Anda di halaman 1dari 1

Peranan wanita sebagai pekerja Kekayaan dan jatuh bangunnya sesebuah negara adalah bergantung kepada kekuatan ekonomi

negara itu. Untuk menjadikan ekonomi Negara kuat dan kukuh, peranan tenaga kerja sama ada lelaki dan wanita adalah besar. Wanita juga adalah sebahagian daripada tenaga kerja. Oleh itu, wanita juga berperanan besar dalam aktiviti ekonomi dunia dan sesebuah negara melalui peranannya yang produktif. Banyak faktor yang menyebabkan wanita terlibat dalam bidang pekerjaan seperti untuk meningkatkan kualiti hidup, untuk meringankan beban kedua-dua ibu bapa, membayar hutang pinjaman pengajian, mengurangkan beban terhadap suami dan menaikkan identiti sosial. Peranan sebagai isteri dan ibu Isteri berperanan untuk mentadbir hal-ehwal rumah tangga dan keluarga. Mereka bukan sahaja sebagai tukang masak dan pengasuh kanak-kanak, tetapi juga menjadi penyambut tetamu yang baik, setiausaha yang cekap, pengarah yang tegas dan menteri yang berkaliber dan sebagainya. Sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga, kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang berbudi pekerti mulia banyak terletak dalam tangan mereka. Bagi kaum wanita, tugas pertama dan utama ialah mengasuh dan mendidik anak. Peranan ini juga menggambarkan bahawa masa depan seseorang lebih banyak bergantung kepada corak asuhan dan didikan awal kaum wanita terutama dalam melahirkan manusia yang berguna. Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Peranan wanita dalam melakukan kerja rumah Wanita banyak membantu dalam membuat kerja rumah. Antaranya, wanita telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menyediakan makanan harian kepada ahli-ahli keluarga. Selain itu, mereka juga membasuh pakaian ahli keluarga. Tambahan pula, mereka juga memastikan rumah senantiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat. Di samping itu, mereka juga kerap menghantar anak-anak ke pusat bimbingan, sekolah dan lain-lain. Seterusnya, mereka juga

Anda mungkin juga menyukai