Anda di halaman 1dari 5

Perlakuan Jenayah Juga Didorong Oleh Media Massa

Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah, media dan massa? Menurut Kamus Dewan edisi keempat, jenayah bermaksud kejahatan yang salah di sisi undang-undang, perbuatan salah di sisi undang-undang dan perbuatan kriminil. Maksud media pula ialah alat atau perantara komunikasi yakni perhubungan seperti televisyen, internet, surat khabar dan telefon pintar, manakala massa bermaksud jumlah yang terlalu banyak dan tidak teratur. Secara umumnya, frasa perlakuan jenayah juga didorongkan media massa bermaksud kejahatan yang salah di sisi undang-undang turut disebabkan oleh perantara komunikasi yang mempunyai jumlah yang banyak. Malaysia kini mempunyai kadar jenayah yang semakin dikhuatiri. Walaupun media massa bukanlah pendorong utama ke atas peningkatan ini, namun kebanyakan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah menggunakan media massa sebagai medium bagi perhubungan dengan si mangsa. Hal ini kerana, seperti yang diketahui umum, media massa merupakan medium yang paling berpengaruh dalam menyampaikan maklumat. Oleh itu, apa yang dipaparkan seperti di kaca televisyen, laman sesawang, surat khabar, sistem pesanan ringkas (SMS) dan radio akan diterima bulat-bulat oleh si penerima. Bayangkanlah sekiranya maklumat yang disampaikan adalah salah iaitu berunsur sensitiviti dan keganasan. Apakah yang akan berlaku? Sudah tentulah jenayah media akan berlaku. Justeru, jelaslah bahawa jenayah dapat dilakukan melalui media massa. Belakangan ini, drama televisyen atau filem yang disiarkan di televisyen mahupun internet tidak tertapis dengan sempurna. Kononnya, apabila bertapis,

pengkarya tidak dapat berkarya dengan baik kerana dikatakan idea-idea akan terbatas. Padahal unsur-unsur yang dikarya oleh mereka bukan semuanya boleh diguna pakai kerana kurangnya motif yang melambangkan kesopanan dan kebaikan budaya kita. Penyerapan budaya Barat yang boleh merosakkan akhlak seseorang juga menjadi punca utama seseorang itu menjadi penjenayah. Sekiranya drama televisyen atau filem tersebut mempunyai unsur keganasan misalnya, pihak yang berwajib haruslah menjadualkan rancangan berkenaan pada waktu-waktu tertentu seperti larut malam. Jika tidak diatasi segera, gejala sosial yang negatif seperti gangsterisme dan vandalisme akan berleluasa. Selain itu, internet juga memberi dorongan untuk seseorang itu melakukan jenayah. Hal ini kerana internet mempunyai laman sesawang yang tidak terkira. Di internet, batas pergaulan kita sangat luas dan tidak terbatas. Lambakan laman sosial yang wujud di internet memberi kesan kepada seseorang terutamanya yang ingin bersosial. Dengan wujudnya laman-laman sosial, peluang untuk berkenalan dengan ramai orang lebih tinggi, namun janganlah kita beranggapan bahawa semua rakan laman sosial kita itu baik. Unsur fitnah mudah berlaku. Teringat saya akan kes yang berlaku ke atas Datuk Siti Nurhaliza dahulu, berkenaan dengan kes fitnah internet. Di samping itu, sindiket penipuan antarabangsa banyak berlaku melalui internet. Ini diakar umbi oleh warganegara Afrika yang memancing warganegara Malaysia. Mereka menggunakan wanita yang kesunyian untuk memakan umpan mereka. Akhirnya, wanita tersebut ditipu. Pada tahun 2011, negara kita telah digemparkan dengan penggodaman laman sesawang kerajaan. Hal ini menyebabkan maklumat-

