Anda di halaman 1dari 7

ASAS Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam

Ujian Penilaian Berlandaskan Sekolah (ULBS) Fasa Kedua Tahun 2012

Tajuk Sketsa: Pembunuhan di Taman Rekreasi

Nama penglipur lara: Ayu Sabrina binti Abdul Samat

Nama pelakon dan wataknya: Luqman Ikmal bin Kamal Maisarah Inspektor Soffia Amirin Konstabel Amirin Shafiq Kader bin Sulaiman Hazirah Baizura Ayu Pembantu polis

ASAS

Page 1

ASAS
Seorang wanita berjalan - jalan di taman rekreasi. Tiba tiba dia tersepak suatu objek yang keras. Dia cuba untuk melihat lembaga itu melalui cahaya bulan purnama. Setelah lama diamati, dia mendapati bahawa lembaga itu merupakan mayat wanita yang berusia 20-an. Wanita itu menjerit lalu menelefon polis.

Jijah : Helo, polis. Saya, saya terjumpa mayat di sini. Uh, Jalan Ketam Kuning. Tolong! Tolong! Ah, di taman. Tolong, encik! ( Jijah pengsan)

Polis dan ambulans tiba di tempat kejadian. Seorang pegawai polis memberikan secawan kopi panas dan selimut kepada saksi.

Jijah : Cik, saya nampak mayat! Saya takut, saya takut! Mai : Cik, sila jangan khuatir. Segalanya akan selamat. Tidak mengapa, saya tidak akan memaksa cik memberikan keterangan buat masa ini. Konstabel Amirin? Amirin : Ya, Puan Soffia. Mai : Tolong carikan apa apa bukti di sekitar kawasan ini. Amirin : Baik, puan.

Setelah beberapa minit.

Amirin: Puan! Mai : Ya, Konstabel Amirin. Anda sudah mendapat bukti bukti di sekitar mayat mangsa? Amirin: Sudah, puan. Setelah memeriksa mayat mangsa, saya telah terjumpa kad pengenalan mangsa. Si mangsa bernama Mastura binti Arifin, berusia 24 tahun dan tinggal di Sri Hartamas. Mai : Baiklah. Sudahkah anda menjumpai orang yang disyaki? Amirin : Sudah, puan. Setelah pegawai kita menggeledah, didapati terdapat dua orang yang disyaki berkeliaran di sekitar taman ini. Mai: Nyatakan ciri ciri mereka.

ASAS

Page 2

ASAS
Amirin: Baik, puan. Suspek pertama adalah seorang lelaki yang bernama Ikmal bin Kamal. Dia berusia 28 tahun dan bekerja sebagai seorang penulis novel penyiasatan. Suspek kedua adalah seorang lelaki yang bernama Kader bin Sulaiman, berusia 30 tahun dan bekerja sebagai ahli perniagaan. Kedua dua lelaki ini disaksikan oleh orang lain berkeliaran di sekitar lokasi kejadian. Mai: Baiklah. Terima kasih, Konstabel Amirin. Sila panggil kedua dua suspek itu ke sini. Amirin: Baik, puan.

Lima minit kemudian. Dua orang lelaki berpakaian serba segak muncul di lokasi kejadian.

Mai: Sila nyatakan nama anda serta umur dan pekerjaan. Luqman: Bukankah sudah dinyatakan tadi? Saya sudah bosan. Shafiq: Saya juga. Selepas ini, saya harus pergi ke Putrajaya untuk mesyuarat bersama rakan kongsi. Ah, menyesal sungguh berhenti rehat di sini. Mai: Encik berdua, bawa bertenang. Ini cumalah satu prosedur penyiasatan. Kerjasama encik berdua amat diperlukan. Luqman: Jika begitu, baiklah. Cepatlah cari siapa pembunuh sebenar wanita itu. Shafiq: Argh, prosedur itulah, prosedur inilah. Cepatlah sikit. Mai: Saya hanya menjalankan tugas. Mohon encik bersabar. ( kedua dua suspek duduk di kerusi yang berdekatan) Mai: Baiklah, saya mulakan pertanyaan kepada encik berdua. Mengikut keterangan yang ditanyakan oleh Konstabel Amirin, didapati bahawa alibi encik berdua tidak kukuh. Oleh itu, dengan kerjasama encik berdua, sila nyatakan apakah aktiviti encik pada pukul 7 petang hari ini. Bermula dengan Encik Kader. Shafiq: Seperti yang saya katakan tadi, saya hanya berehat di sini kerana akan memandu jauh ke Putrajaya. Hari ini pemandu kereta saya tidak sihat, jadi saya memandu kereta seorang diri. Benarlah, pada pukul 7 petang, saya tiada alibi yang kukuh kerana tiada saksi yang dapat membuktikan aktiviti saya pada waktu itu. Mai: Baiklah, Encik Ikmal. Sila nyatakan perlakuan anda pada pukul 7 petang.

