Anda di halaman 1dari 11

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM PISMP 2012 SEMESTER 1: MAC 2012

HBEF 2103 PSIKOLOGI PENDIDKAN

NAMA: TUAN MAZURA BT TUAN MAMAT NO KAD PENGENALAN:761005-11-5154 NO MATRIK:761005115154001 NAMA PENSYARAH: PN BHAGWANT KAUR

Isi kandungan BIL 1.0 2.O 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 8.1 8.2 8.3 9.0 10.0 ISI KANDUNGAN Pengenalan Ciri-ciri Pembelajaran Faktor persekitaran Motivasi Kesediaan Belajar Pengamatan Ingatan dan lupaan Cadangan Menarik kesediaan Murid Memnuhi keperluan murid Tingkatkan kemahiran pengamatan Kesimpulan Rujukan MUKA SURAT 1-4 4 5 5 6 7-8 8-9 9 9 9 9 10 10

1.0 Pengenalan Robert M.gagne dalam bukunya The Condition Of Learning mendefinasikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yangdapatdikekalkan, termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan. Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja dan berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku yg melibatkan ketrampilan kognitif, iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek (Rahil Mahyuddin et al. 2000). Ilmu dibina daripada maklumat melalui pemikiran. Ilmu harus dibina oleh pelajar sendiri semasa mencari pemahaman tentang maklumat yg diterima.Ilmu dibina drp maklumat melalui pemikiran. Ilmu harus dibina oleh pelajar sendiri semasa mencari pemahaman tentang maklumat yg diterima.Wilson,Robeck dan Michael (1974) dalam bukuPsychological Foundation of learning and Teaching, mengemukakan dua definasi tentang pembelajaran iaitu; 1. Pembelajaran ialah hasil daripada usaha sesuatu organism untuk memenuhi keperluannya.Pembelajaran ini adalah terdiri daripada perubahan-perubahan di dalam system saraf semasa organism itu melakukan sesuatu untuk menghasilkan keputusan ataupun kesimpulan. 2. Pembelajaran adalah satu perubahan saraf akibat organism melakukan berbagai-bagai tindakan dalam kehidupannya. (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987) juga mendefinasikan pembelajaran sebagai perubahan individu yg disebabkan oleh pengalaman. Stalling (1973) berpendapat pembelajaran berlaku berdasarkan tiga kriteria penting iaitu: (i) menampakkan perubahan dalam tingkah laku. (ii) melibatkan sesuatu pemikiran, dan (iii) menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan 1.1 Pendapat Stalling selari dengan pendapat Woolfolk (1998) yang mengatakan, .learning occurs when experience causes a relatively permanent change in an individuals knowledge or behavior. The change may be deliberate or unintentional, for better or for worse. 1.2 Kevin Seifert ( 1983 )dalam bukunya Educationall psychology menghuraikan pembelajaran sebagai perubahn tingkah laku yang agak kekalselepasmengalami pengalaman tertentu atau pengulangan pengalaman. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, iaitu suatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Mengikut kajian tokoh-tokoh mazhab kognitif, pembelajaran hanya boleh berlaku jika pelajar mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, iaitu suatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Mengikut kajian tokoh-tokoh mazhab kognitif, pembelajaran hanya boleh berlaku jika pelajar mempunyai
3

cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Perubahan tingkah laku boleh agak tetap dan ia juga berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Pembelajaran akan berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang individu untuk menjadi pengalaman.Pengalaman ini akan digunakan sebagai proses tingkah laku ataupun tindakan dan pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. 1.4 Ringkasnya, ramai ahli psikologi, pada umumnya, mentafsirkan pembelajaran sebagai proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.

