Anda di halaman 1dari 19

Topik1 Pengenalan

kepadaUjian, Pengukuran danPenilaian


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan definisi dan konsep ujian, pengukuran dan penilaian; 2. Menghuraikan sejarah pendidikan jasmani di Malaysia; 3. Menyatakan sejarah ujian, pengukuran dan penilaian; 4. Menjelaskan tiga bidang utama ujian, pengukuran dan penilaian; 5. Menjelaskan kepentingan ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani; 6. Merumuskan keperluan pengukuran dalam proses penilaian; dan

7. Mengenal pasti prinsip-prinsip ujian dan pengukuran dalam penilaian.

PENGENALAN
Cikgu Borhan sedang menjalankan ujian daya tenaga asas (UDTA) di sekolah beliau bagi menguji tahap kecergasan murid Tahun 6. Bagi menjalankan penilaian ini, beliau menggunakan beberapa ujian untuk mengukur tahap kelembutan, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kepantasan murid-murid beliau. Untuk membolehkan Cikgu Borhan menjalankan ujian di atas, beliau perlulah

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

mempunyai pengetahuan khusus di dalam bidang ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani. Mengapakah beliau memerlukan pengetahuan tentang ujian, pengukuran dan penilaian ini? Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut berhubung situasi ini, terlebih dahulu kita perlulah jelas akan maksud ujian, pengenalan dan penilaian dalam pendidikan jasmani.

Rajah 1.1: Pendidikan jasmani di sekolah

Ujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Rajah 1.1 memberi gambaran pendidikan jasmani di sekolah kepada kita. Pengajaran dalam pendidikan jasmani perlu dinilai untuk menentukan tahap kejayaannya. Ini bukan saja dapat menberi maklum balas terhadap pembelajaran murid tetapi ia juga dapat menentukan keberkesanan pengajaran guru pendidikan jasmani. Di dalam topik ini, perbincangan kita akan merangkumi tentang konsep asas kepada ujian, pengukuran dan penilaian dengan melihat pelbagai definisi yang dikemukakan. Selanjutnya, kita akan memberi tumpuan kepada latar belakang ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani di Malaysia. Kita juga akan melihat sejarah dalam ujian, pengukuran dan penilaian dan menjelaskan bagaimana ia mempengaruhi perkembangan pendidikan jasmani di negara kita.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1.1 DEFINISI UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Rajah 1.2: Ujian di peringkat sekolah

Kita boleh mendefinisikan ujian sebagai satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotel. Ujian di peringkat sekolah dapat kita lihat dalam Rajah 1.2. Pengukuran pula boleh kita definisikan sebagai menentukan bilangan pemarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu. Ini adalah satu proses mengutip maklumat berangka tahap ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrif sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian pula boleh anda definisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul. Kaedah ini meliputi ujian dan pengukuran. Dalam pendidikan, ia adalah proses di mana pendidik menggunakan timbal balas pelajar sebagai stimuli yang terjadi secara semulajadi untuk membuat kesimpulan tentang pengetahuan, kemahiran atau emosi pelajar. Dalam erti kata lain, penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian akan digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Tujuan penilaian ialah untuk: (a) Memfokus kepada setiap orang murid Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani menbangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid. Menentukan status semasa murid Menurut Kirkendal, Grubel dan Johnson (1987), penentuan status merangkumi: (i) (ii) pemberian gred; mengecualikan pelajar daripada sesuatu aktiviti;

(b)

(iii) memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi; (iv) menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu; dan (v) (c) menentukan aktiviti tertentu.

Memilih wakil sekolah Hasil penilaian juga boleh digunakan untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu menbolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama. Memotivasi murid Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya, jika keputusan penilaian disalahgunakan, maka kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani. Penilaian ini memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharap tercapai. Membekal maklumat untuk kajian lain Penilaian membolehkan maklumat yang dihasilkan dapat digunakan untuk kajian di masa hadapan.

(d)

(e)

(f)

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

SEMAK KENDIRI 1.1


Apakah keperluan pengukuran dalam proses penilaian?

1.2

LATAR BELAKANG UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Dalam subtopik ini, kita akan melihat sejarah dan latar belakang Pendidikan Jasmani dan juga bidang ujian, pengukuran dan penilaian. Kita juga akan melihat bidang-bidang yang dicakupi dan juga keperluannya.

