Anda di halaman 1dari 1

Bahan-bahan ( 5 Orang )

BAHAN TUMIS :1/2 senduk minyak masak 1 Inci halia (dikisar) 1 inci kunyit hidup (dikisar) 1 biji bawang besar & 3 biji bawang putih (dikisar) 1 sudu teh halba BAHAN LAIN2 :1 kg ikan kembung (besar lagi sedap) 15 biji kacang bendi 10-15 biji cli kering yg telah dikisar halus (lagi banyak lagi sedap) 1 mangkuk air asam jawa (kalau kuah pekat boleh tambah air) 20 helai daun kesum (wajib) 2 biji tomato (dikerat 4) sedikit gula, garam & serbuk perasa. Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan halba, kacau sekejap kemudian masukkan bahan2 tumis yg telah dikisar tadi. Kacau hingga kekuningan & naik bau. 2. Masukkan cili kering yg telah dikisar tadi. Kacau sehingga cili kering masak @ garing. 3. Setelah cili garing, masukkan air asam jawa. Sekiranya kuah pekat, tambah sedikit air mengikut kesukaan masing2. 4. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan kembong & biarkan lagi sehingga kuah mendidih. 5. Masukkan serbuk perasa, diikuti dgn gula & akhir sekali garam. Kemudian masukkan kacang bendi & tomato. Biarkan lebih kurang 1 min & padamkan api. Jangan biarkan kacang bendi terlalu layu. Nanti xsedap. 6. Tips : Jangan potong kacang bendi. Masukkan sebiji2 supaya kuah tidak berlendir.

Anda mungkin juga menyukai