2.0 Ciri-ciri pembelajaran Berdasarkan kepada penghuraian dan definasi di atas, beberapa ciri pembelajaran dapat dinyatakan seperti berikut; 1. Pembelajaran merupakan suatu proses.Ia mempunyai beberapa peringkat yang diperolehi secara sistematik, bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti oleh pembentukan konsep dalam fikiran, dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku. 2. Hasil pembelajaran ialah pembentukan perubahan tingkah laku dari satu tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi. 3. Perubahan tingkah laku selepas aktiviti pembelajaran agak stabil dan kekal 4. Pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan. Proses pembelajaran akan terhenti apabila kehilangan motivasi atau motif pembelajaran yang sesuai. 5. Hasil pembelajaran adalah akibat perolehan pengalaman atau latihan.perubahan tingkah laku ini hendaklah dibentuk daripada proses pemikiran dan penanggapan.ia bukan terhasil daripadaproses pertumbuhan fizikal atau mental. 6. Pembelajaran berlaku atas aktiviti sendiri, iaituusaha manusia sendiri mengikt motif atau motivasi tertentu.Tanpa motif atau motivasi yang sesuai, proses pembelajaran akan terhenti.Motifpembelajaran merupakan satu penggerak dalaman seperti keinginan belajar untuk kemajuan diri sendiri.Motivasi pembelajaran pula merupakan suatu penggerak luaran seperti dorongan daripada ibu bapa atau guru.

Di sekolah, terdapat murid yang mempunyai pencapaian yang berbeza. Ada murid yang cemerlang dan ada murid yang lemah.berdasarkan kajian yang telah saya lakukan terdapat beb3rapa faktor yang mendorong kepada tahap murid yand lemah dan cemerlang. 3.0 Faktor persekitaran

Pembelajaran biasanya berlaku setelah seseorang itu terdedah kepada persekitaran.Bermula daripada rangsangan yang diterima melalui pancaindera akan dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman.Apabila ada pengalaman ia akan digunakan semula dalam bentuk yang baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku (pembelajaran). Arnold Gasell menyatakan kanak-kanak memerlukan persekitaran sosial untuk menyedari potensinya tetapi Gesell juga turut menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak dengan berkesannya seiring dengan prinsip kematangan dalaman. Hal ini kerana,
4

sebaik sahaja bayi itu dilahirkan mereka memasuki jenis persekitaran yang berlainan. Ianya juga bukan persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial dan budaya yang cuba menggalakannya berkelakuan dalam cara yang sewajarnya. Robert harvighurst juga berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya. Beliau menyatakan pula dalam kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan tua, kanak-kanak harus mencapai perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di tempat individu itu tinggal. Maka ini bermaksud kanak-kanak akan dipengaruhi oleh persekitaran bagi membentuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Setiap kanak-kanak memerlukan persekitaran yang baik agar mereka dapat mempelajari atau melakukan peniruan dengan budaya yang baik. Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut saya dapati murid yang baik atau cemerlang detangnya dari persekitaran yang memberangsangkan manakala murid yang lemah pula datangnya daripada persekitaran masyarakat yang tahap intelektualnya yang agak rendah. 4.0 Motivasi

Pengertian konsep motivasi dapat dijelaskan sebagai keadaan dalaman diri yang membangkit, menguasai dan mengekalkansesuatu tingkah laku dalam diri seseorang itu (Woolfolk, 1998),menjelaskan apabila membincangkan konsep motivasi, ahli Psikologi memberi fokus kepada beberapa persoalan asas (Graham & Weiner, 1996; Pintrich, Marx, &Boyle, 1993) seperti berikut: a) Bagaimanakah pemilihan keatas sesuatu itu yang di buatyang kemudiannya mennentukan tingkah laku? Sebagai contohnya mengapakah sebahagian daripada pelajar memilih untuk belajar, dan dalam masa yang sama ada pula yang memilih untuk menonton televisyen? b) Apabila seseorang itu telah mengambil keputusan untuk membuat sesuatu, berapa lamakah masa yang diambil untuk memulakannya? Mengapakah ada pelajar yang terus bertindak apabila telah membuat keputusan untuk belajar, tetapi ada pula yang menangguh tindakan setelah membuat keputusan. c) Apakah tahap penglibatan, atau kesungguhan seseorang pelajar itu d al am m el ak s an ak an akt i vi t i ya n g t e l a h di pi l i h ? Ada ka h pe l a j a r memberi konsentrasi sepenuhnya atau sebaliknya buat sambalewa sahaja? Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusiabergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum. Berdasarkan pandangan pakar motivasi ini saya dapati murid yang mempunyai pencapaian akademik baik mempunyai tahap motivasi yang tinggi berbanding murid yang pembelajarannya lemah.Contohnya ialah murid yang pembelajaran baik akan menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran berbanding murid yang lemah yang lebih berminat
5