1.2.1

Sejarah Pendidikan Jasmani di Malaysia

Sejarah Pendidikan Jasmani di negara kita bermula dua abad yang lalu. Pendidikan Jasmani di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada empat masa. Ia dibahagikan kepada Zaman Pra-British (Sebelum 1786), Zaman Pemerintahan British (1781-1941), Zaman Sebelum Kemerdekaan dan Zaman Selepas Kemerdekaan. Sebelum ini, tiada pendidikan rasmi yang diterapkan dalam sistem Pendidikan Malaysia. Jadual 1.1 yang seterusnya menerangkan tentang sejarah dalam Pendidikan Jasmani di Malaysia.
Jadual 1.1: Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani di Malaysia Zaman Zaman Pra-British (Sebelum 1786) Keterangan Pada zaman ini, tiada pendidikan rasmi yang diterapkan. Pendidikan agama adalah mata pelajaran tidak rasmi yang menjadi begitu popular pada ketika ini. Status untuk Pendidikan Jasmani adalah tidak jelas. Pendidikan rasmi dimulakan dan banyak dipengaruhi oleh Kerajaan British ketika itu. Banyak sekolah pada ketika itu dibuka oleh syarikat-syarikat British dan Cina. Di Sekolah Melayu (pertengahan abad ke-19), latihan fizikal diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan (untuk Tahun 1-4). Selepas itu, mata pelajaran Pendidikan Jasmani terus diajar dalam Kelas Khas Melayu selepas Tahun 4.

Zaman Pemerintahan British (1781-1941)

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Pada tahun 1856, Pendidkan Jasmani telah diajar di dua buah sekolah di Singapura. Bagaimanapun, tiada kurikulum rasmi wjud untuk Pendidikan Jasmani. Di Sekolah Jenis Cina di Melaka, Pendidikan Jasmani telah diajar sebagai mata pelajaran pada tahun 1851. Ketika tahun 1923-1925, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diajar di Sekolah Menengah Rendah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Muar (Johor). Pada tahun 1930, Pendidikan Jasmani diajar di Sekolah Menengah Atas di Sekolah Chung Ling di Pulau Pinang, dan beberapa sekolah di Kuala Lumpur dan Ipoh. Di Melaka dan Pulau Pinang (1861), Sekolah Inggeris telah dibina dengan bantuan daripada Christian Missionaries (Catholic) dan Pendidikan Jasmani telah diajar di sekolah tersebut. Sejak tahun 1930, pelbagai usaha telah dibuat bagi mata pelajaran Pendidkan Jasmani. Mata pelajaran tersebut di buat berdasarkan mata pelajaran latihan fizikal untuk sekolah di England. Pada tahun 1946, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diwujudkan di Kolej Latihan Perguruan Sulatan Idris, di Tanjung Malim, Perak. Sejak tahun 1952, ramai guru tempatan telah dihantar ke England untuk latihan. Mereka mempelajari Pendidikan Jasmani sebagai mata pelajaran utama di Kirby, England. Secara tidak langsung, guru-guru tersebut telah mempelajari Pendidikan Kesihatan di Kirby dan Brinsford. Pada tahun 1950, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah digunakan, dengan beberapa perubahan dilaksanakan. Pada tahun 1966, mata pelajaran untuk murid-murid lelaki dan perempuan telah diwujudkan sebagai merujuk kepada perubahan yang dilakukan pada ketika itu. Pendidikan Jasmani telah diberi keutamaan pada tahun 1960 apabila Kolej Latihan Pakar Perguruan memulakannya untuk tambahan latihan setahun bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk lelaki dan perempuan (1961). Pada tahun 1971, mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekali lagi telah mengalami perubahan apabila ia diwujudkan dalam dua bahasa, iaitu dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Zaman Sebelum Kemerdekaan

Zaman Selepas Kemerdekaan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1.2.2 Sejarah Ujian, Pengukuran dan Penilaian


