Anda di halaman 1dari 19

BAB 4

PEROBOHAN BANGUNAN

Definisi : Menurut kamus Oxford Fajar perobohan bermaksud menarik atau meruntuhkan bangunan dan definisi lain bagi perobohan adalah kemahiran tinggi dan aktiviti berbahaya bagi memusnahkan harta benda

KERJA-KERJA PEROBOHAN
Kadang-kala merupakan satu aktiviti yang merbahaya Mesti dijalankan @ diawasi oleh seseorang yang mahir dlm bidang tersebut Kebiasaannya kerja ini diserahkan kpd pihak kontraktor yang pakar dlm bidang ini bagi mengelakkan drpd kejadian yang tidak diingini berlaku. Sblm krj2 ini dilakukan, bhn @ brng2 berharga spt perkakasan didlm bngnn, pepasangan keluli, kerangka tingkap, pintu, peralatan dan sebagainya perlu dipindahkan ke tmpt yg lebih slmt.

Pengetahuan yang luas dlm pembinaan dan merekabentuk bgnn penting utk melakukan krj2 pemindahan brng2 spt di atas. Ia bertujuan utk mengenalpasti struktur utama bgnn dan dinding @ struktur yang menanggung beban spy tidak berlaku perobohan yang tidak dikehendaki Peralatan yg digunakan utk mengubah @ mengalih bhn2 tersebut biasanya dengan menggunakan alat tangan ( penyungkil besi, pemukul) dan juga jentera (mengubah peralatan atau perkakas yg berat)

Sebab-sebab kerja perobohan dilakukan


Perdagangan Penghargaan terhadap keindahan Kesihatan manusia Keselamatan manusia Membangunkan bangunan baru Pengubahsuaian Persekitaran (kaw. Curam) Density populasi Pengubahan bangunan Trafik

Peninjauan
Peninjauan keatas kawasan dan struktur binaan yang akan dirobohkan adalah merupakan satu keperluan Kajian dan pemeriksaan keatas bangunan dan struktur mestilah dibuat Keadaan sambungan-sambungan dan hubungan dengan bangunan atau struktur berdekatan yang akan memberi kesan kepada perobohan tersebut mesti diberikan perhatian termasuk dinding sesekat.

Peninjauan yang dibuat keatas struktur bangunan :

*Bumbung : Perlu dirobohkan dahulu dengan tangan jika bumbungnya berkerangka *Kerangka utama : Pemeriksaan samaada perobohan yang dirancang tidak akan menyebabkan daya tujahan yang tidak seimbang akan berlaku *Dinding : Ketebalan dan keadaan dinding yang hendak dirobohkan dan yang dikekalkan mesti diketahui. Ini termasuk dinding yang membawa beban dan juga dinding yang tidak membawa beban. *Rasuk julur : Pemeriksaan keatas jenis tupang (support) adalah perlu. (contohnya balkoni dan kakilima)

Peninjauan keatas kemudahan-kemudahan dalam bangunan :


Perkara2 yang bersangtkutan dengan kemudahan @ perkhidmatan dalam bangunan perlu diberi perhatian supaya tidak mengganggu atau menimbulkan masalah kepada kerja-kerja perobohan. Kemudahan2 berikut perlu ditutup, dilindungi atau dialihkan sebelum kerjakerja perobohan dijalankan :
Longkang Kabel elektrik dan telefon Paip induk & paip perkhidmatan bg air & gas

Perobohan secara kasarnya boleh dibahagikan kepada DUA jenis iaitu :


Perobohan penuh : merobohkan keseluruhan struktur bangunan Perobohan separa : merobohkan bahagianbahagian tertentu struktur bangunan shj

Kedua-dua perobohan ini mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:


Kedudukan tapak binaan Jenis struktur Jenis pembinaan

Kedudukan tapak binaan Untuk bangunan yang terasing yang perlu dirobohkan sepenuhnya, jarak bangunan dengan sempadan kawasan yang berhampiran mestilah sekurang-kurangnya dua kali ketinggian bangunan yang dipanggil bangunan tapak. Bagi bangunan yang tidak mencapai had ini, dipanggil kawasan terkurung. Jenis struktur Struktur2 yang mempunyai kerangka utama, contohnya bangunan dua tingkat Jenis pembinaan Bhn2 dan cara pembinaan sesuatu struktur ; contohnya tembok bata, konkrit tuang dahulu dan tegas dahulu serta struktur keluli.