menonton televisyen daripada mengulangkaji pelajaran.Hal yang demikian menjelaskan bahawa murid yang mempunyai tahap pencapaian yang baik lebih bermotivasi.Ini disokong dengan kajian yang telah dijalankan oleh ahli-ahlipsikologi mazhab behavoris yang berpendapat bahawa sesuatu rangsangan diikuti dengan perasaan kepuasan akan mengekalkan pengulangan tingkah laku.Manakala rangsangan yang diikuti dengan perasan yang kurang selesaakan menghentikan pengulangan tingkah laku tersebut. 5.0 Kesediaan Belajar

Kesediaan belajar berkait rapat kepada keadaan dalam diri seseorang pelajar yang bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesuatu pengalaman pembelajaran yang baru.Keadaan ini boleh menyebabkan ciri-ciri di dalam diri seseorang individu yang membolehkannya belajar atau menghalang pembelajarannya.Kesediaan pelajar memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Kesediaan belajar dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti ; 1) Perkembengan Mental Setiap individu mempunyai corak perkembangan kercedasan dan intelek yang berbeza-beza walaupun pada usia yang sama. Perbezaan ini mungkin berlaku secara semulajadi atau disebabkan oleh perbezaan latar demografi. 2) Perbezaan Sikap dan Minat Kesediaan belajar dan pencapaian pelajar dan pembelajaran adalah bergantung kepada sikap dan minat mereka terhadap sesuatu. Murid yang berminat dengan sesuatu subjek akan memberi tumpuan dan cuba sedaya upaya untuk mencapai prestasi cemerlang dalam subjek tersebut berbanding dengan pelajar yang tidak berminat. 3) Perbezaan Kadar Pertumbuhan Fizikal Setiap individu mempunyai corak pertumbuhan yang unik. Individu yang normal akan mengalami peringkat pertumbuhan yang sama iaitu melalui peringkat bayi, kanakkanak, remaja dan dewasa namun akan mengalami kadar pertumbuhan dalam aspek fizikal, mental dan sahsiah yang berbeza-beza. Oleh itu, individu dalam kumpulan usia yang sama tidak semestinya mempunyai kebolehan yang sama dalam aktiviti fizikal mahupun akademik. 4) Perbezaan Keyakinan Diri Setiap individu membina keyakinan diri yang berbeza-beza berdasarkan status sosioekonomi. Ada ketikanya individu daripada status sosioekonomi rendah kan merasa rendah diri dan ini menyebabkan mereka segan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif. 5) Perbezaan Jantina Individu lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan pertumbuhan fizikal yang berbeza. Remaja perempuan akan berkembang lebih cepat berbanding remaja lelaki. Remaja perempuan berfikiran lebih matang ketika berusia 9 tahun hingga 15 tahun berbanding remaja lelaki. 6) Perbezaan Dalam Diri Individu Setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza dalam bidang-bidang tertentu.
6