Untuk makluman anda, penilaian merupakan satu proses yang dijalankan dari semasa ke semasa, di sekolah, untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penilaian telah dijalankan untuk semua mata pelajaran kecuali Pendidikan Jasmani secara rasmi dari dulu hingga 1987. Pada tahun 1989, dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), penilaian formal telah diperkenalkan untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan Satu. Buat pertama kalinya, markah atau gred Pendidikan Jasmani di masukkan dalam buku laporan pelajar. Salah satu aspek yang ditekankan ialah kecergasan fizikal di mana pencapaian pelajar diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas. Mari kita kaji tentang latar belakang ujian daya tenaga asas: (a) Latar Belakang Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) Ujian Daya Tenaga Asas telah dijalankan buat pertama kali di sekolah pada awal tahun 70an. Ujian Daya Tenaga Asas pada masa itu mengandungi 6 aktiviti iaitu: (i) (ii) Ujian Kelembutan Baling bola sofbol

(iii) Lompat Sargent (iv) Mendagu (v) Lari ulang-alik

(vi) 600 ela lari/jalan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Rujuk Rajah 1.3 untuk melihat ujian daya tenaga asas dengan lebih jelas.

Rajah 1.3: Ujian Daya Tenaga Asas

Pada awal tahun 80an, Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah, telah ditugaskan mengkaji semula Ujian Daya Tenaga Asas kerana telah didapati bahawa ujian yang dijalankan pada masa itu kurang sesuai dan agak bermasalah. Jawatankuasa yang dilantik telah menjalankan beberapa percubaan dengan kerjasama sekolah-sekolah di negeri. Ia telah memutuskan bahawa ujian baru hanya akan menguji aspek-aspek kecergasan yang berdasarkan kesihatan sahaja. Jawatankuasa ini juga memilih aktiviti yang di anggapkan lebih bermakna, mudah diurus dan tidak memerlukan banyak alat. Hasil keputusan jawatankuasa ini ialah Ujian Daya Tenaga Asas yang sedang dijalankan di sekolah telah diperolehi. Ujian ini mengandungi empat aktiviti sahaja iaitu: (i) (ii) Bangkit Tubi Tekan Tubi

(iii) Jangkauan Melunjur (iv) Larian 1500m Untuk memastikan bahawa ujian ini dijalankan di semua sekolah menengah, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghantar Surat Pekeliling Ikhtisa Bil 2/1988, iaitu pindaan kepada Surat Pekeliling iktisas Bil 3/79 kepada semua negeri untuk edaran ke sekolah-sekolah. Kandungan penting Surat Pekeliling Iktisas Bil 2/88 adalah seperti berikut:

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Peruntukan perkara 5, Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/79 dengan ini dipinda menjadi sebagaimana berikut: 5. Ujian Daya Tenaga Asas 5.1 Ujian-ujian yang terkandung dalam risalah baru Ujian Daya Tenaga Asas Keluaran Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan hendaklah dijalankan dua kali setahun di semua sekolah menengah sahaja. Ujian ini hendaklah dilakukan dalam jangka masa satu waktu Pendidikan Jasmani bagi satu kumpulan. Keputusan-keputusan ujian hendaklah direkodkan dan digunakan oleh guru-guru Pendidikan Jasmani untuk: Mengkaji kesan pengajaran-pembelajaran dalam pembinaan kecergasan asas; Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kecergasan atau daya tenaga asas dari segi kesihatan keseluruhannya; Menilai dan menentukan kelenturan, kekuatan dan daya tahan seseorang pelajar supaya rencangan pengajaran boleh diubahsuaikan.

5.2 5.3

Untuk menentukan bahawa ujian yang sedang dijalankan masih sesuai mengikut perkembangan terbaru dalam bidang penilaian kecergasan, dan untuk mengemaskini markah-markah yang terdapat dalam buku panduan UDTA, satu seminar penilaian kecergasan telah diadakan pada 5 hingga 7 Oktober di Port Dickson. Sewaktu ini, Penyelia Pendidikan Jasmani negeri dan wakil bahagianbahagian di Kementerian Pendidikan yang terlibat dengan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dijemput menghadiri seminar ini. Di seminar ini, beberapa cadangan pengubahsuaian telah dibuat dan persetujuan telah diperolehi untuk sekali lagi melantik satu jawatankuasa kecil bagi mengkaji cadangan seminar dengan lebih mendalam. Jawatankuasa kecil yang dilantik telah bermesyuarat di Ipoh pada 5 dan 6 November 1992. Setakat ini, jawatankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan untuk pertimbangan pihak yang bertanggungjawab di Kementerian Pendidikan.

