Anda di halaman 1dari 2

Ciriciri pembelajaran secara konstruktivisme. Pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai beberapa ciri ciri utama.

. Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid murid menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang 1993). Dengan ini, model ini menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru kerana ia merupakan pembelajaran secara dua hala yang memerlukan komunikasi berlaku semasa aktiviti pembelajaran. Pembelajaran secara konstruktivisme juga menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid. Guru pula akan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Apabila guru banyak menerima soalan daripada murid dan mendengar banyak idea, guru boeh menggunakannya sebagai bahan pengajaran. Guru juga boleh menilai kembali rancangan pengajaran yang telah dibuat sesuai dengan keperluan murid. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid. Seorang guru perlu menyesuaikan aktiviti pengajaran mengikut keperluan murid-murid dan sikap murid-murid dalam kelas. Guru juga perlu mengenal pasti kecerdasan murid-murid yang terdapat di dalam kelas yang diajar. Selain memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, hubungan antara guru dan murid serta murig dengan murid menjadi lebih erat. Proses pembelajaran yang aktif meningkatkan kefahaman murid dan membantu murid berfikir. Ciri lain pembelajaran secara konstruktivis adalah guru perlu mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan proses pembelajaran murid. Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Keadaan persekitaran individu sangat berpengaruh pada pola pembelajaran sosial ini. Manusia biasanya akan belajar daripada apa yang selalu dilihat. Menurut Bandura (1977), "Learning would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely on theeffects of their own action to inform them what to do. Fortunately, most humant behavior is learned obsevationally through modelling: from observing others one forms an

idea of hor new behavior are performed, and on later occation this coded information serves as aguide for action". Pembelajaran secara konstruktivis juga menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Proses inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Proses pembelajaran secara inkuiri amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang. Selain itu, ia memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Pengetahuan baru dibina dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. Murid-murid terlibat secara langsung dengan dunia sebenar dan membina sendiri kefahaman mereka sesuai. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid. Konstruktivesme menekankan proses pembelajaran muridmurid dengan membina dan mengembangkan idea mereka sendiri. Pembelajaran koperatif merujuk kepada pembelajaran murid-murid secara kerjasama (Mok, 2010). Sewaktu pembelajaran koperatif, murid-murid berinteraksi dan saling bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Dalam pembelajaran secara koperatif, guru memainkan peranan sebagai fasilitator dan pemberi arahan. Murid-murid yng berada dalam kumpulan membincangkan secara koperatif mengenai pelajaran atau tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran secara konstruktivis menyokong pembelajaran secara koperatif. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, hasil pembelajaran bukanlah satu-satunya tujuan utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses pembelajaran adalah penting kerana pembelajaran yang bermakna membantu ingatan yang lebih lama dan kekal. Pembelajaran yang aktif meningkatkan minat murid-murid untuk belajar dan mendalami ilmu yang dipelajari.