 'Last Minute', Lailatul Qadar & Kita


13 August 2012

Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya


11 August 2012

STATISTIK

PELAWAT

"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.

Now online: 70 guests

"jawapannya bukan semudah itu" jawab saya.

www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/296.html?task=view

3/12

Latest members: Mohd Nasir Kafineczo

"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menopos pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya" "Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini. Nabi SAW bersabda : , , , Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 ) Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki. Wanita dikira silap apabila meletakkan 'standard' dan 'silibus' kejayaan lelaki (yang ditentukan Allah tentunya) sebagai 'standard' kejayaannya juga. Sedangkan, 'silibus' dan 'standard' kejayaan wanita adalah tidak sama dengan lelaki dalam banyak hal, saya tidak nafikan ada yang sama tetapi bukan dalam hal kerjaya. Akibatnya berbondong wanita bekerja kerana menggangapnya sebagai satu KEJAYAAN dan kemuliaan baginya. Apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah. Keperluan Wanita Bekerja & Anak Lelaki Siti Khadijah juga adalah peniaga yang berjaya, tapi adakah sudah ditinjau kaedah beliau berjaya? Adakah beliau masih aktif berniaga selepas Nabi dilantik menjadi Rasul? Adakah disedari tatkala itu Islam belum disempurnakan kerana wahyu masih turun sedikit demi sedikit. Adakah Aisyah dan isteri Nabi yang lain berniaga? Adakah sahabat wanita berniaga dan meninggalkan suaminya di rumah? "ala ustaz, suasana kan dah berubah" Kata wanita tentunya. "baiklah, tapi ada beberapa displin hukum bagi wanita diluar rumah, tanggung jawab asas terhadap suami yang tidak berubah sehingga kiamat, sudah dijaga?" Tanya saya Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan hampir tidak boleh untuk dielakkan. Namun, pandangan peribadi saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.

Walaubagaimanapun, adakah kita sedar antara punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini antaranya berpunca dari rumahnya ?. "habis anak perempuan kenapa boleh berjaya pulak, sedangkan dari rumah yang sama?" mungkin itu yang akan dibalas oleh wanita kepada saya.

Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbanding kanak-kanak wanita.

Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, tanpa tumpuan sebaiknya, anak lelaki berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar, perosak anak wanita orang lain dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya dan dadah di pusat serenti. Nauzubillah. Ia berbeza dengan anak wanita yang secara umumnya lebih mudah dibentuk ketika kecil.

Kerana itu, rumah atau pendidik di rumah yang terbaik adalah seorang IBU. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan anak lelaki. Jangan harapkan lelaki untuk bijak mendidik anak mereka di rumah, secara UMUMnya, serba serbi dan sifat naluri lelaki memang kurang mampu menjadi pendidik anak di rumah dengan berkesan. Saya sebut secara umum tanpa menafikan ada yang berjaya juga. Kelembutan & Kasih Yang Luntur Apabila wanita yang mempunyai ciri hebat tadi menggunakan tenaga fitrahnya untuk mentadbir syarikat dan luar rumah, maka sudah pasti jarang yang mampu memberikan perhatian cukup kepada anak di rumah. Suami tidak banyak boleh diharapkan dalam hal ini kerana sifat semulajadi mereka. Saya bukan ingin sentiasa memberi alasan, "sifat semulajadi" dan "fitrah"; tidak dinafikan ia boleh diubah dan dilatih, tetapi ia bakal gagal berfungsi sebagaimana yang dikehendaki walau sehebat manapun 'adjustment' dan 'latihan' yang cuba dilakukan. Malah ia mungkin boleh lebih memburukkan keadaan, seumpama memaksa kaum lelaki menjadi 'ballet dancer', dia

www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/296.html?task=view

4/12

mungkin berjaya dengan dedikasi latihan, tapi akhirnya ia menjadi 'lelaki lembut' yang bertentangan dengan kehendak Islam. Anak lelaki tidak mendapat perhatian, kasih dan tumpuan secukupnya sejak kecil. Ia akan mengakibatkan berterusannya kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondongbondonglah kaum wanita di tawar bekerja.

Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya. Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih saying ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan 'pshcology' itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang 'hampas' dan sisa buat anak-anaknya dan suaminya mungkin.

Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu dihantarlah anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangkan panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini.?

Wanita dan Wangian Di Tempat Kerja

Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.

" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.

Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.

Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :

, , Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih) Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?

"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.

Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika itu...janganlah ia marahkan lelaki tersebut.

Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.

Nabi SAW pernah bersabda :

Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)

Komen Pedas

www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/296.html?task=view

5/12

Mungkin ada wanita yang akan berkata : "Apa le ustaz ni, orang sedang cerita benda besar iaitu bab sumbangan wanita, tiba-tiba dia sibuk ulas benda-benda kecil tentang aurat pula, tak berkembang pemikiran langsung" Saya kira, kata-kata begini perkara biasa bagi orang yang telah tersemat dunia dalam hatinya, sama macam orang yang sudah berjaya di dunia perniagaan, tiba-tiba dikingatkan tentang halal haram. Pastinya melenting dan memarahi orang yang mengingat sambil dicop 'ketinggalan' zaman, otak kuno dan lain-lain. Pandangan rendah kerap diletakkan kepada isu-isu keagamaan, ia juga dipandang sebagai isu remeh temeh menurut akal manusia yang rosak. Aqal akan mengikut jalan yang betul bila bertpatan dengan kehendak Allah SWT. Pernah disebut sikap merendah sebarang perbincangan isu agama bagi mereka yang di kemuncak kejayaan dunia sebagai berikut : , Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 ) Nasihat Penghujung Fikirlah tentang kehidupan menurut cara, priority dan kaedah yang ditunjukkan Allah dan RasulNya. Akhir kata ; Saya tidak sesekali anti-wanita bekerja, sekadar memberikan beberapa sudut pandang agar sama-sama kita berfikir sahaja. Saya juga tidak meletakkan kesalahan kepada wanita, mereka perlu terus rajin dan maju dalam pendidikan mereka. Cuma harapan saya mereka jangan lupa 'silibus' kejayaan mereka berbeza dengan lelaki dalam beberapa hal. Pelajarilah.. Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah...pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman 4 Safar 1428 H 22 Februari 2007 (Updated on 22 Ogos 2007) http://www.zaharuddin.net/

SAYA MENYIARKAN SEMULA ARTIKEL SAYA YANG MULA DISIARKAN PADA 22 FEBRUARI 2007 BESERTA SEDIKIT TAMBAHAN; IA SEBAGAI PENGISIAN DAN RESPOND KEPADA BERITA HARI INI BERKENAAN LELAKI KE DAPUR, WANITA BEKERJA ( 22 OGOS 2007 )

Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Ramai lelak i mungk in terpak sa menjadi suri rumah pada masa depan jik a fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiark an berlarutan. Naib Canselor Universiti Tek nologi Mara (UiTM), Datuk Seri Profesor Ibrahim Abu Shah berk ata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memilik i jumlah pelajar perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelak i. Disebabk an masalah itu, k atanya, UiTM sudah lama memik irk an cara untuk menambah jumlah pelajar lelak i bagi memperbaik i k omposisi pelajar mengik ut jantina. Tidak dapat tidak satu hari nanti wanita profesional ini ak an berk ahwin juga dengan mana-mana lelak i termasuk merek a yang tidak bek erja. Ak hirnya, ak an berlak u fenomena lelak i duduk di rumah jaga anak dan rumah tangga manak ala wanita k eluar bek erja. Fenomena ini telah pun berlak u sek arang mesk ipun ia bertentangan dengan adat k ita,'' k atanya k etik a dihubungi di sini hari ini. Pensyarah Jabatan Antropologi Universiti Malaya, Profesor Dr. Fatimah Daud pula berk ata, cadangan untuk merapatk an jurang antara pelajar lelak i dan wanita di IPT memang tepat pada masanya. Di Barat, sebagai contoh, lelak i k ini telah menjadi suri rumah menjaga anak -anak , membasuh baju dan juga melak uk an k erja-k erja rumah. Di Malaysia sendiri fenomena ini telah pun berlak u dan k ini semak in merebak apabila k ebanyak an wanita bek erja sebagai ek sek utif manak ala suami menjaga rumah sila baca berita penuh di sini

www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/296.html?task=view

6/12

Add this page to your favorite Social Bookmarking websites | More... COMMENT S
1 2 3

#67 mohon share azman Salam,ustaz.....mohon share...