10

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1.2.3 Bidangbidang Ujian, Pengukuran dan Penilaian


Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, terdapat tiga bidang utama dalam ujian, pengukuran dan penilaian. Penilaian dalam Pendidikan Jasmani digambarkan dalam Rajah 1.4 di bawah.

Rajah 1.4: Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Penerangan untuk ujian psikomotor, kognitif dan afektif dijelaskan seperti berikut: (a) Ujian Psikomotor Untuk ujian psikomotor, anda dikehendaki untuk menilai kebolehan dan kecekapan fizikal murid anda yang melibatkan kemahiran otot-otot kecil (bermain piano) dan otot-otot besar (lompat jauh). Jansma (1988) menerangkan dalam penyelidikan beliau, terdapat empat bahagian asas dalam ujian psikomotor. Ini digambarkan dalam Rajah 1.5.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

11

Rajah 1.5: Bahagian asas ujian psikomotor

Penerangan empat bahagian asas dalam ujian psikomotor adalah seperti berikut: (i) Fizikal: Bagi ujian fizikal ini, anda akan melakukan penilaian berhubung kait dengan anatomi seseorang individu. Sebagai contoh, anda akan menilai berat jisim badan, peratus kandungan lemak dan kekuatan otot badan murid anda. Motor: Bagi ujian bahagian motor pula, anda akan membuat penilaian berkait rapat dengan kualiti cara pergerakan dan perlakuan individu. Sebagai contoh, anda akan menilai pergerakan motor yang dibuat oleh otot-otot kecil di jari semasa bermain piano.

(ii)

(iii) Kecergasan: Bagi ujian kecergasan pula, anda akan membuat penilaian merujuk kepada komponen asas kesihatan secara menyeluruh yang meliputi keupayaan kardiovaskular, kekuatan dan ketahanan otot serta kekuatan mental. Sebagai contoh, ketika anda berlari dalam pertandingan marathon, anda akan menggunakan keseluruhan komponen kecergasan anda. (iv) Permainan: Bagi bahagian permainan pula, anda akan memperlihatkan kemuncak kemajuan di dalam psikomotor anda. Untuk anda menjadi seorang pemain yang baik, anda memerlukan tahap kekuatan fizikal, kemahiran motor dan kecergasan yang baik. Sebagai contoh, semasa anda belajar bermain golf, kemajuan permainan anda akan menjadi bertambah baik dengan latihan yang kerap. Latihan yang kerap ini akan memperbaiki pergerakan psikomotor otot-otot anda.

12

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Terdapat pelbagai ujian untuk mengukur komponen dalam psikomotor. Jadual 1.2 menunjukkan komponen kecergasan fizikal yang boleh digunakan berpandukan kepada senarai ujian yang disediakan oleh pusat perkembangan kurikulum 1999.
Jadual 1.2: Penilaian kecergasan fizikal yang di sediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999 Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Komponen kecergasan 1. Daya tahan kardiovaskular 2. Kekuatan otot 3. Daya tahan otot 4. Kelenturan 5. Komposisi tubuh badan Cooper ( Larian/berjalan 12 minit) Bangkit tubi berperingkat (a) Mendagu (lelaki) (b) Mendagu dalam kedudukan condong (prempuan) Duduk jangkau Ukuran lilitan badan Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Tahun 1 hingga Tingkatan 5 Tahun 1 Tingkatan 5 Ujian Kumpulan sasaran Tahun 1 hingga Tingkatan 5 Tingkatan 3 hingga 5

Kecergasan Fizikal Berasaskan Perlakuan Motor 6. Kelajuan 7. Imbangan 8. Ketangkasan (a) Lari pecut 30 meter (b) Lari pecut 50 meter Dirian bangau (Strok Stand) (a) Lompat kuadron (b) Illinois (a) Lompat jauh berdiri 9. Kuasa (b) Lontaran bolabaling /keranjang aras dada 10. Masa tindak balas Nelson Choice-ResponseMovement (a) Mengelecek bola dengan tangan (b) Mengelecek bola dengan kaki Tahun 3 hingga 6 Tingkatan 1 hingga 5 Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Tahun 1 hingga Tingkatan 5 Tahun 1 hingga Tingkatan 5 Tahun 1 hingga Tingkatan 5 Tahun 1 hingga Tingkatan 5 Tahun 4 hingga Tingkatan 5

