Anda di halaman 1dari 5

Lampiran 4 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN 1.0 PESERTA 1.1 1.

2 Terbuka kepada pelajar-pelajar IPTA, IPTS, IPG, Politeknik dan Kolej Komuniti melalui penyertaan rasmi daripada institusi masing-masing. Pertandingan akan diadakan dalam dua kategori iaitu; a) Kategori Bahasa Melayu b) Kategori Bahasa Inggeris 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 2.0 Setiap institusi dibenarkan menghantar SEORANG peserta sahaja untuk setiap kategori dan seorang pegawai pengiring. Penyertaan adalah berdasarkan kepada siapa cepat. (First come first serve). Peserta tertakluk di bawah peraturan-peraturan Universiti Putra Malaysia apabila berada di sini. Tempat penginapan akan disediakan untuk semua peserta termasuk dari dalam dan luar kawasan Lembah Klang (Selangor & Kuala Lumpur). Peserta boleh disingkirkan jika membawa masalah kepada mana-mana pihak. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 SEPTEMBER 2011.

HADIAH 2.1 2.2 2.3 2.4 Johan bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai RM6,000.00, piala pusingan, piala iringan dan sijil. Naib Johan bagi setiap kategori akan menerima wang tunai sebanyak RM4,000.00, piala iringan dan sijil. Tempat Ketiga bagi setiap kategori pula akan menerima wang tunai sebanyak RM3,000.00, piala iringan dan sijil. Setiap peserta akan menerima cenderamata dan sijil.

3.0

PENENTUAN TAJUK 3.1 3.2 Tajuk-tajuk pidato untuk pertandingan bagi tahun 2011 adalah berkenaan dengan tema Perjuangan Tunku dan Kemerdekaan. Pembahagian tajuk akan diberi bersama surat jemputan pertandingan pada setiap institusi.

JAWATANKUASA PERTANDINGAN (KEMASKINI 19082011 ~ 1030)

4.0

SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan akan diadakan dalam dua kategori iaitu; a) Kategori Bahasa Melayu b) Kategori Bahasa Inggeris 4.2 4.3 4.4 Pertandingan akan diadakan dalam tiga (3) peringkat sahaja iaitu peringkat saringan, peringkat separuh akhir dan peringkat akhir. Pada pusingan saringan pemidato hendaklah berhujah dengan tajuk yang diberikan dengan tepat dan difahami. Penentuan tajuk pada setiap pusingan adalah melalui cabutan undi. Cabutan undi akan dilakukan 50 minit sebelum pemidato berucap. Setiap pemidato akan diberi 45 minit untuk bersedia. 4.5 4.6 4.7 20 orang pemidato akan dipilih untuk ke pusingan separuh akhir iaitu 10 orang dari setiap kategori. 10 pemidato akan dipilih untuk ke pusingan akhir iaitu 5 peserta dari setiap kategori. Pada pusingan separuh akhir dan akhir, pemidato akan disoal secara spontan oleh salah seorang hakim melalui cabutan undi. Pemidato akan diberikan masa selama 30 saat untuk membuat persediaan dan 2 minit masa diberikan untuk berucap. 4.8 Pemenang akan ditentukan diperingkat akhir berdasarkan kedudukan mata tertinggi.

5.0

PEMARKAHAN 5.1 Pembahagian markah 5.1.1 Isi ( 45 markah ) Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data yang bersesuaian serta logik termasuk penghuraian dan contoh yang bersesuaian dengan tajuk pidato. 5.1.2 Bahasa (20 markah ) Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan iaitu tepat kepada maksud yang hendak disampaikan.

JAWATANKUASA PERTANDINGAN (KEMASKINI 19082011 ~ 1030)

5.1.3

Penyampaian ( 25 markah ) Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan penonton. Pemidato juga perlu menunjukkan gaya penyampaian yang menarik dan susunan idea yang tertib.