2011-11-03 04:20

Quote

#66 diambil dari Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim) daud m. zakaria 2011-05-10 15:39 Ustaz tolong komen...adakah batal wuduk menyentuh bukan muhrim..... Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim) dari Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar dengan sanad yg baik. Ada hadis lain riwayat juga dari Aisyah, katanya: "Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk." (al-Nasai dan Ahm...ad) Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak syafii menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dhaif dan mursal. Quote

#65 doctor Farah Salam ya Uzar,

2011-02-27 15:27

Saya faham tentang hasrat saudari yatiAdz untuk berhenti dari kerjanya sebagai doktor kerana untuk menjaga rumahtangga kerana saya juga seorang doktor. Saya faham tentang tanggungjawab saya terhadap masyarakat dan negara namun adakalanya saya berasakan hal ini menyebabkan saya tidak berlaku adil kepada keluarga - suami dan anak2. Sesungguhnya masa dan tenaga yg tinggal untuk mereka amatlah terhad sehingga kadang2 saya merasakan bahawa saya tidak mampu menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibu dan isteri dengan sempurna. Maka dengan ini, saya mohon penjelasan ustaz. Quote

#64 sakit pn mas

2010-10-28 14:58

salam ustaz, saya ingin mendapatkn penjelasan dari ustaz.. mengapa seorang suami sanggup membiarkan isterinya yang sedang sakit,seolah-olah tiada belas kasihan pd isterinya yg selama ini menjaga mkn minum dan rumahtangganya.Perkara ini memang selalu t'jadi kpd saya sehinggakan saya apabila saya sakit saya akan memohon kpd Allah sw supaya 'menghadiahi' penyakit yg sama spt yg ditanggung oleh saya spy beliau jga merasakan perkara yg sama. mohon penjelasan dari ustaz.terima kasih Quote

#63 Aurat Insan lemah

2010-10-24 10:13

saya bekerjaya.pemakaian tudung saya, telah di labuhkan ke dada hingga paras perut. Soalannya, jika tudung itu agak nipis, saya akan pastikan saya memakai inner tudung bagi memastikan leher n dada saya tutup dengan sempurna.tetepi apabila di pakai begitu bahagian sisi tubuh agak jarang wlaupun semua yang patut di tutup telah saya tutupkan. apa pendapat ustaz dengan kesempurnaan dlm menutup aurat? UZAR : Saya kurang boleh terbayang, namun setakat penjelasan yg diberi, seolah tudung itu boleh diterima walau kurang sempurna. Quote

#62 Mungkin tak baca betul2 Cikgu

2010-10-02 10:41

Kalau Puan baca betul2 apa yg disampaikan oleh ustaz, Puan akan faham. Saya setuju dgn apa yg ustaz sampaikan. Saya seorang guru dan situasi yg ustaz maksudkan tu mmg boleh nampak dgn

www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/296.html?task=view

7/12

jelas. Pelajar perempuan lebih mudah didekati, dinasihati, & ditegur berbanding pelajar lelaki. Pelajar perempuan kalau guru marah, mereka akan diam & ada yg akan meminta maaf slpas tamat P&P tapi tidak bg pelajar lelaki. Jadi, didikan untuk anak lelaki perlu lebih ditekankan oleh ibu bapa di rumah. Bukan mendikriminasik an kasih sayang. Lagipon, lelaki & perempuan berbeza. Didikan pon mestilah berbeza. Ustaz ada ckp, ank perempuan lebih mudah dibentuk ketika masih kecil berbanding anak lelaki. That's why, kena lebih skit perhatian & didikan utk anak lelaki. Tak gitu? Quote

#61 stokin ntahle

2010-09-24 22:13

ntahle...zaman nabi dulu ade stokin ke...isteri2 nabi dulu kalau perlu keluar balut kaki dgn kain ke, cover dgn baju/kasut je.... Quote