maklumat daripada jabatan kerajaan terbocor. Peristiwa ini mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan memperketat keselamatan diri dan negara. Telefon pintar juga dikira sebagai media massa kerana juga merupakan medium perhubungan yang penting. Hal ini kerana perkembangannya yang bermula daripada generasi pertama (1G) sehinggalah yang tercanggih iaitu generasi ketiga perpuluhan lima (3.5G). Dalam 3.5G, terdapat suatu video bergambar yang boleh merakamkan video yang dikenali sebagai klip 3GP. Penggunaan klip 3GP boleh menyebabkan seseorang itu dikhianati atau dianiaya. Misalnya, bayangkanlah sepasang kekasih ingin menjalinkan hubungan seks jarak jauh. Klip 3GP digunakan sebagai medium hubungan tersebut. Ini bermakna setiap klip video yang diterima oleh penerima boleh disebarkan dengan cara menghantar klip video tersebut kepada pihak-pihak tertentu tanpa pengetahuan si pengirim yang sentiasa mempercayai si penerima. Hasilnya, si penerima itu akan mendapat pendapatan lumayan. Selain kes khianat atau aniaya, perbuatan ini juga diklasifikasikan sebagai kes penipuan. Baru-baru ini, surat khabar The Star telah memaparkan suatu gambar yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam di Malaysia iaitu pemaparan gambar Erykah Badu yang melukis tatu yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam di Malaysia. Sebagai akibat, Erykah Badu tidak dapat melakukan persembahan di tempat tertentu dan penganjurnya yang bukanlah warganegara Malaysia mengalami kerugian yang besar. Seharusnya kita sedar bahawa negara kita mempunyai penganut agama yang berbeza-beza dan kebetulan pula agama Islam merupakan agama rasmi persekutun. Oleh itu, tdak wajarlah surat khabar tersebut boleh melakukan kesilapan yang tidak nyata seperti yang diuar-uarkan melalui media massa yang lain.

Terdapat banyak kesan hasil daripada peyalahgunaan media massa. Salah satu kesannya ialah peningkatan masalah sosial dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya remaja yang mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang negatif. Ini kerana apabila menonton atau membaca atau melakukan aksi lucah, adrenalin manusia akan meningkat dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal dirinya. Hormon seseorang itu akan tidak stabil dan ini menyebabkan kemungkinan untuk penonton aksi lucah adalah lebih tinggi berbanding orang yang tidak menonton aksi lucah. Contoh gejala yang akan dilakukan oleh penggemar seks adalah rogol, hubungan seks bebas, pelacuran dan gangguan seksual atau lebih dikenali sebagai sexual harassment dalam kalangan rakan pejabat akan berleluasa. Oleh itu, langkah-langkah harus dilakukan bagi mengurangkan kadar jenayah akibat penyalahgunaan media massa ini. Salah satu langkah ataupun cadangan dalam mengurangkan kadar jenayah akibat penyalahgunaan media massa ialah peranan kerajaan dalam membanterasnya. Pertama, penapisan drama televisyen haruslah dilakukan oleh kerajaan seperti mana yang dilakukan oleh Lembaga Penapisan Filem bagi filem, namun perihal Lembaga Penapisan Filem juga haruslah dipinda supaya dapat memperketat lagi hasil penapisan. Kedua, pakar IT yang berkhidmat di Multimedia Super Corridor ataupun lebih dikenali sebagai MSC perlulah menggunakan kemahiran mereka untuk menyekat segala informasi luar yang berunsur keganasan dan sensitiviti yang tidak sesuai diterapkan dalam jiwa semua rakyat Malaysia. Ketiga, sebelum penerbitan surat khabar pada waktu pagi diterbit, pihak pengurusan hendaklah menghantar sampel suratkhabar pada hari tersebut kepada wakil kerajaan yang dilantik

semata-mata untuk pemantauan dan haruslah ditempatkan di setiap syarikat penerbitan. Ditegaskan, media massa merupakan medium terpenting bagi perhubungan antara satu sama lain. Kebanyakan jenayah berpunca daripada kata-kata atau perbuatan seseorang yang menggunakan media massa. Justeru, kita haruslah menggunakan media massa sebaik mungkin kerana media massa merupakan simbol bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang bertamadun.

(942 patah perkataaan)

Anda mungkin juga menyukai