Kaedah perobohan Terdapat banyak kaedah perobohan, tetapi secara umumnya boleh dibahagikan kepada TIGA kategori berikut :
Insani (dengan tangan) Alatan jentera Bahan Letupan

Perobohan Secara Insani


Perobohan ini dilakukan secar berperingkatperingkat dengan menggunakan alatan tangan Alatan mengangkut seperti kren diperlukan untuk mengangkat dan menurunkan bahagianbahagian yang telah dipecahkan (diceraikan) Bahagian-bahagian bangunan yang diceraikan, dirobohkan secara setingkat demi setingkat. Bahagian-bahagian yang telah diceraikan boleh dibuang terus dari bangunan jika kawasan perobohan jenis bangunan pada tapak. Jarak minima dengan sempadan mestilah lebih daripada 6000mm atau separuh dari ketinggian dimana bahagian tersebut dibuang (ambil mana yang lebih besar)

Untuk kawasan terkurung bahagian-bahagian yang telah diceraikan diturunkan dengan menggunakan kren atau hoist. Sebagai langkah keselamatan, jaring-jaring digantung dari atas bangunan untuk mengelakkan serpihan-serpihan perobohan beterbangan ditiup angin Perobohan insani ini biasanya digunakan untuk merobohkan bangunan yang tidak mempunyai rangka utama yang diperbuat dari konkrit dan konkrit tetulang. Untuk bangunan yang mempunyai rangka utama, caracara perobohan lain digunakan. Keburukan kaedah perobohan jenis ini ialah kos operasinya mahal dan masa yang lambat

Perobohan Menggunakan Peralatan Jentera

Pusher Arm
Alat ini dapat merobohkan secara bahagian demi bahagian Mesin ini dipasangkan dengan lengan keluli yang akan mengeluarkan daya tujahan mendatar. Ianya dikendalikan oleh seorang pengendali yang mengendalikannya dari belakang perisai kaca pada jentera tersebut yang kalis hentakan Sebelum dimulakan kerja perobohan jentera ini diletakkan pada tapak yang kukuh supaya dapat menanggung daya balikan tujahan Kawasan kendalian jentera ini mestilah tidak kurang dari 6000mm Ketinggian binaan yang dapat dirobohkan oleh jentera ini dari ketinggian lengannya ialah 0.6m. jika lebih, perobohan secara insani dilakukan

Kren dan Bebola


Perobohannya jenis berperingkat Jentera ini menggunakan bebola besi yang digantungkan pada kren. Bebola ini boleh dijatuhkan secara memugak iaitu dijatuhkan dari hujung kren ke binaan yang hendak dirobohkan Satu lagi cara ialah dengan menghayun lengan kren bersama-sama bebola lalu dilagakan kepada binaan. Untuk kren yang mudah alih cara menjatuhkan bebola secar pugak sahaja boleh dilakukan Untuk cara hayunan sisi dan hayunan selari jentera yang lebih besar dan berat diperlukan supaya jentera yang mengendalikannya tidak mudah terbalik Perobohan cara ini tidak boleh digunakan pada bangunan yang lebih daripada 30m tinggi kerana susah untuk mengawal puing (sampah sarap) perobohan yang beterbangan Jika perobohan separa dilakukan, perobohan secar insani dilakukan dahulu bagi memisahkan bahagian bangunan yang perlu dirobohkan dengan yang perlu dikekalkan Bumbung berkerangka seperti bumbung curam perlu dirobohkan dahulu secra insani serta 50% - 70% lantai bahagian tengah binaan supaya puing boleh dijatuhkan melaluinya. Dengan cara ini sampah hanya akan tedapat di dalam kawasan bangunan tersebut sahaja. Kelebihan perobohan jenis ini ialah ianya cepat dan murah dari segi tenaga kerja manakala, Keburukannya ialah tidak sesuai bagi bangunan kawasn terkurung. Ianya juga merbahaya kecuali pengendali kren seorang yang mahir kerana hayunan sisi boleh menyebabkan kren terbalik.