#60 2 pilihan zaki

2010-09-15 20:42

1. Dunia selasa akhirat merana 2. Dunia rimas akhirat nikmat selamanya *Dunia sementara, akhirat kekal abadi. Quote

#59 bukan diskriminasi Nurhani

2010-09-15 02:37

pndpt sy, apa yg ustaz katakan bukan bermaksud diskriminasi. apa yg penting dalam mendidik anak2 ni ialah menyedarkan mereka tentang tanggungjawab mereka di masa hadapan. takkanlah kita nak latih anak perempuan sama mcm kita latih anak lelaki. effectnye kita tak nampak sekarang tp di masa hadapan. kalau kita train anak perempuan sama mcm anak lelaki, ia mungkin boleh mendorong anak perempuan jd tomboy, dan juga sebaliknya. sebab tu cara didikan lelaki dan perempuan perlu berbeza. Quote

#58 salam Ina

2010-09-02 15:51

salam..saya tertarik membaca komen awak di zaharuddin net ni.... boleh ke kita berkenalan sbb kita mempunyai cita2 yg sama..iaitu ingin menjadi surirumah dan mendidik anak2 di rumah Quote

#57 just do it mek

2010-09-01 17:23

+2

pada pendapat mek,kalu arahan bos leh ikut nikan pulak perintah Allah,kita hanya hambaNya...pakailah kerana Allah swt.rimas pun rimas,xikhlas pun takpe.kena wat jugak sb Allah suruh kan?ke camne?rimas sementara sb duniakan sementara tapi akhirat abadi... huhuhu islah nafsak wad u ghairak Quote

#56 pakai stokin nazim misbah

2010-08-26 15:06

-1

saya tak suka pakai stokin.rimas la ustaz.yang lain tu saya boleh ikut..macam mana tu ustaz? Quote

#55 Optimiskan diri, Taqwa = Jalan Keluar kiemiftah

2010-08-25 22:08

+1

sila fhm mksud UZAIR.. bukan mnghlg scara total wanita bekerja, tp mencadangkan yg terbaik.. andaikata pekerjaan itu perlu utk sesorg wanita hasil dek pemikiran "tidak percaya" kpd suami, maka bekerjalah cuma jagalah hak-hak batas syariat... Tapi, bila ada bercanggah antara Hak Majikan dan Hak Allah..maka utamakan lah yg HAK ALLAH walaupun terpaksa berhenti kerja!! inilah dipanggil taqwa.. Dan sebab Taqwa lah, insya Allah, DIA akan bagi jalan keluar untuk diri kita... Kalau nak kira negatif..semua dlm dunia pun negatif...kalau mcm tu, xpayah kawin la sb takut2 dicerai.. Yg penting, optimis kan..dan utamakan Hak Allah..DIA lah sebaik2 penolong dan teman di kala kesusahan...wallahu'alam.. P/s: masalahnya kita, terlalu byk fikir...kalau kita di landasan benar (memenuhi tuntutanNYA)..ke mana pergantungn kita pada NYA dan rukun-rukun iman kita..wallahu'alam Quote

www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/296.html?task=view

8/12

#54 discrimination issue fey

2010-08-25 20:58

sebelum itu nak tanya. adakah lelaki sama dgn perempuan? dr segi pemikiran, penampilan, minat etc? adakah tanggungjawab sama? antara lelaki dan perempuan yg mana tanggungjawab lagi besar? lelaki punya tanggungjawab menjurus ke arah mana? perempuan pula? kena fikirkan mcm mana nak bentukkan anak lelaki dan perempuan ikut tanggungjawab mrk utk masa depan. itu la maksud ustaz. bukan nak lebihkan kasih sayang/tumpuan pada siapa atau siapa. yg di tekankan di sini adalah corak pendidikan yg berbeza. Quote

#53 jpa bond yatiAdz

2010-08-25 20:01

salam ustaz... saya seorang doktor, baru seorang anak 4 bulan, memang nak berenti kerja for good sbb memahami tugas iwanita mulia itu di rumah mendidik anak, (skrg saya masih bercuti menyusu lg), tapi ada bond dgn kerajaan lg 5 tahun service melalui JPA. boleh ke saya berhenti dan membayar secara cash sedangkan hutang saya adalah berbentuk khidmat? macam mana yek? UZAR : kerjaya doktor telah saya katakan jelas berbeza disebabkan keperluannya dan kekekurangannya. Tersukan tunaikan janji kontrak dan khidmat anda diperlukan oleh masyarakat krn bidang itu terlalu besar manfaat buat masyarakat, Quote

