Anda di halaman 1dari 1

AUDIT GAYA HIDUP SIHAT (TANDAS BALAI REKREASI IPG KAMPUS GAYA) TISU TANDAS

TISU???? ????

Berdasarkan audit yang telah kami jalankan di tandas balai rekreasi IPG Kampus Gaya, apa yang kami dapati ialah, tidak ada disediakan tisu tandas. Perkara ini menunjukkan tandas yang disediakan tidak mempunyai peralatan atau kemudahan yang lengkap dalam konteks mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan warga IPG Kampus Gaya. Perkara seperti ini juga boleh menyebabkan pengguna yang menggunakan tandas tersebut akan berasa kurang selesa dan was was mengenai kebersihan diri selepas menggunakan tandas tersebut. Justeru itu, langkah penyelenggaraan dalam kadar segera, haruslah dilakukan oleh pihak berwajib, bagi memastikan kemudahan tandas yang disediakan bersih, selesa dan lengkap dengan kemudahan kemudahan lain. Bagi mengatasi kelemahan di atas, pihak berwajib haruslah menyediakan tisu tandas untuk keperluan pengguna tandas tersebut, dengan meletakkan tisu tersebut di kawasan yang bersesuaian, sama ada di atas sinki atau pun dilekatkan pada dinding, berhampiran dengan sinki. Dengan itu, sudah tentu gaya hidup sihat dapat diamalkan oleh warga IPG Kampus Gaya, khususnya berkaitan dengan kebersihan diri.