Anda di halaman 1dari 20

Busana Tradisional Melayu

Disiapkan oleh Cikgu Nur Ain Mohd Amin Sekolah Menengah Tanjong Katong

T.I.P

Tahu Ingin tahu Pelajari

Apakah perbezaan antara baju dan busana?

Baju
Suatu gaya atau cara pemakaian supaya kelihatan anggun atau menampilkan ciri budaya dan bangsa seseorang

Busana
Pakaian lengkap yang menampilkan taraf atau prestasi pemakainya Lazimnya dipakai untuk menghadiri majlis-majlis rasmi yang telah ditentukan jenis pakaian yang perlu dikenakan mengikut kedudukannya Contohnya:
majlis konvokesyen majlis penganugerahan darjah kebesaran oleh Sultan

Sejarah Busana Tradisional Melayu


Tidak dapat ditentukan asalnya Menurut Dato Haji Muhammad Said Haji Sulaiman dalam buku Pakaian Patut Melayu:
Pakaian baju kurung berasal dari Johor semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura

Menurut Judi Achjadi dalam buku Pakaian Daerah Wanita Indonesia:


Baju kurung diperkenalkan di Indonesia oleh pedagangpedagang Islam dan India Barat. baju ini mempunyai pengurh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk Tunik, iaitu leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam.

Jenis-jenis Busana Tradisional Melayu

Baju Melayu / Baju Kurung


Sejenis pakaian orang Melayu Mempunyai potongan yang membentuk atau mengurung badan pemakai dengan gaya yang longgar, labuh Menutup bahagian-bahagian lengan, badan dan kaki Dibuat dalam dua potongan
Bahagian atas badan (baju kurung) Bahagian bawah badan (bermula dari bahagian pinggang ke tumit)

Baju Melayu / Baju Kurung


Untuk lelaki
Baju kurung dipadankan dengan sepasang seluar labuh atau kain gombang Ditampankan dengan destar dan kain samping

Baju Melayu / Baju Kurung


Untuk perempuan
Baju kurung dipadankan dengan kain Dicantikkan dengan selendang panjang

Baju Kurung Teluk Belanga


Mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan sepanjang lima inci Pada keliling tebukan leher baju, dilapik dengan kain lain dan dijahit sembat halus Pada bahagian pinggir bulatan dijahitkan dengan tulang belut halus Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju, iaitu rumah kancing

Baju Kebaya
Khas untuk tubuh wanita Mempunyai potongan berbelah di bahagian hadapan Cara memakai kebaya adalah dengan mencantumkan kedua bahagian belahan untuk menutup bahagian depan badan, iaitu dengan menggunakan kerongsang Terdapat variasi labuh, pendek, dan kebaya bandung (kebaya nyonya) Dipadankan dengan kain sarung yang diikat ketat, longgar, atau wiron

Variasi Baju Kebaya

Labuh

Pendek

Bandung

Baju Kebarung
Seperti baju kebaya Mempunyai potongan bentun A yang berbelah di hadapan tetapi berjahit atau berbutang Dibentuk untuk menutupi badan dengan longgar dari bahagian pinggang ke punggung Juga disebut baju Riau Pahang di kalangan golongan istana

Baju Kurung Cekak Musang


Mempunyai bahagian leher yang berkolar tinggi seperti kolar Cina dan diserikan dengan dua butang Serta mempunyai lidah beralas yang diserikan pula dengan tiga butang Badan bajunya dipotong bentuk A Mempunyai dua kocek di bahagian bawah depan

Variasi Baju Kurung Cekak Musang

Bahagian Baju Kurung


A Badan B Tangan C Kekek D Pesak E Leher

Baju Origami

Aktiviti bagi kelas seterusnya


Harap bawa sehelai kain sarung

Selesai.

Anda mungkin juga menyukai