#52 bukan diskrimanasi lina

2010-07-30 17:43

saya rasa kamu kurang mengerti apa yg dimaksudkan ustaz...ustaz tdk mendiskriminasikan anak lelaki dan perempuan cuma cara pendidikna yg ditekan ada sedikit perbezaan antara keduanya...takkan lah kamu nak samakan didikan anak lelaki dan perempuan? dalam satu segi mgkin boleh tapi dlm bbrp perkara lain, tdk boleh...contohnya...anak lelaki perlu diajar menjadi imam solat, ketua dan lain2... manakala anal perempuan perlu diajar memasak, dll... Quote

#51 anak lelaki lina

2010-07-30 17:37

SEBAGAI GURU SEKOLAH, SY bersetuju...anak2 lelaki agak sukar dididik...mrk lbh degil berbanding anak perempuan...jd ibu2 perlu tahu skil nak didik anak lelaki dan perempuan...bkn bererti kita lbhkan anak lelaki tapi kene tahu caranya... Quote

#50 kurang faham lina

2010-07-30 17:16

you ni mmg tak faham apa yg ustaz tulis.... bukannya brmaksud mendiskriminasikan gender,..cuba you baca btl2 semula Quote

#49 dosa fuza

2010-06-21 20:52

btOl 2 ustaz..benda nie terletak nyer atas bahu kta sama ada nak memilih pahala/dosa..byk pekerjaan lain yg ble kta lakukan,jgn asyik npk pekerjaan yg memakai seluar shj.. kalo da cilap tOlg ustaz tegur.. Quote

#48 perhatian terhadap anak-anak S

2010-05-21 15:51

-2

Maaf, saya tidak bersetuju pendapat ustaz untuk mendiskriminasi anak-anak berdasarkan jantina. Ini menyebabkan iri hati antara anak-anak. Bila besar, mungkin menyebabkan anak yang kurang diberi perhatian berfikir untuk kurang beri perhatian kepada ibu (dan ayah) kerana ibu (dan ayah) lebih mementingkan yang lelaki ketika kecil. Be reminded that children's responsibilities towards their parents are equal, therefore they deserve the same amount of love. Kasih sayang/time spent/attention perlu diberi sama rata. You have kids, I'm sure you understand. Quote

#47 salam naniey mohon share kt fb ye ustz

2010-05-11 17:37

Quote

#46 Isteri kerja AISHAH Assalamualaikum..

2010-04-01 00:59

www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/296.html?task=view

9/12

kemusykilan..bagaimanakah keadaan isteri yang tidak bekerja sekiranya ditinggalkan suami samadacerai hidup atau mati.bagaimana si ibu hendak memohon bantuan...bagaimana pulak wanita yang tak kawin sehingga menjadi andartu..adakah golongan ini jugak tidak perlu kerja..apakah yang patut mereka lakukan untuk menampung kehidupan mereka... Quote

#45 WANITA BEKERJA aISHAH

2010-03-31 18:48

Saya selalu membaca tentang hal berkaitan wanita yang ditinggalkan suami samada becerai hidup atau mati...boleh ustaz jelaskan dan beri cadangan sekiranya takdir sebegitu datang kepada wanita yang tidak mempersiapkan kan diri dengan kerja yang baik supaya dapat membesarkan anak2 yang ramai... Quote

#44 wangi-wangian CikNet

2010-03-31 00:00

Salam Ustaz.. Saya seorg guru..Perjalann jauh dari umah ke sekolah..Saya menaiki pengangkutan awam..Ada kalanya sering b'peluh semasa di sekolah menyebabkan saya t'paksa menggunakan deodorant & sedikit minyak wangi..B'dosakah saya??..Kerana saya malu & tidak selesa dgn bau bdn yg kurang menyenangkan takut2 m'ganggu murid & penumpang lain.. Quote