Seseorang pelajar yang cerdik dan cemerlang dalam akademik tidak semestinya pandai dan cemerlang juga bidang yang lain Kesediaan belajar mempunyai hubungan dengan minat seseorang. Berdasarkan teori psikologi pendidikan ini saya dapati kesediaan murid yang pencapaian akademiknya rendah mempunyai kesediaan di tahap yang minimum berbanding murid yang mempunyai pencapaian yang cemerlang.Ini kerana saya dapati murid yang lemah ini tidak dapat memenuhi kehendak biologinya terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran.Contohnya dia tidak bersarapan sebelum ke sekolah.hal yang demikian menyebabkan murid ini tidak bersedia menerima pembelajaran pada hari itu dengan kadar yang maksimun.kajian yang dijalankan oleh Bruner (1966 ) menjelaskan pergerakan dan peningkatan kesediaan kanak-kanak yang baru memasuki sekolah didorong oleh motivasi intrisik supaya dia bersedia menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih aktif,mudah , seronok dan berkesan.

6.0

Pengamatan

Pengamatan atau persepsi merupakan elemen terpenting dalam proses kognitif. Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia tidak terjadi dengan hanya kita membuka mata, merasa sesuatu atau mendengar bunyibunyian yang berada di alam ini. Pengamatan ialah satu proses yang melebihi tahap pendaftaran rangsangan-rangsangan yang diberikan kepada kita semua. Manusia sentiasa memilih segelintir daripada rangsangan-rangsangan yang akan memberi makna kepada dirinya. Ini pula dilakukan dengan cara memberi perhatian atau tumpuan kepada kewujudan sesuatu entity di sekelilingnya. Ia juga perlu dikenalpasti, diinterpretasikan, diorganisasikan, dan difahami supaya makna yang tersirat di sebalik entiti itu diperolehinya. Setelah semua ini dilakukan, barulah sesuatu kederiaan itu dipersepsi atau diamati oleh manusia. Segala fenomena yang dipersepsikan oleh manusia seharusnya melalui organ-organ deria. Sememangnya organ derialah yang merupakan jalan masuk semua rangsangan ke tubuh, akal fikiran dan jiwa manusia. Dalam hal pengamatan ini, pengamatan melaui organ deria mata merupakan sesuatu yang penting, kerana lazimnya amatan melalui organ deria mata merupakan sesuatu yang penting, kerana lazimnya manusia selalu menumpukan perhatian melalui penglihatannya. Sudah tentu, bagi fenomena-fenomena lain seperti baubauan, cita rasa makanan, dan bunyi-bunyian perlu didaftarkan oleh organ-organ deria yang berkenaan, tetapi banyak pakar berpendapat yang ia tidak begitu signifikan jikalau dibandingkan dengan pengamatan visual. Apa yang kita lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa tentang keadaan alam sekitar bergantung kepada pengamatan yang diperoleh melalui rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Maklumat itu ditafsirkan oleh proses mental untuk membentuk konsep. Biasanya pengamatan dipengaruhi oleh pengalaman yang sedia ada pada seseorang. Hal ini kerana pengamatan berperanan membuka dan menyediakan skrin pemikiran pada peringkat awal. Input dalam bentuk rangsangan deria akan disimpan dan dicetak ke filem. Prosesnya berlangsung berterusan dan ada ketikanya akan berlaku potong dan tampal pada manamana slot. Hal ini terjadi apabila berlakunya pertembungan input lama dan baru. Setiap kali kita melihat sesuatu rangsangan baru, maka ia akan dirakamkan dan kemudian difilemkan. Apabila kita menerima rangsangan baru, maka filem akan diputarkan, dan di sini berlaku proses pengkordinasian input baru dan lama pada mana-mana slot yang relevan dengan yang
7