ASAS

Page 3

ASAS
Luqman: Pada pukul 7 petang, saya sedang memikirkan cara untuk menyiapkan manuskrip yang harus disiapkan pada bulan hadapan. Oleh itu, saya datang ke sini untuk menyenangkan fikiran sambil mencari idea untuk menulis. Saya menulis manuskrip tersebut seorang diri tanpa alibi yang kukuh. Mai: Terima kasih, encik. Um, sekiranya tidak keberatan, bolehkah cik nyatakan nama cik, umur dan pekerjaan? Jika boleh, nyatakan perlakuan cik pada waktu kejadian. Jijah: Nama saya Baizura binti Omar. Umur saya 23 tahun dan saya masih seorang penuntut universiti yang sedang mengambil Ijazah Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sewaktu kejadian, saya baru pulang dari pusat beli belah bersama rakan rakan. Namun, sewaktu pulang, saya berpisah dengan rakan saya untuk menghirup udara segar di sini. Rakan rakan saya boleh menjadi saksi kepada pemergian saya pada pukul 6.30 petang. Mai: Terima kasih, Cik Baizura. Baiklah, Konstabel Amirin? Amirin: Ya, puan. Mai: Sila berikan keputusan yang penuh mengenai cara mangsa dibunuh. Amirin: Baiklah, puan. Setelah diperiksa oleh pakar forensik, didapati bahawa mangsa mati akibat menelan racun Potassium Cyanide dan mulut mangsa juga berbau seperti buah badam. Mengikut posisi mangsa, didapati bahawa terdapat pergelutan antara mangsa dan penjenayah. Terdapat luka di lehernya dan di kuku mangsa didapati adanya tisu kulit penjenayah. Oleh itu, penjenayah akan dapat diketahui setelah dilihat sampelnya. Mai: Baiklah, jika begitu sila ambil sampel tisu suspek suspek ini dan hantarnya di bahagian forensik. Luqman: Sebentar, ini menyalahi hak asasi manusia. Seseorang manusia tidak boleh diperlakukan tanpa kerelaannya sendiri. Encik sudah salah! Shafiq: Betul, puan. Saya akan menelefon peguam saya sekarang juga. Jijah: Saya pun mesti lakukan juga, Puan Inspektor? Mai: Tolonglah encik sekalian. Ini cuma prosedur yang dilakukan polis. Diharap bertenang. Amirin: Encik sekalian dan cik, tolong beri kerjasama. Prosedur ini hanya akan diambil dalam masa beberapa saat sahaja masa encik sekalian. Luqman: Baiklah, ambillah tisu kulit saya. Shafiq: Baiklah, saya akan memberikan kepada anda, namun kita tetap akan jumpa juga di mahkamah.

ASAS

Page 4

ASAS
Amirin: Terpulang kepada encik. Maisarah: Baiklah, polis wanita akan menggeledah barangan Cik Baizura dan Konstabel Amirin, sila menggeledah anggota badan kedua- dua lelaki ini. Amirin dan Ayu: Baik, puan.

Ayu dan Amirin menggeledah barang para suspek dan mengeluarkannya di atas meja.

Mai: Hmph, barang barang encik agak mencurigakan. ( melihat ke arah Luqman ) Amirin: Barang apakah itu, puan? Mai: Lihat ini. Terdapat pisau lipat, botol kaca, pen dan buku nota. Botol kaca boleh menyimpan racun tersebut dan kertas dari buku nota juga boleh menyimpan racun itu kerana Potassium Cyanide merupakan racun serbuk, bukan? Amirin: Ya, puan. Em, bagaimanakah dengan Encik Kader? Barangan beliau juga agak mencurigakan. Terdapat bekas ubat kosong yang sangat banyak dan tarikh luputnya sudah lama habis tempoh. Apakah sebabnya? Mai: Memang tidak wajar jika penyimpanan botol ini dijadikan hobi. Amirin: Bagaimanakah barangan Cik Baizura? Mai: Gincu bibir, minyak wangi, telefon bimbit dan straw. Cik Baizura, mengapakah anda menyimpan straw di dalam saku anda? Jijah: Puan inspektor, saya ini sensitif orangnya. Setiap kali keluar bersama dengan rakan, saya pasti membawa straw kerana saya seorang manusia yang mementingkan kebersihan dan tidak suka menggunakan pengangkutan awam. Tujuan lain saya pulang ke universiti menggunakan jalan ini adalah untuk mengelakkan dari menggunakan pengangkutan awam walaupun agak jauh dari asrama. Mai: Begitu. Bagaimanakah dengan Encik Kader? Mengapakah di dalam beg anda terdapat begitu banyak bekas ubat ubatan? Shafiq: Saya merupakan seorang yang cepat sakit. Oleh itu, saya terpaksa membawa bekas ubat yang banyak untuk dijadikan sampel kerana selepas pergi ke Putrajaya, saya akan pergi ke klinik untuk mengambil ubat.

ASAS

Page 5

ASAS
Mai: Baiklah jika encik berkata sedemikian. Pada pendapat saya, setakat itu sahaja penyiasatan kita pada hari ini. Rupa rupanya anda semua bukan penjenayah. Semua orang boleh beredar dari tempat kejadian.

