Anda di halaman 1dari 1

Maksud Rangkap 1 : Mat Jenin berangan-angan di atas pokok kelapa jika ada duit ingin buat modal kerana

ingin menjadi kaya dengan cepat. Rangkap 2 : Mat Jenin berangan-angan ingin menjual kelapa dan ayam untuk membeli itik bagi menjadi kaya raya. Rangkap 3 : Angan-angan Mat Jenin ingin menjual itik dan membeli kambing. Setelah itu menjual kambing untuk membeli lembu. Sambil tersenyum sumbing Mat Jenin berangan duitnya ada beribu-ribu. Rangkap 4 : Mat Jenin berangan-angan menjual lembu untuk membeli bahtera dan pergi berniaga di Luar Negeri. Tujuannya untuk menjadi kaya-raya serta ingin berkahwin dengan Anak Raja. Rangkap 5 : Angan-angan tersebut akhirnya menyebabkan Mat Jenin lupa diri seketika dengan mengangkat tangannya tanpa disedari dirinya berada di atas pokok. Rangkap 6 : Akibat terlalu kuat berangan-angan, Mat Jenin menggadai nyawanya sendiri kerana terjatuh dari atas pokok. Rangkap 7 : Inilah kesan kepada orang yang suka berangan-angan sehingga lupa diri dan tergadai nyawa sendiri.

Tema Angan-angan kosong ingin menjadi orang yang kaya raya dan akhirnya menggadai nyawa sendiri. Contoh : Angan-angan Mat Jenin yang ingin menjadi kaya-raya akhirnya meragut nyawa sendiri kerana terjatuh dari atas pokok.

Anda mungkin juga menyukai