lama. Maklumat baru akan dirakam dan cuba disesuaikan dengan yang lama. Jika tiada hubungan langsung, maka satu filem baru akan dirakam. Begitulah seterusnya, proses ini berlaku berterusan sehingga ke akhir hayat. Berdasarkan teori pengamatan ini, saya dapati proses pengamatan sangat penting bagi seorang murid untuk menerima P&P pada hari itu.Kajian saya menunjukkan murid yang berpencapaian akademik yang lemah kurang mengamati semasa proses P&P berlangsung.banyak factor lain yang menyebabkan pengamatan murid ini tidak berfokus antaranya seperti motivasi dalaman yang kurang,kerang kesediaan dan lain-lain lagi.kajian yang dijalankan oleh Wolfgang Kohler dan Kuri Koffka pada awal abad ke-20 menggunakan pendekatan kognitif.mereka mengkaji bagaimana seekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang di bumbung sangkarnya.walaupun berulang melompat tetapi masih gagal.sehinggalah ia melihat pertalian diantara susunan kotak-kotak dengan cara mendapat pisang tersebut.Persepsi perkaitan untuk menyelesaikan masalah ini disebut sebagai celik akal.daripada hasil kajian tersebut kolher menyarankan bahawa pengamatan iaitu celik akal ialah kebolehan mental yang mendorong manusia menyelesaikan masalah yang dihadapi.

7.0

Ingatan dan lupan

Otak dan minda merupakan anugerah Tuhan yang paling besar dan menakjubkan kepada manusia. Tiada sesiapa pun boleh menafikan peranan otak dan minda apatah lagi sekiranya minda dapat diperteguhkan dengan ingatan yang kuat dan segala maklumat yang tersimpan dapat dimanfaatkan ketika diperlukan. Ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran mengekalkan daya ingatan dipelajari supaya dapat diamalkan di peringkat mana sekalipun. 7.1 Jenis-jenis ingatan

Menurut Hilgard dan Atkinson (1979), ingatan manusia boleh digolongkan kepada dua jenis yang utama iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Ingatan jangka pendek merujuk kepada berapa banyak item atau data disimpan dalam satu masa.Setakat mana seseorang dapat memberi penumpuan secara sedar dalam masa pendek. Ia mempunyai kadar lupaan yang cepat tanpa latihan. Biasanya, maklumat-maklumat yang disimpan di dalamnya boleh hilang dalam masa kurang daripada 30 saat, malah kadang-kala lebih cepat lagi. Cara yang biasa digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah melalui latihan dengan mengulangi maklumat yang diterima beberapa kali. Dua fungsi utamanya ialah untuk mengekalkan maklumat dalam ingatan jangka pendek dan membantu manusia memindahkan maklumat daripada ingatan jangka pendek ke ingatan jangka panjang.Ingatan jangka panjang ialah apa yang dimaksudkan oleh orang ramai apabila mereka bercakaptentang ingatan. Ia sering merupakan sasaran yang memerlukan pambaikian melalui teknikteknik atau kaedah-kaedah memperbaiki ingatan. . 7.2 proses lupaan pula adalah bertentang secara songsang dengan proses ingatan.Apa maklumat yang diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balasadalah dilenyapkan dalam proses lupaan.Luapaan bolehlah dirupakan sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumatmaklumat yang telah dipelajari.

7.3 Berdasarkan pengertian di atas saya dapati murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lemah mempunyai tahap ingatan dan lupaan yang rendah berbanding rakannya yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang tinggi.Meltzer ( 1930 ) dalam kajiannya pernah mendapat data daripada sekumpulan pelajar melalui penulisan pengalaman kehidupan apabila mereka balik ke kampus selepas cuti panjang.Mereka kan mengingati pengalaman manis di kampug tetapi selepas 6 minggu ingatan akan berkurangan.

