Anda di halaman 1dari 4

KANGGARU DENGAN RAKAN-RAKANNYA Kumpulan cerita kanak-kanak kisah seekor kanggaru.

Susie ialah seekor kanggaru yang baik hati. Ia mempunyai rakan iaitu seekor rusa dan seekor kambing. Setiap hari, mereka mencari makanan bersama-sama. Mereka gemar memakan daun kayu dan sayur-sayuran segar. Mereka akan bekerjasama ketika mendapatkan makanan. Susie rajin menolong rakan-rakanya. Ia juga cakap dengan lemah lembut. Namun kambing suka menjerit-jerit ketika bercakap. Ia juga tidak suka menolong rakan-rakanya. Pada suatu hari, Susie dan rakan-rakanya keluar mencari makanan. Mereka menemui sepohon pokok ceri yang rendang. Namun dahan pokok itu agak tinggi. Susie menarik dahan ceri itu untuk rusa. Rusa pun memakan daun muda itu dengan berselera. Terima kasih, Susie, kata rusa setela kenyang. Sekarang giliran kamu pula! Rusa menarik dahan supaya Susie dapat makan daun ceri itu. Kenapa kamu tidak menolong aku? tanya kambing. Sebab kamu tidak pernah menolong kami, jawab rusa. Kamu hanya pentingkan diri kamu sendiri, kata Susie pula. Kambing sedar akan kesilapannya selama ini. Oh, saya minta maaf! kata kambing. Kita bertiga berkawan baik. Kita perlulah tolong-menolong. Pada hari berikutnya, kambing melayan rakan-rakanya dengan baik. Ia akan bercakap dengan sopan, terutama ketika ia perlukan pertolongan. Ia juga tidak pentingkan diri lagi. Ia akan membiarkan rakan-rakanya terlebih dahulu. Kambing juga rajin mencarikan sayursayuran segar untuk sahabatnya. Susie dan rusa berasa amat gembira melihat perubahan sikap sahabat mereka itu.

ARNAB YANG PEMALAS Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.

HARIMAU DENGAN BAYANGNYA Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua binatang yang kecil takut akan dengan harimau itu. Apabila sang harimau mengaum, semua binatang akan bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau tersebut. Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan di satu kawasan yang redup. Ia seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi ranting patah dari arah belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang

menghampirinya. Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan sang kancil tidak sempat untuk melarikan diri. "Kali ini kau tidak boleh lari kan diri lagi, aku akan makan kau, kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di makan oleh binatang yang lebih besar," kata sang kancil.

"Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya harimau dengan marah. "Pagi tadi aku berjumpa dengan seekor harimau yang jauh lebih besar dari mu. Kata harimau itu dialah harimau yang paling kuat di hutan ini." kata kancil. Harimau menjadi sangat marah dan mengaum dengan sekuat hati. "Tunjukkan aku di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan mengalahkannya," kata harimau dengan nada yang amat angkuh. Kancil pun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan harimau terus mengekori. Sekali sekala harimau mengaum kerana marah. Semua binatang lain bertempiran lari ketakutan tetapi merasa pelik kenapa harimau hanya mengekori kancil pada hal mudah untuk harimau membaham kancil. Sampai di sebuah kolam, kancil pun berhenti. "Di sini lah aku berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata kancil. Harimau pun menjadi lebih marah dengan kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke dalam kolam dengan beraninya. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang jernih dan tenag itu. Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya menunjukkan taringnya yang panjang dan tajam. Harimau di dalam kolam pun membuka mulut seluas-luasnya.

"Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan tewaskannya," kata Kancil. Harimau bertambah berang dan terus terjun mendapatkan harimau itu ambil mengeluarkan kukunya yang tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar yang ia telah di tipu oleh kancil. Harimau untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana tebing itu tinggi. Kancil pun sudah melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya harimau tewas dengan bayang-bayang sendiri.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan. Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakanrakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.