5.1.4

Adab ( 5 markah ) Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi serta perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah. Perlakuan peserta sepanjang pertandingan juga akan dinilai.

5.1.5

Markah Bonus ( 5 markah ) Pemidato akan dinilai daripada segi keseluruhan persembahan dan perwatakannya. Penceritaan khusus berkaitan dengan Tunku Abdul Rahman merupakan kelebihan kepada pemidato.

5.1.6

Markah Khas Soalan Spontan Markah akan diberi berdasarkan kesesuaian isi dengan soalan yang diberi (30 markah) dan gaya persembahan yang lancar dan meyakinkan (20 markah).

5.2

Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat mata yang sama, maka pemenangnya akan ditentukan dengan mengambil kira kombinasi markah tertinggi bagi isi dan cara penyampaian dan jika masih ada lagi persamaan, hakim akan mengambil kira kombinasi markah bagi isi, cara penyampaian dan bahasa sebagai asas penentuan.

JAWATANKUASA PERTANDINGAN (KEMASKINI 19082011 ~ 1030)

6.0

KAEDAH PERTANDINGAN 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 Pemidato akan diberi masa selama 7 minit sahaja untuk berucap. Loceng akan dibunyikan sekali 1 minit sebelum masa tamat dan loceng akan dibunyikan dua kali bila masa tamat. Apabila loceng berbunyi dua kali menunjukkan masa telah tamat dan markah tidak akan diberikan oleh hakim kepada peserta yang masih berpidato selepas masa tamat. Pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks semasa berpidato akan menjejaskan markah. Kritikan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan politik, agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang sama sekali. Pemidato hendaklah hadir di tempat pertandingan lima belas minit (15 minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan.

7.0

HAKIM 7.1 Lima (5) orang hakim yang berkelayakan akan dilantik pada setiap kategori pertandingan peringkat awal dan separuh akhir manakala lima (5) orang hakim yang berkelayakan juga akan dilantik pada setiap kategori pertandingan peringkat akhir dan salah seorang akan menjadi ketua hakim. 7.2 7.3 Dua orang pembantu akan berada bersama dengan hakim semasa pertandingan iaitu seorang penjaga masa dan seorang jurukira markah. Ulasan dan komen hakim oleh ketua hakim akan diberi selepas setiap pusingan berakhir.

8.0

PENUTUP Keputusan panel hakim adalah muktamad, segala bentuk rayuan dan bantahan sama ada dalam bentuk lisan atau bentuk penulisan tidak akan dilayan. Markah-markah yang dicatatkan oleh panel hakim adalah sulit dan rahsia. Namun demikian, Jawatankuasa Pertandingan akan mengambil kira perkara berbangkit yang berkaitan dengan pertandingan untuk tujuan penambahbaikkan dalam pelaksanaan dan penganjuran akan datang.

JAWATANKUASA PERTANDINGAN (KEMASKINI 19082011 ~ 1030)

9.0

TAJUK PIDATO PERINGKAT AWAL DAN SEPARUH AKHIR i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Tunku Abdul Rahman : Pemecah Tradisi Ekonomi Malaysia. Roh Perjuangan Tunku Abdul Rahman Tidak Pernah Padam. Malaysia Memerlukan Generasi Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman : Idola Sepanjang Zaman. Tunku Abdul Rahman : Pejuang Negara Sebenar. Api Perjuangan Tunku Abdul Rahman Kekal Membara. Mengenang Tunku Abdul Rahman Bermakna Menghayati Sejarah Bangsa. Tunku Abdul Rahman : Tokoh Kemerdekaan Yang Tiada Bandingan. Aspirasi Tunku Abdul Rahman Dijulang, Perpaduan Rakyat Akan Gemilang. Tunku Abdul Rahman : Wira Terbilang.

JAWATANKUASA PERTANDINGAN (KEMASKINI 19082011 ~ 1030)

Anda mungkin juga menyukai