8.0 Terdapat beberapa cadangan langkah yang boleh dilaksanakan oleh seorang guru untuk melibatkan murid dengan pencapaian akademik yang berbeza.Antaranya ialah: 8.1 Menarik kesediaan belajar Murid akan lebih sensitif terhadap kesediaan belajar.Mereka perlu diberi panduan untuk mencipta p e n g a l a m a n p e m b e l a j a r a n y a n g s e p a d a n d e n g a n murid itu sendiri.Murid juga perlu didedahkan dengan gaya pembelajaran yang betul dalam pembelajaran.Guru seharusnya menggunakan set induksi yang menarik untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat terhadap aktiviti pembalajaran berikutnya. Guru juga haruslah merancang aktiviti P&P mengikut kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid.Gunakan pelbagai rangsangan untuk mengekalkan minat murid terhadap pembelajaran. Gunakan teknik peneguhan untuk memupuk kendiri positif murid, demi menimbulkan keyakinan mereka dengan kesediaan belajar yang kuat. 8.2 Memenuhi Keperluan Murid

Jadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti P&P yang menyeronokkan dan harmonis.Sebagai guru kita juga haruslah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.Guru juga boleh merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan murid.ia bertujuan meningkatkan keyakinan mereka dan seterusnya meningkatkan keperluan penyuburan mereka, iaitu kesempurnaan kendiri, memperolehilmu pengetahuan,menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.Nilai motivasi murid juga boleh di pupuk melalui bimbingan supaya murid memahami diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial dan seterusnya menentukan arah hidup dan masa depan sendiri yang tertinggi. 8.3 Tingkatkan kemahiran Pengamatan Guru perlu meningkatkan kepekaan murid terhadap pacaindera.Murid bekeperluan khas diberi rawatan.Galakkan murid duduk di bahagian depan kelas. Beri peluang kepada murid untuk menggunakan pancaindera sendiri.Guru juga perlu menggunakan pelbagai BBB untuk menarik minat murid.Cuba pemeringkatkan isi pelajaran daripada mudah kepada susah, dekat kepada jauh, tahu kepada belum tahu dan latih murid menumpukan perhatian terhadap rangsangandi persekitaran mereka..Gunakan set induksi yang menarik, soalan yang mencabar. Beri masa yang cukup bagi murid memerhati rangsangan.Pastikan juga keperluan asas murid telah dipenuhi. Cadangan yang diberikan ini akan mendorong pengamatan murid supaya lebih berminat untuk belajar.
9

9.0 Kesimpulan Hargreaves (1996), pembelajaran sebenarnya tiada hubungan dengan penambahan pengetahuan, mengingat semula apa yang telah dipelajari. Sebaliknya pembelajaran berkaitan dengan kefahaman prinsip-prinsip dan konsep-konsep asas yang boleh diaplikasikan kepada situasi dunia sebenar, Pembelajaran perlu dilihat sebagai perubahan kualitatif seseorang melihat, mengalami, memahami, dan menghayati sesuatu di dunia realiti. Apabila seseorang dapat melakukan perkara-perkara ini dengan sebaik mungkin, barulah boleh dikatakan bahawa pembelajaran telah menjadi tempat. Sekolah juga merupakan satu institusi yang penting dalam membentuk generasi yang diingini dalam sesebuah negara. Selaras dengan wawasan 2020, peranan pendidikan untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya merupakan agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Lantaran itu, pencapaian pelajar dalam akademik menjadi kayu pengukur yang utama dalam menentukan kejayaan sesuatu sistem pendidikan tersebut.Sebagai guru kita perlulah mengusai pelbagai ilmu psikologi pendidikan untuk memantapkan lagi pedagogi P&P yang seterusnya melahirkan modal insan murid yang cemerlang. 3125 Patah Perkataan

RUJUKAN

1. Ainon Mohd &Abdullah Hassan (1990).Kursus Berfikir.Utusan Publication & Distribution Sdn.Bhd.

2. Ahamd Rafaai Ayudin(1994) Kaedah Pengajaran Berkesan.Penerbitan AlKausar,KL.

3. Mok soon Sang (2009)Pedagogi Untuk Pengajaran &Pembelajaran.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

4. Mok soon Sang (2007)Murid dan Alam Belajar.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

5. Pusat Perkembangan Kurikulum (1997),Pembelajaran Masteri,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur.

10

11

Anda mungkin juga menyukai