11. Kordinasi

Tahun 1 hingga Tingkat 5 Tahun 1 hingga Tingkat 5

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

13

(b)

Ujian Kognitif Seperti yang boleh anda lihat dalam jadual di atas, ujian kognitif adalah untuk mengukur pengetahuan dan kepintaran pelajar. Dalam ujian kognitif, anda akan dapati 6 peringkat cara berfikir dalam Taxonomy Cognitive Bloom iaitu: (i) (ii) Pengetahuan iaitu kebolehan mengingat (contohnya: nama ibu kota, nama negara). Pemahaman iaitu kesimpulan). kebolehan memahami (contohnya: membuat

(iii) Aplikasi iaitu kemampuan penerapan (contohnya: menggunakan suatu pengetahuan yang diperolehnya untuk menyelesaikan masalah). (iv) Analisis iaitu kemampuan menganalisis suatu maklumat yang luas dibahagikan menjadi bahagian-bahagian kecil (contohnya: menganalisis pengertian suatu puisi). (v) Sintesis iaitu kemampuan menggabungkan beberapa maklumat menjadi suatu kesimpulan (contohnya: mengenalpasti jenis kategori binatang).

(vi) Penilaian iaitu kemampuan membuat pertimbangan sifat yang baik dan sifat yang buruk. (c) Ujian Afektif Ujian afektif pula merangkumi penilaian dari segi perasaan, nilai-nilai dan emosi individu. Untuk makluman anda, ujian ini adalah berbentuk subjektif. Ujian ini dilakukan melalui pengawasan dan interaksi secara langsung dengan murid anda. Penilaian afektif dibahagi kepada ujian secara umum (menilai tingkah laku) dan penilaian afektif berbentuk akademik (peperiksaan). Kebanyakan guru pendidikan jasmani merasakan ujian ini tidak begitu sesuai digunakan kerana penilaiannya yang tidak jelas. Mereka lebih cenderong kepada ujian psikomotor dan kognitif. Tetapi ada juga yang berpendapat sebaliknya bagi ujian ini. Berpandukan kepada kenyataan di atas, sesetengah guru pendidikan jasmani merasakan yang ujian afektif ini tidak sesuai digunakan kerana: (i) Perubahan sikap berlaku secara berperingkat-peringkat. Pengetahuan dan kemahiran boleh berubah dalam masa yang singkat, tetapi sikap dan nilai-nilai memerlukan masa yang panjang untuk berubah.

14

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

(ii)

Sukar untuk mengenalpasti penilaian yang dibuat terhadap minat, sikap, dan nilai. Secara umum, tidak terdapat satu garis panduan atau kaedah yang jelas untuk menilai faktor-faktor ini.

(iii) Hasil daripada penyelidikan yang dibuat menunjukkan guru pendidikan jasmani mempunyai masa yang terhad untuk menilai ujian fizikal, kemahiran pengetahuan dan afektif murid secara serentak dan kerap (Philips dan Hornak 1979; Mood 1982). Kekangan ini membataskan ketepatan penilaian yang dibuat.

SEMAK KENDIRI 1.2


1. Apakah bidang-bidang dalam ujian, pengukuran dan penilaian? 2. Terangkan 3 ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. 3. Huraikan 4 jenis ujian psikomotor di dalam pendidikan jasmani.

1.2.4 Keperluan Pengukuran dalam Proses Penilaian


Setelah kita membincangkan definisi dan sejarah ujian, pengukuran dan penilaian, seterusnya kita akan melihat keperluan pengukuran dalam proses penilaian. Keperluan pengukuran ini adalah pelbagai dan meliputi beberapa aspek. Di antara aspek-aspek tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.6 berikut.