Tarikan Menggunakan Kabel


Perobohan jenis serentak Kabel mestilah diikat atau dilekatkan dengan kuat pada kedua-dua hujung dan daya tarikan yangn dikenakan ditingkatkan perlahan-lahan Tuil atau kenderaan berat digunakan sebagai penarik dan kedudukannya mestilah tidak berganjak dari kedudukan asal. Jika setelah beberapa kali tarikan, struktur binaan masih tidak roboh maka perobohan cara lain mesti digunakan Struktur tersebut tidak boleh dihampiri kerana ada kemungkinan struktur itu roboh disebabkan oleh penyokongnya yang sudah lemah Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang sesuai digunakan untuk kerja perobohan tersebut dan ukurlilitnya mestilah tidak kurang dari 38mm. keburukannya ialah ia tidak sesuai untuk bangunan atau struktur yang besar

Pemecah Hidraulik

Perobohan jenis bahagian Lubang-lubang yang bergaris pusat 75mm perlu ditebok untuk memasukkan alat pemecah hidraulik. Alat pemecah hidraulik ini mempunyai selinder keluli yang dipanggil katrij dengan beberapa piston pada tengah-tengah batangnya.piston-piston ini akan ditolak keluar dan masuk oleh minyak hidraulik dengan tekanan hidraulik yang disambungkan kepada selinder tersebut. Katrij pemecah hidraulik ini dimasukkan kedalam lubang pada bahagian yang hendak dirobohkan. Apabila ianya dijalankan piston-piston yang terdapat pada katrij tersebut akan melemahkan struktur binaan dan akan merobohkannya. Kelebihan menggunakan alat ini ialah kos operasinya murah dan tidak mengeluarkan bunyi bising. Keburukannya ialah perobohannya lambat kerana dilakukan dari lubang ke lubang dan tidak sesuai untuk konkrit tetulang.

Perobohan Secara Letupan


Bahan letupan diletakkan didalam struktur utama pada tempat yang lemah dan diletupkan Ini akan menyebabakan struktur roboh Kajian yang mendalam keatas struktur utama bangunan adalah perlu untuk mengenalpasti kedudukan bahagian yang paling lemah. Tempat-tempat inilah yang akan diletupkan supaya melemahkan struktur-struktur penyokong bangunan tersebut. Perobohan jenis ini mestilah dibawah tugas seorang atau sekumpulan pakar dalam kerja-kerja letupan Teknik perobohan menggunakan bahan letupan amat berkesan jika cara-cara lain tidak sesuai disebabkan bunyi bising yang berpanjangan, peralatan dan bahan yang mahal serta tidak bersesuaian menggunakan jentera berat dikawasan perobohan Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah nitro glycerine dan ammonia nitrate. Kelebihannya :

Tenaga pekerja yang sedikit Harga bahan yang digunakan murah Gegaran akibat letupan boleh dianggap tiada kerana hanya beberapa minit sahaja Peralatan yg digunakan sedikit dan ringan

Thermic Lance
Perobohan jenis bahagian demi bahagian Amat sesuai untuk blok konkrit yang besar, tebal dan bertetulang besi yang banyak Alatannya mengandungi tiub keluli dan rod besi. Gas yang digunakan adalah dari jenis asetilena dan oxygen yang membakar pada hujung rod dan tiub. Konkrit yang terbakar akan mencair keluar dan ini akan membuat lubang atau memutuskan blok tersebut. Untuk memotong keluli pula gas oksiatitena digunakan. Kelebihannya ialah ia senyap dan konkrit boleh dicairkan walaupun tebal Keburukannya ialah bahan yang digunakan mahal. Hanya sesuai untuk konkrit bertetulang yang besinya banyak. Ia menghasilkan asap yang banyak akibat bahan-bahan yang terbakar.