#43 suami nusyuz? zaidatul abu bakar

2010-03-30 18:18

Salam ustaz.. saya ade terbaca article ustaz mengenai suami yg duduk bekerja dirumah manakala isteri bekerja.. suami boleh jatuh nusyuz... bole ustaz terangkan dgn lebih dalam lagi bagaimana seorang suami bole jatuh nusyuz? 2. Saya percaya wujudnya sikap2 isteri yg suka per[censored]kan suami dari segi ilmu itam. Walaupun benda ni pada saya karut dan sgtlah berdosa.. tapi masih raami isteri2 di luar sane yg 'memper[censored]kan' suami mereka dgn cara ini sehingga suami itu duduk rumah, jaga anak2, jaga rumahtangga.. kononya tujuan si isteri melakukan perbuatan itu sbb nk si suami sentiasa ingat pada isteri dan anak2. Dalam bahasa kasar, suami dah jadi lembu dicucuk hidung. Adakah suami jenis ini bole jatuh hukum nusyuz sedangkan suaminyua telah dianiaya? Bole ustaz beri penjelasan dan komen mengenai situasi ini? Terima kasih ustaz.. Quote

#42 busuk lily

2010-01-08 00:44

assalamualaikum ustaz.. sy ni gadis yg mempunyai masalah bau bdn..cpt berpeluh dan peluh berbau busuk.. sy atasinye dgn pkai deodran bnyk2(tnpa pewangi)..tpi apabila berpeluh,sy ttp berbau busuk..jdi sy memakai perfume bgi menutup bau bsuk itu..dan kwn sy mngatakan bdn sy tidak lgi berbau.. soalan sy ustaz,apakah hukum memakai perfume bgi mnutup bau busuk..sy juga slalu dijauhi apabila selepas pendidikan jasmani dan diejek dan diperli rkn2 lelaki..

UZAR : boleh pakai sekadar menutup bau busuk peluh2. dan elakkan duduk berdekatan dgn lelaki Quote

#41 dilema kerjaya miss aya

2009-12-29 08:42

salam uzar. sy ingn betya soalan. sy seorg jururawat bekerja di hospital yg tidak membenarkan pemakaian tudung tapi dibenarkan memakai skaf. apakah hukumnya ustaz? adkh sepnjg sy bekerja sy berdosa krn tdk menutup aurat wlpn sy terpaksa? bkn sy tdk mencari hosp lain utk mencari rezeki. sgt keliru. UZAR : antara hak Allah ( iaitu arahan menutup aurat) dan hak majikan, tentunya hak Allah melebihi segala-galanya kecuali bagi mereka yang lebih ingin merasa senang di dunia dan milihih untuk susah di akhirat. skarf tidak menutup aurat Quote

#40 salam perkenalan halina

2009-07-28 13:59

salam kak... saya terbaca komen kak di zaharuddin.net.. nasib kita sama kak... saya nak jgk berenti tp.... bleh tak kita berkenalan? saya lina dari KL Quote

www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/296.html?task=view

10/12

#39 dilema wanita bekerja nor assalamualaikum ust.

