Anda di halaman 1dari 2

Program BIG kali ini adalah program anak angkat.

Untuk kali ini kami akan diambil sebagai anak angkat kepada satu keluarga angkat. Lokasi BIG kali ini adalah di Sungai Siput, Perak. REFEKSI BIG 2012. Pada hari pertama kami berkumpul di hadapan bas bertolak ke situ. Perjalanan tersebut adalah kira-kira 2 jam setengah. Kedatangan kami telah disambut apabila kami sampai disitu. Setalah itu, kami makan tengahari bersama dengan ibu bapa dan kanak-kanak disitu. Setalah kami tolong mengemaskan meja dan kerusi disitu, kami semua berhimpun di dewan terbuka untuk diserahkan kepada ibu bapa angkat kami. Saya, Athirah Awatif dan Wooi Li Shan telah diserahakan kepada Pn Nasipah iaitu ibu angkat kami. Pada hari pertama kami dibawa pulang ke rumah keluarga angkat kami. Kami agak bertuah untuk mendapat Pn Nasipah sebagai ibu angkat kami kerana beliau telah memnjaga kami sebagai anak beliau sendiri. Beliau telah memasak masakan yang sedap untuk kami dan memberi kami yang terbaik walaupun beliau tidak berada. Setiap pagi, ibu kami akan memasak untuk sarapan pagi seperti nasi goreng. Setiap kali kami pergi ke sekolah, ramai daripada rakan-rakan kami akan menjadi agak cemburu melihat bagaimana ibu kami menjaga kami. Ibu kami adalah agak sporting seperti kami dan sangat beramah kepada kami. Ayah kami juga adalah sama seperti ibu. Ayah kami akan tanya kepada ibu tentang kami, kami dah makan ke tidak, dah balik ke belum dan sebagainya. Kami ada dua adik angkat iaitu Hidayah dan Syahira Hidayah berusia 12 tahun, dia akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Setiap malam, apabila kami ada masa kami akan memberi bimbingan dan tuisyen kepadanya setiap malam dan tengahari apabila balik dari sekolah. Apabila kami berada di sekolah, kami akan bermula untuk membuat projek kami iaitu membuat mural di sekolah tersebut. Kami di pisahkan kepada 3 kumpulan satu membuat mural di depan sekolah, kumpulan kedua membuat di surau dan satu

lagi kumpulan membuat mural di pra sekolah. Kami berjaya menyiapkan mural kami sebelum kami bertolak balik ke maktab. Pada hari kedua kami telah menghadiri satu majlis di masjid berdekat dengan FELDA. Kami bersinggah di masjid untuk seketika dan terus balik ke rumah keluarga angkat kami. Kalau dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain kami agak bernasib baik untuk mendapat keluarga angkat kami, kerana walaupun mereka bukan keluarga yang berada mereka telah membuat yang terbaik untuk kami. Pada hari yang terakhir, kami telah berjaya untuk menyiapkan mural-mural kami. Setelah itu kami terus balik ke rumah keluarga angkat masing-masing kami buat kali terakhir. Kami terus bersiap sedia untuk balik ke maktab setelah makan tengahari buat kali terakhir dengan keluarga kami. Sebelum kami bertolak balik ke maktab kami bersalam-salaman dengan keluarga angkat kami. Ia adalah satu pengalaman yang agak menyedihkan bagi kami sebab walaupun kami hanya tinggal 3 hari dan 2 malam di situ, kami telah menjadi agak rapat dengan keluarga angkat kami dan kami memang akan merindui mereka. Secara keseluruhan progran BIG kali ini adalah agak seronok dan istimewa kerana kami telah mendapat satu keluarga yang baru. Sekian....

Anda mungkin juga menyukai