Semua orang beredar meninggalkan tempat kejadian. Pada pukul 8 pagi keesokan harinya, Ikmal didapati berkeliaran sekitar kawasan kejadian. Perwatakannya itu disedari oleh Konstabel Amirin.

Amirin: Cari inikah? (mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya) Luqman: Urgh, mana encik dapat telefon bimbit itu? Mai: Kenapa? Tertanya tanya? Semalam itu cumalah lakonan. Walaupun saya katakan bahawa penjenayah itu bukan dalam kalangan kalian, namun saya pasti bahawa pembunuh itu adalah kamu, Ikmal Kamal. Luqman: Jangan berjenakalah? Saya tidak membunuh Mas, fahamlah. Amirin: Oh, jadi Mas adalah nama timangan Mastura, ya? Hmph, seperti mana dia memanggil awak sebagai MALIK. Luqman: Malik? Nama saya Ikmal, okey? Mai: Memang benar nama awak Ikmal tetapi dalam diari Mastura, awak digelar sebagai MALIK. Nak tahu kenapa? Kerana sekiranya Ikmal disebut berkali kali, ia akan kedengaran sebagai MALIK. Mastura sendiri menulisnya. Justeru, awaklah pembunuh itu. Luqman: Ini fitnah! Saya tidak meracuni Mastura atau Mas atau apa pun. Lagipun, encik tiada bukti bahawa saya melakukan semua ini. Amirin: Siapa cakap tak ada? Buktinya adalah melalui percakapan awak. Sebelum ini awak pernah katakan bahawa seorang wanita yang terbunuh sedangkan pada waktu itu awak baru disoal oleh polis. Luqman: Itu tidak relevan! Bagaimanakah dengan pernyataan secara lisan awak dapat mebuktikan saya bersalah? Mai: Bukan itu sahaja bukti yang kami ada. Konstabel Amirin, silakan. Amirin: Baiklah, puan. Buktinya adalah ini. (Amirin membuka telefon bimbit Ikmal) (Membaca dengan kuat) Wahai Ikmal, saya di sini ingin memutuskan hubungan kita. Saya tidak tahan lagi menunggu awak mengecapi impian. Saya sudah tunggu selama 4 tahun tetapi tiada hasil yang
ASAS Page 6

ASAS
awak uar uarkan dulu. Saya tidak cintakan awak lagi kerana saya sudah ada Fais, yang lebih layak menjaga saya daripada awak. Selamat tinggal, Ikmal. (menutup telefon bimbit) Tambahan pula, sel kulit awak padan dengan sel kulit penjenayah. Mai: Bukan setakat bukti, malah motif awak membunuh Mastura juga sudah diketahui. Setelah menyiasat latar belakang awak semalam, didapati bahawa terdapat banyak hutang yang belum awak langsaikan. Atas dasar kekurangan wang, awak telah meminta banyak wang daripada Mastura sehinggakan Mastura mencuri wang syarikat ayahnya, Tan Sri Arifin. Rumah, kereta dan barang barang di dalam rumah awak akan dilelong tidak lama lagi. Oleh sebab tertekan, awak membunuh Mastura dengan memberinya makan racun tersebut yang diletakkan di dalam bekas bateri telefon bimbit awak. Lebih baik awak mengaku kesalahan yang awak lakukan. Luqman: (terduduk) Semua ini salah Mas. Jika dia tidak membayar setiap penerbit buku untuk menerima karya saya, pasti saya akan berjaya tetapi perempuan itu sengaja melakukan sedemikian. Sebelum saya memaksanya makan racun itu, saya bertanya kepadanya mengapakah dia melakukan kepada saya sebegini rupa. Dan tahukah anda apa jawapannya? Ini satu permainan yang dimainkan oleh saya dan Fais. Sekarang ini saya sudah cintakan Fais. Saya sudah tidak anggap permainan ini seronok lagi. Jadi, daripada hati awak disakiti lagi, lebih baik saya hentikan penderitaan awak. Sepatutnya awak berterima kasih kepada saya. (bercucuran air mata) Jika saya tahu saya sebodoh ini, saya tidak akan melakukan jenayah ini kerana saya tahu bahawa saya dan dia hanyalah sama. Mai: Awak salah, Encik Ikmal. Sekurang kurangnya awak dapat mengubah kenyataan ini Namun, awak tidak percayakan polis. Akhirnya, awak yang lebih jahat daripadanya. Encik Ikmal Kamal, anda ditahan kerana telah melanggar Akta 302 Kanun Keseksaan. Anda tiada hak untuk bersuara sebelum kes dibicarakan. Sekiranya tiada peguam, anda akan diberikan peguam oleh pihak kerajaan. Konstabel Amirin, gari dia. Amirin: Baik puan!

Begitulah kisah yang sangat memilukan. Seharusnya kita sedar bahawa membalas dendam tidak akan menyelesaikan masalah seperti kes ini. Ingatlah, jenayah membawa padah dan kita harus mencegahnya. Sekian daripada kumpulan kami, terima kasih.

ASAS

Page 7

Anda mungkin juga menyukai