Rajah 1.6: Keperluan pengukuran dalam proses penilaian

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

15

Di bawah adalah penerangan lanjut tentang aspek-aspek keperluan pengukuran dalam proses penilaian: (a) Motivasi Pengukuran boleh meningkatkan motivasi individu. Dalam ujian, murid lazimnya belajar mengikut silibus yang telah disediakan. Ini akan mendorong murid tersebut untuk belajar bagi mendapatkan markah tertinggi. Markah yang dicapai akan mengambarkan prestasi murid berbanding murid lain. Penilaian yang dibuat ini akan meningkatkan motivasi murid untuk mencapai prestasi terbaik. Diagnosis (pengenalpastian) Pengukuran akan menilai kelemahan dan kekuatan terhadap kumpulan atau individu. Pengukuran sebelum mengajar kemahiran sukan, kecergasan fizikal, atau lain-lain acara yang diajar, akan menyebabkan kita menukar atau meningkatkan lagi penyampaian apa yang hendak diajar. Contohnya ialah sebelum mengajar kelas permainan bola sepak, kita hendaklah mengajar bagaimana untuk menyepak bola secara betul. Kita juga mungkin boleh mengenal pasti sesetengah individu yang memerlukan lebih perhatian atau kurang perhatian daripada individu lain. Mengenal pasti pelajar yang boleh menyepak bola secara betul dan bagus akan membolehkan anda memberi perhatian lebih masa kepada pelajar yang kurang bagus. Anda mungkin boleh menilai kelemahan dan kekuatan sesuatu program melalui pengukuran diagnosis. Klasifikasi Pelajar akan merasakan lebih selesa apabila melakukan persembahan dalam kumpulan yang mempunyai kemahiran yang sama. Pembahagian kumpulan tahap yang sama penting dalam kelas aerobik dan kecergasan supaya individu yang kurang cergas tidak mengikut tahap yang sama dengan individu yang cergas. Pencapaian Tujuan pengukuran dan penilaian adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian objektif program dan individu. Kebanyakan individu lebih suka mengetahui bagaimana perkembangan dalam masa yang diberikan. Pencapaian juga selalu digunakan untuk memberi gred dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Jika digunakan dengan betul, ujian persembahan dan pengetahuan adalah sesuai untuk gred. Mereka akan mengurangkan keperluan subjektif gred terhadap pelajar. Ramai guru Pendidikan Jasmani menyalahgunakan ujian untuk mengenal pasti gred.

(b)

(c)

(d)

16

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

(e)

Penilaian pengajaran dan program Sebagai guru, keberkesanan terhadap arahan atau program adalah tanggungjawab yang amat penting kepada murid. Borang kepiawaian adalah penting dalam sesuatu program untuk mengenal pasti keberkesanan terhadap apa yang disampaikan. Anda hendaklah mengukur dan menilai penyampaian dan program. Penilaian terhadap kemahiran murid di peringkat permulaan aktiviti akan menolong anda untuk mengenal pasti keberkesanan dalam memberi penyampaian program. Jika murid tidak tahu peraturan asas dan tidak boleh melakukan apa-apa kemahiran aktiviti, adalah amat penting untuk anda mengajar peraturan asas sebelum tahap aktiviti yang lebih tinggi. Ramalan Pengukuran dalam menilai persembahan yang akan datang telah meningkat dan popular sekarang, tetapi jenis ujian penilaian selalunya memerlukan kepakaran dan kemahiran dalam latihan fisiologi dan psikologi. Maksimum pengambilan oksigen, otot biopsi dan tahap kebimbangan adalah contoh ujian yang digunakan untuk membuat ramalan dalam persembahan dalam sukan yang akan datang. Penyelidikan Penyelidikan digunakan untuk mencari penyelesaian masalah dan sebagai alat untuk mengembangkan pengetahuan. Ia amat penting bagi penilaian program, penilaian pengajar dan peningkatan dalam persembahan dan lainlain program yang mempunyai persamaan dalam pendidikan jasmani.

(f)

(g)

1.3

PRINSIP-PRINSIP UJIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENILAIAN

Terdapat tiga prinsip ujian dan pergerakan dalam penilaian, iaitu: (i) (ii) sebagai alat untuk mengukur keberkesanan program; untuk memenuhi objektif dan keperluan; dan

(iii) untuk menentukan kaedah penilaian.