2009-06-15 05:06

Saya telah pun 15 tahun berumahtangga dan sudah 9 tahun bekerja. niat asal bekerja ialah memebantu ibu dan apabila ibu meninggal beralih kepada membantu suami. Walau bagaimanapun pendapatan suami telah lebih dari mencukupi untuk kami empat beranak.Saya berniat untuk berhenti kerja dan menumpukan pada rumahtangga, mendidik anak-anak dengan lebih sempurna dan meluangkan masa dengan mereka. Walau bagaimanapun suami kurang bersetuju kerana hilang pendapatan yang agak banyak. Saya memang telah tawar hati untuk bekerja dan telah banyak kali menyuarakan pada suami. Tetapi responnya seperti asal. saya bercadang untuk berhenti sahaja walaupun suami kurang setuju walau bagaimanapun saya khuatir suami menjadikan perkara itu sebagai alasan kemudian nanti untuk memulangkan paku buah keras pada saya sekiranya timbul masalah. Apa pandangan ust? UZAR : ada banyak sebab seseorang suami tak setuju atau kurang setuju ..antaranya : Pertama : Kerana dia bimbang apa-apa jadi pada dia dan isteri tiada tempat bergantung dan tidak reti berdikari. Kedua : Kerana suami kurang kemampuan untuk tanggung isteri Ketiga : Suami tidak diberitahu atau tidak faham apakah mudarat isterinya bekerja dan di tempat kerja. Keempat : Suami kenal sikap isteri yang jika tak kerja akan membawa mudarat kepada si isteri. Kelima : Suami jenis lebih suka makan ihsan wang pendapatan isteri untuk tangung family. Agar bebannya kewangannya kurang. Keenam : Suami tiada kefahaman agama yang kuat sehingga lebih mementingkan wang dari kewujudan lebih masa isteri untuk keluarga. Apa yang lebih penting bagi suami ini adalah wang wang dan wang Ketujuh : Suami menyedari kerjaya isteri amat bermanfaat buat ummat dan masyarakat dan tiada ramai yang berkebolehan seperti isterinya. Justeru tindakan berhenti akan mengakibatkan masyarakat kerugian. dan banyak lagi, tentukan di amankah letakkan suami puan, dan kemduian memncari jalan penyelesaian. Quote

#38 Terima kasih nisha

2009-05-05 21:43

Terima kasih ust, baru jumpa dan baca. Panduan yang amat berguna untuk saya dan semoga saya dapat ikut panduan tersebut. Quote Refresh comments list RSS feed for comments to this post ADD COMMENT Name (required) E-mail (required, but will not display) Website Title (required)

1000 sym bols le ft

Notify me of follow-up comments

Refresh

www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/296.html?task=view

11/12

Send
JC omments

KOMEN TERBANYAK

KOMEN TERBARU

Perbincangan Hukum Uptrend & Hai-O (831) Multi Level Marketing Menurut Shariah (582) Status Hukum Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100 (496) Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi ? (445) Dosa-Dosa & Facebook (372) Ramadhan & Batalkah Puasa Kita Jika... (318) ASB & ASN Adalah Harus - Majlis Fatwa : Ulasan UZAR (280) Benarkah UZAR Kata DCHL (Lampe Berger) Halal ? (256) Perbincangan Hukum Pelaburan ASB : Kemaskini (238) Hukum Onani Lelaki & Wanita (235) Saya, Kisah Benar & Motivasi Diri (214) Saya Telah Bertolak Meninggalkan Malaysia Untuk 3 Tahun (210) Tak Setuju Hukum Leverage Forex : Ulasan UZAR (210) Kursus ESQ 165 : Ulasan & Komentar Saya (208) Saya Bertugas Di Tempat Baru : UIAM (183)

Saya, Kisah Benar & Motivasi D... Syabas ustaz..artikel ustaz memberi semangat untuk... More... By zamilunfaizal Inginkan Ulama Malaysia Sepert... Hidayah Allah pade sesiapa ...yang dikehendakinya.... More... By Elemeir Multi Level Marketing Menurut ... salam.. sy bru d promote bsnes SAP, dan dikatakan ... More... By amin Bolehkah Berkahwin Dengan Tuna... Assalamualaikum , Saye ade satu pertanyaan. Dihara... More... By mencari jalan Ramadhan : Antivirus Dosa', ... Assalamualaikum Dr. 15 thn lps sy trjebak dgn MLM ... More... By aris Perbankan Islam dan BFR salam dr saya pelajar master di um cadangan tajuk ... More... By diana Bahaya Hutang Menurut Islam Assalamualaikum wbt, Sy pernah brhutang dgn ramai ... More... By ct Multi Level Marketing Menurut ... salam ustaz.. sy hampir2 tjerumus dlm bisnes MLM n... More... By aku hanya insan

You are here: Lelaki & Wanita

Ukuran Kejayaan Wanita Seperti Lelaki?

Top

Copyright 2012 Zaharuddin.net. All Rights Reserved. Developed and Maintained by MUS Unlimited.com. Utama Profile Pembuka Bicara Koleksi Pelbagai Ceramah Galeri Mohon Iklan

www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/296.html?task=view

12/12

Anda mungkin juga menyukai