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

17

1.3.1

Sebagai Alat Program

untuk

Mengukur

Keberkesanan

Apabila prinsip-prinsip ujian dan pengukuran digunakan dalam penilaian, ia boleh mengenalpasti keberkesanan sesuatu program, sama ada ianya berjaya atau tidak. Sesebuah program yang didapati berkesan akan terus digunakan untuk masa hadapan sebagai bahan rujukan. Jika didapati ia tidak berkesan, penggubahsuaian terpaksa dilakukan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sesuatu program. Ia mestilah berdasarkan pelbagai jenis prosedur (soalan pilihan objektif, soalan subjektif, essei, projek, teknik pemerhatian dan teknik laporan kendiri).

1.3.2 Memenuhi Objektif dan Keperluan


Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif dan keperluan program pendidikan jasmani. Penilaian ini memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada pihak tertentu untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang dirangkakan tercapai. Keperluan sesetengah pihak juga harus dipertimbangkan bagi menjayakan sesuatu program. Ia juga dapat mengelakkan dari berlakunya bias.

1.3.3 Menentukan Kaedah Penilaian


Penilaian dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan cara. Segala prosedur penilaian mestilah sesuai dengan prestasi yang akan diukur (prosedur yang betul, objektif, ketepatan dan menyakinkan). Ia juga mestilah berdasarkan persekitaran dan keluasan pembelajaran dan pembangunan seseorang pelajar.

Terdapat empat konsep asas dalam ujian dan penilaian, iaitu: kesahan, kebolehpercayaan, objektiviti dan norma-norma. Kesahan adalah kriteria terpenting yang perlu dipertimbangkan apabila melakukan penilaian dalam ujian. Secara tradisionalnya, kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian.

18

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Terdapat dua aspek yang biasa digunakan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan, iaitu: ujian kesahan/kebolehpercayaan berkaitan normanorma dan ujian kesahan/kebolehpercayaan berkaitan kriteria, Terdapat tiga jenis keterangan kesahan untuk ujian berkaitan norma, iaitu: isi kandungan kesahan, kriteria-kriteria kesahan dan bentuk kesahan. Ujian kesahan berkaitan kriteria adalah berhubung secara langsung dalam menentukan kelakuan objektif. Kebolehpercayaan merujuk kepada konsistensi sesuatu ujian. Terdapat empat kaedah untuk menganggarkan kebolehpercayaan terhadap ujian berkaitan norma, iaitu: kaedah ujian-semula, bentuk selari, pembahagian setengah dan Kuder-Richardson Formula 21. Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria bermaksud pengelasan konsisten, atau bagaimana konsistennya ujian pengelasan individu sebagai mahir atau tidak mahir. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan, iaitu: kaedah pemarkahan, kumpulan yang pelbagai, tempoh masa ujian dan kaedah prosedur yang digunakan. Objektiviti tertumpu kepada bentuk kebolehpercayaan dan boleh menentukan melalui ujian semula (dengan individu yang berbeza melakukan ujian) melalui prosedur yang berkaitan. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi objektiviti, iaitu: kejelasan system pemarkahan dan kadar di mana hakim dapat memberi markah dengan tepat. Norma-norma adalah nilai yang berhubung kait dengan keputusan seseorang dalam masyarakat umum. Keputusan tersebut boleh digunakan untuk membuat tafsiran di antara peserta lain. Terdapat lima kriteria penting untuk memilih ujian dalam penilaian, iaitu: mudah ditadbir, kos pentadbiran ujian, sumber manusia dan peralatan, memenuhi objektif serta mencabar dan bermakna. Terdapat tiga faktor dalam pengurusan dan pentadbiran ujian dan penilaian, iaitu persediaan pra-ujian, semasa perlaksanaan ujian dan selepas ujian itu diberikan (penilaian dan pelaporan).

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

19

Diagnosis Fizikal Kecergasan Klasifikasi Motivasi Motor Pencapaian Pendidikan Jasmani

Pengukuran Penilaian Penilaian pengajaran dan program Ujian Ujian afektif Ujian daya tenaga asas Ujian kognitif Ujian psikomotor

James, P,W. (2000). Modern Eduational Measurement: Practical Guidelines For Educational Leaders. USA: A Pearson Education, Co. Miller, D,K. (2006). Measurement by the Physical Educator:Why and How. University of North Carolina, Wilmington: Mc Graw Hill International Edition.

Anda mungkin juga menyukai